Aaron Aziz: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 167: Baris 167:
! ''[[Filem Supersquad The Movie|Supersquad The Movie]]''
! ''[[Filem Supersquad The Movie|Supersquad The Movie]]''
| Laksamana Aaron
| Laksamana Aaron
| Rashdan Ramlee
|
| Pelakon suara
| Pelakon suara
|-
|-

Semakan pada 07:35, 14 Ogos 2018


Aaron Aziz
DIMP
Kelahiran
Aaron Mustapha bin Aziz

(1976-02-23) 23 Februari 1976 (umur 48)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon, pengarah, pengacara, penyanyi, model
Tahun aktif2001 - kini
Ketinggian1.78 m (5 ka ​10 18 in)
PasanganDatin Diyana Halik (k. 2003)
Anak-anakDanish Anaqi
Dwi Ariana
Dahlia Arissa

Dato' Aaron Mustapha bin Aziz, DIMP[1] atau lebih dikenali sebagai Aaron Aziz (dilahirkan pada 23 Februari 1976)[2] ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di televisyen di Singapura dan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya di Singapura pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya beliau melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005). Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q.

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2010), KL Gangster (2011), Ombak Rindu (2011) dan Lari (2013). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7,[3][4] Maggi, dan L'oreal.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Aaron Mustapha bin Aziz pada 23 Februari 1976 di Tampines dan dibesarkan di Pasir Ris, Singapura dan memiliki darah kacukan Melayu-Bugis-Jawa.

Kerjaya

2001–2004: Kerjaya awal di Singapura

Sebelum memulakan kerjaya lakonannya di Malaysia, Aaron terlebih dahulu membina nama dalam bidang lakonan di negara kelahirannya, Singapura, di mana beliau telah menjayakan watak Shahril dalam siri drama Cinta Bollywood yang bersiaran di saluran Mediacorp Suria sebanyak dua musim antara 2001 dan 2002.[5] Drama ini telah membantu menaikkan nama Aaron sekaligus memberi peluang kepada beliau untuk membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Pesta Perdana 2002. Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak utama dalam siri drama Mandarin, A War Diary di saluran MediaCorp Saluran 5. Beliau juga pernah tampil sebagai pelakon undangan sitkom Phua Chu Kang musim keenam, memegang watak sebagai Yusof Ahmad.

2005–2012: Berpindah ke Malaysia

Selepas berpindah ke Malaysia, beliau mempunyai watak utama dalam siri drama Janji Diana (2006) yang diadaptasi daripada filem 2002 dengan judul sama. Pada 2007, beliau membintangi bersama Sharifah Amani menerusi drama Emil Emilda di mana beliau melakonkan watak sebagai Emil. Aaron membuat penampilan filem cereka sulungnya menerusi filem sulung arahan Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift (2008) yang mana beliau melakonkan watak antagonis sebagai Joe, seorang ketua samseng dan sindiket dadah yang bergiat aktif dalam perlumbaan kereta drift, beliau mengulang kembali wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2010. Aaron kemudiannya bekerja sekali lagi di bawah arahan Syamsul menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) yang mana beliau memegang watak sebagai Azam, seorang bapa ayam.

Pada 2009, Aaron membintangi filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly lakonan Fazura dan Maya Karin.[6] Pada 2011, beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Syamsul Yusof menerusi filem aksi pecah panggung, KL Gangster di mana beliau memegang watak Malek.[7] Seterusnya, beliau berlakon bersama Lisa Surihani dan Maya Karin menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang berdasarkan daripada novel 2002 dengan judul sama tulisan Fauziah Asyari.[8][9] Aaron bersama barisan pelakon asal filem KL Gangster, memulakan penggambaran prekuel filem ini pada 1 Disember 2011. Ketika menjalani penggambaran, beliau mengalami kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor. Beliau keudiannya, dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.[10]

Pada 2012, beliau digandingkan bersama aktres berbakat Nadiya Nisaa menerusi drama Adam dan Hawa terbitan Global Station.[11] Seterusnya, beliau muncul bersama Datuk Ogy Ahmad Daud dalam musim keempat siri Tanah Kubur episod "Ibu Ampunkan Aku". Beliau membuat kemunculan istimewa menerusi siri drama Evolusi KL Drift: The Series (2012-13), kali ini beliau melakonkan watak Dino, manakala watak Joe yang dilakonkannya dalam dua siri filem terdahulu dilakonkan oleh Norman Hakim.[12]

