Graptemys nigrinoda: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amanhasler (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Speciesbox | image = Graptemys nigrinoda Columbus Zoo.JPG | image_caption = Kura-kura Peta Bonggol Hitam Zoo dan akuarium di Columbus | status = LR/nt...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 10:38, 18 Oktober 2018

Graptemys nigrinoda
Kura-kura Peta Bonggol Hitam Zoo dan akuarium di Columbus
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Emydidae
Genus: Graptemys
Spesies:
G. nigrinoda
Nama binomial
Graptemys nigrinoda
Cagle, 1954
Subspesies
  • G. n. nigrinoda Cagle, 1954
    (black-knobbed map turtle)
  • G. n. delticola Folkerts & Mount, 1969
    (delta map turtle)[1]
Peta taburan habitat
Sinonim[2]
Graptemys nigrinoda nigrinoda
  • Graptemys nigrinoda Cagle, 1954
  • Graptemys oculifera nigrinoda
    Mertens & Wermuth, 1955
  • Graptemys nigrinoda nigrinoda
    — Folkerts & Mount, 1969
  • Malaclemys nigrinoda
    Cochran & Goin, 1970
Graptemys nigrinoda delticola
  • Graptemys nigrinoda delticola Folkerts & Mount, 1969

Graptemys nigrinoda juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Bonggol Hitam ialah kura-kura akuatik dengan warna kelabu terang pada kulitnya.[3] Antara ciri-ciri fizikal kura-kura ini berbanding spesies kura-kura peta yang lain ialah kewujudan genus jungkir yang berbonjol tinggi pada bahagian karapas (cangkerang belakang). Spesies ini mendiami kawasan sungai di Teluk Mobile, Alabama dan Mississippi.[4]

Ciri-ciri

Karapas G. nigrinoda sedikit melengkung dengan empat vertebranya berbonjol, seperti bonggol yang berwarna hitam. Bonggol kedua dan ketiga lebih tinggi berbanding pertama dan keempat. Bonggol-bonggol tersebut menjadi benjolan kecil apabila kura-kura semakin dewasa.[3]

Biasanya karapas mereka berwarna coklat-zaitun.[4] Pada setiap "plat" cangkerang terdapat corak bulatan seperti cincin yang berwarna kuning kehijauan.[3] Anak kura-kura yang baru menetas memiliki warna yang sama dengan kura-kura dewasa, namun lebih terang dan bersinar.[5]

Haiwan ini memiliki kepala yang kecil, mempunyai belang hitam dan kuning, dengan jaluran berbentuk sabit pada belakang matanya apabila dilihat dari tepi. Jaluran ini meyambung pada leher ke kaki hadapan kura-kura ini. Warna pada bahagian belakang kaki lebih pudar berbanding hadapannya.[6]

Terdapat ciri-ciri fizikal dimorfisme seksual antara jantina kura-kura, di mana saiz betina dua kali ganda lebih besar berbanding jantan. Malah, karapas betina juga lebih tinggi berbanding jantan. Manakala ekor jantan lebih panjang berbanding betina.[5] Rekod saiz terpanjang kura-kura ini yang pernah dicatatkan ialah 7.6-10.2 cm (3–4 in) pada jantan dan 10.2-19.1 cm (4-7.5 in) pada betina.

Rujukan

  1. ^ Graptemys nigrinoda, Reptile Database
  2. ^ Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 187–188. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c Blankenship, Emmett L., Brian P. Butterfield, and James C. Goodwin. 2008. "Grapemys nigrinoda Cagle 1954 - Black-Knobbed Map Turtle, Black-Knobbed Sawback." Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Chelonian Research Monographs (ISSN 1088-7105) (5): 005.1 - 005.6.
  4. ^ a b Behler, J.L., and F.W. King. 1979. The Audubon Society Field Guide to North American Reptiles and Amphibians. New York: Alfred A. Knopf. 743 pp. ISBN 0-394-50824-6. ("Black-knobbed Sawback", Graptemys nigrinoda, pp. 462-63 + Plate 281.)
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ref4 tidak disediakan
  6. ^ Mount, R.H. 1975. The Reptiles and Amphibians of Alabama. Auburn Univ. Agr. Exp. Sta. Auburn, Alabama, 347 pp.

Bacaan lanjut

  • Cagle, F.R. 1954. Two New Species of the Genus Graptemys. Tulane Studies in Zoology 1 (11): 165-186.
  • Conant, R. 1975. A Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America, Second Edition. Houghton Mifflin. Boston. xviii + 429 pp. + 48 plates. ISBN 0-395-19979-4 (hardcover), ISBN 0-395-19977-8 (paperback). (Graptemys nigrinoda, p. 59 + Plate 8 + Map 17.)
  • Smith, H.M., and E.D. Brodie, Jr. Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. Golden Press. New York. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3 (paperback). (Graptemys nigrinoda, pp. 52–53.)

External links