14 Februari: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 23: | Baris 23: | ||
* [[1879]] - Angkatan bersenjata Chile menduduki [[pelabuhan]] [[Antofagasta]] di Bolivia, memulakan [[Perang di Pasifik]]. |
* [[1879]] - Angkatan bersenjata Chile menduduki [[pelabuhan]] [[Antofagasta]] di Bolivia, memulakan [[Perang di Pasifik]]. |
||
* [[1900]] - Rusia membalas tekanan antarabangsa untuk membebaskan [[Finland]] dengan mengetatkan penguasaan terhadap negara itu. |
* [[1900]] - Rusia membalas tekanan antarabangsa untuk membebaskan [[Finland]] dengan mengetatkan penguasaan terhadap negara itu. |
||
* 1900 - [[Perang Boer Kedua]]: Di Afrika Selatan, 20,000 tentera [[United Kingdom Great Britain dan Ireland|British]] menyerang [[Negara Bebas |
* 1900 - [[Perang Boer Kedua]]: Di Afrika Selatan, 20,000 tentera [[United Kingdom Great Britain dan Ireland|British]] menyerang [[Negara Bebas Oranye]]. |
||
* [[1918]] - [[Kesatuan Soviet]] memakai [[takwim Gregorius]] (pada [[1 Februari]] mengikut [[takwim Julius]]). |
* [[1918]] - [[Kesatuan Soviet]] memakai [[takwim Gregorius]] (pada [[1 Februari]] mengikut [[takwim Julius]]). |
||
* [[1919]] - Bermulanya [[Perang Poland-Soviet]]. |
* [[1919]] - Bermulanya [[Perang Poland-Soviet]]. |
Semakan pada 08:57, 30 Mei 2018
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
14 Februari merupakan hari ke-45 dalam takwim Gregorius. Tinggal 320 hari (atau 321 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Valentine yang dinamakan sempena Santo Valentinus dari Terni, Itali yang dihukum bunuh pada 270;
- Hari St. Brigid yang disambut penganut agama Kristian mazhab Ortodoks Timur.
Peristiwa
- 748 – Revolusi Abbasiyyah: Para pemberontak Hashimi diketuai oleh Abu Muslim Khorasani mengambil alih Merv, ibukota wilayah Khurasan Umayyad.
- 1009 - Catatan terawal pernah diketahui mengenai Lithuania terdapat dalam catatan biara Quedlinburg.
- 1014 - Paus Benedict VIII mengiktiraf Henry dari Bavaria selaku Raja Jerman.
- 1400 – Richard II dari England mangkat, berkemungkinan kerana kebuluran dalam kepungan di Istana kota Pontefract di bawah arahan Henry Bolingbroke.
- 1502 – Penyiasatan Sepanyol: Raja Katolik mengeluarkan satu dekri yang memaksa Muslim di Granada untuk memeluk Kristian atau meninggalkan Sepanyol.
- 1530 – Konkuistador Sepanyol diketuai oleh Nuño de Guzmán, menjatuhkan dan membunuh Tangaxuan II, raja merdeka terakhir dari negeri Tarascan yang kini terletak di tengah Mexico.
- 1743 - Henry Pelham menjadi Perdana Menteri United Kingdom.
- 1778 - Bendera Amerika Syarikat buat julung kalinya diiktiraf secara rasmi oleh sesebuah kapal tentera laut asing, apabila Laksamana Perancis Toussaint-Guillaume Picquet de la Motte melancarkan tabik sembilan tembakan untuk kapal USS Ranger yang diperintah oleh John Paul Jones.
- 1779 - James Cook dibunuh oleh orang asli Hawaii berhampiran Kealakekua di Pulau Hawaii.
- 1804 - Karađorđe Petrović menjadi pemimpin Pemberontakan Serbia Pertama.
- 1876 - Elisha Gray (gambar) dan Alexander Graham Bell masing-masing memfailkan paten untuk telefon.