Pada September tahun sama, beliau dilantik sebagai duta produk minuman bertenaga Drive M7,[3][4] bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak dan raja drift negara, Tengku Djan Ley.[13]

Beliau juga sering bergandingan dengan Siti Saleha menerusi drama Habil dan Qabil,[14] Nora Elena dan Kekasih Awal dan Akhir, seterusnya mereka berdua membuat penampilan layar lebar pertama menerusi filem Kerat 14 (2013) arahan Arjin Uppal.[15][16][17]

2013–kini: Puncak populariti dan kejayaan arus perdana

Pada 2013, beliau melakonkan watak Khaliff dalam filem Lari arahan Ahmad Idham.[18][19][20] Beliau kemudiannya, muncul dalam musim kedua siri drama pendidikan Astro TVIQ, Oh My English! sebagai Cikgu Malik.[21][22] Selain itu, beliau mengacarakan rancangan realiti TV, Fear Factor Malaysia yang difilemkan di Cape Town, Afrika Selatan.[23][24][25] Seterusnya, beliau muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Nadiya Nisaa, Aaron memegang watak sebagai Azman, seorang pemuda yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif.[26] Beliau kembali menjayakan watak Malek dalam prekuel filem KL Gangster, KL Gangster 2,[27] bagaimanapun dua bulan sebelum ditayangkan, salinan filem ini mula tersebar di internet. Namun demikian, ia berjaya mencuri perhatian penonton biarpun sekadar meraih kutipan lebih rendah berbanding filem terdahulu.[28]

Pada 2014, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah dan Jericho Rosales dalam drama Kusinero Cinta yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Filipina.[29][30] Pada Mei 2014, beliau mempunyai watak undangan dalam filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof, lakonan Zizan Raja Lawak dan Kamal Adli.[31]

Pada 2015, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulungnya, Romeo Kota: Kes Fail Kriptik di mana beliau sendiri turut berlakon dengan memegang watak sebagai Inspektor Romi.[32][33] Beliau berpasangan sekali lagi bersama Lisa Surihani menerusi filem arahan Mohd Feroz Abdul Kader, Suamiku, Encik Perfect 10 (2015) yang mana beliau menjayakan watak Zarif Daniel.[34][35][36][37] Kali terakhir beliau dan Lisa berlakon bersama ialah pada 2011 menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.[38] Terbaharu, beliau melakonkan watak tajuk dalam drama Tuan Anas Mikael bersama Zara Zya yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Syamnuriezal[39][40] dan watak Tuan Ihsan dalam satu lagi drama adaptasi novel, Isteri Tuan Ihsan bersama Amyra Rosli.[41]

Pada Julai 2015, beliau dilantik sebagai duta Malaysia bagi filem aksi Hollywood, Ant-Man.[42] Pada Mac 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi filem Tamil berjudul 'Tik Tik Tik'.[43][44] Beliau kembali ke TV menerusi drama Black Belt Kaler Pink lakonan bersama Kamal Adli.[45]

Aaron muncul dengan dua filemnya yang ditayangkan pada 2017, iaitu filem lakonan beliau Kau Yang Satu arahan Osman Ali lakonan bersama Izara Aishah dan Soo Wincci dan filem kedua arahannya, Sayu Yang Syukur bersama Nora Danish.[46] Beliau membintangi bersama Elizabeth Tan dan Siti Elizad menerusi drama My Darling, Inspektor Daniel terbitan Skop Productions, yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 31 Julai 2017.[47]

Beliau dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.[48] Aaron membuat penampilan Kollywood pertamanya menerusi filem Tamil Tik Tik Tik yang ditayangkan pada 22 Jun 2018; beliau melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi. Menurut Aaron, pengalaman berlakon dalam filem Kollywood meninggalkan banyak kenangan indah buatnya dan mengakui teruja penampilannya mendapat sambutan.[49][50]

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dan dikurniakan tiga anak – Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Beliau kini merupakan penduduk tetap Malaysia.[51]

Pada 2012, Aaron meluahkan kekecewaannya di media apabila sebuah portal hiburan menyiarkan kad pengenalan Singapura yang didakwa miliknya. Nama yang tertera pada kad pengenalan rekaan sendiri itu tertera nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustapha yang didakwa merupakan nama sebenar beliau. Menurut Aaron dalam temuramah bersama Kosmo!, beliau mengetahui hal tersebut menerusi isterinya dan terkejut kerana gambar yang digunakan adalah wajah beliau tetapi nama yang digunakan sememangnya bukan namanya. Beliau berkata: "Saya rasa ramai sudah tahu nama sebenar saya ialah Aaron Mustapha Aziz bukannya Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa".[52][53]

