Zambry Abdul Kadir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafrul (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox_politician
{{Infobox_politician
|honorific-prefix = <small>[[Yang Amat Berhormat]]
|honorific-prefix = <small>[[Yang Berhormat]]
|name = Zambry bin Abdul Kadir
|name = Zambry bin Abdul Kadir
|honorific-suffix = <small>S.P.S.A., S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., A.M.S.</small><ref name="Profil Zambry">{{cite web |title=Profil Zambry Abdul Kadir |url=http://pangkor.today.com/calon/ |accessdate=2009-02-06}}</ref>
|honorific-suffix = <small>S.P.S.A., S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., A.M.S.</small><ref name="Profil Zambry">{{cite web |title=Profil Zambry Abdul Kadir |url=http://pangkor.today.com/calon/ |accessdate=2009-02-06}}</ref>

Semakan pada 20:24, 12 Julai 2018


Zambry bin Abdul Kadir

S.P.S.A., S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., A.M.S.[1]
Fail:Zambry Abdul Kadir.jpg
Menteri Besar Perak
Dalam jawatan
12 Mei 2009 – 12 Mei 2018
RajaSultan Azlan Shah (2009-2014)
Sultan Dr. Nazrin Shah (2014-kini)
Didahului olehMohammad Nizar Jamaluddin
Digantikan olehAhmad Faizal Azumu
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Pangkor
Memegang jawatan
4 Mac 2004
Didahului olehMohammad Wajdi Ishak[2]
Butiran peribadi
Lahir (1962-03-22) 22 Mac 1962 (umur 62)
Pulau Pangkor, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Diraja Saripah binti Zulkifli
Anak-anak3(P), 2(L)
KediamanKediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh
Kampung Masjid Pulau Pangkor, Pulau Pangkor, Negeri Perak[1]
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmizambryperak.com

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir (lahir 22 Mac 1962) merupakan bekas Menteri Besar Perak ke-11 dan ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Pangkor, Negeri Perak. Beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak dan juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak.

Pendidikan

Dr. Zambry mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan dan Menengah di Pulau Pangkor sebelum meneruskan pengajian peringkat Menengah atas di Sekolah Menengah Bukit Gantang, Parit Buntar yang terletak di tanah besar.

Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pemikiran Politik daripada Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995) dengan pengkhususan dalam bidang Politik Kontemporari selepas menamatkan ijazah peringkat Sarjana dengan pengkhususan dalam bidang Falsafah Politik Dan Perbandingan Agama di universiti  yang sama (1992).[perlu rujukan]

Menteri Besar Perak yang ke 11 ini juga mempunyai Ijazah Sarjana  (kepujian) dalam pengkhususan Pemikiran Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1991, selepas menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Ekonomi di universiti itu dengan pengkhususan Ekonomi, Pembangunan Ekonomi dan Ekonomi Antarabangsa. Baru-baru ini beliau turut mengikuti Program Eksekutif  Pembangunan Kepimpinan bertajuk “Leaders in Development – Managing Change in a Dynamic World", selama dua minggu di Universiti Harvard, USA (Jun 2015).

Pengalaman Profesional

Dr. Zambry merupakan seorang yang disegani dalam dunia akademia kerana kepakaran beliau dalam bidang ekonomi dan politik, pemikiran politik, politik kontemporari di Asia Tenggara dan pemikiran politik Malaysia.

Beliau juga merupakan pentadbir yang berpengalaman luas termasuk pengalaman sebagai pengurus dan pentadbir di peringkat universiti, badan pemikir, organisasi pemberi khidmat nasihat dan pejabat politik.

