Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 10: Baris 10:
| raja muda = [[Sultan Idris Shah II|Raja Idris Shah II]]
| raja muda = [[Sultan Idris Shah II|Raja Idris Shah II]]
| pasangan = Raja Taayah binti Almarhum Raja Abdul Hamid
| pasangan = Raja Taayah binti Almarhum Raja Abdul Hamid
| anak = Raja Ekram
Raja Zairan
Raja Saidatuliz
Raja Dato' Seri Baharom Shah
[[Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah|Raja Azlan Shah]]
| anak = Raja Ekram
Raja Zairan
Raja Saidatuliz
Raja Dato' Seri Baharom Shah
[[Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah|Raja Azlan Shah]] (Raja Kechil Bongsu Perak)
| nama penuh = Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah Hu'an-hu
| nama penuh = Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah Hu'an-hu
| kediaman = [[Istana Iskandariah]], [[Kuala Kangsar]], [[Perak Darul Ridzuan|Perak]]
| kediaman = [[Istana Iskandariah]], [[Kuala Kangsar]], [[Perak Darul Ridzuan|Perak]]

Semakan pada 18:24, 29 Julai 2018

Sultan Yussuf Izzuddin Shah
Sultan Perak ke-XXXII
Pemerintahan 27 Mac 1948 - 4 Januari 1963
Pendahulu Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah
Pengganti Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II
Raja Muda Raja Idris Shah II
Pasangan Raja Taayah binti Almarhum Raja Abdul Hamid
Anakanda
Raja Ekram
Raja Zairan
Raja Saidatuliz
Raja Dato' Seri Baharom Shah
Raja Azlan Shah (Raja Kechil Bongsu Perak)
Nama penuh
Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah Hu'an-hu
Tempat persemayaman Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
Ayahanda Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I Rahmatullah
Bonda Cik Yong Sofia binti Muhammad Yunus
Keputeraan (1890-01-15)15 Januari 1890
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Negeri Melayu Bersekutu, British Malaya
Kemangkatan 4 Januari 1963(1963-01-04) (umur 72)
Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
Dimakamkan 5 Januari 1963
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Agama Islam

Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah Hu'an-hu. Baginda menaiki takhta kerajaan Negeri Perak pada 27 Mac 1948, dan baginda bergelar Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah Hu'an-hu, dan bersemayam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Istiadat pertabalan baginda telah disempurnakan pada 16 April 1949, dan kelambatannya disebabkan baginda seperti Raja-Raja Pemerintah Negeri yang lain sedang sibuk dengan kerja-kerja penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Riwayat Awal

Baginda telah diputerakan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 15 Januari 1890, dan mendapat pendidikannya mulai dari Sekolah Melayu, kemudian dari Sekolah Inggeris Hogan sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar dan akhirnya dari Maktab Babul'd-Darjat atau Kolej Melayu di Kuala Kangsar.

Setelah tamat pendidikannya pada tahun 1911, baginda masuk berkhidmat sebagai Pelatih Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Taiping. Kemudiannya, bertukar menjadi Pemungut Cukai Tanah dan Hakim di Kuala Kangsar. Baginda juga pernah menjadi Pengawas Daerah Kecil Parit dan Beruas, dan sebagai seorang pegawai di Pejabat Perbendaharaan Negeri. Pada masa berkhidmat dalam jawatan-jawatan tersebut, baginda telah beroleh pengetahuan dan kemahiran dalam hal pentadbiran negeri.

Raja Di-Hilir dan Raja Bendahara

Pada tahun 1918, baginda dilantik menjadi Raja Di-Hilir Perak dan bersemayam di Ipoh. Pada tahun 1921, baginda dilantik menjadi Raja Bendahara dan bersemayam di Istana Bendahara yang terletak di Jalan Bendahara, Ipoh. Tiga tahun selepas menjadi Raja Di-Hilir, baginda masuk berkhidmat dalam Pasukan Malayan Volunteer Infantry, cawangan Negeri Perak, sehingga berpangkat Leftenan pada tahun 1953. Selepas itu, baginda keluar daripada pasukan ini dan menyertai Federated Malay States Volunteer Forces (cawangan Negeri Perak) sebagai Pegawai Simpanan.

Raja Muda Perak

Apabila Sultan Abdul Aziz ditabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-31 pada tahun 1938, Baginda pula dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Telok Intan (dahulunya dikenali Telok Anson). Selaku Raja Muda Perak, baginda dijadikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perak dan juga menjadi Naib Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Orang Besar-Besar Dan Ulama-Ulama Negeri Perak.

Darjat Kebesaran

Dalam tahun 1938, baginda telah dikurniakan Darjah Kebesaran 'Officer of the British Empire' atau singkatannya O.B.E., dan tahun 1949 dikurniakan Darjah Kebesaran 'Knight Commander of the Order of Saint Michael and Saint George, K.C.M.G.. oleh Raja Inggeris, King George V. Di samping itu, baginda juga menerima kurniaan Bintang Kebesaran daripada Raja Siam.

Naik Takhta

Pada tanggal 26 Mac 1948, Sultan Abdul Aziz mangkat. Mengikut pewarisan takhta, raja muda merupakan waris yang layak untuk menaiki takhta. Pada 27 Mac 1948, Sultan Abdul Aziz selamat dimakamkan dan Raja Muda Yussuf telah ditabalkan menjadi Sultan Perak dengan gelaran Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah.

Pemansuhan Raja Bendahara

Mulai tahun 1958, gelaran Raja Bendahara telah pun dimansuhkan menurut peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri, dan gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dihidupkan kembali untuk dikurniakan kepada orang kebanyakan. Penyandang Raja Bendahara yang terakhir ialah Raja Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Shah I. Sebaliknya, penyandang Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang pertama selepas wujudnya Perlembagaan Negeri ialah Che Mohamad Yusof bin Sheikh Abdul Rahman.

Mangkat

Beberapa tahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada Kerajaan Inggeris, pada 10 Ogos 1959, baginda pun jatuh gering sehingga pada 4 Januari 1963, baginda mangkat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, dalam usia lebih kurang 73 tahun. Jenazah baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, dan bergelar Marhum Ghafarullah.

Didahului oleh
Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah
Sultan Perak
1948-1963
Diikuti oleh:
Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah II

Legasi

Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf di Batu Gajah mengambil sempena nama baginda.

Lihat juga

Nota kaki