Lionel Messi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Lionel_Messi_En_el_partido_de_Argentina_vs_Brasil.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh JGHowes
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox football biography
{{Infobox football biography
| name = Lionel Messi
| name = Lionel pekak
| image =
| image =
| fullname = Lionel Andrés Messi<ref name="barca">{{cite web | url = http://www.fcbarcelona.com/football/first-team/staff/players/messi/sheet | title = ''Messi – Lionel Andrés Messi – Sheet'' <nowiki>''|''</nowiki> ''FC Barcelona'' | accessdate =6 Januari 2012 | publisher=FC Barcelona}}</ref>
| fullname = Lionel Andrés Messi<ref name="barca">{{cite web | url = http://www.fcbarcelona.com/football/first-team/staff/players/messi/sheet | title = ''Messi – Lionel Andrés Messi – Sheet'' <nowiki>''|''</nowiki> ''FC Barcelona'' | accessdate =6 Januari 2012 | publisher=FC Barcelona}}</ref>

Semakan pada 15:34, 30 Januari 2018

Lionel pekak
Maklumat peribadi
Nama penuh Lionel Andrés Messi[1]
Tarikh lahir (1987-06-24) 24 Jun 1987 (umur 36)[1]
Tempat lahir Rosario, Argentina[1]
Ketinggian 1.70 m (5 ka ​6 78 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
FC Barcelona
Nombor 10
Kerjaya remaja
1994–2000 Newell's Old Boys
2001–2004 Barcelona
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Barcelona C 10 (5)
2004–2005 Barcelona B 22 (6)
2004– Barcelona 382 (349)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Argentina U20 18 (14)
2008 Argentina U23 5 (2)
2005– Argentina 117 (58)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Mei 2017 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Mac 2017 (UTC)

Lionel Andrés "Leo" Messi[1][2](Sebutan Sepanyol: [ljoˈnel anˈdɾes ˈmesi]; lahir 24 Jun 1987) adalah seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain di posisi penyerang untuk kelab FC Barcelona yang berpangkalan di Sepanyol dan pasukan bola sepak kebangsaan Argentina. Dianggap sebagai pemain terbaik di dunia dan dikenal sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, Messi merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi lima anugerah FIFA Ballon d'Or, di mana empat daripadanya dimenangi berturut-turut, dan pemain pertama yang memenangi anugerah bola emas Eropah[3][4]. Bersama kelab FC Barcelona, beliau memenangi empat kejuaraan La Liga, empat kejuaraan UEFA Champions League dan empat kejuaraan Copa del Rey, serta beberapa buah trofi yang lain. Peranannya sebagai penjaring gol prolifik dan perancang yang kreatif membolehkan Messi memegang rekod penjaring gol terbanyak dalam La Liga (349 gol), penjaring gol terbanyak La Liga dalam satu musim (50 gol) dan penjaring gol terbanyak dalam kejuaraan di peringkat benua (73 gol) serta rekod pengumpan (assist) paling banyak dalam La Liga (137) dan dalam Copa América (11). Setakat ini beliau telah menjaring lebih 500 gol di peringkat senior sepanjang kariernya bersama kelab dan negara.

Dilahirkan dan dibesarkan di pusat bandar Argentina, Messi telah dikesan mengalami penyakit berkaitan kekurangan hormon pertumbuhan (GHD) semasa kecil. Pada umur 13 tahun, beliau berpindah ke Sepanyol untuk menyertai kelab Barcelona, yang bersetuju untuk membantu membayar bil-bil perubatannya. Selepas perkembangan pantas beliau dalam pasukan akademi Barcelona, Messi melakukan debut kompetitif pertamanya pada umur 17 tahun pada bulan Oktober 2004. Walaupun beliau kerap mengalami kecederaan di awal kariernya, beliau mengembangkan bakatnya dan merupakan pemain penting kelab selepas tiga tahun, mengakhiri tahun 2007 sebagai finalis untuk anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA, pencapaian yang sama diulangnya untuk tahun berikutnya. Tahun pertama beliau tanpa kecederaan hadir semasa musim 2008-09, di mana Messi membantu Barcelona mendapatkan treble pertama dalam sejarah bola sepak di Sepanyol. Pada umur 22 tahun, Messi memenangi anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA dengan undian terbanyak.

Tiga musim dengan kejayaan yang dikecapi, dengan Messi memenangi tiga penganugerahan FIFA Ballons d'Or berturut-turut, termasuklah yang keempat. Kempen peribadi terbaik beliau adalah pada musim 2011-12, di mana beliau mencatatkan rekod sebagai penjaring gol terbanyak untuk La Liga dan di peringkat Eropah dalam satu musim, disertai dengan penjaring terbanyak Barcelona sepanjang zaman dalam perlawanan rasmi pada bulan Mac 2012. Dua musim berikutnya menyaksikan Messi bergelut dengan beberapa siri kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua di belakang Cristiano Ronaldo untuk anugerah Ballon d'Or, yang juga merupakan pesaing terdekatnya. Messi kemudiannya mendapat kembali sentuhan tajamnya pada musim 2014-15, memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam La Liga dan Champions League pada bulan November 2014, dan membantuk Barcelona mendapatkan kejuaraan treble kedua.

Sebagai pemain bola sepak kebangsaan Argentina pula, Messi merupakan penjaring gol terbanyak negara. Di peringkat belia, beliau memenangi Piala Dunia Remaja FIFA 2005, bersama dengan anugerah kasut emas dan bola emas, memenangi pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Olimpik 2008. Selepas melakukan debut senior pertama beliau pada bulan Ogos 2005, Messi merupakan pemain Argentina termuda untuk bermain dan menjaringkan gol semasa kejohanan Piala Dunia FIFA 2006 berlangsung, dan mara ke perlawanan akhir Copa América 2007, di mana beliau dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan. Messi diberi penghormatan sebagai kapten pasukan kebangsaan pada bulan Ogos 2011, dan sejak itu beliau memimpin pasukan Argentina untuk tiga perlawanan akhir berturut-turut; Piala Dunia FIFA 2014, di mana beliau juga memenangi anugerah bola emas, serta kejohanan Copa América 2015 dan 2016.

Kehidupan awal

Lionel Andrés Messi dilahirkan pada 24 Jun 1987 di Rosario dan merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik hasil perkongsian hidup Jorge Messi, seorang pengurus kilang besi dan isterinya Celia Cuccittini, yang bekerja di bengkel pengeluaran magnet. Disebelah bapanya, bapanya merupakan keturunan Itali dan Sepanyol, merupakan cicit kepada imigran yang berasal dari Marche dan Catalonia, manakala di sebelah ibunya pula, ibunya berketurunan Itali[5]. Dibesarkan dalam suasana menyayangi bola sepak, "Leo" memiliki semangat bermain bola sepak pada zaman awalnya, bermain hampir setiap hari bersama abang-abangnya, Rodrigo dan Matías, dan sepupunya, Maximiliano dan Emanuel Biancucchi, yang kedua-duanya menjadi pemain profesional[6]. Pada umur empat tahun, beliau menyertai kelab tempatan Grandoli, di mana beliau telah dilatih oleh bapanya, walaupun beliau dipengaruhi oleh nenek sebelah ibunya, Celia, pada waktu awal beliau berkecimpung dalam bola sepak, di mana neneknya akan menemani beliau semasa sesi latihan dan perlawanan[7]. Messi berasa sangat terkesan setelah kematian neneknya, tidak lama sebelum ulangtahun kelahiran beliau yang ke-11 dan semenjak itu, sebagai penganut Katolik, beliau akan meraikan jaringan golnya dengan melihat dan menunjukkan ke arah langit sebagai tanda penghargaan kepada mendiang neneknya[8][9].

"Apabila kamu lihat dia, kamu akan berfikir: budak ini tak boleh bermain bola sepak. Dia terlalu kecil dan lemah. Namun begitu, kamu sedar yang dia sangat berbeza, yang mana dia akan menjadi hebat suatu hari nanti."

— Bekas jurulatih pasukan belia Newell's Old Boys, Adrián Coria berkongsi pandangan pertama terhadap Messi yang berusia 12 tahun.[10]

Messi menyertai kelab Newell's Old Boys pada umur enam tahun. Sepanjang enam tahun beliau bermain bersama kelab Newell's, beliau telah menjaringkan hampir 500 gol sebagai sebahagian daripada kumpulan "The Machine of '87", gelaran pasukan kelab pada ketika itu yang hampir mustahil dikalahkan dan dinamakan dengan tahun kelahiran, dimana kumpulan ini juga menghiburkan orang ramai yang datang dengan melakukan helah bola sepak selepas berakhirnya separuh masa pertama[11][12]. Walau bagaimanapun, masa depan beliau sebagai pemain profesional bakal terancam apabila beliau didiagnosis dengan penyakit berkaitan kekurangan hormon pertumbuhan (GHD) semasa berumur 10 tahun[12]. Insurans kesihatan bapanya hanya meliputi dua tahun rawatan hormon pertumbuhan, di mana kos yang perlu ditanggung sekurang-kurangnya $10900 sebulan, Newell bersetuju untuk menyumbang, tetapi kemudian mengingkari janji mereka[13]. Messi kemudian ditinjau oleh kelab River Plate yang terdiri daripada pemain idola beliau, Pablo Aimar, namun begitu mereka juga tidak mampu menanggung kos rawatan akibat krisis ekonomi yang dihadapi negara Argentina ketika itu[14][15].

Messi ditawarkan kemasukan ke akademi Barcelona, La Masia, pada umur 13 tahun.

Disebabkan keluarga Messi mempunyai kenalan di Catalonia, mereka cuba menguruskan perlawanan ujian bersama kelab Barcelona pada bulan September 2000. Pengarah pasukan utama Charly Rexach ingin mendapatkan khidmat Messi, namun begitu lembaga pengarah kelab menolak atas alasan kelab Eropah jarang sekali menandatangani kontrak pemain luar pada usia yang sangat muda. Pada 14 Disember, kata dua telah diberikan kepada Barcelona untuk membuktikan komitmen ini, dan Rexach, dengan tiada kertas disediakan, menyediakan kontrak di atas kertas tisu[14][16]. Pada bulan Februari 2001, keluarga Messi berpindah ke Barcelona, di mana mereka mendiami di sebuah pangsapuri berdekatan dengan stadium Camp Nou, iaitu stadium tuan rumah untuk kelab Barcelona. Pada tahun pertama Messi di Sepanyol, beliau jarang sekali membuat penampilan bersama akademi disebabkan konflik perpindahan dengan kelab Newell's; dan sebagai pemain asing, beliau hanya boleh diturunkan dalam perlawanan persahabatan dan liga Catalan. Tanpa bola sepak, beliau bergelut untuk mendapatkan keserasian bersama pasukannya. Di rumah pula, beliau mula merindui kampung halamannya di Argentina setelah ibunya pulang kembali ke Rosario bersama abang-abangnya dan adik perempuannya, María Sol, manakala bapanya menemani beliau di Sepanyol[11][16][17].

