Bumiputera di Sabah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 5: Baris 5:
# [[Bajau]]
# [[Bajau]]
# [[Kadazan]]dusun
# [[Kadazan]]dusun
# Bugis
# [[Orang Brunei|Melayu Brunei]]
# [[Orang Brunei|Melayu Brunei]]
# [[Murut]]
# [[Murut]]

Semakan pada 18:08, 12 Mei 2018

Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 31 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah:

  1. Sungai
  2. Rungus
  3. Bajau
  4. Kadazandusun
  5. Bugis
  6. Melayu Brunei
  7. Murut
  8. Orang Sungei
  9. Iranun
  10. Bonggi
  11. Kwijau
  12. Paitan
  13. Lun Bawang
  14. Lundayeh
  15. Kedayan
  16. Suluk
  17. Iban (Iban Merotai)
  18. Binadan
  19. Bisaya [1]
  20. Kokos
  21. Rumanau
  22. Lotud
  23. Minokok
  24. Tidung
  25. Rungusĺ
  26. Kagayan
  27. Tatana[2]
  28. Tagaas
  29. Ubian
  30. Kimaragang
  31. Bajau Laut
  32. Ida'an
  33. Inokang
  34. sonsogon

Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas kaum Kadazandusun.

Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-pribumi Sabah yang boleh menikmati faedah Bumiputera. Ini berdasarkan Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mendefinisikan "Orang Melayu" seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bertutur bahasa Melayu, menurut adat Melayu dalam kehidupan seharian. Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung Malaysia, Sarawak serta imigran dari Indonesia dan Filipina yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu seharian serta telah bermastautin di Malaysia adalah dalam lingkungan takrifan ini, lantas dapat menikmati faedah Bumiputera walaupun bukan berasal dari kalangan Pribumi Sabah.

Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), Tombonuo, Sungai dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

Bukan Bumiputra di Sabah

Sebahagian lagi kumpulan rakyat Malaysia yang berbangsa lain dikelaskan sebagai Bukan Bumiputera seperti rakyat berbangsa Cina dan berbangsa India.

Lihat Juga

Rujukan

Pautan luar