Bront Palarae: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 336: Baris 336:
|-
|-
| rowspan="6" |TBA
| rowspan="6" |TBA
| ''[[Filem One, Two, Jaga|One, Two, Jaga: Crossword]]''
| style="background:#FFFFCC;"| ''One Two Jaga: Police And Thief'' {{dagger|alt=Filem yang belum dikeluarkan}}
|
|
| Dalam pos-produksi, sebagai penerbit
| Dalam pos-produksi, sebagai penerbit
|-
|-
| ''Sabotage''
|style="background:#FFFFCC;"| ''Sabotage'' {{dagger|alt=Filem yang belum dikeluarkan}}
|
|
|Dalam pra-produksi, sebagai pengarah
|Dalam pra-produksi, sebagai pengarah
|-
|-
|style="background:#FFFFCC;"| ''Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen''<ref>{{Cite web|url=http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/16/bront-palarae-bakal-filemkan-down-raid/|title=Bront Palarae bakal filemkan ‘Dawn Raid’|last=Adam Abu Bakar|first=|date=16 February 2016|website=Free Malaysia Today|language=ms|archive-url=https://web.archive.org/web/20160217092243/http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/16/bront-palarae-bakal-filemkan-down-raid/|archive-date=17 February 2016|dead-url=yes|access-date=17 March 2017|df=dmy-all}}</ref> {{dagger|alt=Filem yang belum dikeluarkan}}
| ''Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen''<ref>{{Cite web|url=http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/16/bront-palarae-bakal-filemkan-down-raid/|title=Bront Palarae bakal filemkan ‘Dawn Raid’|last=Adam Abu Bakar|first=|date=16 February 2016|website=Free Malaysia Today|language=ms|archive-url=https://web.archive.org/web/20160217092243/http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/16/bront-palarae-bakal-filemkan-down-raid/|archive-date=17 February 2016|dead-url=yes|access-date=17 March 2017|df=dmy-all}}</ref>
|
|
|Juga sebagai pengarah dan penerbit<ref>{{Cite web|url=http://www.malaysiakini.com/news/330500|title=Khalid Ibrahim's historic 'dawn raid' to make it to silver screen|last=|first=|date=16 February 2016|website=Malaysiakini|access-date=17 March 2017}}</ref><ref>{{Cite web|url=http://m.screendaily.com/5100399.article|title=Malaysia's Bront Palarae developing 'Dawn Raid'|last=Shackleton|first=Liz|date=15 February 2016|website=ScreenDaily|archive-url=https://web.archive.org/web/20170317143838/http://m.screendaily.com/5100399.article|archive-date=2017-03-17|dead-url=yes|access-date=17 March 2017}}</ref>
|Juga sebagai pengarah dan penerbit<ref>{{Cite web|url=http://www.malaysiakini.com/news/330500|title=Khalid Ibrahim's historic 'dawn raid' to make it to silver screen|last=|first=|date=16 February 2016|website=Malaysiakini|access-date=17 March 2017}}</ref><ref>{{Cite web|url=http://m.screendaily.com/5100399.article|title=Malaysia's Bront Palarae developing 'Dawn Raid'|last=Shackleton|first=Liz|date=15 February 2016|website=ScreenDaily|archive-url=https://web.archive.org/web/20170317143838/http://m.screendaily.com/5100399.article|archive-date=2017-03-17|dead-url=yes|access-date=17 March 2017}}</ref>
|-
|-
| ''Safari Mall''
|style="background:#FFFFCC;"| ''Safari Mall'' {{dagger|alt=Filem yang belum dikeluarkan}}
|Dirinya sendiri
|Dirinya sendiri
|Dalam pos produksi
|Dalam pos produksi
|-
|-
| ''The Intern''
|style="background:#FFFFCC;"| ''The Intern'' {{dagger|alt=Filem yang belum dikeluarkan}}
|—
|—
|Dalam pembangunan, sebagai pengarah
|Dalam pembangunan, sebagai pengarah
|-
|-
|style="background:#FFFFCC;"| ''What Comes Around'' {{dagger|alt=Filem yang belum dikelurkan}}
| ''What Comes Around''
|—
|—
|Pra-produksi
|Pra-produksi

