Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16: Baris 16:
}}
}}


Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. '''Zulkifli Mohamad Al-Bakri''' merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014 <ref>http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140620/dn_09/Dr-Zulkifli-mufti-baharu-WP</ref>. Beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas SS Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh (1 Februari 1971 - 7 Februari 1984), SS Dato’ Sheikh Othman Bin Hj. Ibrahim (2 September 1986 - 30 September 1990), SS Tan Sri Abdul Kadir Bin Talip (15 Julai 1991 - 16 Januari 1997), SS Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahya (1 Mac 1997 - 15 Januari 2003), SS Datuk Dr. Mohammad Yusoff Bin Hussain (31 Januari 2003 - 15 Januari 2006) dan SS Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh (21 Mac 2006 - 20 Mac 2014).<ref>http://www.muftiwp.gov.my/index.php/pengenalan-s/sejarah</ref> Terbaru, beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.<ref>http://alabaqirah-maiwp.edu.my/my/pengenalan/sejarah-penubuhan-pondok-moden-al-abaqirah</ref>
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. '''Zulkifli Mohamad Al-Bakri''' merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014 <ref>http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140620/dn_09/Dr-Zulkifli-mufti-baharu-WP</ref>. Beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas SS Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh (1 Februari 1971 - 7 Februari 1984), SS Dato’ Sheikh Othman Bin Hj. Ibrahim (2 September 1986 - 30 September 1990), SS Tan Sri Abdul Kadir Bin Talip (15 Julai 1991 - 16 Januari 1997), SS Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahya (1 Mac 1997 - 15 Januari 2003), SS Datuk Dr. Mohammad Yusoff Bin Hussain (31 Januari 2003 - 15 Januari 2006) dan SS Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh (21 Mac 2006 - 20 Mac 2014).<ref>http://muftiwp.gov.my/ms/pengenalan/sejarah</ref> Terbaru, beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.<ref>http://alabaqirah-maiwp.edu.my/my/pengenalan/sejarah-penubuhan-pondok-moden-al-abaqirah</ref>


==Latar Belakang Pendidikan==
==Latar Belakang Pendidikan==

Semakan pada 07:14, 17 Julai 2018

Sahibus Samahah
Dato' Seri Dr.

Zulkifli Mohamad al-Bakri

PMW, DGPN
Fail:PTS 1336.jpg
Mufti Wilayah Persekutuan
ke-7
Memegang jawatan
23 Jun 2014
Butiran peribadi
Lahir (1969-01-16) 16 Januari 1969 (umur 55)
Terengganu, Malaysia
PasanganYBhg. Datin Seri Dr. Shereen binti Mohd Yunos
Anak-anak5
Laman web rasmiwww.muftiwp.gov.my

Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014 [1]. Beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas SS Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh (1 Februari 1971 - 7 Februari 1984), SS Dato’ Sheikh Othman Bin Hj. Ibrahim (2 September 1986 - 30 September 1990), SS Tan Sri Abdul Kadir Bin Talip (15 Julai 1991 - 16 Januari 1997), SS Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahya (1 Mac 1997 - 15 Januari 2003), SS Datuk Dr. Mohammad Yusoff Bin Hussain (31 Januari 2003 - 15 Januari 2006) dan SS Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh (21 Mac 2006 - 20 Mac 2014).[2] Terbaru, beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.[3]

Latar Belakang Pendidikan

Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969. Beliau mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976 -1981). Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982 - 1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985 - 1988). Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989 - 1993). Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994 - 1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002 - 2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa : Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan [4].

Guru-Guru

Fail:JMWP.jpg
Menyantuni masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan setiap minggu pada hari Jumaat melalui program #jumaatmuftiwp

Kehidupan beliau semasa menyambung pengajian di Madinah dan Syria dimanfaatkan secara keseluruhannya untuk mempelajari ilmu-ilmu secara formal mahupun tidak formal. Selain kelas-kelas formal di Universiti, beliau juga giat mengikuti pengajian para ulama' tersohor di sana secara sistem talaqqi. Antara gurunya adalah:

  • Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid Nabawi)
  • Syeikh Abd al-Muhsin bin Hamad al-Abbad
  • Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin Rawahah, Damsyik, Syria)
  • Syeikh Dr. Muhammad al-Mukhtar bin Muhammad al-Amin Al-Shanqiti, (Mantan Pensyarah Universiti Islam Madinah dan Lajnah Kibar Ulama’ Saudi)
  • Syeikh Sadiq Habannakah  
  • Syeikh Al-Muhaddith Abdul Qadir Al-Arnaut
  • Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al-Farfour (Ahli Majlis Mujamma’ Al-Fiqh, Rabitah Al-`Alami Al-Islami)
  • Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin
  • Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouti
  • Syeikh Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli

Bersama dengan mereka, beliau sempat mempelajari pelbagai jenis kitab daripada pelbagai lapangan ilmu antaranya Akidah, Fiqh, Usul al-Fiqh, Ulum al-Hadith dan Tasawwuf. Antara kitab yang sempat beliau pelajari bersama guru-gurunya adalah:

Fail:PMWP1.jpg
Ziarah Syeikh Kurayyim Rajih ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Akidah

  • Sharh al-'Allamah 'Abd al-Salam 'ala Jauharah al-Tauhid
  • Sharh al-'Aqidah al-Tahawiyyah oleh al-'Allamah Imam 'Abd al-Ghani al-Ghunaymi
  • Sharh al-'Aqa'id al-Nasafiyyah oleh Imam Sa'ad al-Din Mas'ud ibn 'Umar ibn 'Abdullah al-Taftazani
  • Rasa'il al-Tauhid oleh Imam al- 'Izz 'Abd al-Salam

Tafsir

  • Tafsir al-Qur'an al-'Azim oleh Imam Ibn Kathir (sebahagian)
  • Fath al-Qadir oleh Imam al-Syaukani (sebahagian)
  • Lubab al-Ta'wil fi Ma'ani al-Tanzil oleh Imam Abu Al-Hasan ‘Ala’ Al-Din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Khazin (sebahagian)
  • Tafsir al-Jalalain oleh Imam Jalal ad-Din al-Maḥalli dan Imam Jalal ad-Din al-Suyuti (sebahagian)
Fail:Mufti hug 08012016.jpg
Pertemuan bersejarah antara Mufti Wilayah Persekutuan dan KL Archbishop Reverend Julian Leow Beng Kim

Hadith

  • Fath Al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani (Jilid 12 dan 13)  
  • Al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi (Jilid 1, 2, 3 dan 4)
  • Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani (sebahagian)
  • Umdat al-Ahkam min Kalam Khayr al-Anam oleh Imam 'Abd al-Ghani al-Maqdisi (sebahagian)
  • Al-Ba'ith al-Hathih Sharh Ikhtisar Ulum al-Hadith oleh al-'Allamah Syeikh Ahmad Shakir (sebahagian)
  • Al-Arba'un al-Sihhah al-Jami'ah li Usul al-Din oleh Syeikh Prof. Dr. Muhammad 'Abd al-Latif Soleh al-Farfour

Fiqh

  • Hasyiah I'anah al-Thalibin 'ala Hall Alfaz Fath al-Mu'in oleh al-‘Allamah ‘Abu Bakr Utsman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri (sebahagian)
  • Kifayah al-Akhyar fi Hall Ghayah al-Ikhtisar oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad al-Husaini al-Hishni al-Dimasyqi al-Syafi’i (sebahagian)

Usul al-Fiqh

  • Al-Luma' fi Usul al-Fiqh oleh Imam al-Syirazi
  • Al-Qawaid al-Fiqhiyah ma'a as-Syarh al-Mujaz oleh Syeikh Izzat Ubaid ad-Di'as

