Remy Ishak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 573: Baris 573:
|-
|-
! Tahun
! Tahun
! Judul
! Tajul
! Watak
! Peranan
! Nota
! Catatan
|-
|-
| 2009
| 2009

Semakan pada 11:42, 3 Oktober 2018

Remy Ishak
Remy menurunkan tandatangan di acara Dashing Roadshow.
Kelahiran
Mohammad Zalimei Bin Ishak

(1982-04-11) 11 April 1982 (umur 42)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian5 ft 11 in (1.8 m)

Mohammad Zalimei bin Ishak (lahir 11 April 1982) atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak yang dilahirkan di Melaka[1][2] ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009.

Beliau juga terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen termasuk Cinta Jangan Pergi, Cik Serba Tahu dan Kekasih Paksa Rela. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Anak Halal (2007), Evolusi KL Drift 2 (2010), Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai (2012), dan Kau Takdirku (2017). Sepanjang kerjayanya, Remy telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 11 April 1982 di Melaka dan dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebagai anak kedua daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang mencari kerja ke Kuala Lumpur. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, dia mendapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.

"Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudiannya bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya mendapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.[3]

Kerjaya

2005–2007: Kerjaya awal

Kulit depan majalah Maskulin Edisi Groom.

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon popular. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan. [4]

Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri ujibakat yang dikendalikan Osman. Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Akuarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni. Namun demikian filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.

Kegagalan filem Akuarium Cinta untuk disiapkan menyebabkan Remy kecewa sekali gus menguburkan harapan beliau dalam bidang lakonan. Osman Ali nyata tidak berputus asa untuk memperkenalkan bakat Remy. Pada tahun 2006, Osman diberi peluang oleh studio Tayangan Unggul untuk mengarahkan filem komersial keduanya, Anak Halal sekali gus menawarkan Remy salah satu watak kecil dalam filem itu. Anak Halal dicipta daripada naskhah filem pendek judul serupa yang pernah diarahkan Osman pada tahun 2001.

Menerusi Anak Halal, Remy melakonkan watak Shah, bekas mat rempit yang nekad meninggalkan lumba haram selepas terbabit dalam nahas jalan raya. Meskipun tidak lagi terbabit dalam aktiviti itu, Shah tetap ada pengaruh kuat di kalangan mat rempit dan dalam masa sama berkawan rapat dengan beberapa anak muda yang menetap di kawasan flat setinggan di Kuala Lumpur.

Selepas membintangi Anak Halal, Remy tidak boleh bergantung kepada kerja sebagai pelakon, tambahan nama beliau langsung tidak dikenali di kalangan penerbit filem. Maka itu, Remy kembali bekerja di hotel. Pun begitu, Remy sempat membintangi filem bebas berformat video digital berjudul Bernafas Dalam Lumpur arahan seorang lagi pengarah bebas, James Lee pada Ogos 2007. Menerusi filem ini, Remy hanya diberi peranan tambahan dengan berlakon bersama bintang hebat seperti Namron, Mislina Mustapha dan filem ini juga merupakan penampilan pertama Tiz Zaqyah.

Dalam pada itu, Remy terlibat dalam sebuah filem pendek eskperimental berjudul Comolot, karya Amy Ikram; seorang pelajar jurusan seni perfileman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Comolot mengundang kontroversi kerana berkisar tentang homoseksual yang masih dianggap sebagai subjek sensitif di Malaysia. Remy Ishak dalam filem pendek ini dipaparkan sebagai seorang yang melindungi identiti 'gay'nya dari pengetahuan tunangnya. Rahsianya terbongkar pada suatu hari, apabila tunangnya ternampak beliau mandi bersama dengan seorang lelaki. Filem tersebut ditayangkan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan pada pertengahan 2007; beberapa bulan sebelum filem Anak Halal memasuki pawagam.

