Siti Elizad: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Filemografi: Kemaskini.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zafrulzain (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 199: Baris 199:
|-
|-
| [[My Darling, Inspektor Daniel]]
| [[My Darling, Inspektor Daniel]]
|Sabrina
| Hannah
| Pelakon utama
| Pelakon utama
|-
|-

Semakan pada 05:47, 13 Januari 2018

Siti Elizad
Kelahiran
Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin

(1984-05-25) 25 Mei 1984 (umur 39)
WarganegaraMalaysia
Nama lainElizad Sharifuddin, Ejad
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, model
Tahun aktif1994 - kini
PasanganShamsul Baharin Rahman (berkahwin 2015)

Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin (dilahirkan pada 25 Mei 1984) atau lebih dikenali sebagai Siti Elizad (beliau juga dikreditkan sebagai Elizad Sharifuddin) merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, model dan bekas pelakon kanak-kanak Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya seni lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994.

Kemunculannya pada era 1990an sezaman dengan Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay serta pelakon lain yang mula aktif sejak 1990an.

Kehidupan dan kerjaya

Siti Elizad dilahirkan pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Sharifuddin Baharuddin dan Nazariah Mohd Salleh (1951-2013), beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Siti Elizad, lebih mesra dengan panggilan Ejad berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1994 sebagai pelakon kanak-kanak di TV Pendidikan, stesen televisyen pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, beliau meninggalkan bidang lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Pada 1998, ketika berusia 14 tahun, beliau pernah menyertai pertandingan Asia Bagus di Singapura. Tidak terhenti di situ, beliau juga turut mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat rancangan One In A Million musim ketiga yang bersiaran pada 2008.[3]

Siti Elizad kembali ke bidang lakonan pada 2004 apabila beliau membintangi filem sulungnya, Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Hasnul Rahmat, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Zulhijjah. Seterusnya, pada 2005, beliau membintangi dua filem — Gangster arahan Bade Hj. Azmi dan Rock arahan Mamat Khalid.

Peranan terbesar beliau dalam bidang lakonan pada 2015 ialah menerusi watak utama lakonannya sebagai Kyra Lydia dalam drama Slot Akasia TV3, Teman Lelaki Upahan bersama Ungku Ismail Aziz yang berjaya menjulang namanya sekaligus membuka mata ramai masyarakat, terutama pengulas, pengkritik, peminat dan media yang memuji persembahannya yang begitu meyakinkan. Selepas Teman Lelaki Upahan, beliau muncul dalam dua lagi siri drama lakonannya, Dia Isteri Luar Biasa dan Aku Pilih Kamu serta filem Coverina bersama Pekin Ibrahim. Elizad sekali lagi bergandingan bersama Ungku Ismail dalam telefilem Jubah Untuk Airin yang mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai, jam 9.30 malam di TV1.[4] Dalam telefilem arahan Mohd Al-Bakari Harith terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini berkisarkan tentang konflik dan kekeliruan yang melanda Airin dalam mengharungi kehidupan yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Ammar Titan dan Mubarak Majid.[4]

Beliau juga berbakat dalam bidang muzik apabila menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria. Hasilnya, beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.[5][6] Biarpun dikenali sebagai pelakon, Elizad tidak pernah melupakan hasratnya untuk menjadi penyanyi. Ibunya sendiri, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh, ketika hayatnya masih ada pernah menyatakan impian beliau untuk melihat wanita berusia 32 tahun itu mencipta nama dalam bidang seni suara.[3]

Pada 2016, beliau muncul dalam drama Lambaian Ramadan bersempena bulan Ramadan, seterusnya berlakon bersama Amar Baharin dalam siri drama Si Kolot Suamiku di Astro Ria. Dalam drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Fazlyn Ridz, Elizad memegang watak sebagai Tengku Nur Edrina, seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Bagaimanapun, lakonan mesra antara Elizad dan Amar didalam drama itu telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang.[7] Walaubagaimanapun, Elizad nampaknya tidak mudah melatah dan menerima segala teguran dan kritikan dengan baik. Beliau tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak gemar melihat aksi mesranya bersama Amar.[7]

