Serangan penafian-perkhidmatan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
k Bot: perubahan kosmetik
k Anumengelamun telah memindahkan laman DDoS ke Serangan penafian-perkhidmatan: Menggunakan nama yang lebih lengkap
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 09:50, 3 Julai 2018

Didalam istilah pengkomputeran, Serangan penafian-perkhidmatan (denial-of-service attack, DoS attack) atau Serangan penafian-perkhidmatan teragih (Distributed denial-of-service) ialah satu serangan terhadap sistem komputer atau rangkaian komputer yang menyebabkan ia hilang keupayaan untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna yang sebenar. Walaupun cara yang dilaksanakan, motif dan juga target DoS mungkin berbeza-beza, secara kasarnya dia mengandungi usaha untuk mengganggu atau menggantung perkhidmatan hos komputer yang bersambung ke internet.

Satu cara serangan yang biasa diguna melibatkan penepuan mesin sasaran dengan permintaan komunikasi luaran, hinggakan ia tidak mampu untuk memberi tindak balas terhadap trafik yang sah, ataupon bertindakbalas dengan sangat perlahan sehinggakan perkhidmatan seperti tidak berfungsi. Serangan seperti ini biasanya menyebabkan hos pelayan melebihi had bebanan.


Cara serangan

Serangan DoS boleh dilakukan dalam beberapa cara. Terdapat tiga jenis serangan asas:

  1. Membebani sumber komputasi seperti lebar jalur, ruang cakera, atau unit pemproses pusat (CPU)
  2. Pengganguan maklumat konfigurasi seperti maklumat routing
  3. Pengganguan fizikal komponen rangkaian.