Pada tahun 2007, Remy membuat kemunculan pertamanya di kaca TV menerusi slot Festival di saluran ntv7 apabila filem bebas Bernafas Dalam Lumpur disiarkan dan kemudian; beliau membintangi drama bersiri 30 episod Tak Pernah Ku Sesali yang disiarkan di TV1. Pada tahun itu juga, Remy kembali ke lokasi bersama Osman Ali apabila sutradara tersebut memilih Remy untuk terlibat dalam projek mininovela Di Penghujung Senja dimana Remy memegang watak sebagai juruteknik. Remy digandingkan bersama aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan aktor cilik Shafimie Saedon. Mininovela merupakan kesinambungan pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama Harian Metro. Pertandingan yang berakhir pada 31 Julai 2007 ini memilih 12 karya terbaik yang dirasakan serasi dalam merealisasikan impian penulis. Daripada 12 karya itu, tiga cerpen terbaik diadaptasikan kepada drama dalam bentuk mininovela pendek berdurasi 30 minit.

Anak Halal menemui penonton pada 7 Disember 2007 dan menjadi sebuah filem 'box office' sekali gus memperkenalkan nama Remy Ishak kepada rakyat Malaysia dan karyawan filem. Sejak itu Remy terus aktif di arena perfileman dan televisyen dengan membintangi drama-drama popular serta filem-filem terkini. Remy juga dianggap sebagai salah seorang aktor muda yang diangkat sebagai Hero Malaya kerana fizikal dan bakatnya persis Pemuda Melayu Terakhir.

2008–2011: Puncak populariti

Remy berlakon bersama Lisa Surihani dalam siri drama romantik Obsesi arahan Murali Abdullah yang disiarkan di TV3 pada 5 November hingga 28 Disember 2008.[5] Remy menjayakan watak utama sebagai Tengku Azizudin yang telah kematian isteri, berkahwin dengan Suriati (Lisa).[6]

Pada 2010, Remy menjayakan watak sebagai Inspektor Kamal dalam filem aksi perlumbaan Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau bergandingan dengan Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Inspektor Zam. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac dan mencapai kutipan pecah panggung.[7]

Remy terus mengorak langkah dengan drama yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia - Nur Kasih. Dalam Nur Kasih, beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman). Drama ini sudahpun tamat disiarkan di TV3 dan ditonton oleh 5 juta penonton. Kemudiannya drama Nur Kasih telah difilemkan pada Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Lakonan beliau dan Tiz Zaqyah sering mendapat sambutan oleh peminat industri tanah air.

2012–2014: Pengembangan kepada peranan yang dramatik

2012 memperlihatkan Remy lebih banyak beraksi di layar lebar, beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko yang turut dibintangi oleh Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Diana Danielle, Beto Kusyairy, Fizz Fairuz dan Sofi Jikan; beliau memegang watak sebagai Firman Mustaqim.[8] Remy berkata: "Saya bersetuju berlakon dalam filem ini kerana naskhah yang cukup menarik dan bukan kerana dapat pegang-pegang pelakon wanita lain. Menjadi tugas saya untuk menjayakan dan menghidupkan watak dengan sebaik mungkin."[9] Beliau seterusnya berlakon dalam filem romantik arahan Pierre Andre, Aku, Kau & Dia lakonan bersama Zarina Jamalullail dan Pekin Ibrahim yang ditayangkan pada 28 Jun 2012; menjayakan dua watak sebagai Izlan dan Haris. Ia mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.[10]

Bekerja di bawah arahan Edry Abdul Halim, Remy membintangi filem biografi fantasi percintaan 29 Februari terbitan KRU Studios,[11] mengisahkan seorang lelaki bernama Budi yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari, dan oleh itu hanya dimakan usia empat tahun sekali, maka dirinya teramat lambat menua berbanding orang lain.[12] Remy membawakan watak Khalil dalam drama Cinta Jangan Pergi yang mana beliau bergandingan semula dengan pasangan pelakonnya dalam Nur Kasih, Tiz Zaqyah dengan watak sebagai Lea Soraya. Dalam drama ini, Lea Soraya mengikat janji setia seumur hidup dengan Khalil sebelum akhirnya mereka terpaksa berpisah mati selepas Khalil didapati terlibat dalam kemalangan. Khalil kembali semula dan terkejut apabila mendapati Lea sudah bertunang dengan lelaki lain. Pada mulanya Khalil ingin membalas dendam kerana Lea mengkhianati cinta mereka tetapi cintanya terhadap Lea ternyata sangat kuat sehingga beliau melupakan hasratnya itu dan akan membuat apa cara sekalipun untuk mendapatkan Lea semula.[13][14][15][16]

