George H. W. Bush: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anne4321 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 452: Baris 452:
{{Presiden Amerika Syarikat}}
{{Presiden Amerika Syarikat}}
{{Naib Presiden Amerika Syarikat}}
{{Naib Presiden Amerika Syarikat}}
{{Cold War figures}}


{{Kawalan kewibawaan}}
{{Kawalan kewibawaan}}

Semakan pada 07:37, 23 Mac 2018

George Herbert Walker Bush
Presiden Amerika Syarikat ke-41
Dalam jawatan
20 Januari, 1989 – 20 Januari, 1993
Naib PresidenDan Quayle
Didahului olehRonald Reagan
Digantikan olehBill Clinton
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-43
Dalam jawatan
20 Januari, 1981 – 20 Januari, 1989
Pemangku Presiden Amerika Syarikat pada 13 Julai, 1985
PresidenRonald Reagan
Didahului olehWalter Mondale
Digantikan olehDan Quayle
Pengarah Perisikan Pusat A.S. ke-11
Dalam jawatan
20 Januari, 1976 – 20 Januari, 1977
PresidenGerald Ford
Didahului olehWilliam E. Colby
Digantikan olehAdm. Stansfield Turner
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari Daerah Kongres ke-7 Texas
Dalam jawatan
3 Januari, 1967 – 3 Januari, 1971
Didahului olehJohn V. Dowdy
Digantikan olehBill Archer
Butiran peribadi
Lahir (1924-06-12) 12 Jun 1924 (umur 99)
Massachusetts Milton, Massachusetts
Parti politikParti Republikan
PasanganBarbara Pierce Bush
Alma materYale University
PekerjaanPeniaga
Tandatangan

George Herbert Walker Bush (lahir 12 Jun 1924) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-41 (19891993). Sebelum menjadi Presiden, beliau pernah berkhidmat sebagai anggota Kongres dari Texas (1967–1971), duta untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1971–1973), pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (1973–1974), Ketua Pejabat Perhubungan Amerika Syarikat di Republik Rakyat China (1974–1976), Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) (1976–1977), Pengerusi Bank Antarabangsa Pertama di Houston (1977–1980), dan Naib Presiden Amerika Syarikat ke-43 di bawah Presiden Ronald Reagan (1981–1989).

Seorang penerbang tentera laut yang dikurniai pingat, Bush juga merupakan bekas perajurit Perang Dunia II terakhir yang pernah berkhidmat sebagai Presiden. Bush ialah bapa kepada George Walker Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-43. Bapanya, Prescott Bush, ialah Senator Amerika Syarikat.

Untuk kedua-dua dasar dalam negeri dan luar negara, Presiden Bush mengamalkan dasar-dasar yang sederhana. Pada hari-hari terakhir Perang Dingin, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan dasar luar negara Amerika Syarikat semasa peralihan Kesatuan Soviet dan Eropah Timur daripada negara komunis kepada negara demokrasi liberal yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Bush memperjuangkan konsep Aturan Dunia Baru yang menggantikan konfrontasi ketenteraan dan strategik dengan undang-undang antarabangsa dan sepersetujuan sejagat sebagai cara untuk mencapai matlamat-matlamat diplomasi. Idea ini diamalkan semasa Perang Teluk apabila Amerika Syarikat menghimpunkan sebuah gabungan sejagat untuk menterbalikkan serangan Kuwait oleh Iraq di bawah Saddam Hussein.

Untuk dasar dalam negeri, inisiatif Bush yang paling ketara ialah Akta Penyelarasan Peruntukan Pelbagai (Omnibus Budget Reconciliation Act) 1990 yang merupakan suatu tolak ansur dengan ahli-ahli Parti Demokrat dalam Kongres yang penuh dengan perbalahan. Akta itu bertujuan untuk menukarkan kawalan perbelanjaan dengan kenaikan cukai untuk mengimbangkan belanjawan persekutuan.

Bush telah menderita penyakit Parkinson dan telah memaksa beliau untuk menggunakan kerusi roda sejak tahun 2012. Pada Julai 2015, Bush telah menderita kecederaan leher yang teruk. Beliau telah menggunakan pendakap leher pada umur 91. Pada 18 Januari 2017, Bush telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Methodist Houstan, di mana beliau telah diberi ubat pelali untuk prosedur untuk merawat masalah pernafasan akut yang berpunca daripada pneumonia.[1].

Pada 14 April 2017, Bush telah dimasukkan ke hospital di Houston akibat pneumonia sekali lagi.[2]

Bush berumur 93 tahun pada 12 Jun 2017. Jika beliau hidup sehingga 25 November 2017, beliau akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang paling lama untuk hidup pada usia 93 tahun, 166 hari, melepasi Gerald Ford yang memegang rekod semasa pada 93 tahun, dan 165 hari apabila beliau meninggal dunia pada 26 Disember 2006.

Rujukan

Pautan luar