Azwan Ali: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 79: Baris 79:
* [[Mikroskop Azwan Ali]] (1995-1997)
* [[Mikroskop Azwan Ali]] (1995-1997)
* [[Melodi]] (1994 - 1997)
* [[Melodi]] (1994 - 1997)
* [[Skrin]] (1995-1996)
* [[Skrin]] (1995 - 1996)
* [[Anugerah Juara Lagu ke-11]] (1996)
* [[Anugerah Juara Lagu ke-11]] (1996)
* [[Cit Cat Azwan]] (1997 - 2007)
* [[Cit Cat Azwan]] (1997 - 2007)

Semakan pada 08:40, 12 Julai 2018

Azwan Ali
Azwan Ali semasa sesi fotografi di Menara Star pada 4 November 2009.
Kelahiran
Mohamed Azwan bin Haji Ali

(1966-02-13) 13 Februari 1966 (umur 58)
Kampung Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, pengacara TV
Tahun aktif1988 - kini
Ibu bapaUstaz Ali
Hajah Che Tom Yahaya
SaudaraAzmin Ali (abang)
Arpah Ali (adik)
Azman Ali (abang)
Umi Hafilda Ali (adik)
Intan Dawini Ali (kakak)
Norliah Ali (kakak)

Mohamed Azwan Haji Ali dilahirkan pada (1966-02-13) 13 Februari 1966 (umur 58)[1]. Dia dibesarkan di Kampung Klang Gate Baru, Gombak, Kuala Lumpur (Ketika itu di negeri Selangor) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991. adalah seorang pengacara popular di Malaysia. Bapanya Ustaz Ali Omar dan ibunya Hajah Che Tom Yahaya menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Kelang, Kuala Lumpur. Adik beradiknya termasuklah abangnya yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Haji Ali, adiknya Ummie Hafilda Haji Ali dan Arpah Ali pakar motivasi. Dia terkenal dengan ungkapan “Ada aku kisah?” dan 'Amboi amboi amboi...'. Selain itu juga Azwan Ali terkenal juga dengan nama manjanya AA atau Baby AA dan Diva AA.[perlu rujukan] Azwan Ali pernah berlakon filem Aku No. 1 arahan Aznil Nawawi serta memenangi Anugerah Televisyen Asia 1999 untuk kategori Rancangan Bual Bicara Hiburan Terbaik menerusi program kelolaannya Cit Cat Azwan yang bersiaran selama 10 tahun di Astro

Latar belakang

Azwan dilahirkan pada 8 Februari 1966 di Hospital Kuala Lumpur dalam keluarga sederhana. Bapanya seorang guru ugama dan kerani yang bernama Ali Omar dan ibunya adalah seorang surirumah yang bernama Che Tom Yahaya (1934-2017) adalah surirumah. Salah seorang abang kepada Azwan adalah ahli politik terkemuka Malaysia iaitu Dato' Seri Azmin Ali. Azwan kemudian dibesarkan di Kampung Klang Gates, Melawati dan bersekolah di Setapak High School. Pada tahun 1985, Azwan melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran perniagaan di Universiti Teknologi MARA cawangan Dungun, Terengganu. Selepas itu beliau memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang daripada Universiti Malaya pada tahun 1989.

Perkembangan Kerjaya

Kerjaya Azwan sebagai pengacara televisyen bermula apabila beliau menyertai TV3 pada Mac 1988. Azwan ditugaskan di bilik berita dan diasuh menjadi pengacara seawal usia 22 tahun. Azwan sempat mencuba bakat sebagai pelakon apabila membintangi drama televisyen berjudul Naik Tangga Turun Tangga pada 1989 dan selepas itu filem Harry Boy (1993). Azwan juga diundang berduet dengan penyanyi Wann dalam lagu Nilai Cinta.

Pada tahun 1989, Azwan mengambil alih tugas sebagai pengacara program hiburan mingguan popular Muzik Muzik bersama gandingannya Charmaine Agustine. Melalui rancangan itulah Azwan menempa nama sekaligus menjadikan program tersebut beserta acara tahunan Anugerah Juara Lagu ke puncak populariti di seluruh Malaysia. Azwan bersama Muzik-Muzik selama 8 tahun sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tetap sebagai personaliti TV3 pada tahun 1997.

Ketika bersama TV3 beliau menjadi pelopor kepada gaya baharu pengacaraan dan menjadi rujukan buat ramai pengacara baru selepas itu. Azwan terkenal kerana kecekapan dan kebijaksanaan beliau dalam mengendali program berunsur hiburan. Pada tahub 1994, beliau meraih penghargaan sebagai Personaliti TV Terbaik di Anugerah Skrin yang pertama.

Setelah itu Azwan sempat meneruskan bakat lakonannya dalam drama Perang Mertua gandingan bersama aktres Nuraliah Lee pada tahun 1995. Azwan juga mengarahkan banyak drama komedi berunsur parodi untuk siaran TV3. Antara yang paling diingati adalah drama bersiri Sambal (1994-1996) dan drama raya Lontong(1996).

Selain menjadi pengacara, Azwan juga diberi peluang untuk menerbitkan progran televisyen. Azwan menerbitkan rancangan gossip Melodi selama beberapa tahun ketika Seniwati Fauziah Ahmad Daud ditugaskan sebagai pengacara. Ketika itu pelbagai pembaharuan diperkenalkan oleh Azwan bagi menarik ramai penonton menyaksikan program tersebut. Azwan juga pernah mengemudi program bual bicara forum iaitu Teleskop dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Mikroskop gara-gara kontroversi yang melibatkan kenyataan yang diberikan oleh artis-artis yang terlibat.