Selepas Cinta Jangan Pergi, Remy memegang watak Helmi dalam drama Ku Cinta Kau Seorang arahan Khairul Amri "Keoi" Khalid (Allahyarham), berpasangan dengan pendatang baharu Amyra Rosli yang memegang watak Batrisya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary di TV3 bermula 19 November 2013 – 20 Februari 2014.[17] Remy menjayakan watak Hardy dalam filem komedi romantik Sejoli: Misi Cantas Cinta arahan Osman Ali lakonan bersama Maya Karin, Bront Palarae, Izara Aishah, Azad Jazmin dan Dira Abu Zahar.[18] Filem ini ditayangkan pada 20 Februari 2014 hingga kejayaan komersial dan persembahan beliau menerima pujian pengkritik filem.[19] Pada pertengahan 2014, Remy memegang watak sebagai Adam dalam filem drama komedi CEO arahan Razaisyam Rashid lakonan bersama Beto Kusyairy dan Cristina Suzanne Stockstill yang dikeluarkan pada 12 Jun 2014. Ia mengisahkan Adam yang berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Mempunyai kehidupan serba mewah dia sering menjadikan orang miskin sebagai tempat untuk dia melepaskan pelbagai penghinaan. Tahu tidak disukai ramai, Adam sedikit pun tidak terkesan dengan keadaan itu.[20] Kemalia Othman dari mStar Online berkata: "Biarpun bukan seorang pelawak, namun Remy membuktikan watak serius yang dilakonkannya mampu menggegarkan panggung dengan dialog yang kelakar,".[21]

2015–kini: Kejayaan berterusan dan karya terkini

Beliau menjayakan watak Saleh dalam teledrama 6 episod sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-60, Anak Merdeka yang turut dibintangi oleh Elvis Chin dan Thanuja Ananthan bersiaran serentak di Astro Prima dan Astro Mustika HD bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2017.[22][23]

Remy menjayakan peranan utama dalam Kau Takdirku, sebuah filem drama romantik lakonan bersama Ezzaty Abdullah, Bront Palarae dan Aisya Hasnaa. Ia ditulis dan diarahkan oleh Jason Chong, dan ditayangkan pada 7 September 2017.[24] Ia menjadi satu-satunya filem lakonan Remy dalam tahun 2017.

Kembali bekerja dengan Kabir Bhatia, Remy membintangi filem biografi sejarah Pulang, yang menggandingkan beliau bersama pelakon baharu Puteri Aishah yang memegang watak Che Tom. Filem ini diilhamkan dari satu kisah benar peristiwa yang pernah berlaku pada 1940an, ia ditayangkan 26 Julai 2018.[25]

Kehidupan peribadi

Remy dikaitkan dengan aktres muda Ummi Nazeera pada 2008 dan menafikannya. Pada 2009 pasangan ini dilihat lebih terbuka mempamerkan cinta. Setelah berlaku insiden yang menimbulkan kontroversi pada Disember 2009, Remy dan Ummi memutuskan hubungan.

Pada Januari 2010, Remy memaklumkan bahawa beliau rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama TV Nur Kasih. Pada September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz Zaqyah telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih berkawan baik.[26][27][28][29]

Kontroversi

Sebagai pelakon popular, Remy tidak lepas daripada disogok dengan pelbagai cerita panas. Bermula dengan isu filem gay (Comolot), Remy berdepan pula dengan tuduhan tidak mesra wartawan. Omelan beberapa wartawan yang sukar mendapatkan Remy untuk temubual menjadi bahan cerita hingga Remy tampil memperbetulkan kedudukan.

