Bahasa gerak-geri: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 6: Baris 6:


[[Air muka]] sering merupakan bentuk bahasa gerak-geri serta cara untuk mengesan perasaan seseorang.
[[Air muka]] sering merupakan bentuk bahasa gerak-geri serta cara untuk mengesan perasaan seseorang.



== Asal bahasa gerak-geri ==
== Asal bahasa gerak-geri ==

Semakan pada 19:33, 6 Februari 2018

Bahasa gerak-geri adalah istilah yang luas untuk pelbagai bentuk komunikasi yang menggunakan gerak badan atau gerak isyarat sebagai ganti ataupun sebagai pelengkap untuk bahasa lisan dan bentuk komunikasi lain. Ia merupakan satu kategori paralinguistik yang merangkumi segala komunikasi manusia yang bukan bahasa.

Paralinguistik yang merangkumi bahasa gerak-geri telah diselidiki secara luas oleh ahli-ahli psikologi sosial. Bagi pertuturan harian dan psikologi popular, istilah ini sering digunakan untuk bahasa gerak-geri yang dianggapi sebagai luar kawal walaupun sebenarnya, perbezaan antara voluntari dan luar kawal seringnya tidak jelas: umpamanya, senyuman atau lambaian boleh dibuat secara voluntari ataupun secara luar kawal.

Bahasa gerak-geri voluntari merujuk kepada pergerakan, gerak isyarat dan lagak yang dibuat dengan sengaja (bersenyum, bergerak tangan, mengajuk tindakan). Ia juga dikaitkan kepada pelbagai jenis komunikasi tanpa bunyi, seperti gerak isyarat yang formal (umpamanya, oleh pengarah filem).

Air muka sering merupakan bentuk bahasa gerak-geri serta cara untuk mengesan perasaan seseorang.

Asal bahasa gerak-geri

Perhubungan di antara bahasa gerak-geri dengan komunikasi haiwan sering diperdebatkan. Paralinguistik manusia mungkin merupakan penerusan bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan oleh nenek moyang yang tidak berbahasa; ataupun bentuknya mungkin telah diubah dengan wujudnya bersama dengan bahasa.

Sebahagian spesies haiwan amat mahir dalam mengesan bahasa gerak-geri manusia, baik voluntari ataupun luar kawalan: ini merupakan dasar kesan Clever Hans (sumber artifak bagi psikologi perbandingan), dan juga merupakan sebab untuk mencuba mengajar bahasa isyarat Amerika Syarikat kepada cimpanzi Washoe sebagai ganti untuk pertuturan. Kemungkinan kejayaan projek Washoe berbandingkan usaha-usaha sebelumnya untuk mengajar mawas bagaimana menari disebabkan oleh kemahiran itu.

Bahasa gerak-geri adalah hasil pengaruh genetik serta persekitaran. Kanak-kanak akan senyum dan ketawa walaupun mereka tidak pernah nampak senyuman. Etologis Iraneus Eibl-Eibesfeldt menuntut bahawa beberapa unsur bahasa gerak-geri yang asas adalah sejagat dan melintasi pelbagai budaya. Oleh sebab itu, ia ada pola gerak-geri tetap dibawah kawalan kenalurian. Sebahagian bentuk bahasa gerak-geri manusia menunjukkan penerusan dengan gerak isyarat komunikasi mawas yang lain, walaupun seringnya makna telah diubah. Gerak isyarat yang lebih halus dan yang berbeza-beza antara budaya (umpamanya, gerak isyarat untuk "ya" dan "tidak") harus dibelajari ataupun di ubah suai melalui pembelajaran, biasanya dengan pemerhatian persekitaran secara bawah sedar.

Pentingnya bahasa gerak-geri dalam kumpulan

Terdapat tanda-tanda bahawa bahasa gerak-geri mungkin lebih mustahak dalam komunikasi kumpulan bila dibandingkan dengan komunikasi satu-dengan-satu. Dalam kumpulan, setiap orang mempunayi saluran bahasa gerak-geri yang terbuka kepada semua orang yang lain dalam kumpulan sedangkan pertuturan biasanya hanya dihadkan kepada satu orang sahaja pada satu masa. Dengan kata lain, lebih besar kumpulannya, lebih banyak bahasa gerak-geri dipergunakan.

Contoh-contoh bahasa gerak-geri

Menunjukkan tapak tangan kepada para pendengar mungkin merupakan sikap terus-terang dan kejujuran, sedangkan menyembunyikan tapak tangan mungkin membawa makna tipuan. Menggerakkan tangan-tangan menghampiri mulut ataupun menyentuhkan hidung mungkin juga membawa maksud tipuan juga.

Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada orang tersebut ataupun penerimaan.

Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna anda tidak minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang yang badan anda menghadapi.

Kesenyapan sering merupakan satu bentuk paralinguistik yang mempunyai pelbagai tafsiran yang biasanya, bergantung kepada individu. Satu tafsiran yang merangkumi kesenyapan serta memandang lantai ataupun mengelakkan hubungan mata, biasanya menunjukkan bahawa orang itu sedang memikirkan masalah yang menjejaskannya secara emosi. Dalam budaya Barat, tidak memandangkan mata orang juga menunjukkan tipuan. Ini juga menunjukkan bahawa anda lebih suka di tempat lain berbanding berbual dengan mereka; ketidakselesaan ataupun kerisauan yang disertai pembohongan.

Sila lihat juga

Rujukan

Pautan luar