Mr. Hijab: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Umpama (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 58: Baris 58:


Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan Rem
Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan Rem

[[Kategori:Drama Melayu]]
[[Kategori:Rancangan TV3]]

Semakan pada 13:16, 23 Julai 2018

Mr. Hijab
GenreDrama
Cinta
Komedi
PengarahZafizam Zahir
Dibintangi oleh
Sharnaaz Ahmad
Nabila Huda
Shiqin Kamal
Hafiz Hamidun
Wan Sharmila
Didie Alias
Fadilah Mansor
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20 Episode.
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 6.30 petang.
Syarikat penerbitan
(Rumah Karya Citra Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Iris).
Siaran asal17 Oktober 2017
Kronologi
MengikutiTauke Jamu

Pelakon

Sinopsis

Mengisahkan Rem (Sharnaaz Ahmad), yang tidak hanya kacak malah sungguh arif dalam penggayaan hijab yang menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira (Nabila Huda).

Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan untuk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dengan ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz Hamidun).

Fazira mula mencari lokasi butik yang menjadi tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yang bersesuaian dengan imej butik muslimahnya.

Dengan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi vendor. Penjual pakaian muslimah atas talian yang terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat untuk untuk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya.

Begitu juga dengan Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira mempunyai potensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya.

Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tidak sefahaman. Kerapkali mereka berbalah mengenai perkara yang remeh temeh.

Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yang baharu menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung untuk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi.

Sementara itu, Rem yang membantu ibunya mencadangkan kepada ibunya yang dipanggil Kak Chik untuk mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira.

Tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan.

Kak Chik pulang dengan hampa namun Rem tetap tidak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain untuk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat mencari ibunya.

Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak Chik ruang sebagai salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai. Rem mengatur strategi yang lebih hebat lagi untuk emaknya itu.

Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas emaknya. Mempunyai wajah yang kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira.

Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan Rem