Namun demikian, kontroversi paling hebat dalam karier seni Remy adalah peristiwa didakwa mengasari seorang anak ahli perniagaan sehingga menyebabkan dirinya dipukul sekumpulan tujuh lelaki di Istana Budaya pada 4 Disember 2009; malam pementasan teater Natrah. Sebaliknya Remy sedikit pun tidak menjangka akan diserang kerana tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Remy bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Menurut Remy, kejadian itu bagaimanapun tidak mengganggu penampilannya dalam teater arahan Erma Fatima terbabit dan tidak mengalami kecederaan teruk. Katanya, buat waktu ini beliau tidak mahu mengulas panjang kerana bimbang kenyataannya akan mengganggu siasatan polis. Remy membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak sejurus selepas insiden itu.

Filemografi

Kunci
dagger Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 Comolot Daniel Filem pendek
Anak Halal Shah
2009 Duhai Si Pari-Pari Budi
2010 Hooperz Nik
Evolusi KL Drift 2 Inspektor Kamal
2011 Cun! Atan
Nur Kasih The Movie Adam
2012 Jiwa Taiko Firman Mustaqim
Aku, Kau & Dia Izlan / Haris
29 Februari Budi
Hantu Kapcai Tiger
2013 Sembunyi: Amukan Azazil Kamal
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Hardy
CEO Adam
2015 Pilot Cafe Rashid
Bravo 5 Leftenan Azri
2016 Redha Azim
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Bo
2017 Kau Takdirku Kamar
2018 Pulang Othman
Rise: Ini Kalilah Koperal Azman
2019 The Legend Of Pontianak Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Khalid Pasca produksi
Proksi Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Aqil Pasca produksi
Sangkar Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Johan Jedi Kamaruddin Pasca produksi
Satu Kasih Suci Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan Pasca produksi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2007 Tidak Pernah Ku Sesali TV1
2008 Sindarela Tengku Haidar TV3
Obsesi Tengku Azuddin
Awan Dania Musim 1 Iman Astro Ria
2009 Nur Kasih Adam TV3
Suraya Azman
2010 Arjuna Arjuna
2011 Tahajjud Cinta Solahudin
2012 Tanah Kubur (Musim 4) - episod: "Pengkid" Mahat Astro Oasis
Cinta Dalam Hati Dino Abadi TV1
2013 Cinta Jangan Pergi Kalil TV9
Ku Cinta Kau Seorang Helmi TV3
2014 Jiwa Iskandar
Kasih Berbisik Imran
2014–2015 Satu Hari Isfahan TV9
Antidot Fatah TV3
2015 Mail & Sudin Sambut Ramadan Mail Astro Oasis
2016 Rumi & Jawi Rumi Astro Prima,
Astro Maya HD
Kapsul Mail & Sudin Naik Haji Mail Astro Oasis,
Astro Maya HD
2017 Cik Serba Tahu Carl Adham Astro Ria
Khabar Dari Casablanca Farhan TV2
Anak Merdeka Salleh Astro Prima,
Astro Mustika HD
Coklat Yamin TV1
2017–2018 Kekasih Paksa Rela Adham TV3
2018 Dosa: Sacred Sin Farid Astro First Eksklusif,
Astro Citra
Lelaki Kiriman Tuhan Iqbal Raid Astro Oasis

