Indonesia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AWG97 (bincang | sumb.)
AWG97 (bincang | sumb.)
Baris 221: Baris 221:
Indonesia terdiri daripada beratus-ratus [[kaum|suku kaum]], dengan [[agama]] dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk [[Batak]], [[Karo]], [[Minangkabau]], [[Melayu]], [[Jawa]], [[Sunda]], [[Banjar]], [[Bugis]], [[Suku Bali|Bali]], [[Ambon]], [[Aceh]], [[Madura]], [[Minahasa]], [[Dayak]], [[Betawi]], [[Papua]] dan lain-lain. [[Islam]] merupakan ugama majoriti di Indonesia terutama diwilayah Indonesia Barat (kecuali [[Batak]]), dan Indonesia Tengah (kecuali [[Pulau Bali]] dan [[Sulawesi Utara]]). Indonesia Timur secara majoriti beragama [[Kristian]]. [[Pulau Bali]] adalah satu-satunya [[provinsi]] yang beragama [[Hindu]]. Agama-agama yang lain termasuk [[Kristian]], [[Hindu]] dan [[Buddha]] juga diakui di Indonesia. Agama daripada Cina yaitu [[Konfusianisme]] (Konghucu) menjadi salah satu agama rasmi di Indonesia baru-baru ini.
Indonesia terdiri daripada beratus-ratus [[kaum|suku kaum]], dengan [[agama]] dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk [[Batak]], [[Karo]], [[Minangkabau]], [[Melayu]], [[Jawa]], [[Sunda]], [[Banjar]], [[Bugis]], [[Suku Bali|Bali]], [[Ambon]], [[Aceh]], [[Madura]], [[Minahasa]], [[Dayak]], [[Betawi]], [[Papua]] dan lain-lain. [[Islam]] merupakan ugama majoriti di Indonesia terutama diwilayah Indonesia Barat (kecuali [[Batak]]), dan Indonesia Tengah (kecuali [[Pulau Bali]] dan [[Sulawesi Utara]]). Indonesia Timur secara majoriti beragama [[Kristian]]. [[Pulau Bali]] adalah satu-satunya [[provinsi]] yang beragama [[Hindu]]. Agama-agama yang lain termasuk [[Kristian]], [[Hindu]] dan [[Buddha]] juga diakui di Indonesia. Agama daripada Cina yaitu [[Konfusianisme]] (Konghucu) menjadi salah satu agama rasmi di Indonesia baru-baru ini.


Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti diwilayah pesisir timur [[Sumatra]] dan pesisir [[Kalimantan]]. Tiap-tiap [[provinsi]] di Indonesia mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai persamaan.
Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti diwilayah pesisir timur [[Sumatra]] dan pesisir [[Kalimantan]]. Tiap-tiap [[provinsi]] di Indonesia mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai persamaan.


Dari segi [[pakaian]], warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah [[batik]]. Tiap-tiap suku dan wilayah ([[provinsi]]) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing, dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk [[Yogyakarta]], [[Solo]], dan [[Kabupaten Pekalongan|Pekalongan]]. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:
Dari segi [[pakaian]], warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah [[batik]]. Tiap-tiap suku dan wilayah ([[provinsi]]) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing, dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk [[Yogyakarta]], [[Solo]], dan [[Kabupaten Pekalongan|Pekalongan]]. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:
Baris 232: Baris 232:
* [[baju bodo]] dari [[Sulawesi Selatan]]
* [[baju bodo]] dari [[Sulawesi Selatan]]
* pakaian ber[[koteka]] dari [[Papua]], dan sebagainya.
* pakaian ber[[koteka]] dari [[Papua]], dan sebagainya.
<gallery mode=packed>
File:My Wedding.jpg|<small>Pakaian tradisional Melayu [[Riau]]</small>
File:Traditional Javanese marriage costume.jpg|<small>Pakaian tradisional [[Jawa]]</small>
File:Baju Demang Betawi.png|<small>Pakaian tradisional suku [[Betawi]]</small>
File:Bali Hindu Wedding Traditional Dress.jpg|<small>Pakaian tradisional [[Suku Bali]]</small>
File:Gayo Wedding.JPG|<small>Pakaian tradisional suku [[Gayo|Aceh Gayo]]</small>
File:Bantenese wedding.jpg|<small>Pakaian tradisional [[Banten]]</small>
File:Batak Karo Wedding.jpg|<small>Pakaian tradisional [[Batak]] Karo</small>
</gallery>
[[Sarung]] dan [[Songkok]] umum dipakai oleh kaum lelaki di Indonesia terutama bagi mereka yang berugama [[Islam]]. [[Songkok]] merupakan pakaian kepala rasmi pemerintah di Indonesia yang digunakan oleh kaum lelaki. [[Kebaya]] merupakan pakaian adat yang umum dipakai oleh kaum wanita di Indonesia yang digunakan pada saat acara-acara tradisional, sementara kaum lelaki mengenakan baju [[Batik]] sebagai baju identiti Nusantara.
[[Sarung]] dan [[Songkok]] umum dipakai oleh kaum lelaki di Indonesia terutama bagi mereka yang berugama [[Islam]]. [[Songkok]] merupakan pakaian kepala rasmi pemerintah di Indonesia yang digunakan oleh kaum lelaki. [[Kebaya]] merupakan pakaian adat yang umum dipakai oleh kaum wanita di Indonesia yang digunakan pada saat acara-acara tradisional, sementara kaum lelaki mengenakan baju [[Batik]] sebagai baju identiti Nusantara.



Semakan pada 13:40, 13 Januari 2018

Republik Indonesia
Bendera Indonesia
Jata Indonesia
Bendera Jata
Cogan kata"Bhinneka Tunggal Ika"  (Bahasa Jawa Kuno)
"Bersatu dalam kepelbagaian"

Ideologi: Pancasila
Lagu kebangsaanIndonesia Raya
Fail:Indonesiaraya.ogg
Lokasi Indonesia
Ibu negara
dan bandar terbesar
Jakarta
Bahasa rasmiBahasa Indonesia
KerajaanRepublik
• Presiden
Joko Widodo
Ma'ruf Amin
Kemerdekaan 
daripada Belanda
• Diisytiharkan
17 Ogos 1945 dahulu Hindia Belanda
Keluasan
• Jumlah
5,455,675 km2 (2,106,448 bt2) (7)
• Perairan (%)
64.9
Penduduk
• Perkiraan 2014
252,164,800[1]
• Bancian Penduduk 2011
237,424,363[2] (4)
124.66/km2 (322.9/sq mi) (84)
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
US$977.4 bilion (15)
US$4,458 (110)
HDI (2004) 0.711
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 108
Mata wangRupiah Indonesia
(IDR)
Zon waktuUTC+7 to +9 (pelbagai)
• Musim panas (DST)
tidak diperhatikan
Kod panggilan+62
Kod ISO 3166ID
DPT internet.id

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara)[3] yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta.

Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 222 juta orang pada 2006,[4] ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.

Sejarah

Di bawah pengaruh agama Hindu dan Buddha, beberapa kerajaan terbentuk di pulau Sumatera dan Jawa pernah mencapai kejayaannya dengan wilayah meliputi negara Malaysia dan pulau Mindanao semasa Majapahit sejak abad ke-7 hingga abad ke-14. Kedatangan pedagang-pedagang Arab dari Gujarat, India kemudian membawa agama Islam yang akhirnya menjadi agama terbesar.

Ketika orang-orang Eropah datang pada awal abad ke-16, mereka telah menemui beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin menguasai perdagangan rempah. Pada abad ke-17, Belanda muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkan British dan Portugis (kecuali untuk tanah jajahan mereka di Timor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan hingga Perang Dunia II, awalnya melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal abad ke-19.

Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh Jerman, manakala Jepun menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun 1942, pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia mengerahkan pahlawan bila diperlukan. Sukarno, Mohammad Hatta, KH Mas Mansur, dan Ki Hajar Dewantara kemudiannya diberikan penghargaan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1943.

Pada Mac 1945, pihak Jepun membentuk sebuah jawatan kuasa untuk kemerdekaan Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945 Sukarno menjadi presiden pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakan polis' (Actie Politioneel). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik tenteranya pada 27 Disember 1949.

Pada tahun 1950-an dan 1960-an, Presiden Sukarno mengikuti gerakan berkecuali pada awalnya dan kemudian dengan blok sosialis, misalnya Republik Rakyat China dan Yugoslavia. Pada masa itu kekuatan ketenteraan Indonesia menjadi terbesar di Asia setelah Republik Rakyat China. Tahun 1960-an menyaksikan konfrontasi tentera terhadap Malaysia, negara jirannya yang dianggap sebagai negara bentukan Britain.

