Uthman bin Affan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Uthman bin Affan''' ([[Bahasa Arab|Arab]]: '''عثمان بن عفان''') merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat [[Islam]] mengenai cara bacaan [[al-Quran]]. Disebabkan oleh itu [[Uthman bin Affan]] telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai [[Mushaf Uthman]]. Salinan [[Mushaf Uthman]] tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi menggantikan salinan-salinan yang lain.
'''[[Uthman]] bin Affan''' ([[Bahasa Arab|Arab]]: '''عثمان بن عفان''') merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat [[Islam]] mengenai cara bacaan [[al-Quran]]. Disebabkan oleh itu [[Uthman bin Affan]] telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai [[Mushaf Uthman]]. Salinan [[Mushaf Uthman]] tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi menggantikan salinan-salinan yang lain.


== Biografi ==
== Biografi ==

Semakan pada 02:16, 11 Ogos 2018

Uthman bin Affan (Arab: عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat Islam mengenai cara bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi menggantikan salinan-salinan yang lain.

Biografi

Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraisy yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habsyah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.

Perkembangan Islam semasa pemerintahan Saidina Uthman

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya aman manakala enam tahun terakhir pula keadaan huru-hara. Beliau berjaya menyatukan mushaf al-Quran yang berbeza-beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. seorang sahabat nabi dermawan. Semasa di Madinah membeli telaga air dari Yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan masyarakat islam.

Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman

Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, beliau mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dalam masa yang berbeza (beliau digelar zunurain). Saidina Uthman R.Anhu salah seorang dijanjikan syurga. Saidina Uthman mengahwini puteri Rasulullah SAW bernama Ruqayyah, setelah Ruqayyah meninggal dunia, beliau mengahwini Ummu Kalthum. Selepas Ummu Kalthum meninggal dunia, beliau telah berkahwin sebanyak 7 kali dan isteri terakhirnya bernama Nailah Binti Furaifisha.

Pandangan Syiah mengenai Saidina Uthman

Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah jajahan Islam.

Lihat juga

Pautan luar

Didahului oleh
Umar Al-Khattab
Khalifah
Khulafa al-Rasyidin
(644656)
Diikuti oleh:
Ali bin Abi Talib