Mantiq

Fail:Seminar Isu - Isu Kefatwaan.jpg
Institusi fatwa negara kini dihambat dengan kepantasan penyaluran maklumat melalui media massa yang memerlukan sesuatu permasalahan dijawab dengan segera, agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan masyarakat.
  • Risalah al-Adab al-Bahth wa al-Munazarah oleh Syeikh Muhammad Muhyiddin 'Abd al-Hamid

Nahu

  • Qatrunnada wa Ball al-Soda oleh Ibn Hisyam
  • Alfiyyah oleh Ibn Malik (sebahagian)

Tasawwuf

  • Sharh Al-Hikam al-'Ata'iyyah oleh Syeikh 'Abd al-Majid Al-Syurnubi
  • Al-Risalah Al-Qusyairah oleh Imam Abd Karim Al- Qusyairi
  • Taj Al-'Arus oleh Ibn 'Ataillah Al-Sakandari
  • Futuhat al-Makkiyyah oleh Ibn 'Arabi (sebahagian)

Pengalaman Dalam Kerjaya

  • Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Port Dickson: 1997–2006.
  • Pensyarah Kanan USIM 2006 – 2008
  • Pakar Rujuk Mustolah Hadith dan Hadith, (STAM): 2002.
  • Ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu, Tasawuf Islam Tingkatan Lima: 2003.
  • Pengerusi Panel Syariah, Bank Pertanian Malaysia: 2006- 2008.
  • Panel Penilai Jawatankuasa AD-HOC Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA Bagi Penilaian Pengiktirafan Program Ijazah Sarjana Muda Program Ijazah Sarjana Muda Syariah Dari Universiti Malaya (UM): 2007.
  • Anggota Lajnah Tashih Tafsir Pedoman Muttaqin: 2007.
  • Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency MQA) 2007.
  • Anggota Pasukan Penyemakan Tafsir Pedoman Muttaqin dan Majlis Perbincangan. (April 2008)
  • Pengerusi Penyediaan Modul Asas Pengurusan Fatwa, JAKIM 2008.
  • Penulis Karya Tokoh-tokoh Islam DBP, 2008.
  • Ahli Jawatankuasa Malaysian Finalcial Planning Council MFPC. 2008.
  • Penasihat Akademik dalam Bengkel Penyelarasan dan Pemurnian Program Sarjana Syariah (Pengurusan). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Oktober 2008.
  • Ahli Panel Forum Perdana. Konsep Ilmu Dalam Pembangunan Aqidah. Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar (KPLB) 2009.
  • Panel Penapis Filem dan Drama Berunsur Islam. Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM. 2008.
  • Panel Penerbitan Buku Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. 2009.
  • Panel Temuduga Guru Agama Ke Tanah Suci Musim Haji 1431 H.
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (2000-2010).
  • Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (April 2008 - April 2011)
  • Panel Penyelidik Pusat Zakat Negeri Sembilan. (April 2008).
  • Panel Penasihat Syariah Syembara Penulisan Kreatif
  • (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435H (2014).
  • Panel Syariah WAKAF Selangor Muamalat Oktober 2012-Jun 2014.
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu: Sejak 2005-Ogos 2014.
  • Karyawan Tamu INFAD. USIM 2013 - Ogos 2014.

Senarai Jawatan Kini

Jawatan Berkaitan Mufti dan Fatwa

  • Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.
  • Pengerusi, Jawatankuasa Penemuduga Tauliah Mengajar dan Ceramah Agama di Wilayah Persekutuan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Taqwim dan Melihat Anak Bulan.
  • Pengurusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam.
  • Pengerusi Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am MAIWP (JKWSA).
  • Panel Penasihat Skuad An-Nur.
  • Panel Syariah (Khas) Tabung Ibadah Qurban YaPEIM.
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Ahli Jawatankuasa Tatatertib Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Ahli Jawatankuasa Panel Syarie Tabung Wakaf Universiti Islam Malaysia.
  • Ahli Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am MAIWP.
  • Ahli Jawatankuasa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Syarikat Milik MAIWP.
  • Penasihat berkenaan dengan Hukum-Hukum Syarak kepada:
  1. Kerajaan
  2. Badan-Badan Berkanun/Agensi Kerajaan
  3. Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Jawatan Lain Yang Sedang Disandang

  • Penulis Tamu JAKIM: Sejak 2006.
  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM): 2008.
  • Panel Kajian Syariah, JAKIM 2011.
  • Panel Syariah Bank Muamalat Malaysia (April 2011)
  • Pengerusi Penggubalan Modul Fatwa JAKIM (Oktober 2012).
  • Panel Pakar Syariah, JAKIM 2013 sehingga kini.
  • Panel Penasihat Fakulti Syariah Dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia, USIM 2013 Sehingga kini.
  • Ahli Majlis Dakwah Negara (MDN) 2014/2016 oleh Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (YADIM).
  • Ahli ISRA (International Shari’ah Research Academy for  Islamic Finance) Council of Scholars.
  • Ahli Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri.
  • Felo Dakwah YADIM
  • Penyelia Bersama Untuk Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (UTM)

Anugerah

  • Anugerah Tokoh Penulis Islam: Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kelantan Kali Kedua. 2010.
  • Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/ 2012M.
  • Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor. 1433 H/2012M. Masjid Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
  • Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Terengganu. Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu, November 2013.
  • Anugerah Pingat Mahkota Wilayah (PMW) pada 1 Februari 2015 sempena Hari Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran ‘Datuk’.
  • Anugerah Blue Ribbon bagi kategori Media Baru melalui Bayan Linnas 'Hukum Penggunaan Rokok Elektronik & Vapor' oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, 3 Jun 2016.

Pembentangan Kertas Kerja Seminar Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa

Antarabangsa

  • Seminar Manhaj Pengeluaran Fatwa Peringkat Kebangsaan, INFAD, USIM Disember 2006: “Syarat-syarat Ijtihad Dalam Feqh Semasa Mengikut Perkembangan Teknologi”
  • Seminar ISCOM. FSU, USIM. November 2008: “Hukum Mencuri: Perbandingan Antara Undang-undang Syariat Dan Qanun.”
  • Seminar Media dan Pemikiran Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, MIST. Julai 2009: Hiburan Melalui Media: Muzik, Nyanyian, Lagu dan Nasyid Dari Perspektif Fiqh
  • Seminar Antarabangsa Undang-undang Islam dan Sivil ICRIL 09 Akademi Pengajian Islam, UM. Julai 2009: Merokok: Hukum dan Fatwa Pengharamannya
  • Seminar Rabithah al-Alami al-Islami, Sejarah Jemaah Haji di Nusantara dan Asia, Rabithah al-Alami al-Islami, Jeddah, November 2009: Peranan Tabung Haji Dalam Mengendalikan Jemaah Haji Malaysia (pembentangan dalam Bahasa Arab)
  • Pembentang Kertas Kerja Dialog Intelektual Fatwa Kali Ke-2. Hotel Legend, Kuala Lumpur, 17 Jun 2010: Penggunaan Konsep Dharurah Dalam Penentuan Hukum
  • Konferen Antarabangsa. Hotel Borobudur, Jakarta, 2-3 Oktober 2010: Peranan Haji Dalam Meningkatkan Kerjasama Dunia Islam.  