Semakan pada 15:24, 14 Ogos 2018

Bront Palarae
Seorang lelaki berpakaian gelap berdiri di sebalik latar belakang dinding berwarna merah.
Kelahiran
Nasrul Suhaimin bin Saifuddin

(1978-09-27) 27 September 1978 (umur 45)
PekerjaanPelakon, penulis lakonlayar, pengarah filem, penerbit, pengacara
Tahun aktif2003–kini
PasanganRozi Izma (berkahwin 2013)

Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penulis dan juga pengacara TV berketurunan Melayu (bapa) dan Siam (ibu) yang popular di Malaysia.[1]

Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23/2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[2]

Latar belakang

Bront dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau berketurunan Melayu, Punjabi/Pakistan dan Siam. Pada tahun 2005, beliau menerima biasiswa daripada kerajaan Itali untuk menghadiri kursus pendek dalam Bahasa & Budaya di Universiti Untuk Orang Asing Perugia, Itali. Dia tinggal melebihi tempoh dan melawat negara itu pada empat bulan akan datang.

Kerjaya

2003–2008: Kerjaya awal dan kejayaan

Biarpun beliau telah memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys, hanya pada tahun 2005 nama Bront menjadi sebutan apabila beliau muncul dalam drama bersiri Cinta Tsunami di saluran Astro Prima. Sejak itu, Bront muncul dalam banyak produksi terutama filem melalui watak-watak pembantu. Antara lakonan beliau yang paling menjadi perhatian adalah menerusi watak pemain kugiran dalam filem Man Laksa (2005), anak jalanan Anak Halal (2007)[3] dan pembunuh upahan psiko Setem (2009).

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[4]

Bront juga pernah bergandingan bersama aktres Dynas Mokhtar pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV selama 2 musim sebelum beliau mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian dalam bidang lakonan dan penulisan. Pada tahun 2005 juga beliau menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali. Beliau meninggalkan seketika bidang seni selama setengah tahun untuk menyempurnakan kursus tersebut.

Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela memegang watak Tengku Hussein, seorang putera raya yang bekerja sebagai mekanik. Gandingan beliau bersama aktres Sharifah Amani ternyata menimbulkan fenomena tersendiri. Keserasian Bront dan Amani kemudian diperpanjangkan lagi dalam siri TV Rona Roni Makaroni pada tahun 2009.

2009–2014: Cabaran, hala tuju kerjaya dan Terbaik Dari Langit

Barangkali tidak selesa dengan hala tuju kerjaya lakonannya, Bront mengambil keputusan untuk mengejar cita-cita di layar perak. Biarpun dikenali sebagai aktor yang kurang mendapat publisiti media namun kemunculannya dalam filem arahan teman baiknya, aktor Farid Kamil iaitu V3: Samseng Jalanan (2010) ternyata membuahkan hasil apabila filem tersebut mengaut kutipan box-office lebih daripada RM 4 juta. Menerusi watak Brett dalam filem tersebut, Bront dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke-23.

Ketika membintangi filem Belukar bersama Daphne Iking

Seterusnya Bront muncul dalam filem Belukar arahan Jason Chong.[5] Menerusi watak penyiasat insurans dalam filem tersebut, nasib Bront mula menyinar apabila dicalonkan dan seterusnya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23[6][7] menewaskan nama-nama hebat seperti Esma Daniel, Farid Kamil dan Zulhuzaimy Marzuki. Bront juga mengulangi kejayaan sama di Anugerah Skrin 2010 dengan menewaskan pemenang FFM 22, Afdlin Shauki yang cemerlang menerusi filem Papadom.[8]

Akan datang, Bront bakal muncul dalam filem Hanyut arahan pengarah berkaliber U-Wei Hj Saari menerusi watak Syed Rasyed. Filem tersebut merupakan adaptasi daripada novel tulisan Joseph Conrad berjudul Almayer's Folly. Sebuah lagi filem karya adaptasi berjudul Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashaari juga bakal menampilkan Bront sebagai Ismail. Beliau juga berganding bersama pemenang Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama di FFM 23 iaitu Lisa Surihani dalam filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab. Antara judul filem lain yang akan menampilkan figuran Bront adalah Bunga Lalang arahan Dain Iskandar Said dan Jiwa Taiko (Osman Ali).

