Ahmad Tarmimi Siregar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 210: Baris 210:
| Astro First Eksklusif
| Astro First Eksklusif
|
|
| -
|-
|}
|}



Semakan pada 06:43, 12 Ogos 2018


Ahmad Tarmimi Siregar
Kelahiran
Ahmad Tamimi Siregar bin Kamaruddin

1950 (umur 73–74)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1970-an - kini
PasanganTengku Hasmah bt. Tengku Awang

Dato' Ahmad Tamimi Siregar bin Mohd Kamal (lahir 1950)[1] ialah seorang pelakon veteran Malaysia yang terkenal dalam bidang lakonan wayang gambar dan televisyen. Antara pengalaman beliau dalam filem termasuk memegang watak utama dalam filem Abang dan Pemburu pada 1980-an. Selain itu, beliau juga terkenal sebgai pengarah pementasan teater Rubiah, dan juga merupakan seorang pelakon suara latar animasi yang terlibat dalam rakaman animasi tempatan dan bahan-bahan asing yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, seperti dalam Muhammad Utusan Terakhir.

Ahmad Tamimi Siregar dilahirkan pada tahun 1950. Ahmad Tamimi Siregar merupakan seorang budayawan yang aktif pelbagai bidang kesenian yang turut merangkumi bidang tarian, muzik dan lakonan. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula sejak zaman persekolahan. Bakat dan kewibawaan Ahmad Tamimi Siregar mula menonjol apabila beliau diberi kepercayaan untuk menerbit dan mengarahkan satu teater besar yang diasaskan daripada kesenian Randai sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Ke-10 (Negeri Sembilan) berjudul Kaba Kasih Menanti.

Ahmad Tamimi Siregar kemudiannya terbabit dalam bidang penerbitan genre drama tv dan filem seperti Permintaan Terakhir (Merdeka Film Productions arahan Jamil Sulung-1975), Abang (Fleet Communication arahan Rahim Razali -1979), Drama TV Kabus (RTM-1991), Telemovie Ana Aishah (RTM-1992), dan Telemovie Sinar (RTM-1993).

Selain itu beliau turut terbabit dengan drama pentas seperti Wild Duck (1995) dan Muzika Rubiah (1999 & 2005).

Pencapaian

Dengan kecemerlangannya dalam bidang seni, beliau mendapat pelbagai anugerah, seperti Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970), Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979), Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987), Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992), Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995), Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996), Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996) dan Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).


  • Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970),
  • Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), * Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979),
  • Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987),
  • Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992),
  • Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995),
  • Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996),
  • Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996)
  • Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).
  • darjah Paduka Mahkota Perak (dPMP) 1966
  • darjah Setia Negeri (NS) (DNS) 2007
  • darjah DBBS (NS)2011 gelaran DATO'
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Tak Serupa Tapi Sama

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1975 Permintaan Terakhir Dato' Jamil Sulong Pelakon sampingan
1981 Tsu Feh Sofiah Datuk Haji. Rahim Razali
Abang
1982 Pemburu
1983 Mekanik Encik Razali Othman Hafsham
1987 Puteri Datuk Haji. Rahim Razali
1989 Anak Sarawak
1990 Rentak Desa
1998 Penyair Malam Kamal Ishak Pelakon tambahan
2001 Seri Dewi Malam Bapa Seri Aziz M. Osman
2002 Embun Jeneral Kurugawa Erma Fatima
2005 Tak Ori Tapi Ok A. R. Badul Pelakon tambahan
2007 Anak Halal Datuk Farid Osman Ali
2010 Niyang Rapik Bomoh Ahmad Idham
Belukar Encik Farid Jason Chong
2011 Misteri Jalan Lama Iskandar Dato' Afdlin Shauki
2012 Adnan Sempit 2 Dato' Ithnin Ismail Bob Hasim
Aku Terima Nikahnya Mansur Eyra Rahman
2013 Adnan Sempit 3 Datuk Ithnin Ismail Bob Hasim
KL Zombi Dato' Farouk Woo Min Jin Pelakon sampingan
2015 Kapsul Dato' Najmi Martias Ali Kemunculan khas
2016 Penjanjian Syaitan M. Subash Abdullah
2017 Malay Regiment Dato' Jurey Latiff Rosli

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Dinasti Bilut
2017 Mandatori Tuan Johari Astro First Eksklusif

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
Tamu Bukit Kenny
2002 Cinta SMS
2004 Tanah Kubur Datuk Fadhli Astro Ria
2007 Wali Madam Zaza @ Hamzah Astro Ria
2015 Cahaya Rejab TV2 Juga sebagai pengarah
2017 Kasih Seorang Ayah TV3 Pengarah

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1995 Tekaria Pengacara RTM

Rujukan

Pautan luar