Hari Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
→‎Pemasyhuran Malaysia: Membubuh pautan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28: Baris 28:


<center><big><big>'''Pemasyhuran Malaysia'''</big></big></center>
<center><big><big>'''Pemasyhuran Malaysia'''</big></big></center>
<blockquote>''Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita [[Nabi Muhammad]] dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.''</blockquote>
<blockquote>''Dengan nama [[Allah]] Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita [[Nabi Muhammad]] dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.''</blockquote>
<blockquote>''Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara [[Persekutuan Tanah Melayu]], [[United Kingdom]], [[Borneo Utara]], [[Sarawak]] dan [[Singapura]] maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri [[Sabah]], Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri [[Pahang]], Negeri [[Terengganu]], Negeri [[Kedah]], Negeri [[Johor]], [[Negeri Sembilan]], Negeri [[Kelantan]], Negeri [[Selangor]], [[Negeri Perak]], Negeri [[Perlis]], Negeri [[Pulau Pinang]] dan Negeri [[Melaka]] dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.''</blockquote>
<blockquote>''Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara [[Persekutuan Tanah Melayu]], [[United Kingdom]], [[Borneo Utara]], [[Sarawak]] dan [[Singapura]] maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri [[Sabah]], Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri [[Pahang]], Negeri [[Terengganu]], Negeri [[Kedah]], Negeri [[Johor]], [[Negeri Sembilan]], Negeri [[Kelantan]], Negeri [[Selangor]], [[Negeri Perak]], Negeri [[Perlis]], Negeri [[Pulau Pinang]] dan Negeri [[Melaka]] dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.''</blockquote>
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda [[Ratu Elizabeth II|Queen]] dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;''</blockquote>
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda [[Ratu Elizabeth II|Queen]] dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;''</blockquote>

Semakan pada 11:53, 20 Mei 2018

Hari Malaysia
هاري مليسيا
Hari Malaysia yang disambut pada 2011
Nama rasmiHari Malaysia
Juga dikenali sebagai
Malaysia
Diraikan oleh/di
Rakyat Malaysia
Jeniskebangsaan
KepentinganTanda simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia
Tarikh16 September 1963
Akta Malaysia 1963 (dokumen)
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,[2] namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]

Pemasyhuran Malaysia

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963. Berikut ialah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:

Pemasyhuran Malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.

Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.

Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;

Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;

Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

Dalam budaya masyhur

Malaysia Selamanya adalah lagu yang dikarang oleh Bobby Gimby untuk meraikan Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bobby Gimby menerima nama panggilan "The Pied Piper of Canada" selepas Perdana Menteri menamakan Gimby sebagai "Pied Piper dari Kanada". Lagu itu dirakamkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Ia adalah lagu rakyat dengan panjang 2 minit dinyanyikan oleh Choir of Marymount Vocational School (Singapura). Pada hari-hari sebelum penggabungan itu, ia telah diajar kepada kanak-anak sekolah sebelum penggabungan dan menjadi lambakan segera apabila disiarkan melalui gelombang udara di seluruh bahagian Malaysia.

Lihat juga

Rujukan