Pengalaman lain termasuk sebagai pembantu Professor di Jabatan Sains Politik (UIAM) sehingga Ogos 2000, pengarah eksekutif Centre for Leadership & Development Studies (CELDES) daripada 1996 hingga Ogos 2000, ketua Pembangunan Kurikulum Dan Islamisasi  di Jabatan Sains Politik UIAM pada  tahun 1999, ketua panel konsultansi, program Khidmat Sosial Negara, Kementerian Belia dan Sukan (1997) serta Ahli Perunding, Agenda Melayu Abad ke 21 (1998). Beliau juga merupakan pengerusi konferensi Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat pada tahun 1994,  pengarah Pertemuan Intelektual Asia Tenggara (SEAM) di Amerika Syarikat pada tahun 1994, Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia di Amerika Syarikat(1994-1995), Pengarah Diskusi Intelektual UIA-IIIT untuk kakitangan UIA di Amerika (1993), coordinator kursus bagi Pusat Matrikulasi UIA (1988-1989), Ahli Jawatankuasa Rayuan (MATRIC)  bagi tahun 1989 – 1990, Fellow bagi Kolej Pelajar (1993-1994), Ahli Diskusi Intelektual, Institut Perkembangan Minda (INMIND) tahun 1995, konsultan bagi program kepimpinan pelajar Malaysia di Amerika dan menjadi tamu intelek bagi program yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun (2002).

Adjung Professor di Jabatan Sains Politik, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuatkuasa pada 1 November 2015 hingga 31 Oktober 2017.

Tahanan ISA

Pada tahun 1998, beliau telah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anugerah

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986)[3] dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).

Dr. Zambry telah menerima pelbagai anugerah diatas jasa beliau di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Diantaranya adalah Anugerah Khas Global Islamic Finance Awards 2014 (GIFA 2014) di Dubai, UAE pada Oktober 27, 2014. Anugerah tersebut diberikan atas komitment dankejayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sosial Islam di Negeri Perak. Anugerah GIFA merupakan pengiktirafan kepada tokoh dan organisasi atas kejayaan dan amalan terbaik dalam sektor Kewangan Islam.

Beliau turut diberikan anugerah The Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award oleh Akademi Kesenian dan kebudayaan Dunia (WACC) sempena Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33 di Pulau Pangkor pada  22 Oktober 2013 kerana penglibatannya dalam bidang sastera.

Sehingga hari ini, hanya tiga pemimpin negara lain yang menerima anugerah tersebut. Mereka adalah Presiden India Dr Abdul Kalam (2006), bekas Presiden Slovakia, Dr. Michael Kovac (2008) dan bekas Presiden Republic Czwch (2009).

WAAC juga telah menganugerahkan “Doctorate of Literature” kepada Dr. Zambry di majlis yang sama.

Pada tahun 2010, Dr. Zambry telah menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Sains Perikanan kerana aspirasi dan komitmen beliau sebagai anak nelayan tradisional yang berjaya.

Pengiktirafan lain yang diterima oleh Dr. Zambry termasuk Geran Penyelidikan Temple Universiti (1993), Anugerah WAMY sempena majlis Penyampaian Ijazah UIA (1987) , Anugerah Kebangsaan (tempat pertama) bagi kategori Penulisan Agama (1982) dan Anugerah Negeri (tempat pertama) bagi Karangan Hari Kebangsaan (1982).

Sebagai anak Pangkor yang dibesarkan berdekataan dengan Pengkalan Tentera Laut, Dr. Zambry mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tentera Laut. Sebagai tanda hubungan baik itu, Kementerian Pertahanan Malaysia telah menganugerahkan Laksamana Pertaman (kehormat) kepada beliau pada tahun 2010.

Sebelum itu, pada tahun 2005, KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk menganugerahkan Komander (Kehormat) TLDM. Beliau merupakan antara yang pertama dikalangan ahli politik di Malaysia untuk menerima anugerah tersebut.

Pada 4hb Disember 2014, KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong XIV telah berkenan menganugerahkan pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada beliau. Pingat tersebut merupakan anugerah ke-tiga tertinggi di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Perak, Majlis St. John Ambulans Malaysia mulai 12 Mac 2014 hingga 11 Mac 2017.

