Norman Hakim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: menukar tinggi atau berat Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 320: Baris 320:
|-
|-
| ''Pengantin Lari Culik Artis''
| ''Pengantin Lari Culik Artis''
| Pak Abu
|
| [[Astro Citra]]
| [[Astro Citra]]
|
|

Semakan pada 01:52, 5 Oktober 2018

Norman Hakim
Kelahiran
Mohamed Nurhakim bin Zaidon

(1976-01-08) 8 Januari 1976 (umur 48)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1996–kini
Ketinggian1.8 m (5 ka 11 in)
PasanganAbby Abadi (2002-2009)
Memey Suhaiza (2011-kini)

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim (lahir 8 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas juara Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas (sejak 2003).[1]

Kerjaya

Kerjaya hiburan Norman bermula apabila beliau menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 1993/94. Hasilnya, beliau dinobatkan sebagai juara. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 dan hanya pada 1999, beliau berlakon dalam drama Idaman, memegang watak sebagai Ikmal.

Beiiau bersama rakan pelakon Eizlan Yusof dan Sani Salehuddin (kini ahli perniagaan) menubuhkan kumpulan Impression yang mana mereka menerbitkan album pertama, Jatuh Hati pada 1999.[2]

Kerjaya filem Norman bermula dengan menjayakan watak utama bersama Erra Fazira dalam filem Pasrah yang ditayangkan pada 8 Januari 2000, sekaligus menandakan kolaborasi sulungnya bersama Yusof Haslam, orang kuat Skop Productions.[3] Beliau kemudian memegang watak sebagai Rafayel dalam filem Gerak Khas The Movie, juga arahan Yusof. Filem inilah yang menemukan beliau dengan bakal isterinya ketika itu, Abby Abadi yang turut berlakon dalam filem ini.[4]

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[5]

Pada 2012. Norman memegang watak Joe, orang kanan Dino lakonan Aaron Aziz dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.[6]

Kehidupan peribadi

Beliau pernah berumah tangga dengan aktres Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kedua-dua pasangan ini pernah bercerai pada April 2006 akibat tekanan dalam rumah tangga namun demi kebahagiaan anak-anak, mereka berdua bertaut kembali. Penceraian Norman dan Abby ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Farahdhiya, namun kepastiannya tidak dapat disahihkan.[7][8]

Pada tahun 2009, Norman Hakim telah dilanda kemurungan. Beliau beribadat hampir setiap hari di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Pada suatu ketika, beliau didatangi seorang lelaki. Lelaki tersebut yang menyedari tangisan beliau menanyakan sebabnya. Selepas memberi pengakuan mengenai kekecewaan beliau terhadap kehidupannya, lelaki tersebut memberikannya sepotong ayat al-Quran untuk dijadikan amalan. Peristiwa tersebut telah menyebabkan beliau lebih dekat dengan agama Islam.[9] Norman dan Abby bersanding kali kedua pada 25 September 2017.[10][11]

Pernikahan dengan Memey

Sekali lafaz sahaja, Memey Suhaiza (lahir Suhaiza Suhaimi) sah menjadi isteri kepada Norman. Mereka dinikahkan di rumah Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 Kota Tinggi Johor pada pukul 5.10 petang Sabtu 24 September 2011.[12][sumber tak boleh dipercayai?]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2000 Pasrah Hafsham
2001 Gerak Khas The Movie Rafael
2002 Idola Mukhriz
2003 Gila-Gila Pengantin Dr Johari
2005 GK3 The Movie Inspektor Harris
Gila-Gila Pengantin Popular Herman
2009 Skrip 7707
2010 Magika Awang Lembing
2011 Nur Kasih The Movie Ilyas Dewasa Kemunculan khas
2013 Tanda Putera Tun Hanif Omar
2015 Suami Aku Ustaz Inspektor Polis Kemunculan khas
2016 Kabali Orang Kanan Filem Tamil
2018 Badang Prof. De Brono Kemunculan khas

