Samy Vellu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Indian name|Samy Vellu|Sangalimuthu}}
{{Indian name|Samy Vellu|Sangalimuthu}}
{{Infobox Politician
{{Infobox Politician
| honorific-prefix = Yang Amat Berbahagia Tun Tan Sri Dato' Seri
| honorific-prefix = Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri
| name = Samy Vellu
| name = Samy Vellu
| image = SamyVellu.jpg
| image = SamyVellu.jpg
Baris 26: Baris 26:
|}}
|}}


'''Tun Tan Sri Dato' Seri Samy Vellu Sangalimuthu''' (lahir 8 Mac 1936), lebih dikenali sebagai '''Samy Vellu''', Beliau merupakan Presiden [[Kongres India Se-Malaysia|MIC]] dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas [[Kementerian Kerja Raya Malaysia|Menteri Kerja Raya Malaysia]].
'''Tun Dato' Seri Samy Vellu a/l Sangalimuthu''' (lahir 8 Mac 1936), lebih dikenali sebagai '''Samy Vellu''', Beliau merupakan Presiden [[Kongres India Se-Malaysia|MIC]] dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas [[Kementerian Kerja Raya Malaysia|Menteri Kerja Raya Malaysia]].


== Kehidupan awal ==
== Kehidupan awal ==

Semakan pada 01:57, 19 Julai 2018

Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri

Samy Vellu
Presiden Kongress India Malaysia ke-7
Dalam jawatan
12 Oktober 1979 – 6 Disember 2010
TimbalanS. Subramaniam (1976-2006) & G. Palanivel (2006-2010)
Didahului olehTan Sri Dato' V. Manikavasagam
Digantikan olehG. Palanivel
Butiran peribadi
Lahir (1936-03-08) 8 Mac 1936 (umur 88)
Kluang, Johor
Parti politik BN-MIC
PasanganToh Puan Indrani Samy Vellu (kedua)
HubunganVell Paari (anak)
PekerjaanArkitek, Ahli politik

Tun Dato' Seri Samy Vellu a/l Sangalimuthu (lahir 8 Mac 1936), lebih dikenali sebagai Samy Vellu, Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia.

Kehidupan awal

Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor, bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British bekerja di ladang-ladang getah. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek. Dengan tidak putus asa beliau belajar sambil masa sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang bertauliah. Ini bukanlah satu pencapaian yang mudah terutama sekali kepada anak keluarga India Malaysia yang bukan sahaja miskin malah dari keluarga estet.

Keluarga

Samy Vellu mempunyai seorang anak lelaki, Vell Paari dan seorang anak perempuan. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Indrani, isteri kedua beliau yang merupakan seorang pemilik restoran. Menantunya, Shaila Nair merupakan penyanyi terkenal yang selalu mengadakan persembahan di Malaysia dan Singapura. Shaila Nair dikatakan terlibat dengan skandal aksi berahi.Samy Vellu dikatakan tidak tinggal bersama Datin Seri Indrani.

Kerjaya politik

Pada 1961, beliau bertanding kerusi di MIC Selangor tetapi kalah. Tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi Pengerusi Biro Kebudayaan MIC. Pada 1967, belaiu dilantik memegang jawatan Setiausaha MIC Selangor dan pada 1972, beliau ditauliahkan sebagai seorang arkitek. Dua tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput.

Dengan sokongan dan popularitinya dalam parti, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden MIC. Beliau mengalahkan pencabarnya, S. Subramaniam, yang ketika itu Setiausaha Agung MIC dengan majoriti 26 undi. Kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden dan pada tahun 1979, beliau dilantik menjadi Presiden MIC berikutan kematiann Tan Sri Manickawasagam.

"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la..." [1]
Samy Vellu ketika menjawab soalan wartawan berkaitan dengan tanah runtuh di Sungai Siput

Beliau dipilih menganggotai kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya. Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. beliau memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sehingga 2008 berikutan kekalahan beliau pada pilihan raya umum. Jawatan beliau sebagai Menteri kabinet mewakili parti MIC digantikan oleh setiausaha parti tersebut, Dato' Dr. S. Subramaniam sebagai Menteri Sumber Manusia.

