Pertempuran di Sungai Semur: Perbezaan antara semakan

Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
* Platun 10 di Pengkalan Bertam
 
Pada 23 Mac 1950, jam 7.30 pagi, pasukan Platun 12 dengan kekuatan 25 anggota tentera diketuai oleh Leftenan Muda Hassan Bin Yassin, Koperal Jamaludin Bin Mohamad, empat Lans Koperal, dan 19 prebet ditugaskan membuat rondaan ke Sungai Nenggiri selama tiga hari. Platun ini disertai oleh sepasukan Polis Khas atau Special Constable berkekuatan 16 anggota yang diketuai oleh Sarjan Wan Yaacob yang sedang membuat pemantauan ke atas sekumpulan lelaki Cina seramai 18 orang dari kampung Pulai yang sedang membuat kerja mengumpul atap nipah di dalam hutan. Seterusnya, anggota Platun 12 bermalam di hutan, manakala 16 anggota SC bersama dengan pekerja Cina berkenaan.<ref>[https://books.google.com.my/books?id=fiPfAAAAMAAJ&q=Serang+Hendap+Di+Sungai+Semur&dq=Serang+Hendap+Di+Sungai+Semur&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiYhODm6sPcAhURfX0KHcNbAh8Q6AEILjAB Rejimen Askar Melayu Diraja, 1933-1968, Othman Syed Omar (Syed), Penerbit Universiti Malaya, 2005 - Malaya - 441 pages]</ref>
 
Pada keesokan harinya, jam 2 petang, mereka berhenti makan tengah hari selepas selesai membuat rondaan. Leftenan Muda Hassan kemudian memberi arahan untuk pulang ke pangkalan mereka di Pulai pada hari seterusnya.
==Kejadian Serang Hendap==
Pada 25 Mac 1950, jam 09.15 pagi, anggota Platun 12 bersiap sedia untuk pulang ke kem mereka. Leftenan Hassan memberitahu Sarjan Wan Yaacob bahawa mereka akan pulang ke Pulai. Namun, pekerja-pekerja Cina masih belum selesai dengan kerja-kerja mereka. Jadi, Leftenan Hassan mengarahkan Sarjan Wan Yaacob supaya berada di lokasi dan membawa anggota platunnya untuk pulang ke markas. Mereka menyusuri air Sungai Semur hingga jam 10.30 pagi dan melewati kawasan berbukit. Namun dengan secara tiba-tiba, Platun 12 diserang hendap oleh sekumpulan [[Parti Komunis Malaya|pengganas komunis]] berkekuatan seramai 40 orang dari arah bukit di seberang sungai.<ref>{{cite journal |first=Syairah Abdul Lajis |date=2013-11-25|title=Peristiwa berdarah di Sungai Semur|journal=Sinar Harian |url= http://www.sinarharian.com.my/rencana/peristiwa-berdarah-di-sungai-semur-1.224269|accessdate=2018-07-29}}</ref>
Ekoran serangan tersebut, anggota platun dengan segera mencari perlindungan sambil memberi tembakan balas. Semasa pertempuran itu, Leftenan Muda Hassan gugur bersama anggota yang lain. Sejurus gugurnya Leftenan Muda Hassan, Koperal Jamaluddin Muhamad mengambil alih tugas mengetuai platun terbabit.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/rencana/peristiwa-berdarah-di-sungai-semur-1.224269 Peristiwa berdarah di Sungai Semur]</ref> Beliau mengarahkan tembakan mortar 2 inci ke arah musuh, namun tembakan mortar sedikit tersasar ke pohon buluh. Selepas melepaskan dua butir peluru mortar, anggota seksyen mortar berkenaan terbunuh.
 
Semasa pertempuran, beberapa pengganas menghampiri anggota platun yang terbunuh dan tercedera kerana mahu mengambil senjata tetapi cubaan mereka dipatahkan. Prebet Abdul Wahab Hamid pula menembak mati empat orang musuh yang cuba menyerang platun tersebut dari arah belakang. Selepas bertempur selama empat jam, Platun 12 terkepung dan hampir kehabisan peluru.
Dalam serang hendap di [[Sungai Semur]] ini, 17 orang anggota '''3 Melayu''' terkorban dalam pertempuran menentang kira-kira 40 pengganas komunis sementara enam anggota cedera parah sementara dua lagi anggota mengalami cedera ringan.
 
Meskipun tewas, mereka menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi melawan pasukan musuh yang hampir dua kali ganda kekuatan mereka. Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang pengganas [[Parti Komunis Malaya|komunis]]. Mayat mereka dijumpai terkubur oleh Platun 11 '''3 Melayu'''.<ref>[http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/wartakan-monumen-sungai-semur-kawasan-sejarah-1.523273 Wartakan Monumen Sungai Semur kawasan sejarah]</ref>
 
Jasad mereka yang terkorban disemadikan di Tanah Perkuburan Askar Melayu di [[Port Dickson]] walaupun pada awalnya mereka telah dikebumikan di [[Kampung Pulai]], [[Gua Musang]].
 
==Pautan Luar==
* [http://www.asiawind.com/forums/read.php?f=1&i=4299&t=4261&v=f Hakka tales of Malaysia - Pulai village in Kelantan State oleh CHUNG Yoon-Ngan]
* [https://books.google.com.my/books?id=qiG5AAAAIAAJ&q=Serang+Hendap+Di+Sungai+Semur&dq=Serang+Hendap+Di+Sungai+Semur&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiYhODm6sPcAhURfX0KHcNbAh8Q6AEIKDAA Askar Melayu 50 tahun, Abdul Samad Idris (Tan Sri Datuk.), Pustaka Budiman, 1983 - Malaysia - 642 pages]
 
 
 
 
==Rujukan==
245,308

suntingan

Menu pandu arah