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999-2001 Idaman Ikmal Astro Ria
2000 Maria Mariana The Series Sazali TV3
2002 Insurgensi Ketua Plantun Lt Kassim TV1
2003-11/2014,17-kini Gerak Khas ACP Harris TV2
2004 Rumah Itu Dunia Aku Mohsein
2007-08 Kisah Kaisara Hasnor TV3
2009 Embun Mutiara Hadi
Senja Permai Rahman Astro Prima
2010 Keranamu Laila Fendi TV3
Gelora Di Hati Sara 2 Iskandar TV1
2011 Iparku Diva Hussein Astro Warna
2012 Adam & Hawa Kapten Zul Astro Mustika HD
2012-13 Evolusi KL Drift: The Series Joe TV2
2013 Cinta Adam & Hawa Adam Hanzalah TV1
Mencari Luqmanul Hakim Herman
2014 Janji Jaslina Johan TV3
2017 Dia Bidadariku Rizal Astro Ria
2018 Cinta Fatamorgana Tuan Deraman TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003 Neon Fido Astro Ria
2007 Wali Faizal Astro Ria
2009 Donut Zulkifli
Tunjang Saadah Tajuddin TV3
2010 Sabar Iman
Tetamu Malam Bob TV1
2012 Calon Suamiku Hafiz Astro Prima
Aku Belum Mati Suma
2013 7 Dulang Asam Pedas JJ TV1
2014 Menantu Cantik Johan Astro Maya HD
2014 Anak Mejar Azlan Mejar Azlan TV AlHijrah
Istidraj Amri
2015 Bidadari Walid Danial
2016 Mimi Amah Diva Taufik Astro Ria
Aku Bukan Orang Gaji TVi
2018 Datin Glam Datuk Kamal TV3
Ayah Bohong Lagi Hakim TV1
Pengantin Lari Culik Artis Pak Abu Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2018 Profesion Ekstrem TV1

Diskografi

  • Jatuh Hati (album bersama Impression; 1999)

Aktivisme

Pada 3 Jun 2018, Norman bersama-sama pelakon Rosyam Nor, menyertai bersama 1,200 penunggang motosikal bagi menjayakan konvoi Ride for World #QuranHour yang bermula di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum berakhir di Shah Alam, Selangor. Ia merupakan acara simbolik bagi membina momentum ke kemuncak program World #QuranHour yang diraikan pada 7 Jun.[13][14]

Rujukan

  1. ^ "Norman Hakim kembali dalam Gerak Khas". Utusan Malaysia. 5 November 2013. Dicapai pada 26 April 2014.
  2. ^ Rozi Abdul Razak (2 Mac 1999). "Impression... tidak kecewa sekiranya gagal". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2014.
  3. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  4. ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 Februari 2001. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  5. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  7. ^ Niezam Abdullah (28 Februari 2018). "Kontroversi Norman, Abby dan Memey". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  8. ^ Budiey (18 Disember 2008). "Norman Hakim Cerai Abby Abadi Dengan Talak Satu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  9. ^ Muhammad Shamsul Abd Ghani (28 Februari 2018). "'Ada hamba ALLAH tepuk belakang saya'". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2018. Dicapai pada 28 Februari 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin (25 September 2017). "Norman Hakim, Abby Abadi Bersanding Lagi". mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  11. ^ Nadia Azam (30 Ogos 2017). "Norman idam naik pelamin dengan Abby". Malaysiakini. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  12. ^ Nuriz Ibrahim (24 September 2011). "Gambar Perkahwinan & Akad Nikah Memey dan Norman Hakim". nurizspace.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2017. Dicapai pada 20 Mac 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  13. ^ "Rosyam Nor, Norman Hakim sertai konvoi World #Quran Hour". Berita Harian. 3 Jun 2018. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  14. ^ "Rosyam Nor, Norman Hakim join 1,200 motorcyclists in World #QuranHour convoy [NSTTV]". New Straits Times. 3 Jun 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018.

Pautan luar