Selepas setahun bersama akademi bola sepak Barcelona, La Masia, Messi akhirnya diterima oleh Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) pada bulan Februari 2002. Dibenarkan bermain dalam semua pertandingan, beliau cuba berkenalan dengan pasukannya, antaranya ialah Cesc Fàbregas dan Gerard Piqué[18]. Selepas selesai menjalani rawatan hormon pertumbuhan semasa berumur 14 tahun[19], Messi merupakan sebahagian daripada "Baby Dream Team", pasukan belia paling terbaik dimiliki Barcelona. Pada musim penuh pertamanya (2002-03), beliau merupakan penjaring gol terbanyak dengan 36 gol dalam 30 perlawanan untuk pasukan Cadetes A, yang memenangi kejuaraan treble; memenangi liga serta piala di peringkat negara dan Catalan[18][20]. Perlawanan akhir Copa Catalunya menentang Espanyol yang berkesudahan Barcelona memenangi 4-1, digelar di peringkat dalaman kelab sebagai partido de la máscara, perlawanan akhir bertopeng. Gelaran ini diberi oleh kerana dalam perlawanan liga sebelum itu, Messi mengalami patah tulang di bahagian pipi dan pasukan perubatan memberi kebenaran kepada Messi untuk bertanding dalam perlawanan akhir dengan syarat, beliau perlu memakai perlindungan plastik pada muka; yang dalam perlawanan akhir tersebut, beliau membuka topeng tersebut dan menjaringkan dua gol dalam masa 10 minit sebelum pertukaran pemain[21]. Sebelum berakhirnya musim domestik, beliau menerima tawaran dari kelab Arsenal, tawaran kelab asing pertama beliau, namun begitu memilih untuk kekal di Barcelona selepas rakan pasukannya Fàbregas dan Piqué memilih untuk beraksi di England[16][22][23].


Kerjaya bersama FC Barcelona

2003–05

Semasa musim 2003-04, tahun keempat beliau bersama Barcelona, bakat Messi semakin mengembang, dan melakukan debut untuk rekod lima pasukan berlainan dalam satu musim. Selepas dinamakan pemain terbaik kejohanan dalam empat pertandingan antarabangsa pra-musim bersama pasukan Juveniles B, beliau hanya bermain satu sahaja perlawanan rasmi bersama pasukan tersebut sebelum dinaikkan ke pasukan Juveniles A, di mana beliau menjaringkan 18 gol dalam 11 perlawanan liga domestik[24][25]. Messi juga merupakan antara pemain belia yang dipanggil untuk memperkukuhkan pasukan utama semasa berlangsungnya perlawanan antarabangsa. Pemain sayap Perancis, Ludovic Giuly menjelaskan bagaimana Messi menarik perhatian pasukan utama di bawah bimbingan Frank Rijkaard pada ketika itu: "Beliau menghancurkan kita semua... Mereka menendangnya di kesemua tempat bagi mengelaknya daripada dihina oleh seorang remaja, beliau hanya bangun dan terus bermain. Beliau boleh mengelecek empat orang pemain dan menjaringkan gol. Ianya juga menyebabkan pertahanan kami berasa gemuruh. Beliau adalah alien."[26] Pada umur 16 tahun, empat bulan dan 23 hari, beliau melakukan debut pasukan utama pertamanya apabila beliau diturunkan pada minit ke-75 semasa perlawanan persahabatan menentang pasukan FC Porto di bawah bimbingan José Mourinho pada ketika itu pada 16 November 2003[16][27]. Prestasi beliau, yang melakukan dua peluang serta rembatan ke arah pintu gol, membuatkan staf teknikal kelab berasa kagum, dan setelah itu beliau memulakan rutin latihannya bersama pasukan simpanan kelab, Barcelona B, serta latihan mingguan bersama pasukan utama[28]. Selepas latihan pertama beliau bersama pasukan utama, Ronaldinho, memberitahu rakan sepasukannya yang beliau percaya budak yang berumur 16 tahun ini bakal diangkat sebagai pemain paling bagus berbanding dirinya[29]. Ronaldinho kemudiannya mula berkawan dengan Messi, di mana beliau memanggilnya "little brother" (adik), yang banyak membantu Messi dalam membiasakan dirinya bersama pasukan utama[30][31].

Messi ketika menentang Málaga pada tahun 2005

Untuk mendapatkan lebih pengalaman bermain, Messi menyertai pasukan Barcelona C selain bersama dengan pasukan Juveniles A, dan bermain buat pertama kali untuk pasukan ketiga tersebut pada 29 Oktober. Beliau membantu pasukan daripada disingkirkan daripada liga Tercera División, menajringkan lima gol dalam 10 perlawanan, termasuklah gol hat-trick dalam masa lapan minit semasa perlawanan Copa del Rey menentang Sevilla di mana beliau dijaga dengan ketat oleh Sergio Ramos[24][32]. Prestasinya kemudian diterjemahkan dalam bentuk kontrak profesional pertama beliau, yang ditandatangani pada 4 Februari 2004, yang berakhir pada tahun 2012 dan mengandungi klausa perpindahan sebanyak €30 juta. Sebulan kemudian, pada 6 Mac, beliau melakukan debut untuk pasukan Barcelona B dalam liga Segunda División B, dan klausa perpindahan dinaikkan secara automatik kepada €80 juta[24][33]. Beliau bermain sebanyak lima perlawanan untuk pasukan B dalam musim tersebut namun tidak menjaringkan sebarang gol[34]. Secara fizikalnya, beliau dilihat sangat lemah apabila berdepan dengan pihak lawan, yang rata-ratanya lebih tua dan tinggi menyebabkan beliau berusaha keras untuk meningkatkan jisim ototnya dan tenaga keseluruhannya bagi menakutkan pihak lawan. Pada akhir musim, beliau kembali kepada pasukan belia, dan membantu pasukan Juveniles B memenangi liga. Beliau mengakhiri kempen domestik dengan menjaringkan 36 gol untuk empat daripada lima pasukan yang disertainya dalam kesemua perlawanan rasmi[24][32].

Semasa musim 2004-05, Messi merupakan pemain yang dijamin diturunkan untuk pasukan B, bermain sebanyak 17 perlawanan sepanjang musim tersebut dan menjaringkan gol dalam enam perlawanan[29][35]. Semenjak debut beliau pada bulan November sebelumnya, beliau tidak pernah dipanggil untuk menyertai pasukan utama, namun begitu pada bulan Oktober 2004, beberapa pemain utama meminta pengurus Frank Rijkaard untuk memanggil Messi menyertai pasukan utama[29]. Disebabkan Ronaldinho bermain di bahagian sayap kiri, Rijkaard meletakkan Messi dari posisi biasanya ke bahagian sayap kanan (yang pada awalnya beliau tidak bersetuju dengan posisi baru), membolehkan beliau memintas ke bahagian tengah padang dan merembat dengan menggunakan kaki kirinya[36][37]. Messi melakukan debut perlawanan liga menentang kelab Espanyol pada 16 Oktober, di mana beliau diturunkan pada minit ke-82[16]. Pada umur 17 tahun, tiga bulan dan 22 hari, beliau pada ketika itu merupakan pemain paling muda mewakili Barcelona dalam perlawanan rasmi[31]. Sebagai pemain gantian, beliau hanya bermain selama 77 minit dalam sembilan perlawanan untuk pasukan utama musim itu, termasuklah debut dalam perlawanan UEFA Champions League menentang kelab Shakhtar Donetsk[35][38]. Beliau menjaringkan gol senior pertama pada 1 Mei 2005, menentang kelab Albacete, yang mendapat bola dari Ronaldinho, dan menjadi pemain termuda menjaringkan gol untuk kelab pada ketika itu[36][39]. Barcelona, di bawah musim kedua bersama Rijkaard, memenangi liga buat pertama kali dalam masa enam tahun[40].

2005–08

Pada 24 Jun 2005, Messi menandatangani kontrak pertama beliau sebagai pemain senior semasa hari ulangtahun kelahirannya yang ke-18. Dalam kontrak tersebut, Messi merupakan pemain Barcelona sehingga tahun 2010, dua tahun kurang berbanding kontrak yang ditandatangani sebelumnya, dan klausa perpindahan dinaikkan sehingga €150 juta[33]. Dua bulan kemudian, beliau akhirnya diturunkan dalam kejohanan pra-musim Joan Gamper Trophy pada 24 Ogos. Diletakkan dalam kesebelasan utama buat pertama kali, beliau menerima pengiktirafan atas prestasi yang mengagumkan menentang kelab Juventus di bawah bimbingan Fabio Capello ketika itu, menerima tepukan gemuruh daripada penyokong-penyokong yang hadir di Camp Nou[41]. Walaupun Capello membuat permintaan untuk meminjam Messi, terdapat bidaan dari kelab Inter Milan untuk mendapatkan khidmat beliau, di mana mereka sanggup membayar klausa perpindahan tersebut serta menaikkan gajinya sehingga tiga kali ganda. Menurut Joan Laporta, itu adalah satu-satunya masa di mana kelab berdepan risiko kehilangan Messi, namun begitu Messi memilih untuk kekal[42]. Pada 16 September, kontrak beliau dikemaskini untuk kali kedua dalam masa tiga bulan dan dipanjangkan sehingga tahun 2014[33][43].

Messi dalam rutin latihan bersama Barça pada bulan Ogos 2006

Disebabkan isu berkenaan status perundangan di dalam Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol, Messi terlepas peluang pada permulaan musim La Liga, namun begitu pada 26 September, beliau memperolehi status kerakyatan Sepanyol dan layak untuk bermain[43][44]. Memakai jersi bernombor 19, beliau beransur-ansur meletakkan dirinya sebagai pemain sayap kanan utama, yang membentuk trio penyerang bersama Ronaldinho dan penyerang Samuel Eto'o[23][45][46]. Beliau selalunya diletakkan dalam kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan utama seperti perlawanan El Clásico pertamanya menentang Real Madrid pada 19 November, serta kemenangan Barcelona ke atas Chelsea dalam pusingan 16 kejohanan UEFA Champions League, di mana beliau menunjukkan prestasi terbaiknya[47][45]. Selepas beliau menjaringkan 8 gol dalam 25 perlawanan, termasuklah gol pertamanya dalam Champions League[48], beliau terpaksa menghabiskan musim lebih awal, akibat kecederaan hamstring koyak semasa perlawanan kedua menentang Chelsea pada 7 Mac 2006. Messi bekerja keras untuk memulihkan kecergasannya sebelum perlawanan akhir Champions League, namun begitu pada hari perlawanan, 17 Mei, beliau terpaksa diketepikan. Messi berasa sangat kecewa sehinggakan beliau tidak menyambut kemenangan pasukannya menentang Arsenal di Paris, perkara yang membuatkan beliau menyesal di kemudian hari[40][45].

Messi berlari ketika menentang Getafe pada April 2007.

Di sebalik penurunan prestasi pasukan Barcelona secara keseluruhan, Messi yang pada ketika itu berumur 19 tahun meletakkan dirinya sebagai antara pemain terbaik di dunia pada musim 2006-07[49][50]. Telah dikenali sebagai idola di kalangan penyokong fanatik Barcelona, culés, beliau menjaringkan 17 gol dalam 36 perlawanan dalam kesemua kejohanan[50][51]. Namun begitu, beliau berterusan mengalami kecederaan serius; mengalami patah tulang metatarsal pada 12 November 2008 menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan[52][53]. Beliau pulih dari kecederaan, tepat pada masa Barcelona menentang Liverpool dalam pusingan 16 Champions League, namun diketepikan[54]. Dalam perlawanan liga, sumbangan gol beliau semakin meningkat di penghujung musim; 11 daripada 14 golnya datang dari 13 perlawanan terakhir[51]. Pada 10 Mac 2007, beliau menjaringkan hat-trick dalam perlawanan El Clásico, pemain pertama yang melakukannya dalam masa 12 tahun, yang membawa kepada keputusan seri 3-3 sama dalam masa tambahan[55]. Peranan penting beliau bersama Barcelona diterjemahkan dalam bentuk kontrak yang baru ditawarkan, di mana gajinya dinaikkan secara mendadak[56].