Pada tahun 2010 juga, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuk beliau meneroka bidang penerbitan filem dan melalui syarikat itu, beliau mengarah, menulis dan mengarahkan bersama filem Kolumpo,[9] sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 2013. Beliau juga pernah berkhidmat di Camwerk Studios sebagai Perunding Kreatif untuk membantu membangunkan Penculikan Ammar Affendi dan terjamin bersama tawaran penerbitan dengan RexMedia (US) di Marche Du Film di Festival De Cannes pada tahun yang sama. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Duta Jenama untuk Edwin Denim Malaysia[10] dan juga wajah pereka fesyen tempatan Fairuz Ramdhan.[11]

2015–kini: Halfworlds dan melangkah serantau

Pada 2016, Bront membintangi sebuah filem bola sepak sukan Malaysia Ola Bola,[12] filem terkini Chiu Keng Guan selepas memecah rekod The Journey. Bukan itu sahaja filem yang mengutip RM15.85 juta dan menjadi filem Malaysia dengan kutipan tertinggi kelima sepanjang masa, Bront juga memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik Kuala Lumpur 2016[13] dalam kategori Penyokong, kerana peranannya dalam filem itu.[14]

Selepas memenangi anugerah Pelakon Terbaik untuk Terbaik Dari Langit di Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2015,[15][16] beliau turut membantu dalam siri bertajuk Halfworlds[17][18] di HBO Asia diarahkan oleh pembikin filem Indonesia, Joko Anwar.[19] Beliau kemudiannya menyertai Mo Brothers pada filem terkini Headshot, yang dibintangi oleh Iko Uwais.[20] Bront menyertai barisan pelakon filem komedi My Stupid Boss lakonan Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian sebagai kerjasama dengan lain pembikin filem Indonesia, Upi Avianto.[21]

Pada Februari 2016, Bront dijangka merancang untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan kisah benar kejayaan Tan Sri Khalid Ibrahim ‘merampas’ syarikat perladangan terbesar daripada British dalam tempoh dua jam. Filem bertajuk Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen yang mana kini dalam proses pembangunan di studio produksinya Pixel Play. Skrip bagi filem itu ditulis oleh Redza Minhat bersama dengan Chew Kin Wah.[22][23][24]'[25]

Di Anugerah Televisyen Asia 2016, Bront telah dicalonkan untuk peranannya dalam telefilem Eropah, Here I Am menerusi kategori "Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Utama".[26][27][28]

Bront membintangi filem Pengabdi Setan arahan Joko,[29] sebuah pembikinan semula filem seram Indonesia 1980 dengan judul sama arahan Sisworo Gautama Putra.[30] Ia menjadi kolaborasi keduanya bersama Joko selepas siri Halfworlds di HBO Asia.[31] Pada 21 Disember 2017, Bront bersama pelakon jelita Fazura membintangi filem drama keagamaan Indonesia, Ayat-Ayat Cinta 2 arahan Guntur Soerhardjanto. Dalam filem ini yang merupakan kesinambungan filem pertama yang ditayangkan pada 2008, Bront memegang watak Baruch, seorang bekas tentera Yahudi yang panas baran, merawat ibu tirinya.[32] Filem ini ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Januari 2018.[33]

Bront bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Syamsul Yusof, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[2]

Aktiviti kemanusiaan

Pada tahun 2012, Bront menyertai percutian Bantuan Kecemasan AQSA2Gaza11 untuk Gaza[34] yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang memberi tumpuan kepada membantu rakyat Palestin yang terjejas oleh konflik Gaza-Israel yang berlaku pada tahun itu.

Beliau merupakan duta muhibah untuk kempen My Promise To Children UNICEF[35] untuk menekankan hak-hak kanak-kanak di Malaysia.

Kehidupan peribadi

Bront dan kenalan lamanya, Rozi Izma sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 31 Ogos 2013, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56. Bront dan isteri berkenalan pada tahun 1999 dan mula menjalinkan hubungan pada tahun 2003. Beliau yang membuat pengakuan yang statusnya kini ialah seorang suami kepada kenalan lama, berkata:[36][37]

"Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja. Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami. Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu. Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing. Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran."

