Rusuhan Natrah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Saya memperbetulkan apa yang patut .
Baris 32: Baris 32:
* Haja Maideen 'Tragedi Nadra' atau 'Nadra Tragedy' terbitan Sang Kancil Publication
* Haja Maideen 'Tragedi Nadra' atau 'Nadra Tragedy' terbitan Sang Kancil Publication
* Snouk Hugronje ' Bertha Hertogh or Nadra Maarof
* Snouk Hugronje ' Bertha Hertogh or Nadra Maarof

[[Kategori:Rusuhan]]

Semakan pada 10:05, 7 Januari 2018

Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, Rusuhan Maria Hertogh berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Tragedi bertitik tolak dari keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya yang berdomisil di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya menurut undang-undang Belanda. Hal ini kerana tanah jajahan atau spesifiknya Singapura berada di bawah pemerintahan kolonial British. Natrah yang sudah diIslamkan telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dikembalikan kepada agama asalnya Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.

Seramai 18 orang terbunuh/mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura.

Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baiknya bagi membendung keganasan merebak.

Punca

Pada penghakiman yang menentukan hak perlindungan diberi kepada ibu bapa kandung Natrah, kesemua orang Islam menghormati keputusan mahkamah. Tiada apa-apa rusuhan atau tindakan di luar dijangka akan terjadi.

Namun, oleh sebab provokasi daripada akhbar-akhbar pro penjajah, orang Melayu, Indonesia yang beragama Islam telah tercabar. Provokasi tersebut termasuklah foto-foto yang menunjukkan gambar Natrah melutut kepada 'Virgin Mary' dengan tajuk 'Natrah knelt before Virgin Mary'. Natrah digambarkan sebagai gembira di bawah jagaan 'Mother of Reverent' iaitu rahib di pusat jagaan.

Walaupun begitu, laporan daripada Utusan Melayu dan Warta Malaya melaporkan sebaliknya. Natrah nyata bersedih, murung dan menangis ketika wartawan Melayu Islam ini membuat liputan. Natrah juga bertanyakan khabar Che Aminah.

Oleh yang demikianlah, Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura dikatakan tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan di sebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.

Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh besar[perlu rujukan]. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A. Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikahkan dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.

Tujuan pernikahan ini dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi kerugian kepada Natrah kerana Undang-Undang Belanda / British tidak membenarkan perempuan dibawah 16 tahun berkahwin.

Pihak berkuasa British tidak memberi fokus kepada sensitiviti agama dalam masyarakat majmuk. Natrah yang telah beragama Islam dan amat disayangi oleh Che Aminah telah diletakkan di sebuah tempat berhampiran sebuah gereja.

Turut terlibat

Rujukan

Fatini Yaacob, Natrah @ Nadra @ Maria Hertogh @ Bertha: Cinta, Rusuhan, Air Mata terbitan Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

  • Fatini Yaacob, Majalah Dewan Masyarakat Februari, Mac, April & Mei (1989).
  • Haja Maideen 'Tragedi Nadra' atau 'Nadra Tragedy' terbitan Sang Kancil Publication
  • Snouk Hugronje ' Bertha Hertogh or Nadra Maarof