Selepas Ronaldinho hilang sentuhannya, Messi menjadi pemain bintang terbaru Barça pada umur 20 tahun, digelar sebagai "Messiah" oleh media-media Sepanyol[14][57][58]. Prestasi yang ditunjukkan pada tahun 2007 membolehkan beliau menerima beberapa pengiktirafan; wartawan mengundi beliau di tempat ketiga untuk anugerah Ballon d'Or, di belakang Kaká dan tempat kedua Cristiano Ronaldo, serta pengurus dan kapten pasukan kebangsaan di seluruh dunia mengundi beliau di tempat kedua untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA, di belakang Kaká[59][60]. Walaupun beliau telah menjaringkan 16 gol dalam musim 2007–08[61], beliau berdepan dengan kecederaan pada separuh kedua musim tersebut akibat hamstring koyak pada 15 Disember[62]. Beliau kembali beraksi dan menjaringkan dua gol menentang Celtic dalam pusingan 16 Champions League, dan merupakan penjaring gol terbanyak pada ketika itu dengan enam gol[63], namun begitu mengalami kecederaan pada perlawanan kedua pada 4 Mac 2008. Walaupun diberi amaran oleh staf perubatan, Rijkaard tetap menurunkan Messi yang mengundang kepada kritikan kapten pasukan, Carles Puyol, terhadap media Sepanyol yang memberi tekanan kepada Messi untuk bermain dalam setiap perlawanan[62]. Di akhir musim, Barcelona menduduki tempat ketiga dalam liga, disingkirkan dari pusingan separuh akhir Champions League oleh pemenang kejohanan, Manchester United serta tiada trofi yang dimenangi[64].

Selepas dua musim tanpa sebarang kejuaraan, Barcelona memerlukan rombakan, yang membawa kepada pemergian Rijkaard dan Ronaldinho serta Messi diberikan jersi bernombor 10[46]. Beliau menandatangani kontrak baru pada bulan Julai 2008, dengan gaji tahunan sebanyak €7.8 juta, merupakan pemain termahal kelab[65][66]. Sebelum bermulanya musim baru, kecederaan otot yang kerap berlaku sehingga diketepikan sejumlah lapan bulan di antara tahun 2006 hingga 2008 yang dihadapi Messi merupakan kebimbangan utama Barcelona. Untuk memerangi masalah ini, kelab memperkenalkan kaedah latihan baru, nutrisi dan gaya hidup serta mendapatkan ahli fisioterapi peribadi beliau, di mana ahli fisioterapi ini akan bersama-sama Messi semasa dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan. Hasil dari kaedah ini, Messi tidak kerap mengalami kecederaan serius selama empat tahun, membolehkan beliau menunjukkan prestasi terbaiknya[53][67]. Walaupun beliau mengalami kecederaan pada awal tahun, prestasi yang ditunjukkan pada tahun 2008 membolehkan beliau sekali lagi diundi tempat kedua dalam anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA, kedua-duanya dibelakang Cristiano Ronaldo[59][68].

2009–11

Musim pertama Messi tanpa kecederaan dalam kempen 2008-09 menyaksikan beliau menjaringkan 38 gol dalam 51 perlawanan, serta sejumlah 100 gol bersama Eto'o dan pemain sayap Henry dalam kesemua kejohanan, sebuah rekod kelab dicipta pada ketika itu[69][70].

Musim pertama beliau di bawah kendalian pengurus Barcelona baru, bekas kapten Pep Guardiola, Messi banyak bermain di bahagian sayap kanan, seperti yang beliau lakukan di bawah Rijkaard sebelum ini, namun begitu, kini beliau bertindak sebagai pemain sayap palsu yang memiliki kebebasan untuk memintas di bahagian dalam dan berkeliaran di bahagian tengah. Dalam perlawanan Clásico pada 2 Mei 2009, beliau buat pertama kali bermain sebagai false nine, diletakkan di posisi penyerang tengah tetapi diturunkan di bahagian tengah untuk bergandingan bersama Xavi dan Andrés Iniesta. Beliau mengumpan bola untuk gol pertama dan menjaringkan dua gol untuk memenangi perlawanan tersebut, yang berkesudahan 6-2, keputusan paling terbaik pasukan di Stadium Santiago Bernabéu[71][72]. Kembali di posisi sayap, beliau bermain di perlawanan akhir buat pertama kali setelah menjadi pemain utama pada 13 Mei, menjaringkan 1 gol dan membantu dalam mendapatkan gol kedua di mana Barcelona mengalahkan Athletic Bilbao 4–1 untuk memenangi kejohanan Copa del Rey[73]. Dengan 23 gol liga dari Messi musim itu, Barcelona dinobatkan sebagai juara La Liga tiga hari kemudian dan mencapai kejuaraan berganda buat kali kelima[69][74].

Messi dalam perlawanan akhir UEFA Champions League 2009 menentang Manchester United pada bulan Mei 2009.

Kekal sebagai penjaring gol terbanyak musim Champions League, serta penjaring gol termuda dalam sejarah kejohanan[75], Messi menambah dua gol lagi serta membantu dalam membantu dua gol lagi untuk memenangi perlawanan suku akhir ke atas Bayern Munich dengan keputusan 4-0[76]. Beliau kembali berperanan sebagai false nine sewaktu perlawanan akhir UEFA Champions League pada 27 Mei di Rome, menentang pasukan Manchester United. Barcelona dinobatkan sebagai juara Eropah setelah memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0, gol kedua hasil dari tandukan Messi menewaskan penjaga gol Edwin van der Sar[77]. Barcelona kemudiannya berjaya melakarkan kejayaan treble dalam sejarah bola sepak Sepanyol[78]. Kejayaan ini dilihat memberi kesan kepada kontrak baru Messi, yang ditandatangani beliau pada 18 September, yang akan tamat pada tahun 2016 mengandungi terma klausa perpindahan baru sebanyak €250 juta, dan gajinya dinaikkan kepada €12 juta[65]. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi pasukannya diteruskan pada separuh kedua 2009, di mana Barcelona buat pertama kali mencapai kejuaraan sextuple, memenangi enam buah trofi utama yang ditawarkan dalam setahun[79]. Selepas kemenangan yang dikecapi dalam piala Supercopa de España dan UEFA Super Cup pada bulan Ogos, Barcelona memenangi Piala Dunia Kelab FIFA menentang kelab Estudiantes de La Plata pada 19 Disember, di mana Messi menjaringkan gol kemenangan dengan menggunakan dadanya[80]. Pada umur 22 tahun, Messi memenangi anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA, di mana beliau mendapat perbezaan undian terbanyak berbanding calon-calon lain[59].

Ketidakselesaan beliau dengan posisi sayap kanan, Messi bersambung bermain sebagai false nine pada awal tahun 2010, bermula dengan perlawanan peringkat pusingan 16 Champions League menentang VfB Stuttgart. Selepas berkeputusan seri pada perlawanan pertama, Barcelona memenangi perlawanan timbal balik 4-0 dengan dua gol dijaringkan Messi. Pada masa itu, beliau berperanan sebagai titik tumpuan taktikal bagi pasukan kendalian Guardiola ini, dan kadar jaringan gol beliau juga meningkat[81]. Messi menjaringkan sejumlah 47 gol dalam kesemua kejohanan musim itu, menyamai rekod jaringan gol yang dilakukan oleh Ronaldo pada musim 1996-97[82][83]. Beliau juga menjaringkan keempat-empat gol dalam perlawanan suku akhir Champions League menentang Arsenal pada 6 April dan merupakan penjaring terbanyak Barcelona sepanjang zaman dalam Champions League[84][85]. Walapun Barcelona disingkirkan dalam perlawanan separuh akhir menentang juara Champions League musim itu, Inter Milan, Messi mengakhiri musim Eropah sebagai penjaring gol terbanyak (dengan 8 gol) buat kali kedua berturut-turut[86]. Sebagai penjaring gol terbanyak liga dengan 34 gol, beliau membantu Barcelona memenangi kejuaraan liga kali kedua berturut-turut dengan hanya mengalami satu kekalahan sahaja[83][87].

Messi (tengah) dan rakan sepasukannya meraikan kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFA 2011 pada bulan Disember 2011.

Messi membantu Barcelona menjulang piala pertama untuk musim 2010-11, Supercopa de España, menjaringkan hat-trick yang membawa kepada kemenangan 4-0 ke atas Sevilla dalam perlawanan timbal balik, selepas kekalahan yang dialami dalam perlawanan pertama[88]. Berperanan sebagai perancang, beliau sekali lagi membantu pasukannya dalam perlawanan Clásico pada 29 November 2010, di mana pasukannya menang 5-0 ke atas Real Madrid yang dipimpin oleh pengurus José Mourinho[89]. Messi membantu pasukannya mencapai 16 kemenangan liga berturut-turut, sebuah rekod dicipta dalam sejarah bola sepak Sepanyol[90], diakhiri dengan jaringan hat-trick ketika menentang Atlético Madrid pada 5 Februari 2011[91]. Prestasi yang ditunjukkan beliau dalam membantu pasukan kelabnya pada tahun 2010 membolehkan beliau memenangi anugerah FIFA Ballon d'Or, anugerah pertama di bawah kelolaan FIFA dan juga Pemain Terbaik Dunia FIFA, walaupun kemenangannya dikritik kerana tiada kejuaraan yang dimenangi ketika bersama pasukan Argentina dalam Piala Dunia FIFA 2010[92].

Menjelang akhir musim, Barcelona berdepan dengan empat perlawanan El Clásico dalam masa 18 hari. Perlawanan pertama melibatkan perlawanan liga pada 16 April yang berkeputusan seri hasil sepakan penalti yang disudahkan Messi. Selepas pasukan Barcelona kalah dalam perlawanan akhir Copa del Rey, Messi menjaringkan dua gol dalam masa 15 minit yang membawa kepada kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan separuh akhir Champions League, di mana babak sebelum gol kedua dilihat sebagai larian solo terbaik apabila Messi mengelecek sehingga 5 orang pemain lawan sebelum menjaringkan gol melepasi Iker Casillas[93]. Walaupun beliau tidak menjaringkan gol dalam perlawanan timbal balik, peranan penting beliau menyaksikan pasukan Barcelona mara ke perlawanan akhir Champions League[17][94], di mana Barcelona menentang Manchester United, ulangan kepada perlawanan akhir yang diadakan dua tahun lalu. Dalam perlawanan akhir ini, Messi menjaringkan satu daripada tiga gol yang membawa keputusan pasukannya menang 3-1[95][96]. Di akhir musim, Barcelona memenangi kejuaraan liga buat tiga kali berturut-turut serta memenangi kejuaraan UEFA Champions League. Messi menjaringkan sejumlah 31 gol liga, ditambah dengan pembantu gol terbanyak liga dengan 18 kali[97][98]. Beliau mengakhiri musim dengan 53 gol dan 24 kali pembantu gol dalam kesemua kejohanan, menjadikan beliau penjaring gol terbanyak kelab dalam satu musim serta pemain pertama dalam sejarah bola sepak Sepanyol mencapai penanda aras 50 gol[97][99][100][101].


Rujukan

  1. ^ a b c d e "Messi – Lionel Andrés Messi – Sheet ''|'' FC Barcelona". FC Barcelona. Dicapai pada 6 Januari 2012.
  2. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 10 Jun 2014. m/s. 2. Dicapai pada 8 September 2015.
  3. ^ Lacombe, Rémy (11 Januari 2016). "Messi, le Cinquième Élément". France Football. Dicapai pada 26 Mei 2016.
  4. ^ "Messi, Lloyd, Luis Enrique and Ellis Triumph at FIFA Ballon d'Or 2015". FIFA. 11 Januari 2016. Dicapai pada 26 Mei 2016.
  5. ^ "Lionel Messi". Ethnicity. 10 Jun 2010. Dicapai pada 24 Mei 2017.
  6. ^ Caioli 2012, m/s. 9–10.
  7. ^ Carlin, John (27 Mac 2010). "Lionel Messi: Magic in His Feet". The Independent. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  8. ^ Balagué 2013, m/s. 44–45.
  9. ^ Maume, Chris (11 Julai 2014). "Lionel Messi: The World at His Feet". The Independent. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  10. ^ Balague, Guillem (2 Disember 2013). "Lionel Messi's improbable progression from struggling youngster to world super star". Telegraph. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  11. ^ a b Thompson, Wright (22 Oktober 2012). "Here and Gone: The Strange Relationship between Lionel Messi and His Hometown in Argentina". Outside the Lines. ESPN FC. Dicapai pada 24 Mei 2017.
  12. ^ a b Sheridan, Dan (11 Januari 2013). "Where it all began for Leo". Back Page Football. Dicapai pada 24 Mei 2017.
  13. ^ Cazadieu, Jérôme; Juillard, Alexandre; Traïni, Frédéric (15 November 2008). "Leo Messi: La Légende d'El Enano". L'Équipe via Irish Independent. Dicapai pada 18 Julai 2015. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  14. ^ a b c Hawkey, Ian (20 April 2008). "Lionel Messi on a Mission". The Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2008. Dicapai pada 18 Julai 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Wilson, Paul (16 Julai 2015). "Pablo Aimar: The Argentinian Wizard Admired by Maradona and Messi". The Guardian. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  16. ^ a b c d e Lowe, Sid (15 Oktober 2014). "Lionel Messi: How Argentinian Teenager Signed for Barcelona on a Serviette". The Guardian. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  17. ^ a b Longman, Jeré (21 Mei 2011). "Lionel Messi: Boy Genius". The New York Times. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  18. ^ a b Caioli 2012, m/s. 61–62.
  19. ^ Balagué 2013, m/s. 149.
  20. ^ Jenson, Pete (27 Mac 2010). "Fàbregas, Messi, Piqué: Class of 2002". The Independent. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  21. ^ Hunter 2012, m/s. 44–45.
  22. ^ "Lionel Messi Could Have Joined Arsenal as a Teenager, Says Arsène Wenger". The Guardian. 21 November 2014. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  23. ^ a b "The New Messiah". FIFA. 5 Mac 2006. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  24. ^ a b c d Caioli 2012, m/s. 68–71.
  25. ^ Bird, Liviu (5 Jun 2015). "Ex-Teammate, La Masia Coach Recall Lionel Messi's Early Days, Persona". Sports Illustrated. Dicapai pada 19 Julai 2015.
  26. ^ "Giuly remembers the first time he saw Messi "kill" his team-mates". Sport. 14 September 2016.
  27. ^ Corrigan, Dermot (15 November 2013). "Messi Reflects on Debut 10 Years On". ESPN FC. Dicapai pada 19 Julai 2015.
  28. ^ Balagué 2013, m/s. 191–193.
  29. ^ a b c Balagué 2013, m/s. 246–249.
  30. ^ Hunter 2012, m/s. 53.
  31. ^ a b Carbonell, Rafael (26 Oktober 2004). "El Último Salto de la "Pulga"". El País (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 19 Julai 2015. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  32. ^ a b Balagué 2013, m/s. 183–185.
  33. ^ a b c Balagué 2013, m/s. 262–263.
  34. ^ "Lionel Andrés Messi Cuccittini: Matches 2003–04". BDFutbol. Dicapai pada 19 Julai 2015.
  35. ^ a b "Lionel Andrés Messi Cuccittini: Matches 2004–05". BDFutbol. Dicapai pada 19 Julai 2015.
  36. ^ a b Hunter 2012, m/s. 35–36.
  37. ^ Reng, Ronald (27 Mei 2011). "Lionel Messi". FT Magazine. Dicapai pada 19 Julai 2015.
  38. ^ Mitten, Andy (16 Oktober 2014). "Who Knew on His 2004 Debut That Lionel Messi Would Go so Far at Barcelona". The National. Dicapai pada 19 Julai 2015.
  39. ^ Williams, Richard (24 Februari 2006). "Messi Has All the Qualities to Take World by Storm". The Guardian. Dicapai pada 19 Julai 2015.
  40. ^ a b Hunter, Graham (4 Jun 2015). "Messi, Iniesta and Xavi Driven to Join the Champions League Elite". ESPN FC. Dicapai pada 19 Julai 2015.
  41. ^ Hunter 2012, m/s. 264–265.
  42. ^ Balagué 2013, m/s. 272–276.
  43. ^ a b "Starlet Messi Stays at Barça until 2014". ESPN FC. 17 September 2005. Dicapai pada 20 Julai 2015.
  44. ^ Caioli 2012, m/s. 91.
  45. ^ a b c Hunter 2012, m/s. 266–269.
  46. ^ a b "Messi Has Ronaldinho's Number". FIFA. 4 Ogos 2008. Dicapai pada 20 Julai 2015.
  47. ^ Balagué 2013, m/s. 279–284.
  48. ^ "Lionel Andrés Messi Cuccittini: Matches 2005–06". BDFutbol. Dicapai pada 20 Julai 2015.
  49. ^ "Ingla: Rijkaard to Blame for Barça Decline". ESPN FC. 19 Mei 2008. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  50. ^ a b "Messi: I'm Not the Best". FIFA. 31 Mei 2007. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  51. ^ a b "Lionel Andrés Messi Cuccittini: Matches 2006–07". BDFutbol. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  52. ^ "Messi Needs Surgery on Broken Foot". CNN. 13 November 2006. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  53. ^ a b Hunter, Graham (19 Oktober 2011). "Messi Closing in on Remarkable Record". ESPN FC. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  54. ^ Tomkins 2007, m/s. 130–132.
  55. ^ Lowe, Sid (12 Mac 2007). "There's Something about Messi". The Guardian. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  56. ^ Balagué 2013, m/s. 302.
  57. ^ Lowe, Sid (24 September 2007). "Ronaldinho Misses Barcelona's Big Night Out". The Guardian. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  58. ^ Carlin, John (3 Februari 2008). "Nou Sensation". The Guardian. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  59. ^ a b c Balagué 2013, m/s. 519–524.
  60. ^ "Kaka Named FIFA World Player of the Year". ESPN FC. 17 Disember 2007. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  61. ^ "Lionel Andrés Messi Cuccittini: Matches 2007–08". BDFutbol. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  62. ^ a b Bright, Richard (6 Mac 2008). "Lionel Messi Sidelined for Six Weeks". The Daily Telegraph. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  63. ^ O'Henley, Alex (21 Februari 2008). "Two for Messi as Barça See off Celtic". UEFA. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  64. ^ "Ronaldinho Cleared for Barça Exit". BBC Sport. 19 Mei 2008. Dicapai pada 21 Julai 2015.
  65. ^ a b Balagué 2013, m/s. 472.
  66. ^ Heydari, Keyvan Antonio (26 Mei 2009). "Messi: Amazing Talent in a Reluctant Star". The New York Times. Dicapai pada 24 Julai 2015.
  67. ^ Barnett, Phil (1 Disember 2009). "Lionel Messi: A Rare Talent". The Independent. Dicapai pada 24 Julai 2015.
  68. ^ Jackson, Jamie (12 Januari 2009). "Ronaldo Adds Fifa World Player of the Year to List of Accolades". The Guardian. Dicapai pada 24 Julai 2015.
  69. ^ a b "Lionel Andrés Messi Cuccittini: Matches 2008–09". BDFutbol. Dicapai pada 24 Julai 2015.
  70. ^ Roden, Lee (20 April 2015). "Are Messi, Suarez and Neymar Barcelona's Best-Ever Front Three?". ESPN FC. Dicapai pada 24 Julai 2015.
  71. ^ Balagué 2013, m/s. 453–459.
  72. ^ "Real Madrid v Barcelona: Six of the Best "El Clásicos"". The Daily Telegraph. 9 Disember 2011. Dicapai pada 24 Julai 2015.
  73. ^ "Barcelona Defeat Athletic Bilbao to Win Copa del Rey". The Daily Telegraph. 14 Mei 2009. Dicapai pada 24 Julai 2015.
  74. ^ "Barcelona's Title Celebrations Marred by Violence". The Daily Telegraph. 17 Mei 2009. Dicapai pada 24 Julai 2015.
  75. ^ "Messi Sweeps up Goalscoring Honours". UEFA. 28 Mei 2009. Dicapai pada 26 Julai 2015.
  76. ^ "Goals on menu for Barcelona and Bayern". UEFA. 20 Mac 2009. Dicapai pada 24 Mei 2017.
  77. ^ McNulty, Phil (27 Mei 2009). "Barcelona 2–0 Man Utd". BBC Sport. Dicapai pada 26 Julai 2015.
  78. ^ Seery, Phil (31 Mei 2009). "Barcelona Eclipse Dream Team with Historic Treble". Agence France-Presse. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 October 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  79. ^ Adams, Tom (21 Mei 2010). "The Treble Club". ESPN FC. Dicapai pada 26 Julai 2015.
  80. ^ "Barcelona Beat Estudiantes to Win the Club World Cup". BBC Sport. 19 Disember 2009. Dicapai pada 26 Julai 2015.
  81. ^ Balagué 2013, m/s. 476–478.
  82. ^ "Lionel Andrés Messi Cuccittini: Matches 2009–10". BDFutbol. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  83. ^ a b Lowe, Sid (17 Mei 2010). "La Liga Title the Least Barcelona Deserve as Madrid Again Finish Empty Handed". The Guardian. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  84. ^ "Barcelona's Lionel Messi the Sixth Player to Score Four Times in Champions League Tie". The Daily Telegraph. 7 April 2010. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  85. ^ Lowe, Sid (7 April 2010). "'Mythical, Universal, the Lord's Anointed One' – Spain Hails Leo Messi". The Guardian. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  86. ^ Haslam, Andrew (22 Mei 2010). "Messi Takes Scoring Plaudits". UEFA. Dicapai pada 27 Julai 2010.
  87. ^ Wilson, Joseph (30 September 2010). "Messi Receives Golden Boot for Top European Scorer". The San Diego Union-Tribune. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  88. ^ "Magic Messi Wins Supercopa for Barça". ESPN FC. 21 Ogos 2010. Dicapai pada 27 Julai 2010.
  89. ^ Lowe, Sid (29 November 2010). "David Villa Strikes Twice as Slick Barcelona Thrash Real Madrid". The Guardian. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  90. ^ "Most Consecutive Wins in the Top Division of Spanish football (Soccer)". Guinness World Records. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  91. ^ "Lionel Messi Stars as Barcelona Seal Record League Win". BBC Sport. 6 Februari 2011. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  92. ^ Lowe, Sid (11 Januari 2011). "Lionel Messi Is the World's Best Player but Xavi Deserved FIFA's Award". The Guardian. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  93. ^ Lowe, Sid (27 April 2011). "Lionel Messi capitalises for Barcelona as Real Madrid see red again". The Guardian. Dicapai pada 24 Mei 2017.
  94. ^ Lowe, Sid (5 Mei 2011). "The Good, the Bad and the Ugly in the Aftermatch of the Clásico Series". Sports Illustrated. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2011.
  95. ^ "Top Scorer Messi Matches Van Nistelrooy Mark". UEFA. 28 Mei 2011. Dicapai pada 27 July 2015.
  96. ^ McNulty, Phil (28 Mei 2011). "Barcelona 3–1 Man Utd". BBC Sport. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  97. ^ a b "Lionel Andrés Messi Cuccittini: Matches 2010–11". BDFutbol. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  98. ^ "Spanish Primera División Statistics: Top Assists 2010–11". ESPN FC. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  99. ^ Cascarino, Tony; Barclay, Patrick (27 Mei 2011). "Is Sublime Lionel Messi the Greatest Footballer Ever?". The Times. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  100. ^ Pitt-Brooke, Jack (14 April 2011). "48 Not Out: Messi Proves Himself King of the Goals". The Independent. Dicapai pada 27 Julai 2015.
  101. ^ "Lionel Messi Scores Spanish Record 50th Goal". BBC Sport. 23 April 2011. Dicapai pada 27 Julai 2015.