Amirul Hadi Zainal: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Inter&anthro (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox football biography
{{Infobox football biography
| image =
| image = Amirul Hadi Zainal.jpg
| name = Amirul Hadi Zainal
| name = Amirul Hadi Zainal
| fullname = Mohd Amirul Hadi Zainal
| fullname = Mohd Amirul Hadi Zainal

Semakan pada 18:30, 11 Januari 2018

Amirul Hadi Zainal
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Amirul Hadi Zainal
Tempat lahir Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Takzim FC
Nombor 5
Kerjaya remaja
2002–2003 Akademi Bola Sepak Selangor FA
2004–2006 Pasukan Piala Presiden Selangor FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2012 Selangor FA 136 (53)
2013 Pahang FA 26 (3)
2014- Johor Darul Ta'zim 13 (1)
Jumlah 173 (57)
Pasukan kebangsaan
2007–2009 Malaysia B-23 27 (8)
2007– Malaysia 32 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Ogos 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16 Ogos 2014

Mohd Amirul Hadi Zainal/Yol, dilahirkan di Melaka) tetapi di besarkan di Klang, Selangor merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Johor Darul Takzim F.C di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga adalah anak kepada bekas pemain lagenda Selangor pada era 90-an iaitu Zainal Nordin.

Amirul membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 menetang Bahrain. Sebelum itu dia juga mewakili pasukan bawah 23 tahun pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dan pasukan bawah 20 tahun Malaysia.

Amirul merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika bertemu gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea F.C.. Pada perlawanan ini, Amirul begitu menyerlah sehingga hampir menggegarkan gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas tipis 0-2.

Amirul menjaringkan gol pertamanya untuk Malaysia ketika menentang Myanmar pada 23 Oktober, 2008.

Pada Tahun 2013 dia sering menjadi tonggak utama Pahang FA dan tumpuan Dollah Salleh.Pahang FA berjaya memenangi Piala Malaysia 2013.

Pada Tahun 2014 dia kini menjadi pemain Johor Darul Takzim F.C Di Liga Super Malaysia.

Pautan Luar