Dalam pada itu, Bront juga berkongsi rasa bahagianya apabila kini sudah bergelar bapa kepada cahayamata pertamanya, Adeena Imani yang kini berusia dua bulan.[38]

Filemografi

Filem

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan
Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2003 Lang Buana Mamat Khalid
2006 Man Laksa Mat Topoi
Castello Abang Calita Bade Hj. Azmi Kemunculan khas
Bilut Rosli
Tipah Tertipu The Movie Penjahat Ahmad Idham Juga sebagai penulis lakonlayar bersama Mamat Khalid
2007 1957: Hati Malaya Muzaffar Shuhaimi Baba
Anak Halal Danny Osman Ali
Apa Khabar Orang Kampung
2008 Akhirat Ramon Syed Mohammed Kemunculan khas
Kala Malam Bulan Mengambang Mahinder Singh Mamat Khalid
Antoo Fighter: Amukan Drakulat Rambo Azizi ‘Chunk’ Adnan
2009 Setem Abu Bakar / 'Burn' Kabir Bhatia
15Malaysia Lelaki Pedofilia Namron Episod: "Lolipop", antologi filem pendek
2010 V3 Samseng Jalanan Brett Farid Kamil
Belukar Nik Jason Chong
2011 Kongsi Kempedu Farid Kamil
Sekali Lagi Haris Hashim Rejab
Ombak Rindu Ismail Osman Ali
2012 Bunohan Deng Dain Iskandar Said
Jiwa Taiko Pinto Osman Ali
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Hisyam Sharad Sharan
2013 Juvana Warden Encik Raja Faisal Ishak Penampilan kameo
Bikers Kental Ponthaliwat Helmi Yusof
Psiko: Pencuri Hati O. Sidi Namron
Kolumpo Tiada Dirinya sendiri Juga sebagai penerbit dan penulis skrip
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Jo Osman Ali
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Hisyam Sharad Sharan
Anak Jantan Somchai Faizul A. Rashid
Dollah Superstar Dirinya sendiri Kabir Bhatia Penampilan kameo
Terbaik dari Langit Berg Nik Amir Mustapha
2015 Jwanita Farhan Osman Ali
Girlfriend Kontrak Zain Virginia Kennedy
2016 Ola Bola Rahman Chiu Keng Guan
Headshot Ali Kimo Stamboel, Timo Tjahjanto Filem Indonesia
My Stupid Boss Adrian Upi Avianto
Hanyut Sayed Rashid U-Wei Hj Saari
2017 Kau Takdirku Harris Jason Chong
Pengabdi Setan Bahri Suwono Joko Anwar Filem Indonesia
Ayat-Ayat Cinta 2 Baruch Guntur Soehardjanto
2018 Dukun Shah Dain Iskandar Said
One, Two, Jaga: Crossword Filem yang belum dikeluarkan Nam Ron
2019 Proksi Filem yang belum dikeluarkan Sam Zulkarnain Azhar Dalam pos-produksi

Krew filem

Selain berlakon, Bront juga terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir. Berikut adalah filem-filem yang menampilkan Bront sebagai krew filem.

Tahun Tajuk Pengarah Catatan
2000 Lips to Lips Amir Muhammad Pengurus produksi
2006 Tipah Tertipu Ahmad Idham Lakonlayar bersama Mamat Khalid
2011 Sirap Bandung Cap Ibu Jari Kaki Arahan dan lakonlayar
2013 Kolumpo Arahan dan lakonlayar
TBA One, Two, Jaga: Crossword Dalam pos-produksi, sebagai penerbit
Sabotage Dalam pra-produksi, sebagai pengarah
Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen[39] Juga sebagai pengarah dan penerbit[40][41]
Safari Mall Dirinya sendiri Dalam pos produksi
The Intern Dalam pembangunan, sebagai pengarah
What Comes Around Pra-produksi