Telefilem

Tahun Judul Watak Saluran TV
2007 Mininovella: Di Penghujung Senja Azlan TV9
2008 Bernafas Dalam Lumpur Faiz ntv7
Noda Semalam TV3
Jalan Pintas ke Neraka Razlan
Biarkan Aku Berdiri Jeffri TV2
Iktikaf Shawal TV3
Takbiratul Ihram Kadim Astro Prima
Sesuci Kasih TV3
2009 Cinta Si Tiga Teruna TV2
Bisikan Subuh Aidid TV3
Pabila Syaitan Berbisik Brian TV2
2010 Mat Bunga Harry
Keabadian Cinta Ehsan Astro Citra
Sabar Hussin Bangla TV3
Air Mata Nur Salina Fakar
Raya Musim Luruh Remi
Pun Pun Hafiz TV2
Masihkah Ada Sinar Mazlan TV1
2011 Bukan Untukku Rashid TV1
Payung Emas Hidayat TV3
Aduh Sayang Shidi
2012 Runtuhnya Sebuah Dosa Rashidi
Cinta Si Tukang Kasut Badrul Astro Prima
Kau Untukku Fuad Astro Box Office
Sabar Tak Sabar Salman TV3
Pelita Buluh Tok Wan Razak
2013 Ku Pinang Kau Dengan Bismillah Raikal Astro Prima
XOXO Haziq TV9
Destinasi Cinta Sara Iman Astro Ria
2014 Pintu Lain Ke Syurga Haris TV3
Anak Aku Bukan Milik Aku Hidayat
Takdir Cinta Dr Zaid Astro Box Office
7 Jam Inspektor Shahrul TV9
Insaf TV2
Warkah Kehidupan Amin TV Alhijrah
Ketupat Rendang Keju Adam Astro Mustika HD
Atie Setan Firdaus Helmi Astro Prima,
Astro Maya HD
2015 Cintaku Tertinggal Di Mostar Farid TV3
Seutas Tasbih Biru Ahmad Astro Oasis,
Astro Maya HD
2016 Karya 12: Pangkalan Batu 6 Li Astro Citra,
Astro Mustika HD
Tercipta Untukku Adil Astro First Exclusive
Bila Artis Balik Kampung Beraya Arman Johari Astro Prima,
Astro Maya HD
2017 Pesan Dari Tuhan TV2
Komplot Zali Astro Citra,
Astro Maya HD
Purnama Purnama TV3
Siapa Dia Sebenarnya Qalif
2018 Bahulu Untuk Opah Badrul
Andai Ku Cinta Lagi Zaman TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 Hala 3 Pengacara Astro Prima

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Peranan Penyanyi
2011 "Kisah Hati" Alyah
2016 "Raniaku" Aizat Amdan
2018 "Jutaan Purnama" Alyah

Teater

Tahun Tajul Peranan Catatan
2009 Natrah Mansor Adabi Watak utama
2010 Natrah 2
2014 Takhta 3 Ratu Megat Panji Alam
2015 Sekuntum Mawar Merah Rashid
Maduku Kalut Returns Selamat
2016 Muzikal Randai Cindua Mato Cindua Mato
2017 Tun Fatimah: Serikandi Empayar Melaka Sultan Mahmud Shah

Drama radio

Tahun Judul Watak Stesen Radio
2016 Dramatik Kool: Ikhlas Medina Ikhlas Kool FM
2018 Dramatik Kool: Cinta Gila Farel

Diskografi

Tahun Judul Lagu Nota
2011 "Cun Selalu"
(bersama Maya Karin)
OST Cun!
2012 "Kelip-Kelip" OST 29 Februari

