Negara kesatuan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 38: Baris 38:
* {{flagcountry|Chile}}
* {{flagcountry|Chile}}
* {{flagcountry|China|name=China, Republik Rakyat}}<ref>{{cite book |title=China Transformed: Historical Change and the Limits of European Experience |publisher=Cornell University Press |author=Roy Bin Wong}}</ref>
* {{flagcountry|China|name=China, Republik Rakyat}}<ref>{{cite book |title=China Transformed: Historical Change and the Limits of European Experience |publisher=Cornell University Press |author=Roy Bin Wong}}</ref>
* ''{{flagcountry|ROC}}'' (federation before 1949)
* ''{{flagcountry|ROC}}'' (persekutuan sebelum 1949)
* {{flagcountry|Colombia}}
* {{flagcountry|Colombia}}
* {{flagcountry|Republic of the Congo|name=Congo, Republik}}
* {{flagcountry|Republic of the Congo|name=Congo, Republik}}

Semakan pada 07:58, 27 Mei 2018

  Negara kesatuan


Negara kesatuan (bahasa Inggeris: Unitary state) merupakan bentuk negeri yang ditadbir sebagai kuasa tunggal di mana kerajaan pusat adalah agung dan mutlak dan sebarang bahagian pentadbiran (pecahan negara) hanya melaksanakan kuasa-kuasa yang ditugaskan oleh kerajaan pusat. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem kerajaan kesatuan. 165 daripada 193 buah negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditadbir secara kesatuan.

Dalam negara kesatuan, kerajaan pusat menentukan sama ada bahagian negara dibentuk atau dimansuhkan (contohnya, 22 bahagian pentadbiran Perancis digabungkan menjadi 13), apalagi menambah atau mengurangkan bidang kuasa bahagian negara. Biarpun kuasa politik dapat ditugaskan melalui penurunan kuasa kepada kerajaan tempatan secara statut, namun kerajaan pusat tetap agung kerana ia berhak untuk memansuhkan tindakan atau mengurangkan kuasa kerajaan turunan.

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland merupakan satu contoh negara kesatuan. Scotland, Wales dan Ireland Utara mempunyai secukup kuasa turunan berautonomi, tetapi kuasa itu ditugaskan oleh Parlimen United Kingdom yang boleh menggubal undang-undang yang meminda atau memansuhkan penugasan itu secara unilateral atau sendirian (England tidak menerima kuasa tugasan). Sama seperti negara persekutuan, penurunan kuasa dalam negara kesatuan boleh jadi simetri, di mana setiap satu bahagian negara mempunyai kuasa dan status yang sama banyak, ataupun tidak simetri, di mana bahagian negara berbagai-bagai bilangan kuasa dan status. Kebanyakan negara kesatuan tiada tempat-tempat yang mempunyai satu pun takat autonomi.[1] Di negara-negara sedemikian, bahagian negara tidak boleh memutuskan undang-undang sendiri. Contohnya, Republik Ireland dan Kerajaan Norway.

Negara kesatuan sering diantonimkan dengan negara persekutuan, di mana kerajaan bahagian negara berkongsi kuasa dengan kerajaan pusat sebagai pelaku sama taraf menerusi perlembagaan bertulis yang memerlukan restu daripada kedua-dua kerajaan pusat dan bahagian untuk pemindaan. Ertinya, bahagian negara mempunyai hak untuk wujud dan kuasa-kuasa yang tidak boleh dipinda oleh kerajaan pusat sendirian.

Senarai negara kesatuan

Huruf condong: Negara yang kurang diiktiraf

Republik kesatuan

Monarki kesatuan


Rujukan

  1. ^ "unitary system | government". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-11.
  2. ^ Roy Bin Wong. China Transformed: Historical Change and the Limits of European Experience. Cornell University Press.
  3. ^ "Story: Nation and government – From colony to nation". The Encyclopedia of New Zealand. Manatū Taonga Ministry for Culture and Heritage. 29 August 2013. Dicapai pada 19 April 2014.
  4. ^ "Social policy in the UK". An introduction to Social Policy. Robert Gordon University – Aberdeen Business School. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2014. Dicapai pada 19 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)