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran Peranan Catatan
2000 Mat Nor Kusyairi and the Velveboys NTV7
2003 Dengan Nama Cinta NTV7
Neon Astro Ria Kawan Ringgo III
Beat TV Astro Ria
2004 Rumah itu Duniaku TV1 Husni
Garisan Takdir Mediacorp Suria
Cinta Tsunami TV3
2007 Cinta Secangkir Kopi Channel 9
2008 SinDarEla TV3 Tengku Hussein@ Sein
Rona Roni Makaroni Astro Ria Roni
2009 Senandung Malam Astro Prima
Tower 13 TV3 Johan Ariff
Tangkal Besi Astro Citra
Ibn Battuta: The Animated Series TV2
2010 Bunga Rampai Musim Tengkujuh RTM Jamal
2011 Juvana TV3 Warden Encik Raja
Hajar Aswad TV9 Asrul Aswad
2012 Pulau TV9 Azri
Projek Pop 8TV kemunculan khas
Kasih Bumi TV9 Bumi
Darah Daging Astro Prima
I Eat KL HyppTV
2013 NY Cinta Astro First Seth Telemovie
2014 Sebenarnya TV3 Telemovie
2015 Halfworlds HBO Asia Gusti
3 Nota Astro Ria Atoi
2016 Eropah, Here I AM Astro Citra Bukhari

Iklan

Tahun Iklan
2006 Hotlink (Maxis) Prepaid
2008 Visit Singapore

Anugerah dan pencalonan

Anugerah dan penghargaan Bront Palarae
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2010 Anugerah Skrin ke-14 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Belukar Menang
Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik V3: Samseng Jalanan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Tercalon
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2012 Anugerah Skrin ke-16 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Jiwa Taiko Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Tercalon
Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular Tercalon
2013 Anugerah Blokbuster 2 Anugerah Watak Penjahat Terhebat Jiwa Taiko Tercalon
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Bront Palarae Tercalon
Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Sejoli Menang
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Lelaki Terbaik Psiko Pencuri Hati Tercalon
Anugerah Skrin ke-18 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era 2 Bintang Filem MeleTOP Bront Palarae Tercalon
ASEAN International Film Festival (AIFFA) Pelakon Lelaki Terbaik Terbaik dari Langit Menang
2016 Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ola Bola Menang
Anugerah Melodi 2016 Personaliti Filem Melodi Bront Palarae Tercalon