Kebangsaan

  • Seminar Al-Quran Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan, UKM, September 2005: “Hukum Perubatan Mengikut Islam”
  • Seminar Manhaj Nabawi Peringkat Kebangsaan, FQS, USIM, Julai, 2007: “Sumbangan Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Feqh Melalui Kitab Bulugh Al-Maram”
  • Seminar Integriti Guru Takmir Peringkat Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Jun 2007: “Integriti Sebagai Pemangkin Pengurusan Islam Yang Unggul”
  • Seminar Multaqa Al-Wi’az Peringkat Kebangsaan, Kerajaan Negeri Terengganu, YADIM dan MAIDAM, Oktober 2007: “Ihya’ Ruh Al-Din: Masalah Dan Penyelesaiannya”
  • Muzakarah Fasilitator Kursus Pra-Perkahwinan Peringkat Kebangsaan, anjuran JAKIM 12-14 November 2007: Integriti Dalam Pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBPKI)
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan 2009, Tabung Haji. Mac 2009: Pembesaran al-Mas’a: Hukumnya
  • Seminar Penyelidikan Islam Kebangsaan, JAKIM 2009. Jun 2009: Kaedah Penulisan Kertas Kerja Kajian Hukum Yang Berkesan
  • Seminar Pengurusan dan Penggunaan Kad Kredit: Daripada Perspektif Islam, ILIM. Jun 2009: Penggunaan Kad Kredit Menurut Perspektif Islam.  
  • Mesyuarat Panel Kajian Syariah Kali Ke-67, JAKIM. Ogos 2009: Hukum Melompat Parti Dari Segi Perspektif Islam.
  • Seminar ILIM, Bangi Ogos 2009: Maqasid al-Syariah Dalam Siasah Syar’iyyah.
  • Seminar ILIM, Bangi Ogos 2009: Sumber Hukum dan Ijtihad Dalam Siasah Syar’iyyah.
  • Muzakarah Fatwa Kebangsaan, JAKIM. Oktober 2009: Hukum Melompat Parti Bagi Wakil Rakyat Dari Segi Perspektif Islam.
  • Seminar Taqlid, Ijitihad dan Talfiq: Skop, Amalan dan Batasan. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 12-13 November 2009: Taqlid, Ijtihad dan Talfiq: Penjelasan Epistemologi Sunni.
  • Wacana Pendidikan Fatwa “Penggunaan Lafaz Allah” JAKIM. 28 Januari 2010: Keabsahan Penggunaan Nama Allah SWT Hanya untuk Orang Islam.
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-26. 5-7 Mac 2010: Wakalah Haji dan Umrah, Qurban serta Permasalahannya.
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-26. 5-7 Mac 2010: Baik Buruk Petugas Haji yang Tidak Melaksanakan Ibadat Haji Semasa Bertugas di Tanah Suci.
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-26. 5-7 Mac 2010: Larangan Ihram: Kefahaman Maksud Pemakaian Selipar (Kasut) yang Menampakkan Semua Jari Kaki atau Tidak.  
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-26. 5-7 Mac 2010: Kertas Kerja Sisipan: “Talbiah: Hikmah, Rahsia dan Permasalahan Hukum”
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-26. 5-7 Mac 2010: Kertas Kerja Sisipan: “Pengertian Istita’ah Dalam Kewajipan Haji: Syarat dan Jenis”
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-26. 5-7 Mac 2010: Kertas Kerja Sisipan: Bayan Lil Haj Musim Haji 1430H
  • Perjumpaan Guru-guru KAFA Peringkat Kebangsaan JAKIM. 16 Jun 2010: Memperkasakan Guru KAFA dan Melahirkan Guru Mursyid
  • Bengkel Kertas kerja Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia. 28 Julai 2010. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.Hotel Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Istinbat Fatwa, Perlaksanaannya.
  • Seminar Baitul Al-Maqdis. 7 Ogos 2010. Persatuan Ulama Malaysia, Shah Alam, Selangor. Hotel De Palma. Yahudi dan Bani Israel.
  • Seminar Menyambung Kasih Ilahi, HIV/AIDS Bersama Ditangani. 2010. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Dewan Muktamar JAWI KL. Tanggungjawab Umat Islam Di Dalam Memerangi HIV/AIDS.
  • Seminar Manhaj Nabawi Peringkat Kebangsaan. Fakulti Quran dan Sunnah (FQS), USIM. Julai, 2010: Hajjatul Wada’: Hadis Jabir, Fiqh dan Faedah Hadis.  
  • Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan. Persatuan Akauntan Pekaian Malaysia. Oktober 2010: Fiqh Aulawiyat: Zakat, Sedekah dan Hadiah.  
  • Seminar Masyarakat Kemboja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). November 2010: Transformasi Dakwah.   
  • Seminar Syariah dan Undang-undang Peringkat Kebangsaan 2010 (SYUK 2010). Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 2-3 November 2010: Undang-undang Kuota Haji: Pengertian Istita’ah, Syarat dan Kuota Haji; Undang-undang Jenayah Islam: Keunggulan Syariah Islamiah dari Aspek Hukuman Qisas; Konflik Pengguguran Janin Berkeluarga dan Tidak Berkeluarga: Hukum, Fatwa, Undang-undang dan Penyelesaiannya; Keabsahan Hujah Hakim Syarie Hanya Lelaki; Ke Arah Memartabatkan Undang-undang Islam: Pelaksanaan dan Menolak Syubhahnya.  
  • Seminar Kebangsaan Undang-Undang Keluarga Islam Kali-1 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Kuala Lumpur. Hotel Putra, Jalan Tun Razak. Pernikahan Di Bawah Umur dari Perspektif Syarak.  
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-27. Tabung Haji Pulau Pinang. 18-21 Februari 2011: Kekerapan Menunaikan Haji: Satu Analisa.    
  • Muzakarah Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia Kali Pertama, Mendepani Cabaran ke Arah Penyatuan Fatwa di Malaysia. The Legend Hotel Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 29-31 Mac 2011: Keterikatan Fatwa kepada Mazhab Dalam Mengeluarkan Fatwa.  
  • Muzakarah Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia Kali Pertama, Mendepani Cabaran ke Arah Penyatuan Fatwa di Malaysia. The Legend Hotel Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 29-31 Mac 2011. Sisipan Kertas Kerja: Penetapan Fatwa Mengikut Kaedah Siasah Syarieyyah dan Masalih al-Mursalah.  
  • Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Istana Keadilan, Putrajaya. 2011: Metodologi Pengistinbatan Hukum.  
  • Konvensyen Kewangan Islam 2011. Dewan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 7 Mei 2011: Pengharaman Riba Serta Kaitannya dengan Amalan Tasawuf.  
  • Simposium Tarekat Tasawuf. Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban. 14 Mei 2011: Tarekat Mengikut Sunnah Rasulullah SAW: Sejarah, Pandangan Ulama dan Menjawab Sebarang Tohmahan.  
  • Seminar Peringkat Kebangsaan Sempena Haflu al-Takrim alSanawi. Terengganu Equestrian Resort, Terengganu. 2 Julai 2011: Al-Quran: Hak, fadhilat dan Tanggungjawab Kita Terhadapnya.  
  • Nadwah Zakat. Hotel De Palma, Ampang. Anjuran: Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. 13 Julai 2011: Fatwa Zakat Kontemporari.    
  • Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Hotel Pan Pacific, KLIA. 15 Julai 2011: Pembentangan Kertas Penggunaan Konsep Istihalah dalam Penentuan Hukum.   
  • Seminar Pendidikan Fatwa. Kementerian Kesihatan Dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 22 Julai 2011: Pembentangan Kertas Merokok Adalah Haram.  
  • Kursus Pengajian Metodologi Ilmu Tafsir. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). 19 Ogos 2011: Tafsir Surah al-‘Alaq  
  • Kursus Pengajian Metodologi Ilmu Tafsir. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). 19 Ogos 2011: Tafsir Surah al-Qadr  
  • Seminar Penghayatan Ramadan. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). 24 Ogos 2011: Puasa: Permasalahan Hukum.  
  • Seminar Pengurusan Kewangan Menurut Islam. Dewan Syarahan, Masjid Negara. JAWI. 29 September 2011: Kewangan Menurut Islam.  
  • Seminar Warisan al-Quran dan al-Sunnah (SWAN 2011). Fakulti Quran Sunah, USIM Nilai. September 2011: Haji Mabrur Menurut Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah: Fiqh dan Faedahnya.  
