Razali Ibrahim: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
{{Infobox_Politician |
{{Infobox_Politician |
||
| honorific-prefix = Yang Berhormat Datuk |
| honorific-prefix = Yang Berhormat Datuk Seri <ref>[http://razali.jpm.gov.my/?jsp=profile YB DATUK SERI HAJI RAZALI BIN HAJI IBRAHIM]</ref> |
||
| name = Razali Ibrahim |
| name = Razali Ibrahim |
||
| honorific-suffix = <small>DIMP, DCSM, SMW<ref>[https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/383177/370-dapat-pingat-sempena-hari-wilayah 370 dapat pingat sempena Hari Wilayah]</ref></small> |
| honorific-suffix = <small>DIMP, DCSM, SMW<ref>[https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/383177/370-dapat-pingat-sempena-hari-wilayah 370 dapat pingat sempena Hari Wilayah]</ref></small> |
Semakan pada 15:36, 5 Jun 2018
Yang Berhormat Datuk Seri [1] Razali Ibrahim DIMP, DCSM, SMW[2] | |
---|---|
Fail:Razaliedit.jpg | |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 3 April 2013 | |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
Digantikan oleh | Dato' M. Saravanan |
Timbalan Menteri Pelajaran | |
Dalam jawatan 13 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Didahului oleh | Noh Omar |
Digantikan oleh | Mohd Puad Zarkashi |
Anggota Parlimen untuk P146 Muar, Johor | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Dr Robia Kosai |
Digantikan oleh | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Majoriti | 13,415(2004) 4,661(2008) 1,646(2013) |
Butiran peribadi | |
Lahir | 14 Oktober 1970 Seri Menanti, Muar, Johor |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Seri Melissa Shireen Munshir |
Pekerjaan | Peguam, Ahli Parlimen |
Laman web rasmi | Blog YB Razali Ibrahim |
YB Datuk Seri Razali Ibrahim (lahir 14 Oktober 1970) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dan Ahli Parlimen Muar, Johor merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Johor[3]
Pendidikan
YB mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Bahru dan kemudian di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Beliau kemudiannya meneruskan persekolahan menengahnya di Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Kem Terendak, Melaka. Selepas Peperiksaan SPM yang cemerlang, beliau melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya memperolehi Ijazah (Sarjana muda Undang-Undang) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994.
Bekas aktivis pelajar dan pernah dilantik memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) selama dua penggal iaitu dari 1991-1992 dan 1992-1993. Aktif Bermain Ragbi semasa zaman pelajar dan pernah menjadi Kapten Bangi Bandit dari tahun 1990-1993. Beliau sekarang aktif bermain badminton. Beliau telah berkahwin dengan seorang peguam iaitu Datin Melissa Shireen Munshir dan telah mendapat dua orang cahaya mata iaitu Razmel Razali (16 tahun) dan Myra Alissa Razali (14 tahun).
Politik
Pada tahun 1999, Datuk Seri Razali menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Cawangan Seri Impian, Bahagian UMNO Muar. Setelah itu pada tahun 2004, beliau menjadi Pengerusi Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Muar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar dan Johor.
Setelah YB Khairy Jamaluddin memegang Ketua Pemuda UMNO, beliau dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2008.
Pilihan raya Malaysia 2004
Beliau memenangi kerusi Muar dengan majoriti 13,415 undi pada pilihan raya umum ke-11 menewaskan calon Pas, Mohamad Taib.
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Razali Bin Ibrahim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Muar , negeri Johor. Razali Bin Ibrahim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16986.
Calon lawan ialah Nah binti Budin dari PKR, mendapat 12,325 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 73.8%. Undi rosak sebanyak 902.
Ahli Parlimen
Beliau menjadi Ahli Parlimen Muar di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 setelah mengalahkan Mohamad Taib dari PAS dengan majoriti ssebanyak 13,415 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi ahli parlimen Muar setelah mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Nah Budin dengan majoriti sebanyak 4,661 undi. Beliau memperolehi 16,986 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 12,325 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 beliau menjadi ahli parlimen Muar sekali lagi setelah mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Norhizwan Ahmad dengan majoriti sebanyak 1,646 undi. Beliau memperolehi 20,867 undi berbanding dengan lawannya yang memperolehi hanya 19,221 undi.
Keputusan Pilihan Raya Umum
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Razali Ibrahim (UMNO) | 21,116 | 71% | Mohamad Taib (PAS) | 7,701 | 26% | |
2008 | Razali Ibrahim (UMNO) | 16,986 | 56% | Nah Budin (PKR) | 12,325 | 41% | |
2013 | Razali Ibrahim (UMNO) | 20,867 | 51% | Nor Hizwan Ahmad (PKR) | 19,221 | 47% | |
2018 | Razali Ibrahim (UMNO) | 15388 | % | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM) | 22431 | % | |
4354 |
Lihat juga
Rujukan
- ^ YB DATUK SERI HAJI RAZALI BIN HAJI IBRAHIM
- ^ 370 dapat pingat sempena Hari Wilayah
- ^ Razali serah nasib kepada pengundi, Utusan Malaysia. 1 Februari 2008.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). Dicapai pada 28 January 2010. Percentage figures are calculated based on total turnout. Includes results from the 2004 election. * denotes incumbent.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 11 March 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 14 March 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout.