Puteri Aishah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 99: Baris 99:
|
|
| [[ntv7]]
| [[ntv7]]
| Slot
| Slot Glamadrama
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 12:55, 3 Oktober 2018

Puteri Aishah
Kelahiran
Puteri Aishah binti Sulaiman

(1994-06-06) 6 Jun 1994 (umur 29)
PendidikanDiploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
PekerjaanPelakon, model, guru
Tahun aktif2015–kini

Puteri Aishah binti Sulaiman (lahir pada 6 Jun 1994)[1] atau lebih dikenali sebagai Puteri Aishah (Jawi: ڤوتري عايشه) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015.[2] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Akulah Balqis (2015), Kahwin Muda (2016), Cinta Roller Coaster (2016), dan Raisha (2017).[3]

Kehidupan awal

Puteri Aishah dilahirkan pada 6 Jun 1994 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.[4] Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik, mempunyai diploma dalam jurusan Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).[4]

Kerjaya

Pada usia 20 tahun, Puteri Aishah memulakan kerjaya awalnya sebagai guru pelatih di sebuah sekolah rendah dan gambar beliau pernah menjadi tular pada tahun 2014, ketika itu, beliau dikenali sebagai Cikgu Aishah.[5][6]

Pada tahun yang sama, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai oleh Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Deeba Halil, Mimi Lana dan Syamim Farid. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama Puteri Balqis dalam drama waktu perdana TV3, Akulah Balqis sebagai watak sampingan selepas diberi kepercayaan oleh Erma Fatima untuk membintangi drama tersebut.[7]

Pada tahun 2016, beliau telah memegang watak utama dalam drama Cinta Roller Coaster yang ditayangkan di TV3. Selain itu, beliau juga telah berlakon dalam sebuah teater muzikal berteras budaya masyarakat Minangkabau dan memegang watak sebagai Poti Bongsu. Teater ini dipersembahkan di Pentas Istana Budaya pada 25 Mac 2016.[8]

Pada September 2017, Aishah membintangi drama Raisha yang bersiaran di Slot Lestary TV3, lakonan Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Ariff Aziz dan ramai lagi. Diarahkan oleh Nizam Zakaria dan terbitan OrangeTree Production. Selain itu, drama ini juga ditonton di tonton.com.my sebelum tayangan perdana di TV3. Pada Ogos 2017, Aishah membintangi drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku terbitan A. Aida Production Sdn Bhd yang disiarkan di TV3. Drama arahan Zul Huzaimy Marzuki ini merupakan adaptasi novel Mr. Hot Guy karya Danisyarahmat.

Puteri memulakan kerjaya filemnya dengan membintangi filem sulungnya, Pulang arahan Kabir Bhatia, yang menggandngikan beliau bersama Remy Ishak;[9] Aishah memegang watak Che Thom. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.[10][11]

Kehidupan peribadi

Sekitar Julai 2017, Puteri Aishah mendedahkan hubungannya dengan Pengerusi Kumpulan Syarikat NAZA, SM Faisal SM Nasimuddin yang juga anak sulung Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Aishah menjelas bahawa hubungannya dengan SM Faisal hanyalah sebagai rakan biasa.[12]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2018 Pulang Che Thom Kabir Bhatia Filem pertama

Drama

Tajuk Tahun Watak Saluran TV Catatan
2015 Akulah Balqis Jenny TV3 Slot Akasia
Cik Cinderella dan Encik Tengku Sha Slot Lestary
2016 Kahwin Muda Slot Iris
Jasmine Irish Slot Zehra
Cinta Roller Coaster Ziany Slot Dahlia
2017 Raisha Siti Aishah Slot Lestary
Lelaki Itu Pemilik Hatiku Nurin Kamila Slot Akasia
2018 Air Mata di Bumi Matador Qaisara TV2 Selekta Prima
Terima Aku Seadanya ntv7 Slot Glamadrama

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Panggilan Subuh Dania TV9 Skrin Di 9
Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya Sha TV3 Rancangan Khas Raya
Yang Terakhir Untukku Min
2018 Cik Shopaholic Hezliza ntv7

Teater

Tahun Tajuk Watak Tema Muzikal Tempat
2016 Cindua Mato[13] Puti Bongsu Randai Pentas Istana Budaya

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014/15 Dewi Remaja Peserta
2016 MeleTOP Kebaboom Pengacara
2017 Perang Bibir Peserta Dicabar oleh Zulin Aziz dan berentap bersama Mustaqim Bahadon dan Neera Azizi namun tewas.
The Sarimah Show Tetamu Undangan Episod 9
2018 Nona Tetamu undangan

Rujukan

  1. ^ "Biodata Puteri Aishah". Azhan.co. 27 Oktober 2017. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  2. ^ Norhidayyu Zainal (30 Mac 2016). "Puteri Aishah idam genggam anugerah". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Julai 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "5 Things We Know About Malaysian Rising Star Puteri Aishah". Hype. 24 Ogos 2017. Dicapai pada 16 September 2017.
  4. ^ a b Zaidi Mohamad (3 Jun 2015). "Cikgu Aishah perjelas surat cinta bapa murid". Berita Harian. Dicapai pada 29 Oktober 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ "Foto Viral Jadi Guru Pelatih Buka Rezeki Puteri Aishah". mSTAR Online. 28 Oktober 2016. Dicapai pada 29 Oktober 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ "Puteri Aishah mahu sambung pengajian". Berita Harian. 22 Oktober 2016. Dicapai pada 29 Oktober 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ "Baru Sahaja Masuk Satu Babak Lakonan, Saya diberhentikan…" — Puteri Aishah". Intrend. Dicapai pada 29 Oktober 2016.
  8. ^ "Puteri Aishah berdebar jumpa Remy Ishak - Hiburan". Berita Harian. 15 Mac 2016. Dicapai pada 29 Oktober 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ "Berlakon dengan Remy pengalaman berharga: Puteri Aishah". Sinar Harian. 27 Mei 2018. Dicapai pada 26 Julai 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  11. ^ "Puteri Aishah pernah berkurung gara-gara 'surat cinta'". Berita Harian. 29 Oktober 2016. Dicapai pada 29 November 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  12. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2017). Puteri Aishah komen hubungannya dengan SM Fasial mSTAR Online. Dicapai pada 26 April 2018.
  13. ^ Rafiq Mazlan (13 Februari 2017). "Kritikan penguat semangat Puteri Aishah - Hiburan". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mac 2017.

Pautan luar