Pada 2013, Aaron dilaporkan mengalami sakit sendi tengkuk selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika di lokasi penggambaran. Pada 2017, beliau mengalami sakit sendi tengkuk sehingga terpaksa menggunakan penyokong leher.[54][55][56] Pada Mei 2018, beliau dilaporkan diserang penyakit misteri dan telah menerima rawatan dengan menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa dengan seorang kenalannya yang merupakan seorang ustaz.[57][58][59]

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2008 Evolusi KL Drift Joe Syamsul Yusof
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Azam
Pisau Cukur Ari Bernard Chauly
2010 Evolusi KL Drift 2 Joe Syamsul Yusof
2 Alam Ustaz Ishak Zarith Lokman
Hairie Othman
2011 Datin Ghairah Zack/Dato' Mahfuz Sabree Fadzil
KL Gangster Malek Syamsul Yusof
Ombak Rindu Hariz Osman Ali
2012 Ngorat Arjuna Kasih aka A.K Dato' Prof. A. Razak Mohaideen
Prince Of The City Iskandar Yaakob Roslan Husin
Shh...Dia Datang Edd Saiful Apek Dibantalkan
2013 KL Gangster 2 Malek Syamsul Yusof
Lari Khaliff Ahmad Idham
Kerat 14 Haziq Arjin Uppal
Dampak Idrus
2014 Abang Long Fadil Malek Syafiq Yusof Pelakon undangan
Supersquad The Movie Laksamana Aaron Rashdan Ramlee Pelakon suara
Tembus Hari Ahmad Idham
2015 Romeo Kota Koperal Detektif Romi Dirinya sendiri
Suamiku, Encik Perfect 10 Zarief Daniel Feroz Ahmad Kader
2016 Special Female Force Wilson Chin Filem Hong Kong
2017 Kau Yang Satu Taufik Osman Ali
2018 Tik Tik Tik Kapten Lee V Filem Tamil
2019 Operasi X Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi
TBA Sayu Yang Syukur Filem dan drama yang belum dikeluarkan Dirinya sendiri Pos-produksi
I Love You, Stupid Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi
Tyickoouns Filem dan drama yang belum dikeluarkan Dibatalkan

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2001 Cinta Bollywood Suria
A War Diary Channel 5
Jeritan Sepi - Musim 1 Bob Suria
2002 Heartlanders - Musim 1 Koperal Jamal Salleh Channel 5
Jeritan Sepi - Musim 2 Bob Suria
2003 Heartlanders - Musim 2 Koperal Jamal Salleh Channel 5
Lightyears Channel 5
Garisan Takdir Suria
Living With Lydia - 1 episod Channel 5 Kemunculan khas
2004 Suspek Suria
Phua Chu Kang - Musim 6 (Episod 14) Yusof Ahmad Channel 5
Heartlanders - Musim 3 Koperal Jamal Salleh Channel 5
Permintaan Aishah Suria
Missing Channel 5
Leftenan Adnan - A Life Story Adnan Saidi Channel 5
Haryati - Musim 2 TV2
2005 Heartlanders - Musim 4 Koperal Jamal Salleh Channel 5
My Sassy Neighbour - Musim 1 (1 episod) Channel 5 Kemunculan khas
Sumayyah TV1
2006 Janji Diana - Musim 1 & 2 Haikal TV2
Cinta Q Ikmal Suria
2007 Janji Diana - Musim 3 & 4 Haikal TV2
Emil Emilda Emil TV3
2008 Sadiq & Co Ariff Sadiq Ntv7
Bulan Bertemu Matahari Adam TV1
2009 Cinta Gila Malik Astro Prima
Rahsia Hati Syamir Astro Prima
Kasih Tercipta Shark Astro Ria
2010 Habil & Qabil Habil Najmi TV3
2011 Nora Elena Seth Tan TV3
Karma Qayyum TV9
Jiwa & Lara Zaman TV3
Stanza Cinta Irfan Ikmal TV3
Tahajjud Cinta Iskandar TV3
2012 Adam dan Hawa Adam Mukhriz Astro Mustika HD
Tanah Kubur musim ke-4 - Episod: "Ibu Ampunkan Aku" Shamil Astro Oasis
Evolusi KL Drift: The Series Dino TV2
2013 Oh My English! (musim ke-2) Cikgu Malik Astro TVIQ
2014 Kusinero Cinta Syed Izmir Astro Mustika HD
Tentang Hati Zakuan TV2
2015 Tuan Anas Mikael Tuan Anas Mikael Astro Ria
2016 Isteri Tuan Ihsan Tuan Ihsan Iskandar Astro Ria
2017 Black Belt Kaler Pink Ash Astro Mustika HD
My Darling, Inspektor Daniel Inspektor Daniel Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Kekasih Awal & Akhir Awal TV9
2013 Anugerah Dendam Yang Terindah Azman Astro First Ekslusif
2015 Cinta Paling Agung Khairi
Tak Nak Balik Raya Omar Astro Ria
2018 Jodoh Hak Milik Allah Hans Astro First Eksklusif
Renyai Takbir Raya Rais Astro Raya HD

