Pemerintahan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Akuindo (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Akuindo (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6: Baris 6:


== Lihat pula ==
== Lihat pula ==
* [[Parlimem]]
* [[Parlimen]]


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 15:25, 12 April 2018

Dalam bidang sains sosial, istilah kerajaan atau pemerintahan merujuk kepada para penggubal undang-undang, pentadbir, dan penimbang tara dalam birokrasi pentadbiran yang menguasai sesebuah negara pada sesuatu waktu yang tertentu, serta juga kepada sistem pemerintahan yang digunakan untuk mengendalikannya.[1][2] Pemerintahan ialah cara yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar negara, serta juga mekanisme untuk menetapkan dasar negara.

Negara-negara dilayani oleh pelbagai pemerintahan yang berturut-turut dan berterusan.[3] Setiap pemerintahan yang berikut terdiri daripada satu badan individu yang menguasai pembuatan keputusan politik. Fungsinya adalah untuk menguatkuasakan undang-undang, menggubal undang-undang yang baharu, dan menimbang tara pertikaian. Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan ini sering merupakan golongan lingkaran atau golongan keturunan. Dalam masyarakat yang lain pula, misalnya dalam negara demokrasi, peranan politik masih dikekalkan tetapi terdapat pertukaran orang yang kerap untuk mengisi jawatan-jawatan itu.[4]

Dalam kebanyakan masyarakat Barat, terdapat juga perbezaan yang nyata antara kerajaan dengan negara. Ketaksetujuan awam terhadap sesuatu pemerintahan (diungkapkan, misalnya, melalui tidak memilih pemerintahan kini) tidak semestinya membayangkan ketaksetujuan terhadap negara pada dirinya (yakni rangka kerja pemerintahan itu). Bagaimanapun, dalam sesetengah rejim totalitarian, tidak adanya perbezaan yang ketara antara rejim dan negara. Sebenarnya, pemimpin dalam rejim sebegini sering mencuba mengaburi perbezaan antara kedua-dua itu demi menggabungkan kepentingan diri semata-mata dengan kepentingan negara.[5]

Lihat pula

Rujukan

  1. ^ "government". Oxford English Dictionary (ed. Online). Oxford University Press. November 2010.
  2. ^ Bealey, Frank, penyunting (1999). "government". The Blackwell dictionary of political science: a user's guide to its terms. Wiley-Blackwell. m/s. 147. ISBN 9780631206958.
  3. ^ Flint, Colin & Taylor, Peter (2007). Political Geography: World Economy, Nation-State, and Locality (ed. 5th). Pearson/Prentice Hall. m/s. 137. ISBN 978-0-13-196012-1.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  4. ^ Barclay, Harold (1990). People Without Government: An Anthropology of Anarchy. Left Bank Books. m/s. 31. ISBN 1871082161.
  5. ^ Holsti, Kalevi Jaako (1996). The state, war, and the state of war. Cambridge University Press. m/s. 84–85. ISBN 9780521577908.