Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Baris 48: Baris 48:
}}
}}
{{Politik Malaysia}}
{{Politik Malaysia}}
'''Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)''' ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - [[Perlembagaan Malaysia]]. Jawatan Pengerusi yang sebelum ini disandang oleh Tan Sri [[Abdul Aziz Mohd Yusof]] kini telah digantikan oleh YBhg. Tan Sri [[Mohd Hashim Bin Abdullah]] pada 24 Januari 2016. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/92840], http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=153&Itemid=219</ref>
'''Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)''' ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - [[Perlembagaan Malaysia]]. Penubuhannya adalah mandat oleh perintah eksekutif [[Perdana Menteri Malaysia]] Tun Dr [[Mahathir Mohamad]]. Suruhanjaya Pilihan Raya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Berikutan bangkitnya [[Najib Tun Razak]] sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, Suruhanjaya Pilihan Raya sangat dipengaruhi oleh parti pemerintah yang terdahulu ([[UMNO]]) dan terlibat dalam pelbagai tindakan rasuah, gerimander dan perbuatan malap.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/92840], http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=153&Itemid=219</ref><ref name="pmo">{{cite web|url=http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1670|title=Government Directory: Prime Minister's Department|date=8 July 2011|publisher=Office of the Prime Minister of Malaysia|accessdate=28 July 2011}}</ref>


==Sejarah==
==Sejarah==

Semakan pada 15:54, 19 Julai 2018

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
SPR

Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya
Intisari agensi
Dibentuk4 September 1957; 66 tahun yang lalu (1957-09-04)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatPutrajaya
Kakitangan755 (2016)
Belanjawan tahunanMYR 150,566,000 (2016)
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Laman sesawang
www.spr.gov.my

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia. Penubuhannya adalah mandat oleh perintah eksekutif Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Suruhanjaya Pilihan Raya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Berikutan bangkitnya Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, Suruhanjaya Pilihan Raya sangat dipengaruhi oleh parti pemerintah yang terdahulu (UMNO) dan terlibat dalam pelbagai tindakan rasuah, gerimander dan perbuatan malap.[1][2]

Sejarah

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.

Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Jitt Singh.

Bagi melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy.

Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut.

Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden.

Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujui Majlis Raja-Raja.

Mandat perlembagaan

Di bawah Perkara 114, Suruhanjaya memiliki kuasa "mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan juga mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan". Di bawah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya mempunyai seorang Pengerusi dan dua ahli, tetapi selepas Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia, keahlian Suruhanjaya bertambah selepas penambahan ahli dari Sabah atau Sarawak. Satu rang diwujudkan pada 1981 yang membolehkan penambahan ahli lain dan mewujudkan jawatan Timbalan Presiden.[3]

Suruhanjaya mempunyai kuasa melakukan persempadanan semula dengan mengkaji kawasan-kawasan pilihan raya setiap tidak kurang 8 tahun, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan daftar semakan pemilih, dan mengawal kelancaran pilihan raya seperti yang ditetapkan. Walaupun Perlembagaan tidak merujuk kepada Suruhanjaya sebagai badan bebas daripada pengaruh kerajaan atau jika tidak, kawasan pengundian ditimbangkan oleh Perlembagaan sepertimana melindungi kebebasan Suruhanjaya. Dalam pada itu, suruhanjaya ini turut dikawalrapi oleh sebuah badan pemilikan, dan boleh diubah melalui prosedur sama mengikut keputusan Mahkamah Tinggi.[3]

Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. Walaupun Perlembagaan tidak menyatakan peranan Perdana Menteri mengenai perkara ini, Perkara 40 - Perlembagaan mestilah dipatuhi, yang mana Raja tidak dibenarkan bertindak mengikut kepentingan sendiri kecuali tidak dinyatakan secara jelas; dalam semua kes, Raja mestilah mematuhi nasihat Perdana Menteri, dan mengadakan perjumpaan antara Suruhanjaya berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Anggota Suruhanjaya mestilah meletakkan jawatan secara sukarela setelah mencapai umur 65 tahun.[4]

Fungsi

Antara fungsi-fungsi SPR ialah membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu dan menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih. Salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengikut perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, fungsi SPR juga ialah menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan. Mengikut peraturan pilihan raya, tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.

Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.

Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.

Senarai Pengerusi SPR

No. Pengerusi Tempoh jawatan Tempoh tamat jawatan
1 Mustapha Albakri Hassan 4 September 1957 15 Oktober 1967
2 Ahmad Perang 16 Oktober 1967 9 Ogos 1977
3 Abdul Kadir Talib 10 Ogos 1977 11 Oktober 1990
4 Harun Din 12 Oktober 1990 20 Jun 1999
5 Omar Mohd Hashim 21 Jun 1999 11 November 2000
6 Ab Rashid Ab Rahman 12 November 2000 30 Disember 2008
7 Abdul Aziz Mohd Yusof 31 Disember 2008 24 Januari 2016
8 Mohd Hashim Bin Abdullah 24 Januari 2016 kini

Lihat juga

Nota

Rujukan

  1. ^ [1], http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=153&Itemid=219
  2. ^ "Government Directory: Prime Minister's Department". Office of the Prime Minister of Malaysia. 8 July 2011. Dicapai pada 28 July 2011.
  3. ^ a b Rachagan, S. Sothi (1993). Law and the Electoral Process in Malaysia, pp. 28–29. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. ISBN 967-9940-45-4.
  4. ^ Rachagan, pp. 28–30.

Pautan luar