  • Seminar Fatwa. Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. JAKIM. 23 November 2011: Metodologi Penyelidikan Hukum dan Fatwa.  
  • Seminar Memahami Isu-Isu Kekeliruan Jantina. ILIM. JAKIM. 17 November 2011. Kertas Kerja: Memahami Isu-Isu Kekeliruan Jantina Dari Sudut Syariah.    
  • Konvensyen Pengukuhan Institusi Agama. ILIM. JAKIM. 22 November 2011. Kertas Kerja: Kekuatan dan KelemahanJabatan Hal Ehwal Islam.  
  • Seminar Tarekat dan Tasawuf. Hotel Alson Klana. Jabatan Mufti Negeri Sembilan. 24 November 2011. Kertas Kerja: Tasawuf dalam Pembinaan Masyarakat.  
  • Halal Foods Seminar 2011 (HAFOS). USIM. 7 Disember 2011. Kertas Kerja: Hukum Alkohol dalam Makanan dan Minuman.  
  • Persidangan Meja Bulat Modul Istitabah Baitul Iman. Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. 17-20 Januari 2012: Konsep Istitabah.  
  • Seminar Kesihatan Islam. Dewan Syeikh Daud al-Fatani, Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. JAKIM.28 Februari 2012: Kepentingan Menjaga Kesihatan Menurut Islam.  
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28. Awana Porto Malai, Langkawi. 2-5 Mac 2012. Falsafah Haji: Penghayatan dan Hubungkait dengan Semangat Bersama Santuni Dhuyufurrahman.  
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28. Awana Porto Malai, Langkawi. 2-5 Mac 2012. Manasik Haji Menurut Perspektif Ulama Sufi.  
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28. Awana Porto Malai, Langkawi. 2-5 Mac 2012. Hukum Menunaikan Haji Tanpa Visa Haji: Hukumnya.    
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28. Awana Porto Malai, Langkawi. 2-5 Mac 2012. Larangan al-Rafath ketika Melakukan Ibadat Haji.  
  • Kursus Pengembangan Fatwa. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM. 5-8 Mac 2012. Kaedah-Kaedah Penentuan Fatwa Menggunakan Kitab Mazhab al-Syafie.  
  • Bengkel Pembangunan Manual Modul Islam dan Mak Nyah. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM. 13-15 Mac 2012. Mak Nyah dari Perspektif Islam.  
  • Wacana Turath dan Isu Semasa. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM. 20 Mac 2012. Kelestarian Turath sebagai Warisan Ummah.
  • JAWHAR INTELECTUAL DISCOURSE (JID). Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. JAKIM. 20 Mac 2012. Al-Riqab: Tafsiran dan Aplikasi Semasa Menurut Syarak.
  • Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelarasan Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 12 April 2012. Penyelarasan Definisi Fatwa dan Penjelasan Kaedah Fatwa Menggunakan Kitab Mazhab al-Syafie.
  • Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelarasan Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 12 April 2012. Aplikasi Fatwa dalam Sistem Perbankan Islam: Cabarannya dalam Konteks Semasa.  
  • Bengkel Fiqh Perundangan Keluarga Islam. Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 17-18 April 2012. Fiqh Keluarga: Cabaran dan Penyelesaian.
  • Nadwah Interaktif Amil 2012. Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang. Anjuran PPZ-MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor. 15-16 Mei 2012. Potensi Zakat Baru Untuk Mengentas Kemiskinan.
  • Konvensyen Fiqh Politik. K-Fiqh SDN BHD. Bangunan MBSA, Shah Alam. 15 Sepetember 2012. Sistem Politik dalam Islam.
  • Konvensyen Fiqh Perubatan. Hospital Sultanah Bahiyah. Dewan Majlis Bandaraya Tingkat 7, City Plaza. Alor Setar, Kedah. 19&20 September 2012. Pembunuhan Rahmah (Euthanasia).
  • Munaqasyah al-Syariah. Dewan Auditorium Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Gong Badak. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Terengganu. 20 September 2012. Fatwa Zakat Perhiasan Emas.
  • Seminar Kebangsaan Pendidikan Fatwa Kesihatan 2012. Auditorium D8, Kompleks D, Presint 1, Putrajaya. Kementerian Kesihatan Malaysia.27 September 2012. Haramkah Merokok.
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29. GrandHayyat, Kuantan. 1-4 Februari 2013. Tawaf Wada’ dan Permasalahannya.
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29. Grand Hayyat, Kuantan. 1-4 Februari 2013. Sumber Hukum dan Rujukan dalam Mazhab Syafie.  
  • Konvensyen Fiqh Politik. K-Fiqh SDN BHD. Bangunan MBSA, Shah Alam. 03 Mac 2013. Pemimpin Yang Adil.
  • Persidangan Imam Besar Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah. 7-9 Mac 2013. Integriti Imam Dalam Perspektif Islam.
  • Konvensyen Perubatan Islam dan Isu-Isu Fiqh perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Dewan Produktiviti Malaysia (MPC) Bertam, Kepala Batas, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. 29 Mei 2013. Mengugurkan Kandungan: Bolehkah Atau Tidak? Pendapat Ulama dan Hukum Islam.
  • Konvensyen Perubatan Islam dan Isu-Isu Fiqh perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Dewan Produktiviti Malaysia (MPC) Bertam, Kepala Batas, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. 29 Mei 2013. Ubat-Ubatan dan Vaksin Bernajis Dalam Perubatan: Satu Analisa Hukum.
  • Konvensyen Kader Pos JAKIM Zon Timur Peringka kebangsaan Tahun 2013. Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu, Terengganu. 19 Jun 2013. Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam.
  • Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Melaka. Auditorium Masjid al-Azim, Melaka. 20 Jun 2013. Fatwa Merokok.
  • Konvensyen Fiqh Surah Fatihah. K-Fiqh SDN BHD. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor. 22 Jun 2013. Pelbagai Hukum Surah Al-Fatihah.
  • Wacana Pakar Maqasid Al-Syariah Dalam Istinbat Hukum Siri 2/2013. Hotel Mines Wellness, Seri Kembangan, Selangor. 10 -  11 September 2013. Pandangan Ulama’ Terhadap Maqasid AlSyariah.
  • Seminar Pemikiran Tokoh Mufti Siri 1: Al-‘Allamah Dato’ Syed Alwi Bin Tahir Al-Haddad, Mantan Mufti Negeri Johor. Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. 24 September 2013. Manhaj Istinbat Fatwa di sisi Al-`Allamah Dato’ Syed Alwi Bin Tahir al-Haddad.
  • Konvensyen Kader Pos JAKIM Zon Timur Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Hotel Pantai Puteri, Tg. Keling, Melaka. 21 Ogos 2013. Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam.
  • Muzakarah Pengurusan Istinbat Hukum JAKIM 2013, Hotel Corus Paradise Resort, Port Dickson, N.Sembilan. 6 - 7 November 2013. Aplikasi Ijma’ dalam Istinbat Hukum.
  • Muzakarah Pengurusan Istinbat Hukum JAKIM 2013, Hotel Corus Paradise Resort, Port Dickson, N.Sembilan. 6 - 7 November 2013. Qias vs Tamsil :Tatacara dalam Istinbat Hukum.
  • Simposiun Serantau Ahli Sunnah Wal Jamaah 2013, Dewan UniTEN, Bangi, Selangor. 19 November 2013. Ahli Sunnah Wal Jamaah : Definisi dan Pengenalannya.
  • Muzakarah Zakat Peringkat Kebangsaan, Dewan Kuliah Pusat 3, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, N. Sembilan. Sejarah Hamba dan Kedudukan Ar-Riqab Sebagai Penerima Zakat Pada Masa Kini  
  • Seminar Fiqh Penghayatan Solat. K-Fiqh SDN BHD. Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. 14 Disember 2013. Panduan Solat Bagi Pesakit.
  • Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah, JAKIM. Dewan Datuk Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia, ILIM. 16 Disember 2013. Pencegahan Jenayah Syariah Melaksana Prinsip Nahi Mungkar.  
Fail:Ijn.jpg
Mufti Wilayah Persekutuan mengadakan lawatan rasmi ke bilik pembedahan Institut Jantung Negara bagi menyaksikan sendiri proses pembedahan jantung untuk tujuan kajian kefatwaan.