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013-2014 Fear Factor Malaysia Pengacara Astro Ria
2013 E! Special: Aaron Aziz[60] Dirinya sendiri E!
Aaron & Zizan: Raya Sampai Pengsan Dirinya sendiri Astro Ria
2014 Aaron & Zizan: Raya Seram Sejuk Dirinya sendiri Astro Ria
2018 Oh My Family! Dirinya sendiri Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2002 Pesta Perdana (Suria, Singapura) Pelakon Terbaik di dalam Watak Pembantu "(Cinta Bollywood)" Menang
2003 Artis Paling Popular "(Garisan Takdir)" Menang
2004 Top 3 Artis Paling Popular "(Permintaan Aishah & Leftenan Adnan - A Life Story)" Menang
2005 Persembahan Komedi Terbaik "(Dol & Minah Nak Kahwin)" Menang
Artis Lelaki Paling Popular "(Dol & Minah Nak Kahwin)" Menang
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon
Anugerah Skrin 2010 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem "(Evolusi KL Drift 2)" Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2011 Anugerah Skrin 2011 Pelakon Lelaki Terbaik Filem "(KL Gangster)" Tercalon
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Selebriti Favourite Tercalon
Anugerah Kacak Menang
Anugerah Hot Papa Menang
Anugerah Seksi Lelaki Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Lelaki Paling Popular Online Menang
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Bintang Paling Popular Menang
Anugerah Blokbuster Anugerah Hero Terhebat "(KL Gangster)" Tercalon
Anugerah Hero Terhebat "(Ombak Rindu)" Tercalon
Anugerah Hero Terhebat "(Datin Ghairah)" Tercalon
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Anugerah Skrin 2012 Pelakon Lelaki Terbaik Filem "(Ombak Rindu)" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Anugerah Shout! Pasangan Terbaik di Layar (dengan Maya Karin) "(Ombak Rindu)" Tercalon
Pasangan Terbaik di Layar (dengan Zizan Razak) "(KL Gangster)" Tercalon
Anugerah Selebriti Lelaki Popular Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Bintang Paling Popular[61][62][63][64] Menang
Anugerah Shout! Anugerah Selebriti Lelaki Popular Menang
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014[65][66] Bintang Filem MeleTOP Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era Bintang Online MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2016 Anugerah MeleTOP Era Bintang Filem MeleTOP Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Terbaik Menang

Darjah kebesaran

Pada 16 Disember 2017, beliau bersama-sama dengan Farid Kamil[67] telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang pada 16 Disember 2017 yang membawa gelaran Dato' sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.[68][69][70]

