Dayangku Intan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 114: Baris 114:
DIImpian.jpg
DIImpian.jpg
</gallery>
</gallery>
# Lapisan Mimpi
# ''Lapisan Mimpi''
# Dunia Milik Kita
# ''Dunia Milik Kita''
# Esok Yang Tak Jelma
# ''Esok Yang Tak Jelma''
# Bunga Sakura
# ''Bunga Sakura''
# Kita Serupa
# ''Kita Serupa''


=== Lagu-lagu lain ===
=== Lagu-lagu lain ===

Semakan pada 05:11, 13 Disember 2017

Dayangku Intan
Butiran peribadi
LahirTengku Intan binti Tengku Abdul Hamid
Tengku Intan binti Tengku Abdul Hamid
(1966-04-29) 29 April 1966 (umur 57)
Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganRosman Yahil
Anak-anak4
PekerjaanPenyanyi, Ahli politik

Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan (lahir 29 April 1966) merupakan seorang penyanyi dan ahli politik Malaysia. Dari kerjaya muziknya sekitar era 1980-an, beliau terkenal dengan gandingannya bersama Jay Jay menerusi lagu "Kita Insan Biasa". Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di parlimen Pengerang mewakili PKR.[1] [2]

Biografi

Bapanya Tengku Abdul Hamid ialah anak kepada Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya berasal dari keluarga Di Raja Kedah beliau menjadi Menteri Besar Kedah ke-2. Dayangku Intan ialah anak kedua dalam empat adik beradik. Di lahirkan dan di besarkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Perkahwinannya dengan Rosman Yahil berasal dari Johor dikurniakan seramai 4 orang cahaya mata.

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsun Jin merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Perwira, Kg. Pandan. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian. Selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris beliau juga fasih dalam bahasa Mandarin dan Kantonis.[perlu rujukan]

Kerjaya muzik

Dayangku Intan merupakan salah seorang penyanyi wanita yang begitu popular pada separuh dekad akhir 80an. Terkenal dengan rangkaian lagu-lagu hits solo dan duet yang menjuarai carta radio-radio RTM malah pada tahun 1985, jualan albumnya antara terlaris di pasaran.

Keupayaan vokal serak basah Dayang dalam menyampaikan lagu-lagu berentak slow rock dan pop rock amat dipuji dan disifatkan lain daripada lain. Ketika itu nama Dayang sebaris dengan artis-artis wanita hebat yang lain seperti Francissca Peter, Sheila Majid, Ramlah Ram, Azlina Aziz, Rohana Jalil dan Zaiton Sameon. Beliau juga terkenal dengan lagu- lagu duet bersama penyanyi lelaki popular seperti Jay Jay dan Zainal Abidin.

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan bakat aktres tersohor negara yang digelar primadona filem Melayu Erra Fazira sebelum bergelar ratu cantik dan pelakon. Bakat nyanyian Erra juga dikesan oleh Dayang yang sering membawa Erra ke pertunjukan pentas. Biarpun bermula sebagai pelakon, impian Erra menjadi penyanyi tercapai apabila menyertai syarikat rakaman Polygram bersama-sama Dayang.

Kerjaya politik

Dayangku Intan aktif dan sering mengajur program-program belia dalam bidang seni.

Pada Mac 2013, Dayangku Intan menganjur sebuah aturcara Seni Kita[3] di Taman TAR, Ampang. Pertubuhan Seni Kita ini ialah untuk beri manfaat kepada rakyat terutama sekali kepada belia yang minat bidang seni untuk mempamerkan bakat-bakat mereka kepada masyarakat. Beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Biro Bakti Pertiwi, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan bekas Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian (Majlis Pimpinan Wanita Keadilan)[4].

Diskografi

Album studio

  1. Secebis Kenangan (1982) - OMRI Records
  2. Semakin Rindu Semakin Sayang (1984) - OMRI Records
  3. Pertanyaan Hati (1985) - WEA
  4. Suara Hati (1988) - WEA
  5. Perasaan (1989) - WEA
  6. Cahaya (1992) - WEA
  7. Impian (1995) - Polygram

Lagu dan single

Secebis Kenangan (1982)

  1. Secebis Kenangan

Semakin Rindu Semakin Sayang (1984)

  1. Kaulah Teman Kaulah Kekasih
  2. Semakin Rindu Semakin Sayang
  3. Jejaka Penggoda
  4. Janganku Di Rayu
  5. Bila Kau Curah Janjimu
  6. Gelora Cinta
  7. Tangisan Kasih
  8. Janjimu Janjiku
  9. Belaianmu
  10. Cinta Semalam

Pertanyaan Hati (1985)

  1. Penyesalan
  2. Jejaka Perasan

Suara Hati (1988)

  1. Berpaut Di Dahan Cinta
  2. Kita Insan Biasa (duet bersama Jay Jay)
  3. Masih Adakah
  4. Di amok Cinta
  5. Roda Kehidupan
  6. Sangsi
  7. Rintik Hujan Di Kelopak Mawar
  8. Mencari Cinta Abadi
  9. Bila Loceng Berbunyi
  10. Perjuangan Hati

Perasaan (1989)

  1. Perhitungan Terakhir
  2. Hitam Putih Cinta
  3. Harmoni Cinta
  4. Tarian Kehidupan
  5. Hanya Padamu
  6. Ke Sangkar Bahagia
  7. Peralihan Zaman (duet bersama Jay Jay
  8. Asmara
  9. Radio
  10. Karang Di Lautan Sepi

Cahaya (1992)

  1. Lukisan Hati
  2. Cinta Di Taman Larangan
  3. Di sini Cinta Berlabuh
  4. Walau Berjauhan
  5. Di atas Kertas Ini
  6. Pesan Rindu Terakhir
  7. Penantian
  8. Tarian Cinta
  9. Penggoda Di Awan Biru
  10. Inilah Kita

Impian (1995)

  1. Lapisan Mimpi
  2. Dunia Milik Kita
  3. Esok Yang Tak Jelma
  4. Bunga Sakura
  5. Kita Serupa

Lagu-lagu lain

Senandung Hari Raya Untukmu (1989) dari album Gema Hari Raya - WEA

Album kompilasi

Nostalgia Abadi (1994) - WEA

Koleksi 20 Lagu-Lagu Hits Jay Jay & Dayangku Intan (2007) - WEA

Syarikat rakaman

1982 - 1984: Omry Records

1985 - 1989: WEA Records Sdn. Bhd (kini Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.)

1993 - 1995: Polygram Records Sdn. Bhd.


Rujukan

  1. ^ "Dayangku Intan 'lawan' Azalina di Pengerang". Sinar Harian. 19 April 2013. Dicapai pada 20 April 2013.
  2. ^ "Wanita Keadilan".
  3. ^ https://www.facebook.com/senikita.my
  4. ^ http://www.keadilanrakyat.org/leaders/pusat/wanita-keadilan/

Pautan luar