Penulisan

Datuk Dr. Zulkifli banyak menghasilkan penulisan, penterjemahan serta aktif dalam membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, lebih 200 kertas kerja di pelbagai seminar dan forum. Beliau juga pernah menjadi penulis tamu di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ruangan Bicara Agama di Utusan Malaysia. Antara karya beliau[5] adalah:

Tahun 2005

  1. Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Kontroversi Solat Jumaat Dr. Amina Wadud: Darul Fuqaha.
  2. Menyelusuri Ikhtilaf Mazhab, Antara Keterikatan & Keterbukaan, Perpaduan & Perpecahan: Darul Fuqaha.
  3. Hukum Jampi Dan Pakai Tangkal: Darul Fuqaha.
  4. Hukum Bacaan Al-Quran Untuk Si Mati, Adakah Sampai Pahalanya? Darul Fuqaha.
  5. Hukum Makan Katak dan Berubat Dengannya: Darul Fuqaha.
  6. Memahami Kaedah Dharurat Dalam Islam: Darul Fuqaha.
  7. Hukum Penyerupaan Menurut Islam: Cetakan Pertama, Darul Fuqaha.
  8. Perbezaan Pendapat Di Kalangan Mazhab, Sebab-sebab, Adab dan Penyelesaiannya: Darul Fuqaha.  

Tahun 2006

  1. Al-Ma’alim Al-Hadhariah Siri 1 - 10 : Cetakan Pertama 2006, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM).
  2. Ulul Al-Bab, Konsep Pengertian Menurut Syarak: Cetakan Pertama 2006, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  3. Khairul Ummah, Konsep, Visi Dan Perlaksanaannya: Cetakan Pertama 2006, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  4. Fadhilat Solat Dhuha: Cetakan Pertama 2006, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  5. Solat Sunat Rawatib: Cetakan Pertama 2006, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  6. Fadhilat Solat Jemaah: Cetakan Pertama 2006, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  7. Ahasin Al-Kalim, Syarah Al-Hikam: Cetakan Pertama 2006, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Tahun 2007

  1. Al-Ma’alim Al-Hadhariah Siri 11 - 20 : Cetakan Pertama 2006, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  2. Himpunan Hadis Modal Insan Siri 1: Cetakan Pertama 2007, Telaga Biru Sdn. Bhd.
  3. Himpunan Hadis Modal Insan Siri 2: Cetakan Pertama 2007, Telaga Biru Sdn. Bhd.
  4. Rasulullah Insan Agung: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  5. Solat Sunat Istikharah: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  6. Solat Sunat Taubat: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  7. Bahjah Al-Nufus Syarah Taj Al-'Arus: Cetakan Pertama 2007, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
  8. Integriti Dari Perspektif Islam: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  9. Ummatan Wasata, Sebaik-baik Umat Yang Dilahirkan Bagi Faedah Umat Manusia: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  10. Ahkam al-Siyam: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  11. Solat Sunat Tasbih: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  12. Solat Sunat Hajat: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  13. Intergriti Dalam Islam: Cetakan pertama 2007, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  14. Yasin Dan Doa: Sambutan Kemerdekaan Ke 50 Tahun Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia: Cetakan pertama 2007, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  15. Khutbah Jumaat: Sambutan Kemerdekaan Ke 50 Tahun Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia: Cetakan pertama 2007, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  16. Solat Sunat Pilihan: Cetakan Pertama Dis 2007, Telaga Biru.
  17. Ahkam Al-Zakah: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
  18. Akauntabliti Sebagai Mahasiswa Islam: Cetakan pertama 2007, Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM).
  19. Ahkam al-Udhiyah: Cetakan Pertama 2007, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Tahun 2008

  1. Ahkam al-Akikah: Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  2. Institusi Fatwa Dalam Enakmen Perundangan Islam Negeri Sembilan. Cetakan pertama 2008, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  3. Fatwa dan Mufti: Hukum, Etika dan Sejarah. Cetakan pertama 2008, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  4. Tafsir al-Quran Ayat-ayat Ulul Albab, Siri 1 - 16: Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  5. Rasulullah SAW Suri Teladan Terunggul: Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  6. Islam Dan Budaya Berfikir: Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  7. Islam Dan Prinsip Toleransi: Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  8. Islam: Sistem Kehidupan Yang Syumul: Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  9. Islam Yang Bersifat Rabbani Dan Universal: Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  10. Al-Wasatiah: Kaedah Pendekatan Islam. Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  11. Memahami Keistimewaan Syariat Islam. Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  12. Manhajiah Fatwa, Cetakan Pertama 2008. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  13. Rasuah: Punca, Kesan dan Penyelesaiannya, Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  14. Solat Tarawih, Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  15. Fadhilat Zikir La'ilahaillallah, Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  16. Hadith-hadith Peringatan Buat Umur Insan, Cetakan Pertama 2008, Telaga Biru Sdn. Bhd.
  17. Fadhilat Zikir La Hawla wala Quwwata Illa Billah Cetakan Pertama 2008, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Tahun 2009

  1. Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat untuk Bertanya, Cetakan Pertama 2009, Telaga Biru Sdn. Bhd.
  2. Integriti Dan Islam: Aplikasi Berkesan Membangun Ummah, Cetakan Pertama 2009, Institut Integriti Malaysia (IIM).
  3. Isu Kalimah Allah: Hukum Penggunaannya Bagi Bukan Islam, Cetakan Pertama 2009, Tuan Sharifah Islamic Foundation.
  4. Syarah al-Hikam Jilid 1, Cetakan Pertama 2009, Telaga Biru Sdn. Bhd.
  5. Palestin Tak Pernah Gentar: Fatwa Kontemporari dan Penyelesaiannya, Cetakan Pertama 2009, Telaga Biru Sdn. Bhd.
  6. Al-Dirasat wa al-Buhuth al-Ilmiah: Kajian & Penyelidikan Ilmiah, Cetakan Pertama 2009, Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
  7. Irsyad al-Qari, Jil.1. Cetakan Pertama 2009, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Tahun 2010