Penghargaan Malaysia

Rujukan

  1. ^ Farid Kamil, Aaron Aziz dapat Datuk
  2. ^ "All about Aaron Aziz". The Sun Daily. 5 July 2013. Dicapai pada 15 July 2013.
  3. ^ a b "Unveiling Aaron Aziz as our product ambassador". Drive M7. 17 September 2011. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  4. ^ a b Budiey (28 November 2011). "Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  5. ^ "Aaron Aziz Pernah Berlakon Dan Menari Dalam Siri 'Cinta Bollywood'". MyArtis. 2 Ogos 2014. Dicapai pada 9 Ogos 2014.
  6. ^ Nur Safina Othman (11 November 2009). "Gold diggers strike gold". CinemaOnline. Dicapai pada 11 November 2009.
  7. ^ KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik, gua.com.my, 9 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  8. ^ Mohd Al Qayum Aziz (24 November 2011). "Aaron Aziz Akui Banyak Menangis Dalam 'Ombak Rindu'". mSTAR Online. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  9. ^ Budiey (5 Disember 2011). "Gambar Aaron Aziz di Promo Tour Filem Ombak Rindu". Snasai Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  10. ^ Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2 Sensasi Selebriti (10 Januari 2012). Diperoleh pada 12 April 2018.
  11. ^ Nina Farzuin Md Sharom (24 Julai 2012). "Gandingan mantap Aaron, Nadiya Adam & Hawa". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  12. ^ Budiey Isma (30 September 2012). Aaron Aziz dalam Drama Bersiri Evolusi KL Drift Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Oktober 2012.
  13. ^ ""Ramai Aaronators Yang Support Saya Selama Ini" – Aaron Aziz". Oh Bulan!. 6 Jun 2012. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  14. ^ Takdir Dua Insan Sebaya Dalam "Habil & Qabil"
  15. ^ Budiey (25 Januari 2012). "Filem Kerat 14 Lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  16. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (16 Februari 2013). "Gandingan mantap Kerat 14". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  17. ^ "Filem Terbaru Aaron Aziz 'Kerat 14'". Sungguh.com. 22 Februari 2012. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  18. ^ "Aaron Aziz Lari Sampai Hampir Pengsan!". Says. 12 Jun 2013. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  19. ^ "Filem Lari 2013 Lakonan Aaron Aziz Arahan Ahmad Idham". Fuh. 6 Jun 2013. Dicapai pada 15 Julai 2013.
  20. ^ "Kulit Aaron Aziz Terbakar Kerana Filem 'Lari'". Nuriz Space. 1 Oktober 2012. Dicapai pada 15 Julai 2013.
  21. ^ "Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Antara Muka Baru 'Oh My English'". Malaysia: mStar Online. 21 Mac 2013. Dicapai pada 8 Mei 2013.
  22. ^ "Oh My English! season two with Aaron Aziz". Malaysia: Astro Awani. 22 Mac 2013. Dicapai pada 8 Mei 2013.
  23. ^ "Aaron Aziz di Fear Factor Selebriti Malaysia". Malaysia: Eyriqazz. 30 Disember 2012. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  24. ^ "Aaron Aziz Kagum Dengan Peserta 'Fear Factor Selebriti Malaysia'". Malaysia: Oh Bulan!. 6 Disember 2012. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  25. ^ "AARON AZIZ JADI PENGACARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA". Malaysia: Merdeka Online. 1 Oktober 2012. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  26. ^ "Telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah di Astro Ria". Kepala Bergetar. 25 Julai 2013. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  27. ^ Eddino Abdul Hadi (8 October 2013). "Aaron Aziz gangs up with Adi Putra". The Star. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  28. ^ Nazeri Nong Samah (7 October 2013). KL Gangster 2 isytihar perang Utusan Malaysia. Retrieved on 1 March 2014.
  29. ^ Nurul Nazirah Nazaruddin (10 Jun 2014). "Kusinero Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  30. ^ "Kusinero Cinta satukan Jericho Rosales, Tiz Zayah dan Aaron Aziz". Galaksi Media. 22 Mei 2014. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  31. ^ Siti Athirah Dzulkifly (25 Mei 2014). Abang Long Fadil sentuhan ala Hollywood Utusan Malaysia. Diperoleh pada 29 Mei 2014.
  32. ^ "Aaron Aziz memilih".
  33. ^ Angelin Yeoh (19 January 2015). "Singaporean movie star Aaron Aziz gets his first shot at directing himself". The Star. Dicapai pada 20 Januari 2015.
  34. ^ Zaidi Mohamad (12 Januari 2015). "Lisa Surihani, Aaron Aziz kembali dengan Suamiku, Encik Perfect 10!". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mac 2015.
  35. ^ "AARON AZIZ, 'SUAMIKU ENCIK PERFECT 10' BUAT LISA SURIHANI". Media Hiburan. Dicapai pada 20 Januari 2015.