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Rujukan
2009
Anugerah Skrin ke-13
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Drama Jalan Pintas ke Neraka Tercalon [30]
Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous
Pasangan Terbaik di Layar (with Tiz Zaqyah) Nur Kasih Tercalon
2010
Anugerah Parti Hip TV
Artis Lelaki Romeo Tercalon [31]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23
Pelakon TV Lelaki Popular Menang [32]
Anugerah Stail EH! ke-2
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Selebriti Lelaki Seksi Menang
Anugerah Shout! ke-2
Selebriti Lelaki Popular Tercalon [33]
Pasangan Terbaik di Layar (dengan Tiz Zaqyah) Nur Kasih Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-23
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Evolusi KL Drift 2 Tercalon [34]
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon [35][36]
Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Anugerah Skrin ke-15
Pelakon Lelaki Terbaik – Drama Airmata Nur Salina Tercalon [37]
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem Cun! Menang
Festival Filem Malaysia ke-24
Pelakon Lelaki Terbaik Nur Kasih The Movie Tercalon
2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon [38]
Anugerah Blokbuster
Pelakon Lelaki Pilihan Nur Kasih The Movie Tercalon [39]
OST Filem Pilihan (dengan Maya Karin) "Cun Selalu" Tercalon
Anugerah Stail EH! ke-3
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Anugerah Shout! ke-3
Selebriti Lelaki Popular Tercalon [40]
Pasangan Terbaik di Layar (dengan Tiz Zaqyah) Nur Kasih The Movie Tercalon
2013
Anugerah Blokbuster ke-2
Pelakon Lelaki Pilihan Jiwa Taiko Tercalon [41]
Antagonis Pilihan Hantu Kapcai Tercalon
Anugerah Skrin ke-17
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem 29 Februari Tercalon [42]
Anugerah Melodi
Artis Lelaki Pilihan Menang [43]
2014
Anugerah Stail EH! ke-4
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon [44]
Selebriti Lelaki Seksi Tercalon
2015
Anugerah Lawak Warna 2015
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik - Drama Atie Setan Tercalon [45]
2016
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon [46]
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Stail EH! ke-5
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Menang [47]
Selebriti Lelaki Seksi Tercalon
2017
Anugerah Stail EH! ke-6
Selebriti Lelaki Seksi Tercalon [48]
Bintang Popular Berita Harian ke-30
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon [49]
Anugerah Skrin ke-21
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Drama Pesan Dari Tuhan Menang [50]
2018
Anugerah Telenovela ke-3
Pelakon Lelaki Terbaik - Drama Cik Serba Tahu Tercalon

Rujukan

  1. ^ https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2017/06/250906/real-life-stories-fascinate-me-says-remy
  2. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/remy-ishak-sanggup-berkorban-demi-tun-fatimah-1.738555
  3. ^ http://archives.emedia.com.my/bin/main.exe?f=doc&state=s3t712.3.1
  4. ^ Maafkan Remy!, Oleh Zaidi Mohamad.
  5. ^ Saharudin Musthafa (5 November 2008). "Obsesi temukan Remy dan Lisa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Mac 2015.
  6. ^ Niezam Abdullah, Wanda Idris (28 Disember 2008). "Remy & Lisa serasi sehati". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Mac 2015.
  7. ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai pada 2010-03-30.
  8. ^ Syazwan Zakariah (19 Jun 2012). "Jiwa gelisah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Ogos 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ "Jiwa Taiko, ada apa Remy dan Diana?". Sinar Harian. 16 Jun 2012. Dicapai pada 8 Ogos 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ "Sinopsis Filem Aku Kau & Dia Lakonan Remy Ishak & Pekin Ibrahim". Senasai Selebriti. 13 Jun 2012. Dicapai pada 2014-09-18.
  11. ^ FEBRUARI 3D RELEASED TODAY IN MALAYSIA, Stereoscopy News, 30 Ogos 2012. Dicapai pada 2 Sep 2012.
  12. ^ 29 Februari filem 3D Melayu pertama, Utusan Online, 28 Apr 2012. Dicapai pada 3 Sep 2012.
  13. ^ Cinta Jangan Pergi Sebab Tiz, Remy Ke Eropah. murai. September 17, 2012.
  14. ^ Cinta Jangan Pergi Bakal Jadi Fenomena?. Sensasi Selebriti (budiey). Mac 11, 2013.
  15. ^ Cinta Jangan Pergi press release. TV9. Mac 11, 2013.
  16. ^ Cinta Jangan Pergi Satukan Remy dan Tiz Zaqyah. gua. Mac 13, 2013.
  17. ^ "Ku Cinta Kau Seorang di slot Lestary". Sinar Harian. 27 November 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  18. ^ Aqmar Mustaza (24 Februari 2014). "Misi Cantas Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 2014-09-18.
  19. ^ Kemalia Othman (25 Februari 2014). "'Sejoli: Misi Cantas Cinta' Papar Romantik Komedi Segar". mStar Online. Dicapai pada 2014-09-18.
  20. ^ "CEO cerita korporat Melayu". Utusan Malaysia. 5 Jun 2014. Dicapai pada 2014-09-18.
  21. ^ "CEO Papar Komedi Ringan Bersahaja". mSTAR Online. 11 Jun 2014. Dicapai pada 2014-09-18.
  22. ^ "Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Tiada Masalah Bergandingan Dalam Anak Merdeka". Rojak Daily. 21 August 2017. Dicapai pada 19 September 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  23. ^ Dennis Chua (21 June 2017). "Real-life stories fascinate me, says Remy". New Straits Times. Dicapai pada 19 September 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  24. ^ Farouq Johari (2 Ogos 2017). "Filem 'Kau Takdirku' Padat Dengan Emosi Romantik Tragis Yang Mengusik Jiwa". Says. Dicapai pada 1 September 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  25. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  26. ^ Sudah 3 Bulan Remy Ishak, Tiz Zaqyah Putus Cinta. murai. September 24, 2012.
  27. ^ Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Putus Cinta. Sensasi Selebriti (budiey). September 27, 2012.
  28. ^ Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Putus Cinta. Beautiful Nara. September 24, 2012.
  29. ^ Remy, Tiz sah putus cinta
  30. ^ "Siapa ungguli Anugerah Skrin 2009?". Utusan Malaysia. 29 November 2009.
  31. ^ Budiey (24 Mac 2010). "Senarai Pencalonan Anugerah Parti Hip TV". Sensasi Selebriti.
  32. ^ Budiey (5 April 2010). "Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular 2009". Sensasi Selebriti.
  33. ^ Kemalia Othman (15 October 2010). "Pencalonan Shout! Award 2010 Anjuran 8TV Meningkat". mStar.
  34. ^ Budiey (15 October 2010). "Senarai Pencalonan Festival Filem Malaysia 23". Sensasi Selebriti.
  35. ^ Kemalia Othman (13 January 2011). "Ana Raffali & Raja Azura Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2010". mStar.
  36. ^ Budiey (3 April 2011). "Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2010". Sensasi Selebriti.
  37. ^ Azhariah Kamin (8 November 2011). "Bittersweet beauty". The Star.
  38. ^ Feride Hikmet Atak (12 January 2012). "Sharifah Shahira Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2011". mStar.
  39. ^ Budiey (20 September 2012). "Senarai Penuh Top 10 Pencalonan Kategori Anugerah Blokbuster 2011". Sensasi Selebriti.
  40. ^ "Shout Awards 2012: Yuna Ungguli Lima Pencalonan". mStar. 20 October 2012.
  41. ^ Budiey (15 June 2013). "Senarai Top 10 Pencalonan Anugerah Blokbuster 2". Sensasi Selebriti.
  42. ^ Mohd Al Qayum Azizi (2 November 2013). "'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' Ungguli 'Top 5' ASK 2013". mStar.
  43. ^ Budiey (19 August 2013). "Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Melodi 2013". Sensasi Selebriti.
  44. ^ Budiey (5 April 2014). "Selebriti Stailo Bakal Hangatkan Anugerah Stail EH! 2014". Sensasi Selebriti.
  45. ^ Farhana Ab Rahman (11 July 2015). "Gila Baby dominasi pencalonan Anugerah Lawak Warna 2015". Berita Harian.
  46. ^ Zaidi Mohamad (23 March 2016). "ABPBH: Calon 5 teratas 13 kategori diumum". Berita Harian.
  47. ^ "ANUGERAH STAIL EH! 2016". EH!. 31 March 2016.
  48. ^ "EH! Magazine Official Instagram released a nominees for Most Sexy Male Celebrities and Most Sexy Female Celebrities". Instagram. EH! Magazine. Dicapai pada 12 April 2017.
  49. ^ Zaidi Mohamad (4 May 2017). "Alif Satar, Neelofa kuasai senarai Top 5 ABPBH 3.0". Berita Harian.
  50. ^ "'Pesan Dari Tuhan' wins Best Drama award in Anugerah Skrin 2017". theSun. 4 November 2017.

Pautan luar