Erma Fatima: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 192: Baris 192:
[[Kategori:Pengarah filem Malaysia]]
[[Kategori:Pengarah filem Malaysia]]
[[Kategori:Penulis skrip Malaysia]]
[[Kategori:Penulis skrip Malaysia]]
[[Kategori:Pelakon televisyen Malaysia]]
[[Kategori:Pelakon filem Malaysia]]

Semakan pada 13:08, 26 April 2018

Erma Fatima
Kelahiran
Fatimah binti Rahmad

(1968-03-14) 14 Mac 1968 (umur 56)
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, penerbit televisyen, penulis skrip
Tahun aktif1987 - kini
PasanganBade Hj. Azmi (1991-2017; bercerai)
Anak-anak5 anak angkat
SaudaraUmie Aida (adik)

Erma Fatima (dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad; 14 Mac 1968) adalah seorang pelakon, pengarah filem, penerbit, dan penulis skrip Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Hati Bukan Kristal (Festival Filem Malaysia ke-9) dan Femina (Festival Filem Malaysia ke-11).

Kehidupan dan kerjaya

Beliau dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad pada 14 Mac 1968 di Kuala Lumpur, Malaysia dan mempunyai adik-beradik seramai enam orang, adiknya Umie Aida juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau mula diperkenalkan menerusi filem Rozana Cinta '87 yang diterbitkan pada tahun 1987. Beliau konsisten dalam setiap lakonan yang dibawanya. Filem pertama arahan beliau ialah Perempuan Melayu Terakhir, hasil lakonan Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan. Beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama di samping filem. Antara karya arahan beliau termasuklah Diva Popular, Tahajjud Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah.

Beliau berkahwin dengan pengarah popular, Bade Hj. Azmi pada 30 November 1991 dan memiliki lima orang anak angkat. Pada 19 Ogos 2017, pasangan ini bercerai secara rasmi.[1]

Filemografi

Filem

Drama

  • Salam Taj Mahal (2000)
  • Masih Ada Harapan (1995)
  • Odisi (1998)
  • Romeo & Juliet (1999)
  • Tarantula I & II (2002)
  • Pengantin Popular (1994)
  • Mak Cun : Musim 3 (2017) - Pelakon Utama

Anugerah dan penghargaan

Setakat ini, beliau meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima. Pada tahun 2003, filem arahan beliau, Embun tewas kepada filem arahan suaminya, KL Menjerit dalam kedua-dua anugerah berprestij iaitu anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin masing-masing untuk kategori pengarah terbaik dan filem terbaik.

Filem

Tahun Filem Kategori/Anugerah Hasil
1987 Puteri Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1990 Hati Bukan Kristal Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
1992 Syahadat Pelakon Wanita Terbaik FFM Tercalon
Bintang Malam Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1994 Femina Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
Fantasi Pelakon Wanita Terbaik FFM Tercalon
Pemburu Bayang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Tercalon
2000 Perempuan Melayu Terakhir Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 Menang
2003 Embun Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Tercalon

Telefilem

Tahun Judul Kategori/Anugerah Hasil
1995 Ratu Jamu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Aku Anak Siapa Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
Masih Ada Harapan Aktres Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
2009 Tersasar Di Jalanmu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang
2011 Airmata Nur Salina Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang
2015 Sawadeeka Mak Cun

Drama Bersiri

Tahun Judul Kategori/Anugerah Hasil
2011 Tahajjud Cinta Pengarah Terbaik Anugerah Profima[2] Menang
2016 Rumi & Jawi[3]

Rujukan

Pautan luar