Dio Cassius: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Edmundobot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: bg, ca, cy, da, ja, la, no, sv, tr Mengubah: en, es, it, pl
Baris 28: Baris 28:
[[Kategori: Ahli sejarah Rom]]
[[Kategori: Ahli sejarah Rom]]


[[bg:Дион Касий]]
[[ca:Cassi Dió]]
[[cy:Dio Cassius]]
[[da:Dio Cassius]]
[[de:Cassius Dio]]
[[de:Cassius Dio]]
[[el:Δίων Κάσσιος]]
[[el:Δίων Κάσσιος]]
[[en:Dio Cassius]]
[[en:Cassius Dio]]
[[es:Dión Casio]]
[[es:Dion Casio]]
[[eu:Dion Kasio]]
[[eu:Dion Kasio]]
[[fi:Dio Cassius]]
[[fr:Dion Cassius]]
[[fr:Dion Cassius]]
[[it:Dione Cassio Cocceiano]]
[[he:דיו קסיוס]]
[[he:דיו קסיוס]]
[[hu:Cassius Dio]]
[[hu:Cassius Dio]]
[[it:Cassio Dione Cocceiano]]
[[ja:カッシウス・ディオ]]
[[la:Cassius Dio]]
[[nl:Cassius Dio]]
[[nl:Cassius Dio]]
[[pl:Kasjusz Dion]]
[[no:Dio Cassius]]
[[pl:Kassjusz Dion]]
[[ru:Дион Кассий]]
[[ru:Дион Кассий]]
[[fi:Dio Cassius]]
[[sv:Dio Cassius]]
[[tr:Cassius Dio]]

Semakan pada 17:48, 22 Disember 2007

Dio Cassius Cocceianus (k.k. 165– selepas 229; bahasa Inggeris: Dio Cassius atau Cassius Dio) ialah seorang ahli sejarah dan kakitangan awam Rom.

Dilahirkan di Nicaea, Bithynia, kepada Cassius Apronianus, seorang senator Rom, nama benarnya ialah Cassius. Dua nama yang lain itu berasal daripada datuk sebelah ibunya, Dio Chrysostom. Oleh itu, walaupun ibunya berketurunan Yunani, dan dalam penulisannya, beliau menerimagunakan bahasa Yunani yang lazim digunakan di tempat asalnya, beliau tetap seorang Rom.

Dio Cassius menghabiskan kebanyaknya hidupnya dalam perkhidmatan awam. Selain daripada menyandang jawatan senator di bawah Commodus dan gabenor Smyrna selepas kematian Septimius Severus, Dio juga menjawat konsul sufek di sekitar 205, serta prokonsul di Afrika dan Pannonia. Alexander Severus amat menghormatinya, dan melantiknya sebagai konsul buat kali kedua, satu jawatan yang sama dengan dirinya sendiri pada 229. Bagaimanapun, Pengawal-pengawal Pretor benci akann beliau kerana kekerasannya, dan cuba membunuhnya. Selepas kekonsulannya yang kedua, dan kerana beliau sudah amat tua, Dio pulang ke negara asalnya di mana beliau meninggal dunia.


Karya-karyanya

Dio menerbitkan sejarah Rom dalam 80 buah buku, hasil penyelidikan dan usahanya selama dua puluh tahun. Sejarahnya merangkumi satu tempoh yang terdiri daripada 983 tahun, bermula dari ketibaan Aeneas di Itali dan pengasasan Rom kemudian, sehingga 229 Masihi. Sehingga masa Julius Caesar, beliau hanya memberikan ringkasan peristiwa-peristiwa dalam karyanya; selepas itu, Dio memberikan lebih perincian; dan sejak masa Commodus, Dio menjadi penulis yang hati-hati dalam pemerihalan peristiwa-peristiwa yang berlaku di hadapan matanya.

Kita mempunyai cebisan-cebisan untuk 30 buah buku pertama Dio, termasuk banyak bahagian buku ke-35 yang berkenaan dengan perang Lucullus terhadap Mithridates VI dari Pontus, dan buku ke-36 mengenai perang dengan lanun, serta ekspedisi Pompey terhadap raja Pontus. Buku-buku yang menyusul sehingga dan termasuk buku ke-54, semua hampir lengkap: buku-buku ini merangkumi tempoh antara 65 SM dan 12 SM, iaitu dari kempen timur Pompey dan kematian Mithridates sehingga kematian Marcus Vipsanius Agrippa. Buku ke-56 sehingga buku ke-60 yang merangkumi tempoh antara 9 Masihi hingga 54 Masihi adalah lengkap, dan mengandungi peristiwa-peristiwa dari penewasan Varus di Jerman sehingga kematian Claudius. Bagi 20 buah buku yang berikut, kita cuma mempunyai cebisan-cebisan dan sedikit intisari John Xiphilinus, seorang rahib pada abad ke-11. Buku ke-80, iaitu buku terakhir, merangkumi tahun-tahun antara 222 hingga 229 dalam tempoh pemerintahan Alexander Severus. Intisari Xiphilinus, seperti yang kini masih wujud, bermula dengan buku ke-35 hingga akhir buku ke-80. Bagaimanapun, karya Xiphilinus yang dimulakan atas titah Maharaja Michael VII Parapinaces telah ditulis dengan sikap tidak ambil peduli.

Cebisan-cebisan 36 buah buku pertama, seperti yang dikumpul, terdiri daripada empat jenis:

  1. Fragmenta Valesiana yang berselerak antara berbagai-bagai penulis, cendekiawan, ahli tatabahasa, ahli perkamusan, dan sebagainya, dikumpul oleh Henri de Valois.
  2. Fragmenta Peiresciana yang terdiri daripada petikan besar, terdapat dalam bahagian bertajuk "Mengenai Tabiat Baik dan Buruk" dalam himpunan agung yang disusun atas titah Constantine VII Porphyrogenitus. Manuskrip ini kepunyaan Peiresc.
  3. Fragmenta Ursiniana yang merupakan cebisan-cebisan untuk 34 buah buku pertama yang dipeliharakan dalam bahagian kedua untuk karya Constantine yang sama, bertajuk "Mengenai Kedutaan". Nama Fragmenta Ursiniana telah digunakan kerana manuskrip yang mengandunginya ditemui di Sicily oleh Fulvio Orsini.
  4. Excerpta Vaticana oleh Mai mengandungi cebisan-cebisan Buku 1-35, dan 61-80. Ini ditambahkan dengan cebisan-cebisan seorang penulis yang tidak dikenali yang telah meneruskan karya Dio sehingga masa Constantine. Cebisan-cebisan Dio yang lain berasal terutamanya daripada 35 buah buku pertamanya yang ditemui oleh Mai dalam dua manuskrip Vatican yang mengandungi satu himpunan yang disusun oleh Maximus Planudes. Babad Joannes Zonaras juga mengandungi banyak petikan daripada Dio.

Dio telah mencontoh Thucydides, tetapi hasil peniruannya ini tidak setanding dengan gaya aslinya, baik dari segi susunan dan taburan bahan-bahan, mahupun dari segi pandangan yang kukuh dan pemikiran yang tepat. Secara amnya, gaya Dio adalah jelas dari segi ketiadaannya pencemaran teks, walaupun terdapat banyak Latinisme. Ketekunannya tidak dapat dipertikaikan, dan daripada peluang-peluangnya, Dio amat memahamkan keadaan-keadaan Empayar pada tempoh itu dan mempunyai kewibawaan sezaman yang tidak dapat dinafikan.

Kemasukan ini berdasarkan Kamus Harpers untuk Barang-barang Purba Klasik (1898) H. T. Peck.

Pautan luar