- 1879 - Angkatan bersenjata Chile menduduki pelabuhan Antofagasta di Bolivia, memulakan Perang di Pasifik.
- 1900 - Rusia membalas tekanan antarabangsa untuk membebaskan Finland dengan mengetatkan penguasaan terhadap negara itu.
- 1900 - Perang Boer Kedua: Di Afrika Selatan, 20,000 tentera British menyerang Negara Bebas Oranye.
- 1918 - Kesatuan Soviet memakai takwim Gregorius (pada 1 Februari mengikut takwim Julius).
- 1919 - Bermulanya Perang Poland-Soviet.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Singapura jatuh di tangan Jepun di Pertempuran Pasir Panjang.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Pemberontakan anti-Jepun di Pulau Jawa.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Pada hari kedua pengeboman Dresden, Tentera Udara Diraja British dan Tentera Udara Amerika Syarikat mula membedil kota Dresden, ibu negeri Saxony di Jerman.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Kota Prague terkena bedilan mungkin disebabkan kesilapan pada orientasi juruterbang yang dikerah untuk membedil Dresden.
- 1945 - Presiden Franklin D. Roosevelt bertemu dengan Raja Ibnu Saud dari Arab Saudi di atas kapal USS Quincy, maka bermulanya hubungan diplomatik AS-Saudi secara rasmi.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Mostar dibebaskan oleh kumpulan gerila Yugoslavia.
- 1946 - Bank England dimiliknegarakan.
- 1949 - Knesset (Parlimen Israel) bersidang buat julung kalinya.
- 1961 - Penemuan unsur kimia: Unsur 103, Lawrensium, disintesiskan buat kali pertama di Universiti California.
- 1989 - Sebuah fatwa dikeluarkan untuk hukuman mati Salman Rushdie, penulis novel The Satanic Verses yang dianggap mengkufuri Islam.
- 1989 - Satelit pertama dalam buruj satelit Sistem Kedudukan Sejagat ditempatkan di orbit sederhana bumi.
- 1996 - China melancarkan roket Changzheng 3 yang mengangkut satelit Intelsat 708. Roket terbabit terbabas selepas tiga saat berlepas lalu terhempas di sebuah perkampungan.
- 2005 - Bekas Perdana Menteri Lubnan Rafik Hariri terbunuh apabila perarakan keretanya diletupkan di Beirut, mencetuskan Revolusi Sedar.
- 2005 - Tujuh orang terkorban dan 151 lagi cedera dalam kejadian pengeboman di kawasan kewangan Makati di Metro Manila, Bandar Davao dan Bandar Raya Jeneral Santos di Filipina, yang dilakukan oleh militan yang disyaki berhubung rapat dengan Al-Qaeda.
- 2005 – YouTube dilancarkan oleh sekumpulan pelajar kolej, yang akhirnya menjadi tapak sesawang perkongsian video terbesar di dunia dan sumber utama bagi video tular.
- 2010 - Kabel elektrik voltan tinggi menimpa dua bas di Port Harcourt, Nigeria, menyebabkan 20 penumpang maut terkena kejutan elektrik.
- 2011 - Republik Rakyat China menggantikan Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia mengikut KDNK nominal.
- 2011 - Sebagai sebahagian daripada kebangkitan dunia Arab, bantahan Bahrain yang masih berlangsung kini (gambar) bermula.
- 2012 - Syarikat penerbangan Indonesia Lion Air memesan 230 pesawat Boeing dengan harga AS$22.4 bilion, satu rekod baharu.
Kelahiran
- 1983 - Bacary Sagna, pemain bola sepak Arsenal F.C.
Kematian
- 1779 – James Cook, seorang penjelajah British
- 1831 - Vicente Guerrero, seorang bekas Presiden Mexico
- 1942 - Leftenan Adnan Saidi, seorang askar dari Rejimen Askar Melayu di Bukit Candu, Singapura
- 2018 - Azmil Mustapha, seorang pelakon veteran dari Malaysia.