Berikutan berlakunya peristiwa Hindraf, Samy Vellu telah pergi ke India untuk menerangkan perkara sebenar kepada Ketua Menteri Tamil Nadu, M.Karunanidhi tetapi Ketua Menteri tersebut enggan berjumpa dengannya kerana menyokong Hindraf.[perlu rujukan]

Beliau juga pernah memecat beberapa pemimpin parti tersebut. Antaranya termasuklah bekas Naib Presiden, Tan Sri M. G. Pandithan kerana dikatakan telah menggunakan perkataan perkauman. Selain itu, beliau juga pernah menjadi punca kekalahan Timbalan Presiden Parti tersebut, Dato' S. Subramaniam dengan menyokong Dato' G. Palanivel untuk bertanding jawatan tersebut.[perlu rujukan]

Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika ditemuramah telah menyatakan bahawa beliau tidak dapat menggugurkan Samy Vellu daripada kabinetnya kerana khuatir akan mendapat tentangan daripada masyarakat India khususnya ahli-ahli MIC.[perlu rujukan]

Kekalahan Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput telah dijangkakan oleh ramai pihak. Ada yang mengatakan bahawa ini berpunca daripada peristiwa Hindraf.[perlu rujukan] Bagaimanapun, sebelum pilihan raya diadakan, Samy Vellu dikatakan berkata: "Sapa berani lawan sama saya. Ampat puluh lima kali masuk tanding, saya juga minnang (menang)".[2] Akan tetapi selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beliau dikatakan berkata pula: "Rakyat marah sama BN, bukan sama saya".[2] Dilihatkan daripada segi yang lain, komen itu membayangkan pengakuan bahawa kemenangannya dalam pilihan raya disebabkan oleh Barisan Nasional dan bukan kerananya, iaitu "rakyat pilih BN, bukannya".

Isu-isu kontroversi

Hospital dicemari kulat & keretakan MRR2

Sejak memegang portfolio sebagai Menteri Kerjaraya, Samy didakwa oleh pihak pembangkang sebagai terlibat dengan beberapa skandal wang dan penyelewengan kerja dalam beberapa projek pembinaan di Malaysia, termasuklah penemuan kulat yang tumbuh di sistem hawa dingin pada teater operasi di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru pada 2004.[3]

Selain itu, keretakan dan kerosakan beberapa jejambat di lebuh raya MRR2 turut menyebabkan Samy Vellu dikecam dan dimarahi oleh sebilangan besar pengguna, sekalipun semasa kerosakan terakhir berlaku beliau tidak lagi merupakan menteri yang berkait.[4] Walaupun kerosakan tersebut mungkin akibat kontraktor projek tersebut, Samy dikatakan cuai.

Kolej TAFE dan MAIKA Holdings

Walaupun beberapa projek komuniti gergasi beliau gagal tetapi terdapat juga yang berjaya seperti institut AIMST dan Kolej TAFE. Samy juga selalu dituduh memiliki banyak saham pada syarikat-syarikat Malaysia.[5]

Bagaimanapun skandal saham Telekom-MAIKA Holdings masih menghantui beliau. Ramai kaum India didakwa kecewa dan marah dengan tahap pencapaian MAIKA Holding selama hampir 20 tahun yang tahun demi tahun mencatat kerugian.[6][7] Ketika anak Samy, Vel Pari dilantik sebagai Pengarah Urusannya pada 1999, Maika secara teknikal adalah muflis, tetapi kini mempunyai asset RM150 juta. Ini terjadi dengan bantuan kerajaan melalui bantuan pengurusan syarikat pengurusan Danaharta.[8][9]

Tol lebuh raya

Pembinaan Lebuh Raya PLUS dan kutipan tol untuknya pada mulanya merupakan projek mega yang menerima publisiti yang negatif di kalangan sebilangan rakyat Malaysia. Ia bertambah teruk bila kadar tol dinaikkan secara berperingkat-peringkat. Ketika itu Samy Vellu yang menjadi Menteri Kerjaraya, memperolehi publisiti buruk kepadanya seolah-olah Samy Vellu mengutip tol untuk mengisi koceknya sendiri. Rakyat seolah-olah tidak mahu menerima hakikat bahawa projek tersebut adalah kehendak dan arahan kerajaan dan Samy Vellu, selaku menteri berkenaan, terpaksa melaksanakannya.