  36. ^ http://www.rotikaya.com/aaron-aziz-nafi-babak-pegang-bra-adegan-lucah/
  37. ^ http://www.orangmuda.tv/2013/09/25/aaron-belajar-dialek-utara/
  38. ^ Rudy Imran Shamsudin (18 Januari 2015). "Aaron, Lisa yakin resipi kejayaan". Harian Metro. Dicapai pada 9 Mac 2015.
  39. ^ "Tuan Anas Mikael cari jodoh". Insta Online.
  40. ^ "Drama Tuan Anas Mikael suatu kegagalan ??". Ben Ashaari. 4 Disember 2015. Dicapai pada 4 Disember 2015.
  41. ^ http://cms-astrogempak.pink.cat/artikel/3156/aaron-aziz-gembira-isteri-tuan-ihsan-terima-respon-positif
  42. ^ Aaron Aziz is Malaysia’s ‘Ant-Man’ ambassador The Malay Mail (July 8, 2015). Diperoleh pada 15 Julai 2015.
  43. ^ Aaron Aziz is the baddie in Ravi's 'Tik Tik Tik' Sify Movies. March 3, 2017.
  44. ^ Sahiba Rana (March 9, 2017). Popular Singapore Star Aaron Aziz Bags A Tamil Film Desimartini. Retrieved on July 25, 2017.
  45. ^ Drama Black Belt Kaler Pink lakonan Aaron Aziz dan Kamal Adli Kepala Bergetar. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  46. ^ "Dua filem tunggu tarikh tayangan, Aaron Aziz mahu fokus kepada keluarga pada 2017". Astro Awani. Dicapai pada 17 Julai 2017.
  47. ^ https://dramasyok.com/my-darling-inspektor-daniel/
  48. ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  49. ^ "Aaron Aziz teruja penampilan sulung filem Kollywood terima sambutan hangat". Astro Awani. 14 Julai 2018. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  50. ^ "Aaron Aziz ecstatic about his Kollywood debut in Tamil sci-fi movie". The Star Online. 14 Julai 2018. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  51. ^ Aaron sah kini penduduk tetap Malaysia Kosmo! (24 Jun 2012). Diperoleh pada 30 Jun 2012.
  52. ^ Haryati Karim (2 April 2012). "Aaron Aziz mangsa fitnah internet". Kosmo!. Dicapai pada 9 Julai 2012.
  53. ^ "Kad pengenalan Aaron Aziz yang tersebar adalah palsu!". 2 April 2012. Dicapai pada 9 Julai 2012.
  54. ^ Z. Nadzri (2 Mac 2017). "Aaron Aziz Menderita Sendi Tengkuk". Rojak Daily. Dicapai pada 18 Julai 2017.
  55. ^ Ifqdar Rahman (28 Mei 2017). "Aaron Aziz rela tanggung sakit, elak bedah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Julai 2017.
  56. ^ Tahir Alhamzah (26 May 2017). "Aaron Aziz soldiering on through shoulder pain". New Straits Times. Dicapai pada 18 July 2017.
  57. ^ Mohd Haikal Isa (4 Mei 2018). "Aaron Aziz alami penyakit misteri". Kosmo!. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  58. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (4 Mei 2018). "Aaron Aziz ubati sakit misteri dengan ayat al Quran". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  59. ^ Farhana Ab Rahman (4 Mei 2018). "Aaron guna ayat suci rawat sakit misteri". Berita Harian. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  60. ^ Sheela Chandran (July 7, 2013). Up close and personal The Star. Retrieved on July 15, 2013.
  61. ^ Aaron Aziz Rampas Takhta Bintang Paling Popular 2013! Oh Bulan! (44 Mei 2014). Dicapai pada 15 Julai 2014.
  62. ^ Trofi Bintang Paling Popular kembali ke tangan Aaron Aziz Astro Awani (25 Mei 2014). Dicapai pada 15 Julai 2014.
  63. ^ Aaron Aziz Terima Nissan Teana Selebriti Online (4 Jun 2014). Dicapai pada 15 Julai 2014.
  64. ^ Azizah Salleh (25 Mei 2014). Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH 2013 Yahoo! News. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  65. ^ Keputusan Rasmi Anugerah Meletop Era AME 2014 Astro Melvister (8 Februari 2014). Dicapai pada 15 Julai 2014.
  66. ^ Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP ERA Sensasi Selebriti. 9 Februari 2014.
  67. ^ "Aaron, Farid kini bergelar Datuk". Kosmo!. 16 Disember 2017. Dicapai pada 18 Disember 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  68. ^ Zamzurina Ahmad (16 Disember 2017). 169 dikurnia darjah kebesaran Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Disember 2017. "Farid Kamil, Aaron Aziz turut terima gelaran Datuk daripada Sultan Pahang".
  69. ^ Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz (16 Disember 2017). "Farid Kamil, Aaron Aziz dapat Datuk". Harian Metro. Dicapai pada 16 Disember 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  70. ^ Nik Sukry Ramli (16 Disember 2017). "Farid Kamil dakwa segelintir netizen tiada ilmu". Berita Harian. Dicapai pada 18 Disember 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  71. ^ "Farid Kamil, Aaron Aziz Kini Bergelar Datuk - Berita Hiburan". mStar. Dicapai pada 2018-04-22.

Pautan luar