Jeneral Suharto menjadi presiden pada tahun 1967 dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancaman komunisme terhadap Sukarno yang kini semakin lemah. Setelah Suharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki memihak kepada komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan Suharto selama 32 tahun dinamakan Order Baru, dibandingkan dengan masa pemerintahan Sukarno yang disebut Order Lama.

Suharto berjaya mendapatkan pelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi lulusan Fakulti Ekonomi Universiti California, Berkeley yang digelarkan "Kelompok Berkeley". Namun, Suharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan rasuah yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun 1998.

Dari 1998 hingga 2001, Indonesia mempunyai tiga presiden: Baharuddin Jusuf Habibie, Abdurrahman Wahid dan Megawati Sukarnoputri. Pada tahun 2004 , Susilo Bambang Yudhoyono menjadi presiden Indonesia yang terkini.

Geografi

Indonesia ialah sebuah negara yang mengandungi banyak pulau gunung berapi. Pulau Sangeang Api merupakan satu contoh.
Peta Indonesia

Negara Indonesia terletak di antara:

Indonesia mempunyai 18,018 buah pulau yang tersebar di sekitar garisan khatulistiwa dan beriklim tropika. Hanya sekitar 7,000 buah pulau berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah Pulau Jawa, Sumatra, Kalimantan, Sulawesi, dan Papua, dengan Pulau Jawa mempunyai setengah daripada jumlah penduduk Indonesia yang merupakan pulau yang terpadat.

Indonesia juga terletak di atas plat tektonik. Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalami gempa bumi dan tsunami. Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurang 66 buah gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang paling terkenal di antara Sumatera dan Jawa, tetapi kini sudah hapus.

Flora dan fauna di Indonesia amat berbeza di antara Kalimantan, Bali dan pulau-pulau barat di satu bahagian serta Sulawesi, Lombok, dan pulau-pulau yang lebih timur di bahagian yang lain. Sempadan ekologi ini digelarkan Garis Wallace, sempena nama penemunya. Garis ini sering digunakan sebagai sempadan antara Asia dan Australasia dan oleh itu Indonesia merupakan sebuah negara dwibenua.

Negeri dan bandar besar

Provinsi


Indonesia ialah negara yang terluas di Asia Tenggara. Untuk memudahkan pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 33 provinsi (satu Daerah Istimewa (DI), iaitu Daerah Istimewa Yogyakarta, dan dua daerah dengan autonomi khusus iaitu Nanggroe Aceh Darussalam dan Papua serta satu Daerah Khusus Ibu kota (DKI), iaitu Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya. Sebelum era Reformasi, Indonesia hanya memiliki 27 provinsi, dengan Timor Timur merupakan provinsi ke-27 pada Julai 1976. Bagaimanapun, Timor Leste telah pun memisahkan diri melalui pungutan suara menjadi negara Timor Leste pada 20 Mei 2002.

Indonesia sedang menjalankan autonomi untuk setiap negerinya dengan tujuan memberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi, pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk negeri-negerinya.

Yang berikut adalah senarai negeri di Indonesia :

Pulau Sumatera

Pulau Jawa

Kepulauan Sunda

Pulau Kalimantan

Pulau Sulawesi

Kepulauan Maluku

Pulau Papua

Bandar terbesar

Jakarta, ibu negara dan bandar terbesar di Indonesia.

Sepuluh bandar terbesar di Indonesia mengikut susunan, adalah seperti berikut :

Demografi

Fail:IslamicCenter1.jpg
Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam.

Jumlah penduduk Indonesia mengikut bancian tahun 2000 ialah 206 juta orang,[5] dan Biro Statistik Pusat Indonesia dan Statistik Indonesia mengganggarkan populasi sebanyak 222 juta pada 2006.[4] Pembahagian penduduk Indonesia ada dalam dua kelompok. Belahan barat Indonesia sebahagian besar beretnik Melayu dan bahagian timur Indonesia beretnik Papua. Selain itu ada juga penduduk pendatang yang jumlahnya kecil iaitu etnik Cina, India, dan Arab. Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam (87.2% mengikut banci 2010)[6] dan sisanya penganut agama Kristian (9.9%), Hindu (1.7%), Buddha (0.7%), dan sebagainya.

Taburan penduduk Indonesia tidak serata. Pulau Jawa yang merupakan pusat pemerintahan ialah pulau yang terpadat, dengan setengah daripada jumlah penduduknya. Kenaikan kadar pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi. Penduduk Indonesia yang mendiami pulau-pulau di sebelah utara sangat sedikit, berbanding dengan negara-negara berjiran yang besar seperti Jepun, China dan India. Dengan demikian, daerah-daerah Indonesia yang agak kosong beserta kekayaan alamnya berpotensi menjadi sasaran untuk dasar-dasar lebensraum (dasar peluasan kuasa) oleh kuasa-kuasa di sebelah utara tersebut.

Agama di Indonesia
Agama Peratus
Islam
  
87.2%
Kristian
  
9.9%
Hinduism
  
1.7%
Buddha
  
0.7%
Lain
  
0.5%
(Bancian tahun 2010)

Politik

Garuda Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kata Sanskrit, "panca" yang bererti 'lima', dan "sila" yang bererti 'dasar'. Pancasila terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:

  • Kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa
  • Kemanusiaan yang Adil dan Beradab
  • Perpaduan Indonesia
  • Demokrasi yang dibimbing oleh Kebijaksanaan yang berasal daripada Musyawarah/Perwakilan
  • Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia

Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut dinamakan Demokrasi Pancasila.

Presiden Indonesia saat ini adalah Joko Widodo, yang disokong oleh Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP). Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) adalah lembaga dwidewan yang terdiri daripada 560 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu wakil rakyat yang dipilih melalui parti politik, ditambah 132 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) iaitu wakil provinsi yang dipilih melalui pemilihan wilayah.[7] Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pilihan raya dan dilantik untuk masa jabatan selama lima tahun. Saat ini MPR diketuai oleh Zulkifli Hasan, DPR oleh Ade Komarudin, sedangkan DPD oleh Irman Gusman.

Ekonomi

Industri Pertamina

Ekonomi Indonesia mengalami kemerosotan pada akhir dekad 1990-an, akibat Krisis Kewangan Asia yang melanda sebahagian besar Asia pada saat itu. Ekonominya kini telah pulih. Indonesia mempunyai sumber semula jadi yang besar di luar Jawa, termasuk minyak mentah, gas asli, timah, tembaga, dan emas. Negara ini ialah pengeksport gas asli yang kedua terbesar di dunia tetapi akhir-akhir ini, Indonesia telah bermula menjadi pengimport bersih minyak mentah. Hasil pertanian yang utama termasuk beras, teh, kopi, rempah, dan lobak. Rakan-rakan perdagangan Indonesia yang terbesar ialah Jepun, dan Amerika Syarikat, serta negara-negara berjiran, iaitu Malaysia, Singapura, dan Australia. Indonesia merupakan negara yang amat kaya akaan sumber daya alam dan manusia, namun begitu masih terdapat sedikit masalah kemiskinan yang disebabkan kurang tepatnya pengelolaan oleh kerajaan.

Bank pusat Indonesia ialah Bank Indonesia.

Sumber alam

Pokok kelapa sawit

Getah yang pernah dikenali sebagai "emas hitam" di Indonesia merupakan hasil utama pertukaran asing pada masa dahulu, dan kini merupakan pengeluar kedua terbesar selepas Malaysia. Kelapa sawit: Kawasan perladangan kelapa sawit di Indonesia telah diperluas dengan pesat. Produk utama yang dieksport ialah minyak serta isirong sawit. Tembakau: Kawasan perkebunan tembakau seluas 198,000 hektar pada tahun 1979, dengan 92% daripadanya ditanam oleh pekebun kecil ketika itu. Logam: Emas dan perak dihasilkan oleh PT Aneka Tambang di daerah Banten Selatan, dan tembaga di Papua. Asfalt: Perlombongan asfalt dilaksanakan di Sulawesi Tenggara. Terdapat 19 buah lombong, termasuk besar dan kecil, yang ditaksirkan berjumlah 28.5 juta tan.

Seni budaya

Gadis Palembang berkain songket.

Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum, dengan agama dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Batak, Karo, Minangkabau, Melayu, Jawa, Sunda, Banjar, Bugis, Bali, Ambon, Aceh, Madura, Minahasa, Dayak, Betawi, Papua dan lain-lain. Islam merupakan ugama majoriti di Indonesia terutama diwilayah Indonesia Barat (kecuali Batak), dan Indonesia Tengah (kecuali Pulau Bali dan Sulawesi Utara). Indonesia Timur secara majoriti beragama Kristian. Pulau Bali adalah satu-satunya provinsi yang beragama Hindu. Agama-agama yang lain termasuk Kristian, Hindu dan Buddha juga diakui di Indonesia. Agama daripada Cina yaitu Konfusianisme (Konghucu) menjadi salah satu agama rasmi di Indonesia baru-baru ini.

Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti diwilayah pesisir timur Sumatra dan pesisir Kalimantan. Tiap-tiap provinsi di Indonesia mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai persamaan.

Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik. Tiap-tiap suku dan wilayah (provinsi) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing, dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk Yogyakarta, Solo, dan Pekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:

Sarung dan Songkok umum dipakai oleh kaum lelaki di Indonesia terutama bagi mereka yang berugama Islam. Songkok merupakan pakaian kepala rasmi pemerintah di Indonesia yang digunakan oleh kaum lelaki. Kebaya merupakan pakaian adat yang umum dipakai oleh kaum wanita di Indonesia yang digunakan pada saat acara-acara tradisional, sementara kaum lelaki mengenakan baju Batik sebagai baju identiti Nusantara.

Seni pantun, gurindam, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, dan panggung seni. Silat adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisional gamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.

Candi Borobudur di Magelang, Jawa Tengah
Para pemain muzik Melayu di Indonesia

Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa budaya. Terdapat beberapa candi Hindu dan Buddha dari abad-abad yang telah lampau di Jawa. Tarian Jawa dan Bali yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan mitos Hindu. Seni tarian yang tidak mengandungi nilai-nilai Islam umpamanya seperti Reog Ponorogo (Jawa Timur) dan Tari Kecak (Bali). Sedangkan seni tarian yang mengandungi nilai-nilai Islam, antaranya Tarian Saman di daerah Sumatera dan Tarian Seudati di Nanggroe Aceh Darussalam. Selain itu, yang juga terkenal di dunia ialah wayang kulit, yang menampilkan kisah-kisah mitologi.

Terdapat banyak jenis muzik Indonesia, baik tradisional mahupun moden. Muzik tradisional Indonesia termasuklah keroncong Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan sampai ke luar negara. Banyak alat-alat muzik tradisional Indonesia yang terkenal di dunia, misalnya Angklung yang berasal dari Jawa Barat. Ada juga muzik popular di Indonesia yang dikenali sebagai dangdut.

Dangdut merupakan gabungan muzik Melayu, India, dan muzik tradisional lain Indonesia. Muzik ini dipanggil "dangdut" kerana muziknya bergema dengan bunyi 'dang' dan 'dut' serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi gendang dan seruling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya: Dangdut Melayu, Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden), Dangdut Pesisir (lagu dangdut bercampur muzik tradisional Jawa, Sunda), dan lain-lain. Pada tahun 70-an, dangdut lebih dikenali sebagai genre muzik orkestra Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad 80-an. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun dengan pedangdut-pedangdut seperti Camelia Malik dan Elvy Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun.

Ketenteraan

Islam

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Population". www.bi.go.id (dalam bahasa Indonesian). Bank Indonesia. 30 June 2014. Dicapai pada 9 September 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan imf2 tidak disediakan
  3. ^ Justus M. van der Kroef (1951). "The Term Indonesia: Its Origin and Usage". Journal of the American Oriental Society. 71 (3): 166–171. doi:10.2307/595186.
  4. ^ a b "Tingkat Kemiskinan di Indonesia Tahun 2005–2006" (PDF) (Siaran akhbar) (dalam bahasa b. Indonesia). Indonesian Central Statistics Bureau. 1 September 2006. Dicapai pada 2006-09-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "2000 Population Statistics" (Siaran akhbar). Indonesian Central Statistics Bureau. 30 Jun 2000. Dicapai pada 2006-10-05.
  6. ^ "Indonesia - The World Factbook". CIA.
  7. ^ Amandemen Ketiga Undang-Undang Dasar 1945 (PDF). 2006-12-13.

Pautan luar

Hubungan Luar Negara Indonesia

Afghanistan | Amerika Syarikat | Arab Saudi | Australia | Belanda | Brazil | Brunei | China | Emriah Arab Bersatu | India | Iran | Iraq | Itali | Jepun | Kanada | Kazakhstan | Kemboja | Korea Selatan | Korea Utara | Kuwait | Laos | Libya | Maghribi | Maldives | Malaysia | Mauritania | Mexico | Mesir | Mozambique | Myanmar | Niger | Nigeria | Oman | Pakistan | Palestin | Portugal | Rusia | Senegal | Sierra Leone | Singapura | Suriname | Switzerland | Taiwan | Thailand | Timor Leste | Togo | Tunisia | Turki | Turkmenista | Uganda | United Kingdom | Uzbekistan | Vietnam | Yaman