Pada tahun 1997, Azwan membintangi filem box office Puteri Impian dengan melakonkan watak sebagai dirinya sendiri. Dalam filem tersebut watak gadis kilang lakonan Amy Mastura digambarkan sangat meminati Azwan dan program kendalian Azwan di kaca televisyen.

Setelah meninggalkan TV3, Azwan dilamar Astro yang masih baru beroperasi ketika itu untuk menerbitkan sendiri rancangan bual bicara kendalian Azwan. Pada Julai 1998, maka program Cit Cat Azwan mula bersiaran di saluran Astro. Program bual bicara santai Azwan menemubual artis-artis tempatan dan serantau itu mendapat perhatian ramai dan pujian penonton televisyen. Pada tahun 1999, Azwan berjaya merangkul anugerah Program Bual Bicara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-8 di Singapura.

Rancangan Cit Cat Azwan bersiaran selama 10 tahun dan cukup terkenal dengan kata tanda "Amboi, Amboi, Amboi". Seiring itu Azwan juga berjaya mengumpulkan puluhan artis setiap tahun untuk meraikan Parti Cit Cat Azwan yang diadakan di pusat peranginan terkemuka seluruh negara. Program ini dianjurkan dari tahun 2000 hingga 2007 di mana ramai artis terlibat juga diberikan penghargaan dalam malam anugerah khas.

Setelah ditamatkan kontrak di Astro dan tamatnya rancangan Cit Cat Azwan, beliau kembali ke TV3 untuk program bual bicara Jangan Tidur Lagi digandingkan bersama selebriti Adlin Aman Ramli. Program ini bagaimanapun tidak bertahan lama apabila bersiara selama 3 musim sahaja.

Setelah itu Azwan agak terumbang-ambing dalam kerjaya seninya apabila tidak lagi menjadi pilihan utama stesen televisyen. Namun begitu setiap kali kemunculannya di TV, terutama setelah memperkenalkan karekter Baby AA (untuk program Propaganza) dan Diva AA pasti meninggalkan impak dan menjadi topik perbualan umum hingga beliau dikenali sebagai Artis Kontroversi.

Pada tahun 2013, Azwan menyertai program realiti masakan Masterchef Celebrity Malaysia dan setahun selepas itu Masterchef Celebrity All Stars.

Pada 2015, beliau menyertai barisan artis muda dalam program ala Running Man, iaitu Lari tayangan TV9. Penampilan Azwan dalam program tersebut digemari ramai kerana aksi lucu dan jujurnya. Setelah itu Azwan juga muncul dalam rancangan Aku Yang Masak Kau Yang Panas siaran Astro.

Sejak 2016, Azwan tidak lagi aktif di kaca TV dan hanya muncul sekali sekala baik sebagai tetamu ataupun juri undangan.

Pengacaraan

Majlis Anugerah


Sebagai Penerbit Program

Filemografi

  • Harry Boy (1993)
  • Perang Mertua (TV) (1995)
  • Puteri Impian (1997)
  • Aku No 1 (2004)
  • Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
  • Tipu Kanan Tipu Kiri (2008)
  • Cicakman 2 : Planet Hitam (2008)
  • Sifu dan Tonga (2009)
  • Setem(2009)
  • Syhh, Dia Datang (2010)

Sebagai Pengarah

  • Sambal( 1994-1996) / TV3
  • Lontong (1996) / TV3
  • Serunding (1998) /Astro
  • Lemang Nan Sebatang (2012)/ RTM

Sebagai Peserta Realiti TV

  • Masterchef Celebrity Malaysia (2013)
  • Masterchef Celebrity All Stars (2014)
  • Lari : Mr X (2015)
  • Aku Yang Masak Kau Yang Panas (2015)

Diskografi

  • Nilai Cintamu (duet bersama Wann) (1990)

Budaya Pop

Azwan Ali merupakan antara pengacara televisyen terawal yang diangkat sebagai personaliti TV. Ini kerana popularitinya merentasi pelbagai kaum dan kemunculannya yang konsisten di kaca televisyen untuk program berbentuk hiburan dan komedi.

Sepanjang bergelar selebriti , Azwan banyak menggunakan kata tanda (tagline) yang kemudiannya menjadi ikutan masyarakat umum.

  • "Tungguu" (suara latar Melodi)
  • "Salam Siaran"
  • "Amboi Amboi Amboi" (Cit Cat Azwan), kemudiannya diadaptasi menjadi lagu berjudul Amboi oleh rapper Altimet
  • "Ada Aku Kisah?"
  • "Why Bother? Why Bother? Why Bother?"

Azwan juga dikenali kerana karekter uniknya dalam dunia hiburan. Sejak 2011, beliau menjenamakan dirinya dengan karekter Baby AA, seorang kaki gosip jalanan berambut merah jambu dan menggunakan pembesar suara untuk rancangan Propaganza. Namun karekter ini dikecam ramai.

Selepas itu beliau menamakan dirinya sebagai Diva AA, yang sering membawa monopod untuk berselfie bersama peminat.

Isu

Azwan Ali pernah membuat ugutan bunuh terhadap adiknya Ummie Hafilda menerusi laman Twitter. Pada 13 Januari 2012 ,Ummi membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohammad mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah. Akhirnya Azwan Ali dan Ummi Hafilda berdamai.[2]

Rujukan

Pautan luar