Rujukan

  1. ^ Chua, Dennis (22 September 2013). "Man for all roles". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2014. Dicapai pada 26 January 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "FIlem Kita". Dicapai pada 17 September 2016.
  4. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ "Belukar movie website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2011.
  6. ^ "Festival Filem Malaysia". SinemaMalaysia. 18 March 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2012.
  7. ^ Lee, Joe (28 October 2010). "A film fest that lets everyone down". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2011. Meanwhile, questionable choices abound on the main awards night of FFM 23 - with only Bront Palarae's win, one that was noteworthy and much overdue for the low-profile, talented actor.
  8. ^ SHAMALA VELU (25 December 2010). "Mualaf bags double in Anugerah Skrin". The Star Online. Dicapai pada 22 June 2012.
  9. ^ "Kolumpo Facebook Page". Dicapai pada 13 June 2016.
  10. ^ "Edwin Malaysia Facebook page". Dicapai pada 13 June 2016.
  11. ^ Kee, William K. C. (28 March 2013). "Men who dare to bare". The Star Online. Dicapai pada 13 June 2016.
  12. ^ Shackleton, Liz (19 May 2015). "'Journey' director kicks off football drama". Screendaily.com. Dicapai pada 13 June 2016.
  13. ^ Amzar Anizam (7 October 2016). "Jagat Wins Big at the Kuala Lumpur Critics' Choice Award 2016". Kr8tif Express. Dicapai pada 2 February 2017.
  14. ^ Chua, Dennis (11 April 2016). "Boboiboy beats Ola Bola for fourth spot in box office list after hitting RM16 million mark". NST Online. Dicapai pada 13 June 2016.
  15. ^ Mohamed, Nurjehan (6 October 2014). "2 Malaysian films at this year's Tokyo International Film Festival". The Rakyat Post. Dicapai pada 13 June 2016.
  16. ^ Yu, Ji (12 April 2015). "'Terbaik Dari Langit' wins Best Movie at Aiffa". The Star Online. Dicapai pada 13 June 2016.
  17. ^ Mumtaj Begum (May 27, 2015). "Bront Palarae to star in HBO Asia original series, Halfworlds". Star2. Dicapai pada June 1, 2015.
  18. ^ "Bront Palarae bintangi drama bersiri HBO 'Halfworlds'". Astro Awani. 27 Mei 2015. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  19. ^ "Malaysian actor Bront Palarae to star in HBO's 'Halfworlds'". The Malay Mail Online. 27 May 2015. Dicapai pada 13 June 2016.
  20. ^ Brown, Todd (23 October 2015). "THE RAID Star Iko Uwais Teams With The Mo Brothers For HEADSHOT". TwitchFilm. Dicapai pada 13 June 2016.
  21. ^ Ramli, Bibi Nurshuhada (23 October 2015). "Bront Palarae breaks into Indonesia's movie market with 'My Stupid Boss'". NST Online. Dicapai pada 13 June 2016.
  22. ^ "Khalid Ibrahim's historic 'dawn raid' to make it to silver screen". Malaysiakini. 16 February 2016. Dicapai pada 17 March 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  23. ^ Shackleton, Liz (15 February 2016). "Malaysia's Bront Palarae developing 'Dawn Raid'". ScreenDaily. Dicapai pada 17 March 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  24. ^ Adam Abu Bakar (16 February 2016). "Bront Palarae bakal filemkan 'Dawn Raid'". Free Malaysia Today. Dicapai pada 17 March 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  25. ^ Zaidi Aziz (17 Februari 2016). "Bront Palarae Bakal Berlakon Sebagai Khalid Ibrahim Dalam Filem Baru 'Dawn Raid'". Says. Dicapai pada 17 Mac 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  26. ^ "The 21st Asian Television Awards (ATA) Winners List (Year 2016)". Asian Television Awards. Dicapai pada 2 February 2017.
  27. ^ "Bront Palarae Dicalon Pelakon Terbaik Asian Television Awards 2016". Berita RTM. 18 November 2016. Dicapai pada 29 Mac 2017.
  28. ^ "BRONT PALARAE CALON PELAKON TERBAIK ASIAN TELEVISION AWARDS 2016". Media Hiburan. 17 November 2016. Dicapai pada 29 Mac 2017.
  29. ^ "Pengabdi Setan".
  30. ^ KC Yap (9 Oktober 2017). "Bront Palarae Goes Regional With New Indonesian Horror". Augustman. Dicapai pada 17 Januari 2018.
  31. ^ Dennis Chua (29 Jun 2017). "Bront gets spooky in 2 regional films". New Straits Times. Dicapai pada 17 Januari 2018.
  32. ^ Syahirah Mokhtazar (10 January 2018). "Bront: I enjoyed working abroad". New Straits Times. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  33. ^ "Yang Berbeda dari Film Ayat Ayat Cinta 2 | Republika Online". Republika Online. Dicapai pada 2017-10-20.
  34. ^ "Aqsa Syarif salurkan RM2.1 juta untuk A2G-ER fasa 1". Aqsa Syarif. 23 December 2012. Dicapai pada 13 June 2016.
  35. ^ Fong, Fernando (20 November 2014). "Making a promise to children". The Rakyat Post. Dicapai pada 13 June 2016.
  36. ^ "Kahwin Senyap, Bront Palarae Sudah Bergelar Suami Kepada Kenalan Lama". Rotikaya. 7 September 2013. Dicapai pada 29 Mac 2014.
  37. ^ Noor Ashreen Ismail (4 September 2013). "Teka-teki pernikahan Bront". Kosmo!. Dicapai pada 29 Mac 2014.
  38. ^ Siti Athirah Dzulkifly (26 Jun 2016). "Bront Palarae bicara isteri dan anak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Jun 2016.
  39. ^ Adam Abu Bakar (16 Februari 2016). "Bront Palarae bakal filemkan 'Dawn Raid'". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Mac 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  40. ^ "Khalid Ibrahim's historic 'dawn raid' to make it to silver screen". Malaysiakini. 16 February 2016. Dicapai pada 17 March 2017.
  41. ^ Shackleton, Liz (15 February 2016). "Malaysia's Bront Palarae developing 'Dawn Raid'". ScreenDaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-17. Dicapai pada 17 March 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar