Makam Diraja Langgar, Kota Bharu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 39: Baris 39:
| Almarhum [[Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]]
| Almarhum [[Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]]
| 1880 - 1944
| 1880 - 1944
| Nama asal baginda ialah Tengku Ismail dan merupakan putera [[Sultan Muhammad IV]].
| Baginda merupakan putera [[Sultan Muhammad IV]].
| <ref name="RadziSapiee_post7Jul2011"/>
| <ref name="RadziSapiee_post7Jul2011"/>
|-
|-
Baris 49: Baris 49:
| Almarhum [[Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim]]
| Almarhum [[Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim]]
| 1917 - 1979
| 1917 - 1979
| Baginda merupakan putera kepada Sultan Ibrahim, dan ayahanda kepada Sultan Ismail Petra.
| Baginda merupakan putera kepada Sultan Ibrahim, dan ayahanda kepada Sultan Ismail Petra. Menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong keenam.
| <ref name="RadziSapiee_post7Jul2011"/>
| <ref name="RadziSapiee_post7Jul2011"/>
|-
|-

Semakan pada 07:39, 30 Ogos 2018

Papan tanda Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan yang menggunakan skrip Jawi khat.

Makam Diraja Langgar terletak bersebelahan Masjid Langgar di Jalan Langgar, dalam mukim Langgar, dalam jajahan Kota Bharu, Kelantan. Di makam ini dimakamkan kerabat diraja Kelantan.[1]

Kerabat Hayat (Masihi) Nota Rujukan
Long Yunus ? - 1795 Nama baginda ialah Long Yunus bin Long Sulaiman dan dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. [2]
Almarhum Sultan Muhammad I 1741 - 1835 Nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera ke-6 Long Yunus. Baginda tidak mempunyai putera. [3]
Almarhum Sultan Muhammad II 1794 - 1886 Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah dan merupakan putera kepada Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan bin Paduka Seri Sultan Long Yunus dan menantu kepada Engku Long Seri bin Tengku Sri Maharaja Perdana Mantri Long Gafar. [3]
Almarhum Sultan Muhammad III 1845 - 1891 Nama asal baginda ialah Long Kundor dan merupakan putera sulung Sultan Ahmad dan ayahanda kepada Sultan Muhammad IV. [1]
Almarhum Sultan Mansur ? Nama asal baginda ialah Long Mansor dan merupakan putera Sultan Ahmad, dan adinda Sultan Muhammad III. [1]
Almarhum Sultan Muhammad IV 1870 - 1920 Nama asal baginda ialah Long Senik dan merupakan putera Sultan Muhammad III dan ayahanda kepada Sultan Ismail dan Sultan Ibrahim. [1]
Almarhum Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV 1880 - 1944 Baginda merupakan putera Sultan Muhammad IV. [1]
Almarhum Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV 1897 - 1960 Baginda merupakan adinda kepada Sultan Ismail, dan ayahanda kepada Sultan Yahya Petra. [1]
Almarhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim 1917 - 1979 Baginda merupakan putera kepada Sultan Ibrahim, dan ayahanda kepada Sultan Ismail Petra. Menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong keenam. [1]
Almarhum Long Tan Temenggong Aria Pahlawan ? - 1835 Baginda merupakan adinda kepada Sultan Muhammad I, dan ayahanda kepada Sultan Muhammad II. [3]
Almarhum Raja Bendahara Long Jenal ? Baginda merupakan anakanda kepada Long Yunus, dan adinda kepada Sultan Muhammad I. Pernah menjadi Raja Kelantan dengan gelaran Yamtuan Kelantan selama 3 tahun sebelum melepaskannya kepada putera saudaranya, Long Senik Mulut Merah [1]
Almarhumah Tengku To' - - [3]
Almarhum Tengku Zainal Abidin (Raja Dewa) ? Beliau merupakan putera Sultan Muhammad III. Menjadi Raja Muda Kelantan semasa kekandanya Sultan Muhammad IV. Melepaskan jawatan Raja Muda kepada Tengku Sri Indra Mahkota Ismail (Sultan Ismail I) yang merupakan anak saudaranya. Bersebelahan dengan maqam Tengku Zainal Abidin ialah maqam puteranya iaitu Tengku Sri Maharaja Mohd Hamzah, bapa Tengku Razaleigh dan merupakan Menteri Besar Kelantan yang terakhir yang dilantik oleh Sultan tanpa melalui pilihanraya (1950-1955) [1]
Almarhum Tengku Temenggong Tengku Abdul Rashid Ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu 1926 - ? Tengku Abdul Rahid merupakan anakanda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu yang berkahwin dengan Al-Marhum Tengku Petri Binti Al-Marhum Sultan Ibrahim Kelantan. Tengku Abdul Rashid merupakan ayahanda kepada Tunku Fauziah, Raja Perempuan Perlis[4]

Galeri

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i Sapiee (7 Julai 2011). Catatan blog
  2. ^ Sapiee (6 Julai 2011). Catatan blog
  3. ^ a b c d Sapiee (7 Julai 2011). Berdasarkan gambar makam
  4. ^ http://syukury.blogspot.com/2011/11/iringan-diraja-tuanku-raja-perempuan.html

Bibliografi

  • Sapiee, Radzi (6 Julai 2011). "Makam (Tomb of) Long Yunus" (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Dicapai pada 5 November 2011. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Sapiee, Radzi (7 Julai 2011). "Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 19 (Tombs of Sultans of Kelantan in the 19th century)" (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Dicapai pada 4 November 2011. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar