Kris (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27: Baris 27:


Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan [[kumpulan Dinamik|Dinamik]], [[Kumpulan Wow|WOW]], [[Kumpulan Black Rose|Blackrose]], [[kumpulan Damasutra|Damasutra]] dan [[kumpulan Laksamana|Laksamana]]. Berbekalkan lagu berhantu '''Tiara''', Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.
Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan [[kumpulan Dinamik|Dinamik]], [[Kumpulan Wow|WOW]], [[Kumpulan Black Rose|Blackrose]], [[kumpulan Damasutra|Damasutra]] dan [[kumpulan Laksamana|Laksamana]]. Berbekalkan lagu berhantu '''Tiara''', Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Sedap betul lagu Tiara. Power!


==Anggota kumpulan==
==Anggota kumpulan==

Semakan pada 06:00, 17 Mac 2018

Kris
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1990 - 1995
Syarikat rakaman
Luncai Emas Sdn. Bhd.
LIFE Records
Pengkarya berkait
M. Nasir, Hattan
Bekas ahliAbdul Halim bin Bukhari (Alim) - Vokal
Mukhris bin Abdul Talib (Boy) - Gitar
Musa bin Mohamed Taib (Lomaq) - Bass
Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - Drum

Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada awal dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Sejarah

Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1990 dan merupakan anak didik komposer terkenal M. Nasir. Nama asal Kris ialah Rajawali tetapi ditukar setelah terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut.

Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOWBlackroseDamasutra dan Laksamana. Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Anggota kumpulan

Kumpulan Kris terdiri dari :-

  1. Abdul Halim bin Bukhari (Halim, Alim) - vokal
  2. Mukhris bin Abdul Talib (Boy) - gitar
  3. Musa bin Mohamed Taib (Lomaq) - bass (bekas pemain bass Kumpulan Mega)
  4. Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - dram (bekas pemain dram Kumpulan Mega)

Kumpulan Kris berasal dari negeri Johor. Namun begitu hanya vokalisnya, Alim berasal dari negeri Perak.

Diskografi

Tiara (1991)

  1. Dilema Orang Kita (Yan/Ram Ghazali)
  2. Tiara (M.Nasir)
  3. Bidaian Selut (Aznan Alias/Sani Sudin)
  4. Penjara (Hattan/Nasir Jani)
  5. Kelip Kelip Dihembus Angin (Jai Mohd/Loloq)
  6. Hidup Berjudi (Aznan Alias/Bob)
  7. Persoalan Jiwa (Hattan/Siso)
  8. Tiara (instrumental) (M.Nasir)
  9. Melawan Emosi Diri (Wan Zul/Azam Dungun)
  10. Menanti (Jai Mohd/Usop)

Penerbit: M. Nasir

Ratna (1993)

  1. 3 Kali Putus Cinta (Kris/Loloq)
  2. Lagu Cenderawasih (M.Nasir/Nurbisa)
  3. Michelle (Hattan/Nurbisa)
  4. Muka Silver (Kris/Boy/Rosli Ali)
  5. Apa Kau Mahu (Kris/Boy/Rosli Ali)
  6. Ratna (M.Nasir)
  7. Papa Mama (M.Nasir)
  8. Mat Dispatch [Tentang Dunia Kurang Ajar] (M.Nasir)
  9. Syurga Jambul Terbakar (Kris/Nasir Jani)
  10. Misteri Kasih (Hattan/Abdi)

Penerbit: M. Nasir/Hattan

Revival of the Forgotten Rock Kapak (2012)

Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh LIFE Records bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.

Anugerah/Pencapaian

Album pertama Kris yang meletup dengan lagu Tiara telah terjual melebihi 110,000 unit sekaligus menempatkan mereka sebagai salah satu kumpulan rock baru yang paling popular ketika itu. Manakala album kedua telah mencatat jualan sekitar 50,000 unit. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.

Kejayaan tertinggi Kris ialah di Juara Lagu 1991 di mana lagu Tiara telah membolot tiga hadiah iaitu Lirik Terbaik, tempat ketiga Persembahan Terbaik dan tempat ketiga Juara Lagu. Lagu ini masih kekal diminati sehingga sekarang.

Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1991 yang berlangsung pada awal tahun 1992 telah menyenaraikan Kris sebagai salah satu finalis Top 5 kategori Penyanyi Berkumpulan Popular. Kategori tersebut bagaimanapun dimenangi oleh kumpulan Iklim.

Manakala Anugerah Industri Muzik (AIM) edisi pertama pada tahun 1993 turut menyenaraikan muzik video lagu dari album kedua Kris, Lagu Cenderawasih yang dibintangi pelakon Sharifah Haslinda dalam kategori Video Muzik Terbaik. Kategori tersebut dimenangi oleh muzik video lagu dari kumpulan Spring berjudul Sampai Hati.

Rujukan