Ahmad Tarmimi Siregar: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android |
||
Baris 205: | Baris 205: | ||
| |
| |
||
|- |
|- |
||
|2011 |
|rowspan="2"|2011 |
||
| ''[[Tahajjud Cinta (drama)|Tahajjud Cinta]]'' |
| ''[[Tahajjud Cinta (drama)|Tahajjud Cinta]]'' |
||
| Mohd Azim |
| Mohd Azim |
||
| [[TV3]] |
| [[TV3]] |
||
| |
|||
|- |
|||
| ''Karma'' |
|||
| |
|||
| [[TV9]] |
|||
| |
| |
||
|- |
|- |
Semakan pada 06:53, 12 Ogos 2018
Ahmad Tarmimi Siregar | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Tamimi Siregar bin Kamaruddin 1950 (umur 73–74) Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1970-an - kini |
Pasangan | Tengku Hasmah bt. Tengku Awang |
Dato' Ahmad Tamimi Siregar bin Mohd Kamal (lahir 1950)[1] ialah seorang pelakon veteran Malaysia yang terkenal dalam bidang lakonan wayang gambar dan televisyen. Antara pengalaman beliau dalam filem termasuk memegang watak utama dalam filem Abang dan Pemburu pada 1980-an. Selain itu, beliau juga terkenal sebgai pengarah pementasan teater Rubiah, dan juga merupakan seorang pelakon suara latar animasi yang terlibat dalam rakaman animasi tempatan dan bahan-bahan asing yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, seperti dalam Muhammad Utusan Terakhir.
Ahmad Tamimi Siregar dilahirkan pada tahun 1950. Ahmad Tamimi Siregar merupakan seorang budayawan yang aktif pelbagai bidang kesenian yang turut merangkumi bidang tarian, muzik dan lakonan. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula sejak zaman persekolahan. Bakat dan kewibawaan Ahmad Tamimi Siregar mula menonjol apabila beliau diberi kepercayaan untuk menerbit dan mengarahkan satu teater besar yang diasaskan daripada kesenian Randai sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Ke-10 (Negeri Sembilan) berjudul Kaba Kasih Menanti.
Ahmad Tamimi Siregar kemudiannya terbabit dalam bidang penerbitan genre drama tv dan filem seperti Permintaan Terakhir (Merdeka Film Productions arahan Jamil Sulung-1975), Abang (Fleet Communication arahan Rahim Razali -1979), Drama TV Kabus (RTM-1991), Telemovie Ana Aishah (RTM-1992), dan Telemovie Sinar (RTM-1993).
Selain itu beliau turut terbabit dengan drama pentas seperti Wild Duck (1995) dan Muzika Rubiah (1999 & 2005).
Pencapaian
Dengan kecemerlangannya dalam bidang seni, beliau mendapat pelbagai anugerah, seperti Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970), Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979), Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987), Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992), Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995), Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996), Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996) dan Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).
- Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970),
- Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), * Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979),
- Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987),
- Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992),
- Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995),
- Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996),
- Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996)
- Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).
- darjah Paduka Mahkota Perak (dPMP) 1966
- darjah Setia Negeri (NS) (DNS) 2007
- darjah DBBS (NS)2011 gelaran DATO'
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Tak Serupa Tapi Sama
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
1975 | Permintaan Terakhir | Dato' Jamil Sulong | Pelakon sampingan | |
1981 | Tsu Feh Sofiah | Datuk Haji. Rahim Razali | ||
Abang | ||||
1982 | Pemburu | |||
1983 | Mekanik | Encik Razali | Othman Hafsham | |
1987 | Puteri | Datuk Haji. Rahim Razali | ||
1989 | Anak Sarawak | |||
1990 | Rentak Desa | |||
1998 | Penyair Malam | Kamal Ishak | Pelakon tambahan | |
2001 | Seri Dewi Malam | Bapa Seri | Aziz M. Osman | |
2002 | Embun | Jeneral Kurugawa | Erma Fatima | |
2005 | Tak Ori Tapi Ok | A. R. Badul | Pelakon tambahan | |
2007 | Anak Halal | Datuk Farid | Osman Ali | |
2010 | Niyang Rapik | Bomoh | Ahmad Idham | |
Belukar | Encik Farid | Jason Chong | ||
2011 | Misteri Jalan Lama | Iskandar | Dato' Afdlin Shauki | |
2012 | Adnan Sempit 2 | Dato' Ithnin | Ismail Bob Hasim | |
Aku Terima Nikahnya | Mansur | Eyra Rahman | ||
2013 | Adnan Sempit 3 | Datuk Ithnin | Ismail Bob Hasim | |
KL Zombi | Dato' Farouk | Woo Min Jin | Pelakon sampingan | |
2015 | Kapsul | Dato' Najmi | Martias Ali | Kemunculan khas |
2016 | Penjanjian Syaitan | M. Subash Abdullah | ||
2017 | Malay Regiment | Dato' Jurey Latiff Rosli |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Dinasti Bilut | |||
2011 | Tahajjud Cinta | Mohd Azim | TV3 | |
Karma | TV9 | |||
2017 | Mandatori | Tuan Johari | Astro First Eksklusif | |
2018 | Dia Anak Jeneral | Dato' Hambali | TV2 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
Tamu Bukit Kenny | ||||
2002 | Cinta SMS | |||
2004 | Tanah Kubur | Datuk Fadhli | Astro Ria | |
2007 | Wali | Madam Zaza @ Hamzah | Astro Ria | |
2015 | Cahaya Rejab | TV2 | Juga sebagai pengarah | |
2017 | Kasih Seorang Ayah | — | TV3 | Pengarah |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | Tekaria | Pengacara | RTM |