Gerakan Anti Samy Vellu

Kekalahan dalam Pilihan Raya Umum 2008

Pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, yang turut merupakan hari ulang tahun ke-72nya, Samy Vellu yang bertanding untuk Parlimen Sungai Siput telah dikalahkan oleh lawannya Dr Michael Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[10][11]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1974 Sungei Siput, Perak Samy Vellu (MIC) 9,045 49.09% Patto Perumal (DAP) 8,401 45.59% 18,529 644 77.87%
Thang Pang Fay (PEKEMAS) 877 4.76%
R. C. Manavarayan (IND) 103 0.56%
1978 Samy Vellu (MIC) 12,930 62.41% Ngan Siong Hing @ Ngan Siong Eng (DAP) 7,789 37.59% N/A 5,141 N/A
1982 Samy Vellu (MIC) 14,930 64.56% T. Sellapan (DAP) 7,033 30.41% 23,827 7,897 73.63%
Ahmad Zawawi Ibrahim (PAS) 1,164 5.03%
1986 P56 Sungai Siput, Perak Samy Vellu (MIC) 13,148 56.05% Liew Sam Fong (DAP) 8,712 37.14% 24,566 4,436 69.32%
Wan Hassan Wan Mahmud (SDP) 1,597 6.81%
1990 Samy Vellu (MIC) 14,427 53.25% Patto Perumal (DAP) 12,664 46.75% 28,028 1,763 69.21%
1995 P59 Sungai Siput, Perak Samy Vellu (MIC) 21,283 71.86% Lim Ah Guan @ Lim Soon Guan (DAP) 5,673 19.15% 30,552 15,610 67.66%
Mohamed Hashim Salim (PAS) 2,663 8.99%
1999 Samy Vellu (MIC) 17,480 57.75% Michael Jeyakumar Devaraj (DAP)1 12,221 40.38% 31,165 5,259 63.62%
Mohamad Asri Othman (MDP) 565 1.87%
2004 P62 Sungai Siput, Perak Samy Vellu (MIC) 19,029 62.19% Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)2 8,680 28.37% 31,583 10,349 67.51%
Sanmugam Ponmugam Ponnan (DAP) 2,890 9.44%
2008 Samy Vellu (MIC) 14,637 44.15% Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)2 16,458 49.64% 33,154 1,821 69.91%
Nor Rizan Oon (IND) 864 2.61%

Nota: 1 & 2 Michael Jeyakumar Devaraj di tengah-tengah bertanding di bawah tiket DAP pada pilihan raya 1999 dan PKR pada pilihan raya 2004 dan 2008, adalah ahli PSM.

Rujukan

  1. ^ Mingguan Wasilah. Terbitan 25-31 Oktober 2009, m.s. 6. Juga terdapat di Alkerohi: Samy ada di mana-mana
  2. ^ a b Mingguan Wasilah. Terbitan 25-31 Oktober 2009, m.s. 6.
  3. ^ Tiada kompromi dengan Perangsang sekalipun ia anak syarikat kerajaan negeri AgendaDaily.com
  4. ^ Media Statement by Lim Kit Siang Dapmalaysia.org
  5. ^ Is Samy Vellu really innocent? Aliran Monthly
  6. ^ Maika: Bleeding Again Aliran Monthly
  7. ^ A clarification 14 years later Aliran Monthly
  8. ^ Vell Paari: Let me clean up Maika first - malaysiakini
  9. ^ Vell Paari: Let me clean up Maika first bertarikh (27 November 2008)
  10. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 28 June 2010. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  11. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.

Pautan luar

Jawatan politik
Didahului oleh
V. Manikavasagam
Presiden Kongres India Malaysia (MIC)
12 Oktober 1979 – 6 Disember 2010
Diikuti oleh:
G. Palanivel


Penyandang Terdahulu Presiden Kongres India Se-Malaysia
1979–Kini
Penyandang Kemudian
Tan Sri Dato V. Manikavasagam Penyandang
Penyandang Terdahulu Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1989–1995
Penyandang Kemudian
???
???
Penyandang Terdahulu Menteri Kerja Raya
1995 – 8 Mac 2008
Penyandang Kemudian
???
Dato’ Ir. Mohd Zin Mohamed
Penyandang Terdahulu Menteri mewakili MIC
1979 – 8 Mac 2008
Penyandang Kemudian
' Dato' Dr. S. Subramaniam