Dr. Zambry juga telah menerima Anugerah Gavel Kehormat daripada  Executive Committee of Crane Summit 21st Century International Forum di Kongres Penyair Sedunia ke-35 yang telah diadakan di Hualien, Taiwan, Republik China., pada 6hb November 2015. Anugerah tersebut merupakan penghargaan tertinggi kepada individu kerana sumbangannya dalam bidang kesusasteraan antarabangsa. Anugerah tersebut juga diberikan atas jasa dan sumbangan Kerajaan Negeri menjadi penganjur Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33 di Pangkor pada Oktober 2013.  Ini merupakan augerah kedua yang diterimanya selepas anugerah The Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award daripada Akademi Kesenian dan Kebudayaan Dunia (WACC) pada tahun 2013.

Pada tahun yang sama, beliau turut diangkat sebagai Duta Keamanan (Ambassador for Peace) oleh Universal Peace Federation di atas usaha beliau memperjuangkan nilai moral yang universal, kerjasama antara agama, keharmonian sejagat serta budaya mencintai keamanan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

Manakala Dewan Persekutuan Majlis Kerjasama Teluk (FGCCC) dan Pertubuhan Kemajuan Kepimpinan Amerika (ALDA) pula telah memberi pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Dr. Zambry sebagai negeri terbaik untuk pelaburan antarabangsa dalam majlis Anugerah Kepimpinan Perniagaan Asia Barat ke-6 pada bulan November  2015 di Dubai.

Pada 16 Februari 2016, Prof Abul Hasan M. Sadeq, Naib Canselor Asian University of Bangladesh telah menyampaikan Anugerah Khas kepada Dr. Zambry di atas usaha beliau menangani kemiskinan di negeri Perak. Award of Meritorius Distinction for Leadership in Eradicating Poverty ini diberikan atas tokoh kepimpinan beliau melaksanakan initiatif melalui Yayasan Bina Upaya (YBU).

Politik

Dr. Zambry bergiat aktif dalam bidang politik sejurus setelah kembali daripada Amerika Syarikat pada tahun 1995.

Perjalanan politik beliau bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pangkor sebelum dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut. Beliau kemudiannya memenangi kerusi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2000-2003) sebelum dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.

Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Negeri Perak.[4]

Pada tahun 2004, beliau telah bertanding dalam pilihanraya umum bagi kerusi DUN Pangkor and berjaya mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU 2008 dan 2013. Beliau kini menyandang tanggungjawab sebagai ADUN Pangkor untuk penggal ketiga dan memegang tampuk pemerintahan Negeri Perak sebagai YAB Menteri Besar untuk penggal kedua.

Dr. Zambry juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Lumut. Namun perjalanan politik beliau bukanlah semudah yang disangkakan malah beliau pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada tahun 1998.

Pilihan Raya Umum ke-14

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berjaya mempertahankan kerusinya DUN Pangkor dalam Pilihanraya Umum Ke-14 dengan memperolehi majoriti undi sebanyak 1,626. Zambry telah mengalahkan calon PKR, Nordin Ahmad Ismail (6,752 undi) dan calon PAS, Zainal Abdin Saad (3,638 undi). Walau bagaimanapun, Zambry hanya tewas tipis dengan majoriti undi 400 dengan calon PKR, Mohd Hatta Md Ramli di Parlimen Lumut.

Pengarang

Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[3] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sebagai seorang ahli akademik, Dr. Zambry banyak menghabiskan masa beliau sebagai seorang penulis sejak bergelar seorang pelajar. Beliau menulis puisi, karangan dan pelbagai artikel di dalam media tempatan dan antarabangsa.

Beliau telah menulis beratus-ratus artikel dalam  Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dakwah, Risalah, Al-Islam, Mastika, dan PEMIKIR, disamping pelbagai buku.

Di antara buku hasil pena beliau bertajuk UMNO dan Jiwa Merdeka (CELDES KL 1998), Pemuda UMNO Menebus Maruah, Menuju Arah (Mei, 2000) dan Islam Malaysia & Amerika. Puisi beliau kini terdapat di dalam kompilasi antologi bertajuk Suara Pelaut.

Beliau turut menghasilkan beberapa kertas akademik dalam majalah dan jurnal. Antaranya bertajuk Politics In Malaysia, A Changing Scenario (2000), Belia dan Cabaran Politik Pascakolonial (1999), Festival Islam Organisasi Islam di Malaysia (Encyclopedia of Malaysiana, 1998), Politik Malaysia dan Pasca-Modernisme (kertas kerja untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998) dan Peranan dan Cabaran Ulama’ Dalam Era Pasca-Modernisme (kertas kerja untuk ‘The Asian Renaissance’ di Pekan Baru, Riau, 1997).

Beliau juga merupakan pengarang kepada beberapa penerbitan termasuk Pendidikan dan Pembangunan untuk  Nurin Enterprise, K.L (1980),  Business Administration in Islam, Hizbi (1991), dan Memperkasa Kepimpinan Merentgas Masa Depan, CELDES, KL (1991).

Beliau turut memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Imbas Gemilang KBS 1998,  sebuah penerbitan Kementerian Belia dan Sukan.

Selain menjadi penyunting dan penulis, Dr. Zambry juga merupakan penterjemah yang disegani. Di antaranya termasuk karya yang bertajuk Faces of Islam (Berita Publishing, 1990), Qur’anic Sciences (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) dan Islamic Legal Philosophy (Dewan Bahasa dan Pustaka, Oktober, 2000).

Meskipun mempunyai jadual waktu yang ketat, Dr. Zambry tidak pernah melupakan minatnya terhadap buku. Beliau sentiasa meluangkan masa yang ada untuk membaca beberapa buku sekaligus. Antara pilihan beliau yang terbaru adalah karya yang bertajuk Too Many Bosses Too Few Leaders oleh Rajeev Peshawaria, Focus: The Hidden Driver of Excellence oleh Daniel Goleman, dan Political Philosophy: A Historical Introduction tulisan Michael J. White.

Kelulusan

Tahun Pendidikan Kelulusan
1987 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia B Econs (Kepujian)
1991 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia MA (Pemikiran Islam)
1992 Universiti Temple, Amerika Syarikat MA (Falsafah Politik dan Perbandingan Agama)
1995 Universiti Temple, Amerika Syarikat Ph.D (Pemikiran Politik)

Krisis perlembagaan Perak 2009

Selepas krisis perlembagaan Perak 2009, beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Perak namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.[5]

Pada hari kemudiannya, Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak.[6] Bagaimanapun, jawatan beliau ditarik balik secara tiba-tiba apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.[7]Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."[8]

Laporan polis - dokumen palsu

Pada 7 Februari 2011, Datuk Azhar Ahmad selaku pegawai khas Datuk Dr Zambry membuat laporan polis di Balai Polis Pantai Remis dan Balai Polis Sungai Senam, Ipoh berhubung dua surat palsu. Surat bertarikh 13 Januari 2011 itu, kononnya ditandatangani oleh Dr Zambry bagi kelulusan 400 hektar tanah kerajaan di Pengkalan Hulu untuk projek pertanian.[9]

Rujukan

  1. ^ a b "Profil Zambry Abdul Kadir". Dicapai pada 2009-02-06.
  2. ^ Keputusan Pilihan Raya ke-11 di Perak
  3. ^ a b "Zambry's meteoric rise from Umno Youth" (Rencana). The New Straits Times. 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06.
  4. ^ "Zambry to be sworn in today" (Rencana). The Straits Times. 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06.
  5. ^ Zanariah Abdul Mutalib (11 Mei 2009). "Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari". mSTAR Online. Dicapai pada 11 Mei 2009.
  6. ^ Teoh, Shannon (2009-05-12). "Nizar reports for work". The Malaysian Insider. Dicapai pada 2009-05-12.
  7. ^ "Rayuan Zambry Dan Permohonan Nizar Didengar Khamis". Bernama. 2009-05-15. Dicapai pada 2009-05-22.
  8. ^ "Hakim: Zambry MB sah Perak". Malaysiakini. 2009-05-22. Dicapai pada 2009-05-22.
  9. ^ Zambry aide lodges reports over forgeries

Pautan luar