Dipuji Dalam Perutusan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Edmundobot (bincang | sumb.)
Baris 37: Baris 37:
[[Kategori:Anugerah Keberanian]]
[[Kategori:Anugerah Keberanian]]


[[en:Mentioned in Despatches]]
[[pl:Mentioned in Dispatches]]
[[pl:Mentioned in Dispatches]]
[[en:Mentioned in Dispatches]]

Semakan pada 17:35, 22 Disember 2007

Fail:Despatchdistinguishedservice.jpg
Sijil yang diberikan kepada askar ataupun pegawai muda yang Dipuji Di Dalam Laporan
Fail:Oakleafclusterionribbon.jpg
Rumpuan dedaun oak yang dipakai di atas riben pingat kempen untuk kegunaan askar ataupun pegawai muda yang Dipuji Di Dalam Laporan
Fail:Fourragere.jpg
Selepas menerima dua kali pujian, anggota-anggota unit tentera Perancis berhak memakai fourragère

Dipuji Dalam Laporan (Bahasa Inggeris:Mentioned in Despatches) adalah satu anugerah keberanian ataupun untuk lain-lain khidmat terpuji. Anugerah ini kerap kali diberikan dan tidak melibatkan pemberian pingat secara hakiki, dan dengan itu dilihat rendah dalam senarai keutamaan anugerah keberanian.

Laporan adalah satu makluman rasmi yang diberikan oleh pegawai kanan sesuatu angkatan bersenjata, khususnya angkatan Tentera Darat kepada pegawai-pegawai atasannya di mana beliau memperincikan perlaksanaan operasi ketenteraan yang dijalankan oleh pasukan beliau. Dalam perkhidmatan angkatan bersenjata British, laporan ini diterbitkan dalam London Gazette. Jikalau seorang pegawai muda ataupun anggota tentera melakukan satu tindakan yang perlu diambil maklum dan perlakuan tindakan itu dimasukkan di dalam laporan rasmi pegawainya, dia dikatakan telah “dipuji dalam laporan”.

Di kalangan negara-negara Komanwel, askar-askar yang dipuji dalam laporan diberikan satu sijil yang memperakukan tindakannya dan dia diberikan hak untuk memakai serumpun dedaun pokok oak (oak leaf cluster) yang diperbuat daripada gangsa di atas riben kempen yang diberikan kepada askar yang berkhidmat dalam sesuatu konflik. Jikalau anggota tersebut tidak mempunyai pingat kempen yang dianugerahkan, rumpun dedaun oak itu dipakai di atas poket kiri uniform.

Anggota tentera itu boleh dipuji dalam laporan berulang kali tetapi tidak menunjukkan apa-apa tanda menerima pujian berulang kali melainkan kepingan sijil-sijil kepujian. Semasa Perang Dunia I, John Vereker, yang memenangi pingat Victoria Cross dipuji dalam laporan sebanyak 9 kali. Panglima Australia, Jeneral H.G. Bennett dipuji dalam laporan sebanyak 8 kali semasa

Perkhidmatan Malaysia

Fail:Imgkpk2.jpg
nugerah Kepujian Perutusan Keberanian diberikan kepada anggota Angkatan bersenjata ataupun Pasukan Polis untuk perlakuan keberanian

Di dalam perkhidmatan angkatan bersenjata Malaysian dan pasukan keselamatan yang lain, anugerah ini dipanggil Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) (Mention in Despatches). Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian diberikan kepada anggota Angkatan bersenjata ataupun Pasukan Polis untuk perlakuan keberanian yang patut diberikan pujian tetapi tidak sehingga tahap pemberian pingat. Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian boleh diberikan kepada seseorang itu lebih dari sekali dan untuk anugerah-anugerah berikutnya, batu bar ditambah.

Penerima anugerah ini boleh memakai lencana daun palas (laurel) diperbuat dari gangsa dan disematkan kepada riben lain-lain anugerah yang diterima oleh pemakainya. Jika penerima anugerah Kepujian Perutusan Keberanian tidak mempunyai apa-apa anugerah pingat, dia boleh menyematkan lencana Kepujian Perutusan Keberanian di atas pakaian pemakainya. Lencana ini juga boleh disematkan kepada sehelai kain yang sama warna dengan warna pakaian pemakainya. Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian dimulakan pada 29 Julai 1960 and diwartakan pada 11 Ogos 1960.

Kegunaan di Amerika Syarikat

Semasa Perang Saudara Amerika, Tentera Negeri-Negeri Konfederat tidak memberikan anugerah ataupun pingat, Sebaliknya, Jeneral Robert E. Lee akan memberi pujian kepada panglima dan anggota-anggota tentera di dalam laporan-laporan rasmi yang beliau sediakan. Amalan ini dianggapkan sebagai penghormatan paling tinggi boleh diberikan kepada seorang askar Konfederat.

Kegunaan di Perancis

Dalam Tentera Perancis, pujian dalam laporan ataupun citation dans les ordres dibuat oleh pegawai-pegawai kanan daripada pemerintah rejimen kepada Jeneral Pemerintah, dibuat di dalam arahan yang diberikan kepada unit mereka, dan memberikan pengiktirafan kepada perlakuan berani anggota unit berkenaan. Pujian ini dibuat untuk mana-mana anggota angkatan bersenjata Perancis ataupun askar-askar angkatan bersenjata sekutu-sekutunya. Pujian ini adalah bersamaan dengan Pingat Bronze Star (Amerika Syarikat) ataupun pingat Military Cross dan Military Medal (Britain).

Pujian-pujian yang dibuat dalam Perang Dunia I, Perang Dunia II ataupun perang-perang kolonial Perancis diiringi dengan penganugerahan satu Croix de guerre ataupun Croix de la valeur militaire, tertakluk kepada tahap pujian yang diterima. Pujian dalam laporan Briged disertai dengan Croix de guerre gangsa, pujian dalam laporan Divisyen diiringi Croix de guerre" perak dan Croix de guerre" emas untuk pujian dalam laporan Kor. Tetapi kini, pujian diiringi dengan anugerah emas Médaille de la Défense nationale

Unit tentera juga boleh dipuji dalam laporan. Panji-panji pasukan kemudiannya akan dihiaskan dengan Croix berkenaan. Selepas menerima dua kali pujian, anggota-anggota unit berhak memakai fourragère

Pautan Luar