Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 19: Baris 19:
|father = [[Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin|Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Sultan Almarhum Zainal Abidin]]
|father = [[Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin|Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Sultan Almarhum Zainal Abidin]]
|mother = Tengku Tengah Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar
|mother = Tengku Tengah Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar
|birth_name = Tengku Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Tengku Ismail Nasiruddin Shah
|birth_name = Tengku Mahmud ibni Tengku Ismail Nasiruddin Shah
|birth_date = {{birth date|1930|4|29|df=yes}}
|birth_date = {{birth date|1930|4|29|df=yes}}
|birth_place = [[Kuala Terengganu]], [[Terengganu]], [[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu|Negeri Melayu Tidak Bersekutu]], [[Persekutuan Tanah Melayu|Malaya]]
|birth_place = [[Kuala Terengganu]], [[Terengganu]], [[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu|Negeri Melayu Tidak Bersekutu]], [[Persekutuan Tanah Melayu|Malaya]]

Semakan pada 08:56, 26 Julai 2018

Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Sultan Terengganu
Sultan Terengganu
Pemerintahan30 September 1979 - 14 Mei 1998
Kemahkotaan21 Mac 1980
Didahului olehSultan Ismail Nasiruddin Shah
Diikuti olehSultan Mizan Zainal Abidin
Menteri BesarTan Sri Dato Seri Amar Diraja Wan Mokhtar bin Haji Wan Ahmad
KeputeraanTengku Mahmud ibni Tengku Ismail Nasiruddin Shah
(1930-04-29)29 April 1930
Kuala Terengganu, Terengganu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya
Kemangkatan14 Mei 1998(1998-05-14) (umur 68)
Hospital Mount Elizabeth, Singapura
Pemakaman15 Mei 1998
Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, Terengganu
PasanganTengku Ampuan Bariah binti Sultan Hisamuddin Alam Shah (k. 1951–1998)
AnakandaTengku Mizan
Nama diraja
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
AyahandaSultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Sultan Almarhum Zainal Abidin
BondaTengku Tengah Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar
AgamaIslam Sunni

Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda memerintah dari tahun 1979 hingga tahun 1998.

Riwayat Awal

Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1930 di Kuala Terengganu. Baginda telah berkahwin dengan seorang puteri Tengku Ampuan Bariyah bte Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah, adik bongsu kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor pada tahun 1951. Sultan Mahmud merupakan sepupu dan saudara kepada Sultan Salahuddin dari Selangor.

Naik Takhta

Dua tahun kemudian selepas kemangkatan ayahandanya Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1979. Almarhum telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1981 manakala Tengku Ampuan Bariyah pula ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu.

Sultan Mahmud pernah dilantik sebagai kolonel Kor Armor DiRaja pada tahun 1979. Baginda merupakan sahabat rapat kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad iaitu Menteri Besar Terengganu dari tahun 1985 hingga 1999. Matlamat utama baginda ialah untuk menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri paling maju di pantai timur Semenanjung Malaysia. Baginda kemudian berangkat menunaikan fardu haji bersama Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin pada tahun 1984.

Hobi kegemaran baginda adalah bermain golf dan mengambil gambar fotografi. Baginda pernah mengambil gambar di setiap tempat-tempat menarik di negeri ini termasuklah Hotel Primula, Wisma Darul Iman, Istana Maziah, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Masjid Abidin, Rantau Abang dan sebagainya.

Mangkat

Pada 14 Mei 1998, Baginda telah kembali ke rahmatullah di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan diganti oleh puteranya yang juga Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Mizan sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran Sultan Mizan Zainal Abidin. Jenazah Almarhum telah dimakamkan di sebuah makam diraja Terengganu yang baru di pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Baginda adalah yang pertama dimakamkan di situ.

Lihat juga

Rujukan

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
Didahului oleh
Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Sultan Terengganu
1979-1998
Diikuti oleh:
Sultan Mizan Zainal Abidin