  1. Solat Sunat Pilihan 2. Cetakan Pertama 2010, Telaga Biru Sdn. Bhd.
  2. Halal dan Haram dalam Islam. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise.
  3. Irsyad al-Qari, Jil.2. Cetakan Pertama 2010, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
  4. Iktibar Dan Hikmah Maulidur Rasul (Syarahan Perdana). Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise.
  5. Solat Musafir, Qasar dan Jamak. Cetakan Pertama 2010, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  6. Hikmah Dan Falsafah Haji. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  7. Hajjatu al-Wada’: Fiqh dan Faedah Hadith. Cetakan Pertama Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  8. Talbiah: Hikmah dan Rahsia Permasalahan Hukum. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  9. Istita’ah: Pengertian, Syarat dan Permasalahan Hukum. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  10. Merokok dan Hukumnya: Satu Kajian Komprehensif Menurut Perspektif Islam. Cetakan Pertama 2010, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM.
  11. Keabsahan Penggunaan Nama Allah SWT Hanya Untuk Orang Islam. Cetakan Pertama 2010. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  12. Naskah Buat Pengantin: Sistem Kekeluargaan Dalam Islam. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  13. Siri Tokoh Islam 1: Prof. Dr.Wahbah al-Zuhaili. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  14. Siri Tokoh Islam 2: Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz: Imam yang Adil. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  15. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab. Cetakan Pertama 2010, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  16. Ahkam wa Fatawa al-Siyam: Pelbagai Hukum dan Fatwa Puasa. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  17. Al-Taudhih Syarah al-Idhah fi Manasik al-Hajji wa al-Umrah: Cetakan Pertama 2010, Dar al-Syakir. Bangi, Selangor
  18. Biografi Tokoh Dakwah Al-Syahid Hasan al-Banna: Cetakan Pertama 2010. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  19. Azab dan Nikmat Kubur Menangkis Dakwaan Golongan Aties, Zindiq dan Muktazilah: Cetakan Pertama 2010. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  20. Ahkam wa Fatawa al-Zakah: Pelbagai Hukum dan Fatwa Zakat. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  21. Keabsahan Penggunaan Nama Allah. Cetakan Pertama 2010, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM.
  22. Ahkam wa Fatawa al-Udhiyyah: Pelbagai Hukum dan Fatwa Kurban. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  23. Ahkam wa Fatawa al-Aqiqah: Pelbagai Hukum dan Fatwa Aqiqah. Cetakan Pertama 2010, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  24. Hijratul Rasul: Iktibar & Hikmah. Cetakan Pertama 2010. Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  25. Hukum Syarak & Permasalahan Ilmiah. Cetakan Pertama 2010. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Pengguguran Janin: Hukum dan Permasalahannya. Cetakan Pertama 2010, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  26. Anak Pungut: Hukum dan Penyelesaiannya. Cetakan Pertama 2010, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Tahun 2011

  1. Nota Untuk Anakku Cetakan Pertama 2011, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  2. Halal dan Haram Dalam Islam. Cetakan Kedua 2011, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  3. Fadhilat Zamzam. Cetakan Pertama 2011, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  4. Al-Taudhih Syarah al-Idhah fi Manasik al-Hajji wa al-Umrah: Cetakan Kedua 2011, Darul Syakir. Bangi, Selangor.
  5. Kewangan Islam dalam Fiqh Syafie. Cetakan Pertama 2011. Kuala Lumpur: Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).
  6. Pengurusan Harta Pusaka dalam Fiqh Syafi’i. Cetakan Pertama 2011. Kuala Lumpur: Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).
  7. Haramkah Rokok? Hukum dan Penyelesaiannya. Cetakan Pertama 2011. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
  8. Manasik Haji – Adab, Doa dan Zikir dari Imam Nawawi. Cetakan Pertama 2011, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  9. Luqatah (Penemuan). Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  10. Wakaf dan Permasalahannya. Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  11. Iqra’ Dalam Membentuk Manusia Hebat. Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  12. Ahasin al-Kalim Syarah Hikam Jilid 2. Cetakan Pertama 2011. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
  13. Al-Fiqh Manhaji Ibadat Dalam Fiqh Al Syafie Cetakan Pertama 2011, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  14. Naskah Buat Pengantin Kekeluargaan Islam Dalam Fiqh Syafie Cetakan Pertama 2011, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  15. Azan dan Iqamah Fadilat dan Pelbagai Hukum. Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  16. Risalah Ramadhan. Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  17. Ramadhan, Pelbagai Hukum dan Fatwa Puasa. Cetakan Kedua 2011, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  18. Hibah Menurut Islam. Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  19. Jenazah dan Permasalahannya. Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  20. Merungkai Persoalan Korban dan Akikah. Cetakan Pertama 2011, Masar Enterprise.
  21. Solat dalam Mazhab al-Syafie. Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
  22. Wuduk: Rukun, Syarat dan Adab. Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  23. Sumpah dan Permasalahannya. Cetakan Pertama 2011, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Tahun 2012

  1. Siri Kajian Hukum Muamalat (Siri Pertama) Fatwa Zakat Kontemporari Cetakan Pertama 2012, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.
  2. Imam Abu Hanifah: Pengasas Mazhab Hanafi. Cetakan Pertama 2012, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  3. Imam Malik: Pengasas Mazhab Maliki. Cetakan Pertama 2012, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  4. Imam al-Syafie: Pengasas Mazhab Syafie. Cetakan Pertama 2012, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  5. Imam Ahmad bin Hanbal: Pengasas Mazhab Hanbali. Cetakan Pertama 2012, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  6. Murtad: Punca dan Penyelesaiannya. Cetakan Pertama 2012, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
  7. Mazhab al-Asy’ariah: Prinsip & Sejarahnya. Cetakan Pertama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  8. Pemindahan dan Pendermaan Organ. Cetakan Pertama 2012. PSN.
  9. Halal dan Haram Dalam Islam. Cetakan Ketiga 2012, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  10. Bahaya Murtad: Punca dan Penyelesaiannya. Cetakan Pertama 2012, Masar Enterprise.
  11. Q & A Bersama Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Cetakan Pertama 2012. PSN.
  12. Kuasa Iqra. Cetakan Pertama 2012. PSN.
  13. Wakaf dalam Islam. Cetakan Pertama 2012, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.
  14. Kesan Riba dalam Ibadah. Cetakan Pertama 2012. Muamalah Events. Negeri Sembilan.
  15. Warkah Untuk Anakku. Cetakan Pertama 2012. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  16. Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman) Cetakan Pertama 2012. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  17. Solat Dhuha. Cetakan Pertama 2012. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  18. Baiti Jannati. Cetakan Pertama 2012. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.

Tahun 2013

  1. Fiqh al-Hijrah. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  2. Krisis Syiria dan Mauqif Ulama. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  3. Warkah Buat Cikgu. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  4. Makrifah Rasulullah SAW. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  5. Hafazan al-Quran. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  6. Halal dan Haram: Edisi Terkini. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  7. Al-Ihkam Syarah Al-Hikam. Cetakan Pertama 2013. Masar Enterprise.
  8. Siri Mauqif Ulama: Imam al-Syafie. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  9. Siri Mauqif Ulama: Imam Abu Hanifah. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  10. Siri Mauqif Ulama: Imam Malik. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  11. Siri Mauqif Ulama: Imam Ahmad bin Hanbal. Cetakan Pertama Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  12. Siri Mauqif Ulama: Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. NegeriSembilan.
  13. Siri Mauqif Ulama: Syeikh Ramadhan al-Buti Yang Ku Kenali. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  14. Hebatnya Kuasa Hafazan. Cetakan Pertama 2013. PTS. Selangor.
  15. Demi Masa. Cetakan Pertama 2013. PTS. Selangor.
  16. Siri Solat Sunat: Solat Tarawih. Fadilat, Hukum dan Hikmahnya. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  17. Siri Solat Sunat: Solat witir. Fadilat, Hukum dan Hikmahnya. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  18. Siri Solat Sunat: Solat Duha. Fadilat, Hukum dan Hikmahnya Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  19. Siri Solat Sunat: Solat Qiamullail. Fadilat, Hukum dan Hikmahnya. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  20. Tangisan Di Bumi Syria: Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.  
  21. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435 Hijrah, JAKIM.
  22. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Risalah Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435 Hijrah, JAKIM.
  23. Fiqh Al-Hijrah, Buku Edisi Khas Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1435H/2013M. Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang, Pahang Darul Makmur.
  24. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Risalah Khas Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan.1435 Hijrah.
  25. Siri Solat Sunat: Solat Witir. Fadilat, Hukum dan Hikmahnya. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  26. Travelog Kembara Bumi Syria. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  27. Indahnya Mencintai Rasulullah. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  28. Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur. Cetakan Pertama 2013. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.

