Peristiwa Memali 1985: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairul hazim (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 4: Baris 4:


==Lokasi==
==Lokasi==
Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara [[Tunku Abdul Rahman]] dengan [[Chin Peng]] dari [[Parti Komunis Malaya]] [[1955]]. Baling dikejutkan lagi pada tahun [[1974]] berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang beragama dan jelita Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Sebelum ini Ahli Parlimen Baling adalah Ustaz Taib Azamuddin bin Mohd Taib daripada PAS (1999-2004).
Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara [[Tunku Abdul Rahman]] dengan [[Chin Peng]] dari [[Parti Komunis Malaya]] [[1955]]. Baling dikejutkan lagi pada tahun [[1974]] berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang beragama dan jelita Datuk Dr Mashitah Ibrahim, yang kini meninggalkan dunia dakwah yang sebenar. Sebelum ini Ahli Parlimen Baling adalah Ustaz Taib Azamuddin bin Mohd Taib daripada PAS (1999-2004).


[[Kampung Memali]] terletak di mukim Siong, [[Baling]], [[Kedah]] berhampiran dengan sempadan [[Kedah]]-[[Thailand]]. Penduduknya keturunan [[Melayu]]. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan [[Siam]]/[[Patani]]. Aktiviti ekonomi mereka ialah penoreh [[getah]] dan bersawah [[padi]].
[[Kampung Memali]] terletak di mukim Siong, [[Baling]], [[Kedah]] berhampiran dengan sempadan [[Kedah]]-[[Thailand]]. Penduduknya keturunan [[Melayu]]. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan [[Siam]]/[[Patani]]. Aktiviti ekonomi mereka ialah penoreh [[getah]] dan bersawah [[padi]].

Semakan pada 06:31, 15 Disember 2007

Peristiwa Memali telah terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud/Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai 'Operasi Angkara/ Operasi Hapus'.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di negara China.

Lokasi

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang beragama dan jelita Datuk Dr Mashitah Ibrahim, yang kini meninggalkan dunia dakwah yang sebenar. Sebelum ini Ahli Parlimen Baling adalah Ustaz Taib Azamuddin bin Mohd Taib daripada PAS (1999-2004).

Kampung Memali terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah penoreh getah dan bersawah padi.

Tayangan Video

Tayangan video dipaparkan menerusi RTM1. Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov cocktail menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.

Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.

Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.

Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas keterlibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.

Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah membuat roadshow ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.


Tujuan Operasi Angkara

Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.

Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.

Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.

Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian belajar lagi di di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Kerap berceramah agama Islam di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.

Pada 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. 5,081 undi diperolehi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

Polis bertindak

Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah diracun terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.

Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69 dari Ulu Kinta menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.


Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.

Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.

Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Persediaan di Madrasah

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.

Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.

Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka 'kebal' setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.

Seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan ,seorang pegawai rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri.{[fact}} Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Antara yang terbunuh ialah Ibrahim Libya. Mereka kemudiannya di kebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. [perlu rujukan]

Sila lihat