Latif Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 80: Baris 80:
|1989
|1989
| ''[[Filem Ragam Pemandu|Ragam Pemandu]]''
| ''[[Filem Ragam Pemandu|Ragam Pemandu]]''
| Rahim
|
|
|
|-
|-

Semakan pada 07:19, 7 September 2018

Latif Ibrahim
Kelahiran
Abdul Latif bin Ibrahim

(1952-02-23)23 Februari 1952
Meninggal dunia20 Februari 2012(2012-02-20) (umur 59)
Sebab kematiankencing manis, paru-paru berair
DikebumikanTanah Perkuburan Islam AU4
WarganegaraMalaysia
Nama lainLatif Ibrahim
KerakyatanMelayu
PekerjaanPenyanyi & Pelakon
Tahun aktif1973–2012
PasanganMasriah Mahadan
Anak-anakMohd Hazriq
Haznally
Ibu bapaIbrahim Abu Hassan (Bapa)
Siti Mariam Syed Abdul Rahman (Ibu)
SaudaraKhatijah Ibrahim (Adik)
Sophia Ibrahim (Kakak)
KeluargaAman Belon (Datuk)
Hussein Abu Hassan (Bapa Saudara)
Dilla Hussein (Sepupu)
Faizal Hussein (Sepupu)
Fairuz Hussein (Sepupu)

Abdul Latif bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim (23 Februari 1952 - 20 Februari 2012) merupakan penyanyi era 1970-an dan pelakon dari Malaysia. Beliau berlakon lebih 15 buah drama dan filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. Filem terakhirnya ialah 4 Madu arahan A. Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. Tahun 2011, beliau berlakon teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an di Istana Budaya, Kuala Lumpur.Pada tahun 1988 beliau berlakon dalam Filem Bisikan Arwah.

Lagu popularnya ialah Nora, Pilihklah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja. Beliau seangkatan dengan Uji Rashid, Hail Amir, Datuk DJ Dave, Dahlan Zainuddin, Datuk Sharifah Aini dan lain-lain.

Kehidupan peribadi

Beliau berasal dari Melaka. Datuknya pelakon bangsawan dan pelawak terkenal 1950-an Aman Belon.Bapa saudaranya Hussein Abu Hassan .Adiknya penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim. Kakaknya seniwati Sophia Ibrahim. Isterinya bernama Masriah Mahadan dan mereka mempunyai dua anak iaitu Mohd Hazriq 35, dan Haznally 34.[1]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1973 Satu Penentuan Azman
1976 Hapuslah Air Matamu Adi
1979 Dendang Perantau Iskandar
Sumber Ilhamku Nasir
1982 Senja Merah
Esok Untuk Siapa Ikhsan
1988 Bisikan Arwah Iwan/Parta Filem Indonesia
1989 Ragam Pemandu Rahim
1991 Sejati
1992 Sahabat
Konstabel Mamat
1994 Simfoni Duniaku
2005 Tak Ori Tapi Ok
2006 Salah Bapak
2009 Pulau Asmara
2010 4 Madu

Meninggal Dunia

Pada 20 Februari 2012, Latif Ibrahim (60 tahun) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sisi isterinya, Masriah Mahadan (67 tahun). Beliau juga menghidap kencing manis dan paru-paru berair pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2000.Beliau sudah tiga kali dikejarkan ke IJN akibat serangan yang sama. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.Jenazah dibawa ke rumahnya di AU3, Taman Keramat, Hulu Kelang. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4

Antara rakan artis yang hadir ialah seniman Datuk Aziz Satar, Hail Amir, Halil Chik dan Datuk Sharifah Aini.[2]

Rujukan

Pautan luar