Tahun 2014 - 2016

  1. Biografi Abu Hasan al-Asy'ari (terjemahan karya Abul Hasan al-Nadwi). Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  2. Siri Tokoh Pendakwah Islam: Dr. Abdul Rahmad Humaid al-Sumait. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  3. Selamat Tinggal Ulama'. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  4. Siri Tokoh Pendakwah Islam: Maulana Syeikh Abi al-Hasan Ali al-Nadwi. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  5. Siri Tokoh Pendakwah Islam: Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Siapakah Beliau? Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  6. Siri Tokoh Pendakwah Islam: Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Yang Ku Kenali. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  7. Uthman bin Affan: Tokoh Korporat Islam Yang Pemurah dan Disanjungi. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  8. Abdul Rahman bin Auf: Tokoh Jutawan Islam Yang Dermawan dan Disegani. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  9. Solat Sunat Istisqa': Fadhilat, Hukum dan Hikmah. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  10. Solat Sunat Istikharah. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  11. Solat Sunat Taubat. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  12. Solat Hari Raya & Adab Berhari Raya. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  13. Solat Hajat & Doa. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  14. Solat Duha: Fadhilat, Hukum dan Hikmah. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  15. Solat Tarawih: Fadhilat, Hukum dan Hikmah. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  16. Solat Witir: Fadilat, Hukum dan Hikmah. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  17. Qiyamullail & Solat Tahajjud: Fadhilat, Hukum dan Hikmah. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  18. Maqasid al-Syariah: Satu Pengenalan Umum. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  19. Haji...Apa Selepasnya? Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  20. Ramadhan al-Mubarak: Fadhilat dan Hukum Puasa. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  21. Tragedi MH370: Solat Ghaib, Mafqud dan Pelbagai Hukum. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  22. Anti Hadis: Inilah Jawapannya. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  23. Tanyalah, Islam Menjawab Jil 1-2. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  24. Anjing: Penciptaan & Hukum-Hukum. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  25. Khinzir: Penciptaan & Hukum-Hukum. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  26. Katak: Penciptaan & Hukum-Hukum. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  27. Cegah Jenayah: Pencegahan Jenayah Syariah. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  28. Negara Sejahtera: Rahmat Untuk Semua. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  29. Pemimpin Yang Adil: Rahmat Untuk Rakyat. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  30. Guru al-Qur'an Profesional. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  31. Tips Hafazan al-Qur'an. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  32. Adab & Ilmu: Pengajaran Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  33. Merungkai Permasalahan Tentang 'Iddah. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  34. Talak & Permasalahannya. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  35. Merungkai Permasalahan Tentang Rujuk. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  36. Puteriku, Nasihat Abah Untukmu. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  37. Tinta Nasihat Untuk Penuntut Ilmu. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  38. Ahli Sunnah wal Jama'ah dan Usulnya. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  39. Telaga Barahut dan Persoalan Berkaitan Dengannya. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  40. Prinsip Mazhab Asya'irah dan Sejarahnya (terjemahan karya Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili). Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  41. Titian Sirat: Menuju Ke Syurga Atau Neraka? Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  42. Hakikat Jin: Kawan Atau Lawan? Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  43. Tip Mudah Langsaikan Hutang & Petua Menjemput Rezeki. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  44. Memperkasa Pengurusan Masjid. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  45. Perpustakaan Dalam Islam. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  46. Q&A Tentang Bersuci dan Solat. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  47. Al-Kafi Syarah Hadis 40. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  48. Tatmim al-Kafi: Pelengkap Hadis 40. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.
  49. Al-Syahid Hasan al-Banna: Pengasas Ikhwan al-Muslimin. Penulis bersama Mohd Faisal Fadzil. Cetakan Kedua 2016. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rekod Prestasi

Minggu Pertama

Pada minggu pertama setelah dilantik, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah diberi nafas baru dengan antaramuka yang lebih kemas, menarik dan informatif. Beberapa ruangan baru di web diperkenalkan oleh Datuk Dr. Zulkifli iaitu Bayan Linnas dan Irsyad Fatwa.

Mendekati Masyarakat dan Netizen

Menyedari keperluan untuk institusi mufti dan kefatwaan lebih turun padang dan dekat dengan masyarakat, Datuk Dr. Zulkifli mengambil inisiatif mewujudkan program #JumaatMuftiWP di mana beliau akan turun ke masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan untuk menyampaikan tazkirah Jumaat, Khutbah dan beramah mesra dengan masyarakat sekitar secara santai. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat sekitar dan jawatankuasa masjid.

Pada Julai 2014, Datuk Dr. Zulkifli melancarkan Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyampaikan info dan juga menjawab permasalahan agama semasa disamping beramah mesra dengan netizen. Pada tahun 2015, Telegram Messenger rasmi dilancarkan bagi memudahkan beliau menyalurkan info-info semasa berhubung kuliah, menjawab persoalan agama dan juga tazkirah. Tidak sekadar itu, pada 10 Jun 2016, Datuk Dr. Zulkifli melancarkan pula Instagram rasmi beliau untuk berkongsi aktiviti harian beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan disamping turut dimuatkan juga tazkirah beliau dengan hashtag #tazkigram. Jadual kuliah mingguannya sentiasa dikemaskini di web www.raudhah.co/drzulkiflialbakri bagi kemudahan netizen seluruh Malaysia. Selain itu, beliau juga mengendalikan rancangan Medan Fatwa dalam slot Cinta Ilmu di TV al-Hijrah. Sehingga kini, beliau adalah satu-satunya Mufti yang mempunyai rancangan sendiri di stesen televisyen di Malaysia [6].

Pada 20 Julai 2016, beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mengumpul sejumlah maklumat, prosedur dan perlaksanaan operasi pembedahan bagi kajian kefatwaan. Hal ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pihak IJN dan turut mendapat pengiktirafan daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Facebook beliau atas usaha Datuk Dr. Zulkifli berkenaan. Dengan dasar untuk merakyatkan institusi mufti dan kefatwaan juga, beliau mengadakan lawatan berkala ke Darul Kifayah, Dar Assa'adah, Penjara Kajang dan terbaru, ke Sekolah Tunas Bakti di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Isu Goods and Services Tax (GST)

Cukai Goods and Services Tax (GST) atau juga dikenali juga sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini. Datuk Dr. Zulkifli melalui Bayan Linnas menyeru kerajaan supaya menurunkan kadar 6% mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir[7].

Keharmonian Antara Agama

Majlis anjuran bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur pada 7 Januari 2016 telah mempertemukan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim. Pertemuan yang disifatkan oleh Datuk Dr. Zulkifili sebagai ‘bersejarah’ itu dikongsi melalui status Facebooknya yang dimuat naik bersama-sama dengan beberapa foto. Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang tentang pelbagai isu termasuklah konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama [8].