Gempak Superstar

Persembahan

Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, Siti Elizad menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Tiada Lagi" nyanyian asal Mayang Sari
  2. Minggu 2: "Ku Bahagia" nyanyian asal Melly Goeslaw
  3. Minggu 3: "Pengemis Cinta" nyanyian asal Ella
  4. Minggu 4: "Iris" nyanyian asal Kumpulan Wings dan "Cintaku 100%" nyanyian asal Mas Idayu
  5. Minggu 5: "Gerimis Mengundang" nyanyian asal Slam (duet bersama Ronnie Hussein)
  6. Minggu 6: "Makhluk Tuhan Paling Sexy" nyanyian asal Mulan Jameela dan "Ketulusan Hati" nyanyian asal Anuar Zain

Carta penyingkiran

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei) Separuh Akhir (8/Mei) Akhir(15/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
1 Siti Elizad Kekal Pertama ke-2 ke-2 ke-3 (3 Tercorot) Juara

Kehidupan peribadi

Ibu bapa Elizad mengalami masalah kesihatan. Bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin menghidap penyakit mata,[8] manakala ibunya, Nazariah Mohd Salleh pula menghidap penyakit Parkinson dan meninggal dunia pada Januari 2013.

Selepas tiga bulan mengunci mulut, beliau tampil membuat pengakuan dirinya sudah pun bernikah dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 43, pada 11 Januari lalu. Majlis pernikahan Siti Elizad dan Shamsul yang bertugas di sebuah syarikat permotoran itu berlangsung secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak saja. Dengan sekali lafaz, Elizad sah bergelar isteri kepada Shamsul pada majlis pernikahan yang disempurnakan bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 4 petang.[9]

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan. Selain majlis pernikahan, majlis pertunangan mereka juga berlangsung secara tertutup pada 6 September tahun lalu. Siti Elizad semasa ditemuramah oleh Harian Metro berkata, dia terpaksa merahsiakan majlis pertunangan dan pernikahannya itu atas permintaan keluarga.[9] Hiba mengenangkan arwah ibunya yang meninggal dunia dua tahun lalu, Nazariah Mohd. Salleh yang tidak sempat melihat dia berkahwin, Sit Elizad yang mesra disapa Ejad berkata, andai arwah ibu masih ada pasti dia menjadi insan paling gembira pada majlis pernikahannya.[10]

Filemografi

Filem

Tahun Filem Watak Catatan Syarikat penerbitan
2004 Berlari Ke Langit Zulhijjah Pelakon utama Tayangan Unggul
2005 Gangster Ria Pelakon pembantu Tayangan Unggul
Rock Pelakon pembantu Grand Brilliance
2006 Bilut Pelakon pembantu Mega Wajasinar
Main-Main Cinta Pelakon pembantu Metrowealth
2007 Cinta Yang Satu Pelakon utamna
2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang Pelakon utama
2015 Coverina Rina Pelakon utama

Drama

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Adnan Sempit the Series Pelakon pembantu
2011 Cinta Antara Kita Pelakon utama
Jamilah I Love You Pelakon pembantu
2013 Iman Nabila Pelakon pembantu
2014 Jiwa
Kerana Terpaksa Aku Relakan Pelakon pembantu
2015 Teman Lelaki Upahan Kyra Lydia Pelakon utama
Dia Isteri Luar Biasa Pelakon utama
Aku Pilih Kamu Pelakon utama
2016 Lambaian Ramadhan Shila Pelakon utama
Si Kolot Suamiku Tengku Edrina Pelakon utama
2017 Papa Ricky Zara Pelakon utama
My Darling, Inspektor Daniel Sabrina Pelakon utama
2018 Gerak Khas (Musim 18): Episod: "Selamat Datang Jeslina" Sofia Pelakon pembantu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Bersalji Di Kuala Lumpur
2013 Korban Kasih
2014 Mambo No. 5
2015 Mimi Tapau
2016 Ayah Den Lopeh
Jubah Untuk Airin Airin
Duit Raya
2017 Puisi Sedih Al-Kitab Nadirah TV3
Rasuk Cicakwoman Astro Citra & Astro Mustika HD
Menantu Malam Raya Astro Ria & Astro Ria HD

Siri TV

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2016 Gempak Superstar Astro Ria & Astro Ria HD Juara[11][12]
Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod 9 sebagai Artis Jemputan

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar