Orang Melayu Indonesia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AWG97 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
AWG97 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 5: Baris 5:
| image1 = Raja Ali Haji.jpg| caption1 = [[Raja Ali Haji]]
| image1 = Raja Ali Haji.jpg| caption1 = [[Raja Ali Haji]]
| image2 = Amir Hamzah portrait edit.jpg| caption2 = [[Amir Hamzah]]
| image2 = Amir Hamzah portrait edit.jpg| caption2 = [[Amir Hamzah]]
| image3 = COLLECTIE TROPENMUSEUM Sultan van Siak TMnr 60027152.jpg| caption3 = [[Syarif Kasim II]]
| image3 = COLLECTIE TROPENMUSEUM Sultan van Siak TMnr 60027152.jpg| caption3 = [[Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifudin|Syarif Kasim II]]
| image4 = Hatta Rajasa2.jpg| caption4 = [[Hatta Rajasa]]
| image4 = Hatta Rajasa2.jpg| caption4 = [[Hatta Rajasa]]
| image5 = Nazril Irham.jpg| caption5 = [[Nazril Irham]]
| image5 = Nazril Irham.jpg| caption5 = [[Nazril Irham]]

Semakan pada 06:44, 25 Februari 2018

Melayu Indonesia
ملايو ايندونيسيا
Kawasan ramai penduduk
Sumatra Selatan: 2,139,000
Riau: 1,880,240
Kalimantan Barat: 1,259,890[1]
Bangka-Belitung: 936,000
Jambi: 914,660
Kepulauan Riau: 600,108
Sumatra Utara: 582,100
Lampung: 269,240
Jakarta: 165,039
Bengkulu: 125,120
Bahasa
Melayu, Indonesia
Agama
Islam Sunah Waljamaah (kebanyakannya), juga Islam tidak mengikut mazhab, Islam Muwahhid
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Melayu Malaysia, Orang Brunei, Orang Melayu di Singapura, Melayu Thai, Melayu Cocos, Minangkabau, Aceh, Banjar

Orang Melayu Indonesia (Tulisan Jawi: ملايو ايندونيسيا) ialah suku Melayu yang tinggal di sepanjang Indonesia, sebagai salah satu suku asli negara pulau tersebut. Indonesia mempunyai penduduk Melayu kedua besar selepas Malaysia. Menurut sejarah, Bahasa Indonesia, iaitu bahasa kebangsaan Indonesia, berasal daripada Bahasa Melayu yang ditutur di Riau, sebuah provinsi di Sumatra. Ada beberapa bilangan kerajaan Melayu di Indonesia yang meliputi pulau Sumatra dan Kalimantan, yang mana sesetengahnya yang terkenal ialah Srivijaya, Kerajaan Melayu, Kesultanan Deli, Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Sambas.

Definisi Melayu di Indonesia adalah berbeza dengan definisi Melayu di Malaysia. Di Indonesia, kelompok Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu Melayu pesisir (Coastal Malays) yang mendiami sepanjang pantai barat Sumatera, serta Melayu Kalimantan (Borneo Malays), yang bertaburan di seluruh Pulau Borneo. Lain-lain rumpun Melayu tidak dianggap sebagai ’Melayu’, melainkan dikenali dengan nama etnik masing-masing. Ini termasuklah Acheh, Minang, Jawa, Mandailing, dan sebagainya.[2]

Sejarah

Sumatra

Terdapat banyak kerajaan Melayu yang terdapat di pulau Sumatra: iaitu Kerajaan Melayu, Sriwijaya, Kerajaan Deli, Kerajaan Siak Sri Indrapura dan Kerajaan Riau-Lingga.

Kalimantan

Dalam Pontianak incidents semasa pendudukan Jepun di Hindia Timur Belanda, tentera Jepun membunuh kebanyakan golongan elit Melayu dan memancung kepala semua sultan Melayu di Kalimantan.

Semasa kejatuhan Suharto, ada kebangkitan dalam kebangsaan dan pengenalan Melayu di Kalimantan dan orang Melayu dan Dayak di Sambas membunuh Madura beramai-ramai semasa rusuhan Sambas.

Perihalan kaum Melayu di Indonesia

  • Golongan Serumpun di Sumatra:
Orang Minangkabau, Sumatra Barat
  • Golongan Serumpun di Kalimantan (Rumpun Banjar):
    • Suku Melayu Sambas (muslim)
    • Saq Senganan (tergolong daripada suku Dayak Iban yang sudah masuk Islam)
    • Suku Kedayan (muslim) dan Melayu Brunei (muslim)
    • Suku Banjar (muslim) dan Suku Bukit (non muslim)
    • Suku Kutai (muslim) dan Haloq (tergolong daripada suku Dayak Tonyoy-Benuaq yang sudah masuk Islam)
    • Suku Berau (muslim)
  • Golongan Serumpun di Jawa:

Orang Melayu Indonesia yang terkenal

Sastera

  • Andrea Hirata, pengarang Indonesia
  • Raja Ali Haji, seorang sejarawan abad ke-19, seorang ahli rumah diraja Riau dan Selangor dan Perwira Negara Indonesia

Kerabat diraja

Putera Melayu dari Rumah Diraja Deli, Langkat dan Serdang Sumatera Timur (sekarang Sumatera Utara)

Politik

Hiburan

Rujukan

  1. ^ "Propinsi Kalimantan Barat - Dayakologi". Dicapai pada 2012-09-07.
  2. ^ http://tangisanmelayu.blogspot.co.id/2015/03/tangisan-melayu-kita-orang-melayu-anakku.html
  3. ^ Tedjasukmana, Jason (25 Jun 2010). "Sex Video Scandal and Indonesia's Porn Obsession". TIME magazine. Dicapai pada 25 Jun 2010. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.