Graptemys geographica: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amanhasler (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Speciesbox | image = Northern Map Turtle.jpg | image_caption = Gatineau, Quebec | status = LC | status_system = IUCN3.1 | genus = Graptemys | spec...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 13:23, 16 Oktober 2018

Graptemys geographica
Gatineau, Quebec
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Emydidae
Genus: Graptemys
Spesies:
G. geographica
Nama binomial
Graptemys geographica
(Lesueur, 1817)[1]
Peta taburan habitat
Sinonim
  • Testudo geographica Lesueur, 1817
  • Emys geographica Say, 1825
  • Terrapene geographica Bonaparte, 1831
  • Clemmys (Clemmys) geographica Fitzinger, 1835
  • Emys megacephala Holbrook, 1836
  • Graptemys geographica Agassiz, 1857
  • Malacoclemmys geographica Cope, 1875
  • Malacoclemmys geographicus Davis & Rice, 1883
  • Malaclemys georgraphica Hay, 1887 (ex errore)
  • Malaclemys geographica Hurter, 1893
  • Malaclemmys geographicus McLain, 1899
  • Malaclemys geographicus Paulmier, 1902
  • Graptemys geographicus Siebenrock, 1909[2]
  • Graptemys geographica Stejneger & Barbour, 1917[3]

Graptemys geographica juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Utara[4] ialah kura-kura dari keluarga Emydidae. Ia berasal dari Amerika Utara.

Ciri-ciri

Lima ekor kura-kura sedang berjemur, Ottawa, Ontario

Kura-kura Peta Utara mendapat namanya berdasarkan corak pada kulit dan karapas (cangkerang) yang bercorak seakan-akan garisan kontur pada peta.[5] Garisan pada karapasya mempunyai warna kuning, tan, atau jingga dengan dikelilingi garisan gelap. Keseluruhan karapas berwarna zaitun atau kelabu-coklat. Corak pada kura-kura dewasa biasanya pudar namun akan jelas kelihatan apabila basah. Bentuk kawapasnya adalah hidrodinamik, lebar dan sedikit rendah. Dihujungnya pula bergerigi. Plastron (cangkerang dada) berwarna kuning dengan tanda gelap pada bahagian tengahnya yang mengikut sutur pada skut plastral dan beransur-ansur hilang apabila dewasa. Kepala, leher dan kakinya berwarna zaitun-gelap, coklat, atau hitam dengan garisan kuning atau hijau. Terdapat titik bujur atau segitiga di belakang mata. Sama seperti Kura-kura Peta lain, spesies ini mempunyai ciri-ciri Dimorfisme seksual yang ketara[6], di mana kura-kura jantan lebih kecil berbanding betina, iaitu 10–16 cm (3.9–6.3 in) panjang dengan berat antara 150–400 g (5.3–14.1 oz). Manakala betina pula, 18–27 cm (7.1–10.6 in) panjang dengan berat sekitar 0.67–2.5 kg (1.5–5.5 lb). Kura-kura betina mempunyai kepala lebih besar berbanding jantan serta cara pemakanan yang berbeza.[6] Karapas kura-kura jantan lebih sempit. Kepalanya juga lebih kecil dan memiliki ekor lebih tebal dan panjang. Kloakanya berada di hujung ekor. Kura-kura muda mempunyai lunas lebih tinggi. Anak kura-kura yang baru lahir mempunyai karapas yang lebih bulat, bersaiz sekitar 2.5 cm (0.98 in) panjang.

Plastron Kura-kura dewasa

Habitat

Haiwan ini mendiami kawasan tasik, sungai dan kolam. Mereka memilih kawasan berair yang dipenuhi timbunan batang pokok dan dedaunan untuk berjemur. Mereka juga mudah dijumpai di kawasan sungai berbanding tasik atau kolam, terutamanya di wilayah utara[7] serta kawasan selatan dan barat taburan habitatnya.[6]

Berjemur


Rujukan

  1. ^ ITIS (Integrated Taxonomic Information System). www.itis.gov.
  2. ^ Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Disember 2010. Dicapai pada 29 Mei 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Stejneger, L., and T. Barbour (1917). A Check List of North American Amphibians and Reptiles. Harvard University Press. Cambridge, Massachusetts. 125 pp. (Graptemys geographica, p. 117.)
  4. ^ Scientific and Standard English Names of Amphibians and Reptiles of North America, North of Mexico ..., SSARHERPS.org
  5. ^ : Status Report of the Northern Map Turtle Committee on the Status of Endangered Wildlife in Canada
  6. ^ a b c Ernst, C.H., and J.E. Lovich. (2009). Turtles of the United States and Canada. 2nd Edition. Washington: Smithsonian Institution Press. (Graptemys geographica, pp. 293-302.)
  7. ^ Gordon, D.M. and R.D. MacCulloch (1980). "An investigation of the ecology of the map turtle, Graptemys geographica (Le Sueur) in the northern part of its range". Canadian Journal of Zoology. 58: 2210–2219. doi:10.1139/z80-303.

Bacaan lanjut

  • Conant, R., and J.T. Collins. (1998). Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America. Third Edition. Expanded. New York: Houghton Mifflin. 640 pp. ISBN 0-395-90452-8 (paperback). (Graptemys geographica, pp. 167–168 + Plates 3, 6.)
  • Harding, J. (1997). Amphibians and Reptiles of the Great Lakes Region. Michigan: The University of Michigan Press. 400 pp. ISBN 0-472-06628-5.
  • MacCulloch, R.D. (2002). The ROM Field Guide to Amphibians and Reptiles of Ontario. ROM/McClelland & Stewart. 168 pp. A ROM Science Publication.
  • Le Sueur, C.A. (1817). An Account of an American species of Tortoise, not noticed in the systems. Journ. Acad. Nat. Sci. Philadelphia 1(1):86-88 + Plate V. (Testudo geographica)
  • Smith, H.M., and E.D. Brodie, Jr. (1982). Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. Golden Press. New York. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3 (paperback). (Graptemys geographica, pp. 50–51.)

Pautan luar