Sultan Muhammad V: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox royalty
{{Infobox royalty
|name = Muhammad V
|name = Sultan Muhammad V
|title = Yang di-Pertuan Agong XV<br>Al-Sultan Kelantan
|title = Yang di-Pertuan Agong XV<br>Al-Sultan Kelantan
|image = File:Sultan Muhammad V - Agong of Malaysia.jpg
|image = File:Sultan Muhammad V - Agong of Malaysia.jpg

Semakan pada 12:22, 14 Julai 2018

Sultan Muhammad V
Yang di-Pertuan Agong XV
Al-Sultan Kelantan
Fail:Sultan Muhammad V - Agong of Malaysia.jpg
Yang di-Pertuan Agong ke-15
Pemerintahan13 Disember 2016 – 12 Disember 2021
Pertabalan24 April 2017
Didahului olehSultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Diikuti olehSultan Haji Ahmad Shah
Perdana MenteriDato' Sri Najib bin Tun Razak
Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Sultan Kelantan ke-29
Pemerintahan13 September 2010 – kini
Didahului olehSultan Ismail Petra
Pewaris takhtaTengku Muhammad Faiz Petra
Menteri BesarTuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob
KeputeraanTengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra
(1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 54)
Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PasanganTengku Zubaidah Binti Tengku Nuruddin (k. 2004; c. 2009)
Nama penuh
Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra
Nama diraja
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
KerabatLong Senik
AyahandaSultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
BondaTengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
AgamaIslam Sunni

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V juga dikenali sebagai Tengku Muhammad Faris Petra; diputerakan pada 6 Oktober 1969 ialah Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010[1] bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Teramat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

Kehidupan awal

Diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran Baginda di Alice Smith School Kuala Lumpur. Baginda telah berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989. Seterusnya Baginda melanjutkan pengajian ke Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik. Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1991.

Kerjaya

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Tengku Mahkota Kelantan

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditakhtakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Sultan Kelantan

Pada 13 September 2010,[2] baginda telah diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan ke-29, mengikut Perkara 29A Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa Sultan tidak boleh lagi menjadi raja jika baginda tidak berdaya maju memerintah selama tempoh lebih daripada satu tahun.[3] Baginda mengambil nama Sultan Muhammad V.[4] Walau bagaimanapun, ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra, telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pelantikannya tidak mengikut Perlembagaan.[5] Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada tahun 2009.[6]

Sultan Muhammad V telah menghadiri Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-Raja buat kali pertamanya sebagai ahli penuh pada bulan Oktober 2010. Ini menandakan pengiktirafan kesertaan sebagai Sultan oleh raja-raja lain.[7]

Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Pada tanggal 13 Disember 2011, baginda telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.[8]

Yang di-Pertuan Agong

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pemasyhuran itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.[9]

Pada 24 April 2017, Sultan Muhammad V telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pada usia 47, Sultan Muhammad V adalah Yang di-Pertuan Agong termuda keempat yang ditabalkan selepas Tuanku Syed Putra dari Perlis, Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu dan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah.[10]

Terasul, gelaran dan lambang

Gelaran hormat bagi
Sultan Muhammad V
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 6 Oktober 1969 - 30 Mac 1979: (Yang Amat Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra
  • 30 Mac 1979 - 6 Oktober 1985: (Yang Amat Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 6 Oktober 1985 - 25 Mei 2009: (Yang Teramat Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 25 Mei 2009 - 13 September 2010: (Yang Maha Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 13 September 2010 - 12 Disember 2016: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia)Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan
  • 13 Disember 2016 - kini: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda) Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong XV

Gelaran penuh baginda ialah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K. (Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., S.P.J.K., Yang di-Pertuan Agong XV

Keturunan

Penghargaan

Baginda telah dianugerahkan:[11][12]

Penghargaan Kelantan

Sebagai Sultan Kelantan (sejak 13 September 2010):

  • Recipient (DK, 6 Oktober 1986) and Grand Master of the Royal Family Order (Al-Yunusi Star)
  • Knight Grand Commander (SPMK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Crown of Kelantan (Al-Muhammadi Star)
  • Knight Grand Commander (SJMK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Life of the Crown of Kelantan (Al-Ismaili Star)
  • Knight Grand Commander (SPSK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Loyalty to the Crown of Kelantan (Al-Ibrahimi Star)
  • Knight Grand Commander (SPKK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Noble Crown of Kelantan (Al-Yahyawi Star)
  • Grand Master of the Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior (PYGP, since 13 September 2010)
  • Founding Knight Grand Commander (SPJK) and Grand Master (since 11 November 2016) of the Most Loyal Order of Services to the Crown of Kelantan (Al-Petrawi Star)

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain

  •  Malaysia:
    • Recipient (DMN, 7 Disember 2011) and Grand Master of the Order of the Crown of the Realm (since 13 December 2016)[13]
    • Grand Master of the Order of the Royal Family of Malaysia (since 13 December 2016)
    • Grand Master of the Order of the Defender of the Realm (since 13 December 2016)
    • Grand Master of the Order of Loyalty to the Crown of Malaysia (since 13 December 2016)
    • Grand Master of the Order of Merit of Malaysia (since 13 December 2016)
    • Grand Master of the Order for Important Services (since 13 December 2016)
    • Grand Master of the Order of Loyalty to the Royal Family of Malaysia (since 13 December 2016)
  •  Johor:
    • First Class of the Royal Family Order of Johor (DK I, 14 April 2011)
  •  Kedah :
    • Ahli Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK, 26 Mac 2012)
  •  Negeri Sembilan:
    • Ahli Royal Family Order of Negeri Sembilan (DKNS, 13 Januari 2011)
  •  Perak:
    • Penerima Royal Family Order of Perak (DK, 24 Julai 2011)
  •  Perlis:
    • Penerima Perlis Family Order of the Gallant Prince Syed Putra Jamalullail (DK, 19 Oktober 2011)
  •  Selangor:
    • Kelas pertama Royal Family Order of Selangor (DK I, 5 Januari 2011)
  •  Terengganu :
    • Ahli kelas pertama Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (DK I, 9 November 2014)

Penghargaan negara-negara lain

Penghargaan Akademik

  • Honorary Fellow, St Cross College, University of Oxford (28 Februari 2018)

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Tuanku Muhammad Faris Petra is New Sultan of Kelantan, Bernama (via www.malaysiandigest.com), 13 September 2010. Dicapai 03 November 2010.
  2. ^ Genealogy
  3. ^ "Tuanku Muhammad Faris Petra is new Sultan of Kelantan". Sin Chew Daily. 13 September 2010. Dicapai pada 22 September 2010.
  4. ^ "Sultan Muhammad V Official Name of New Kelantan Sultan". Bernama. 22 September 2010. Dicapai pada 23 September 2010.
  5. ^ "Proclamation of Tuanku Muhammad Faris Petra As Sultan Unconstitutional, Says Former Sultan". Bernama. 20 September 2010. Dicapai pada 22 September 2010.
  6. ^ A. Letchumanan (21 September 2010). "Kelantan's Tuanku Ismail wants court to declare him rightful Sultan". The Star. Dicapai pada 22 September 2010.
  7. ^ "Conference of Rulers welcomes Sultan Muhammad V". New Straits Times. Bernama. 14 October 2010. Dicapai pada 13 April 2011.
  8. ^ Sultan Kedah Catat Sejarah - UtusanOnline.com
  9. ^ [Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz4N3YhkVVd Kosmo: Sultan Muhammad V dipilih YDP Agong Ke-15]
  10. ^ Berita Harian: Sultan Muhammad V ditabal YDP Agong ke-15
  11. ^ a b The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  12. ^ List of decorations as of June 2012.
  13. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan".


Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
13 Disember 2016 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sultan Ismail Petra
Sultan Kelantan
13 September 2010 – kini
Pemegang jawatan kini