Fikry Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nafispro (bincang | sumb.)
Nafispro (bincang | sumb.)
Baris 168: Baris 168:
| Hero Seorang Cinderella
| Hero Seorang Cinderella
| {{nom}}
| {{nom}}
| -
| Program MeleTOP
| Program MeleTOP
| Gema Gegar Vaganza
| Gema Gegar Vaganza

Semakan pada 01:52, 9 Oktober 2018

Fikry Ibrahim
Kelahiran
Ahmad Fikry bin Ahmad Ibrahim

(1994-04-16) 16 April 1994 (umur 30)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, model
Tahun aktif2016–kini

Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim (lahir 16 April 1994)[Nota 1] atau lebih dikenali sebagai Fikry Ibrahim ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, dan model Malaysia.[1] Beliau merupakan pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016 dan kini semakin dikenali ramai. Selain sebagai pelawak, Fikry juga merupakan seorang pelakon dan pengacara.[2][3][4]

Kehidupan awal

Fikry dilahirkan pada 16 April 1994 di Jitra, Kedah. Beliau merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama.[1]

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya hiburan, Fikry terlebih dahulu bekerja di kedai dobi selama setahun. Beliau memulakan kerjaya pentas dengan mengambil bahagian dalam rancangan Lawak Solo 2016 terbitan Astro Warna.

Selepas Lawak Solo 2016 tamat, Fikry melangkah ke bidang lakonan dengan menjayakan watak penting bersama Uqasha Senrose dalam Hero Seorang Cinderella yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Fazura. Dalam drama ini, beliau memegang watak Noah Farizzam. Beliau semakin dikenali menerusi gandingannya bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi telefilem Cekelat Semanis Honey dan Cekelat Tak Semanis Honey.

Penerimaan media

Dikenali sebagai selebriti yang berkulit sawo matang, Fikry amat mementingkan aspek pendidikan meskipun bergelar selebriti. Beliau dilaporkan mempunyai jumlah pengikut seramai 50,000 pengikut di laman Instagram nya. Jumlah pengikutnya semakin meningkat sejak menyertai Lawak Solo 2016 dan mengacarakan Gema Gegar Vaganza.[5]

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017
Hero Seorang Cinderella Noah Farizzam

Heroin: Uqasha Senrose

Astro Ria
Kerna Syurga Bukan Percuma Khairul Rhafeeq

Heroin: Elfira Loy

Astro Oasis
2018
Rahsia Hati Perempuan Mikael

Heroin: Mira Filzah dan Uqasha Senrose

Astro Ria
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Harris Zakuan

Heroin: Farah Nabilah

Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Cekelat Semanis Honey Adam

Heroin: Siti Nordiana

Astro Citra
Gitu-Gitu Raya

Heroin: Elly Mazlein

Astro Warna
Pok Ya Cong Codei Rasdan

Heroin: Uqasha Senrose

Astro Citra
2018 Cekelat Tak Semanis Honey Adam

Heroin: Siti Nordiana

6 Daniel

Heroin: Janna Nick

Televisyen

Peserta

Pengacara

Jemputan

Videografi

Muzik video
Tahun Lagu Artis
2018 "Hatiku Milikmu" Siti Nordiana

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Lawak Solo 2016 Tempat Ketiga Fikry Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Artis Lawak MeleTOP Fikry (Cekelat Semanis Honey) Tercalon
Drama MeleTOP Cekelat Semanis Honey Tercalon
Drama Meletop Hero Seorang Cinderella Tercalon Program MeleTOP Gema Gegar Vaganza Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon

Catatan

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Kamal Adli yang 8 tahun lebih tua daripadanya. Hal ini kerana, Kamal lahir pada 16 April 1986 manakala Fikry lahir pada 16 April 1994.

Rujukan

  1. ^ a b Azlan Jusoh (6 Mei 2017). "Biodata Fikry Ibrahim". Azhan.co. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  2. ^ Fikry Ibrahim selesa berlakon, belawak, dan mengacara Astro Awani (8 September 2017). Dicapai pada 8 September 2017.
  3. ^ Najiy Jefri (10 Mac 2018). Walaupun sibuk, saya gembira Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  4. ^ Subki Sudarji (13 Mei 2017). Dunia baharu Fikry Ibrahim Sinar Harian. Dicapai pada 8 Jun 2017.
  5. ^ Biodata Fikry Ibrahim Oh My Media (22 Mei 2017). Dicapai pada 23 Jun 2018.

Pautan luar