Pada 8 Ogos 2016, Datuk Dr. Zulkifli telah mengeluarkan satu Irsyad berhubung Hukum Memberi Makan Daging Korban Kepada Non-Muslim. Hukum ini terdapat perbezaan pandangan di sisi empat mazhab yang utama; Hanbali, Maliki, Hanafi dan Syafie. Namun menurut Datuk Dr. Zulkifli, al-Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah menyebutkan bahawa al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu' berpendapat bahawa daging korban yang disembelih kerana ibadah sunat boleh dibahagikan kepada kafir zimmi yang miskin. Akan tetapi jika korban tersebut dilakukan kerana wajib maka tidak boleh dibahagikan kepada mereka dan pendapat ini sangat mengejutkan al-Imam al-Azra'ie Rahimahullah. [Lihat al-Iqna' fi Hal Alfaz Abi Syuja'. Dar al-Fikr, 2/593]

Sebagai kesimpulan selepas perbahasan yang panjang, beliau menegaskan bahawa bahawa isu ini hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat di samping menjadi senjata dakwah yang paling ampuh kepada masyarakat yang bukan Islam. Oleh itu,

  • Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.
  • Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan. 

Tarikh 23 September 2016 menyaksikan satu pertemuan antara Friendship Group for Inter-religious Service (FGIS) dengan Datuk Dr. Zulkifli bertempat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan memperihalkan bentuk-bentuk serta nilai-nilai agama masing-masing secara ringkas, dan mencapai perpaduan serta keharmonian dalam melayari kehidupan sebagai masyarakat majmuk di Malaysia ini. Sebagaimana penjelasan Datuk Dr. Zulkifli, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengambil pendekatan yang selari dengan Manhaj Universiti al-Azhar dalam mempraktikkan Fiqh al-Ta`ayusy berkaitan hubungan antara agama yang antara lain menekankan soal kebebasan agama dan tiada paksaan.

Pada 12 Oktober 2016, julung-julung kali delegasi Hartford Seminary, Connecticut, USA mengunjungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan tujuan kunjungan hormat dalam rangka lawatannya ke Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dalam pertemuan berkenaan, Mufti Wilayah Persekutuan konsisten dengan prinsip bahawa beliau menghormati kepelbagaian agama dan bangsa dan berusaha sebaik mungkin untuk mempromosikan dialog dan penerangan sesuai dengan prinsip wasatiyyah dan toleransi di dalam Islam. Delegasi Hartford Seminary pula mengharapkan siri pertemuan ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi merungkai pelbagai salahfaham antara agama seterusnya saling bertukar-tukar idea dan saranan demi kemaslahatan kehidupan multi-agama di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Institusi Fatwa Yang Responsif

Institusi fatwa negara kini dihambat dengan kepantasan penyaluran maklumat melalui media massa yang memerlukan sesuatu permasalahan dijawab dengan segera, agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan masyarakat. Ini telah mendesak institusi fatwa memahami sesuatu isu dengan segera dan menjawab persoalan secepat mungkin berdasarkan dalil dan hukum syarak. Media massa moden seperti internet dan aplikasi WhatsApp menyebabkan maklumat disalurkan dengan cepat kepada masyarakat. Sesuatu fatwa perlu dikeluarkan segera bagi menjawab persoalan yang mungkin boleh mengelirukan. Datuk Dr. Zulkifli menegaskan bahawa usaha tersebut memerlukan ketekunan dan kesungguhan semua institusi fatwa agar selari dengan keperluan masyarakat dan terus diyakini. Seruan ini dilontarkan selepas merasmikan Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) pada 10 Mac 2016

Sebagai satu langkah menjadikan institusi fatwa sebagai satu institusi yang responsif terhadap isu-isu agama yang berlaku, beliau telah memperkenalkan 5 ruangan di dalam web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab permasalahan agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ruangan itu adalah:

  • Bayan Linnas. Kenyataan umum kepada masyarakat awam berhubung isu nasional
  • Irsyad Fatwa. Kenyataan berhubung isu-isu agama bersifat semasa.
  • Irsyad al-Hadith. Kupasan berkenaan fiqh dan faedah hadith selain ilmu hadith dirayah
  • Irsyad Usul al-Fiqh. Kupasan permasalahan Usul al-Fiqh
  • Al-Kafi li al-Fatawi. Kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen.

Wilayah Persekutuan Sebagai Hub Pendidikan Agama Berkualiti

Fail:Abaqirah.jpg
Jamil Khir Baharom (dua dari kiri) bersama Zulkifli Mohamad al-Bakri (dua dari kanan) semasa pelancaran Pondok Moden Al-Abaqirah di Bangunan Jakim, Putrajaya, semalam. Majlis disaksikan Othman Mustapha (tiga dari kiri), Zainal Abidin Jaffar (kiri) dan Mohamad S. Ahmad (kanan)

Melihat kepada permintaan masyarakat dan hasrat Datuk Dr Zulkifli sendiri bagi melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi, maka tercetusnya idea penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah. Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil 1/2015 pada 23 Mac 2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta seterusnya telah meluluskan penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah[9]. Objektif penubuhan pondok moden ini memfokuskan kepada perkara seperti berikut :

  • Melahirkan ulama’ rabbani yang pakar dalam bidang agama dan kehidupan.
  • Mengisi kepakaran Islam dalam pelbagai disiplin ilmu seperti syariah, akidah, akhlak (tasawuf), muamalat dan lain-lain. Disamping mengkaji kitab-kitab turath dalam bentuk transformasi dan moden.
  • Melahirkan “faqih yang bersifat pendakwah dan pendakwah yang bersifat faqih” agar keperluan mengkaji kitab-kitab turath dalam bentuk tranformasi dan moden dan dalam saat yang sama mementingkan sahsiah dan ilmu para ulama’ terdahulu agar keberkatan ilmu sentiasa wujud.
  • Sebagai barisan pelapis kepada Ashab Al-Samahah Mufti, hakim syarie dan juga pakar rujuk di Malaysia dan negeri-negeri amnya.
  • Mengemukakan di pentas dunia Islam dan dunia watak sahsiah dan ilmiah seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Maulana Abi Hassan al-Nadwi, Dr. Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain yang menjadi bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.

Oleh kerana Pondok Moden al-'Abaqirah adalah hasil idea beliau sendiri, maka pengajian pelajar adalah di bawah seliaan dan pengawasan sepenuhnya oleh beliau selaku Mufti Wilayah Persekutuan. Pondok Moden al-'Abaqirah adalah merupakan pusat pengajian pondok pertama diwujudkan di Wilayah Persekutuan menggabungkan silibus pengajian kitab turath (klasik) dan Akademik dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Cadangan Mewujudkan Kad Khas Bayi Susuan

Berikutan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menubuhkan bank susu, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mencadangkan supaya diwujudkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita yang bukan ibu kandungnya. Beliau berkata ini bertujuan menyatakan hubungan ibu dan anak susuan (nasab) kerana pada masa ini terdapat wanita yang menyusukan anak orang lain tetapi tidak mengetahui pertalian itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membincangkan topik 'Ibu Susuan: Antara Hukum, Nasab, Hak dan Tanggungjawab' sempena minggu penyusuan susu ibu peringkat Kuala Lumpur & Putrajaya, di Auditorium Perpustakaan Negara, pada 24 September 2016.[10]

Lampiran Akhbar

Utusan Malaysia

Sinar Harian

Berita Harian

Harian Metro

Kosmo!

News Straits Times

The Star

Astro Awani

Rujukan


Pautan luar