Sel (biologi): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Baris 40: Baris 40:
Sama ada sel prokariot atau sel eukariot, kesemua sel menunjukkan ciri asas seperti berikut:
Sama ada sel prokariot atau sel eukariot, kesemua sel menunjukkan ciri asas seperti berikut:
# Semua sel diselaputi membran sel atau membran plasma.
# Semua sel diselaputi membran sel atau membran plasma.
# Semua sel memiliki [[bahan genetik]] atau [[genom]] sama ada ditempatkan di dalam nukleus atau di dalam sitoplasma. Struktukr ini menyimpan maklumat genetik dan mengawal kesemua aktiviti sel.
# Semua sel memiliki [[bahan genetik]] atau [[genom]] sama ada ditempatkan di dalam nukleus atau di dalam sitoplasma. Struktur ini menyimpan maklumat genetik dan mengawal kesemua aktiviti sel.
# Semua sel mengandungi sitoplasma. Di dalam sitoplasma berlaku tindak balas biokimia yang menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan seperti enzim, protein dan lain-lain.
# Semua sel mengandungi sitoplasma. Di dalam sitoplasma berlaku tindak balas biokimia yang menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan seperti enzim, protein dan lain-lain.



Semakan pada 13:18, 1 November 2018

Sel Allium dalam beberapa fasa kitaran sel.

Sel (Tulisan Jawi: سل) ialah unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma hidup. Sel merupakan unit terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup, dan sering dipanggil blok binaan hidup. Beberapa organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel (terdiri daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia adalah berbilang sel (multisel) (manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion atau 1014 sel; saiz sel biasa adalah 10 µm; sel massa biasa adalah 1 nanogram.) Sel terbesar yang pernah dijumpai adalah sel telur burung unta yang tidak disenyawakan.

Pada 1835 sebelum teori sel akhir telah dibangunkan, Jan Evangelista Purkyně memerhatikan "butiran" kecil ketika melihat di tisu tumbuhan terus di bawah mikroskop. Teori sel, mula-mula dibangunkan pada 1839 oleh Matthias Jakob Schleiden dan Theodor Schwann, menyatakan semua organisma itu adalah digubah dari satu atau lebih sel, yang semua sel datang atau wujud dari sel-sel wujud sebelumnya,fungsi-fungsi utama satu organisma berlaku dalam sel, dan semua sel itu mengandungi maklumat mustahak turun-temurun untuk mengatur fungsi-fungsi sel dan untuk menghantar maklumat ke generasi berikutnya.

Etimologi

Perkataan "cell" (sel) datang dari bahasa Latin "cellula", bermaksud sebuah bilik kecil. Nama deskriptif untuk hidup paling kecil struktur biologi telah dipilih oleh Robert Hooke dalam sebuah buku dia bercetak pada tahun 1665 apabila dia mengkajinya di bawah mikroskop dan ia menyerupai bilik-bilik kecil untuk sami hidup di dalamnya.

Sel-sel dalam kultur, di warnai untuk keratin (merah) dan DNA (hijau).

Sel sebagai hidupan

Sel merupakan unit asas semua hidupan hidup. Secara amnya setiap sel terdiri daripada :-

Sel mula-mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas. Sel tumbuhan dan sel haiwan mempunyai beberapa perbezaan seperti berikut.

Sel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding sel haiwan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai bentuk khusus. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang terdiri daripada selulosa, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai dinding sel. Sel tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol sedangkan sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.

Sejarah biologi sel

Oleh kerana saiz sel amat kecil, kehadirannya hanya diketahui dan dapat dikesan setelah manusia dapat mencipta mikroskop cahaya. Disebabkan itu pengetahuan mengenai sel amat berkait rapat dengan kemajuan penciptaan mikroskop cahaya. Pengembangan pengetahuan berkenaan sel adalah hasil kajian sel (sitologi) menggunakan mikroskop cahaya. Urutan sejarah penemuan sel dan kajian mengenainya dimulakan seperti berikut:

  • Robert Hooke (ahli sains Inggeris) telah mereka cipta mikroskop cahaya pada tahun 1664. Pada tahun berikutnya beliau menjadi orang pertama yang menemui sel setelah membuat pemerhatian ke atas tisu gabus.
  • Anton van Leeuwenhook (ahli sains Belanda) pada tahun 1676 menjadi orang pertama menemukan mikroorganisma dengan membuat pemerhatian ke atas setitis sampel air kolam di bawah mikroskop cahaya. hasil dari pemerhatiannya, diketahui bahawa mikroorganisma unisel adalah satu organisma.
  • Matthias J. Schleidon dan Theodore Schwann (ahli sains Jerman, 1839) mencadangkan teori sel. Teori sel mengatakan bahawa sel terdapat secara universal dan merupakan unit asas organisma.
  • Purkinje (1840) telah menemukan protoplasma dalam sel tumbuhan. Istilah sitoplasma menyusul kemudian untuk diterima pakai.
  • Rudolf Virchow (ahli sains Jerman, 1855) mengemukakan teori biogenesis yang menyimpulkan bahawa "hidupan berasal daripada hidupan juga" dan ini dinyatakan dengna "sel baru berasal daripada sel-sel yang wujud sebelumnya".
  • Water Flemming (1879) memperkenalkan teknik mewarnakan nukleus dengan menggunakan lilin. Penemuan teknik ini membuktikan kehadiran nukleus dan siri pembahagian nukelus dapat dikaji dan diketahui kemudiannya.
  • Sehingga tahun 1900, bidang sitologi berkembang dengan banyak penemuan organel-organel antaranya termasuklah kloroplas, mitokondrion dan jasad Golgi. Had kuasa beza jelas mikroskop cahaya yang telah mencapai maksimum mengehadkan kajian lanjut ke atas bahagian dan ultrastruktur sel.
  • Mikroskop elektron (1930) dicipta dan dengan itu bermulalah era baru bidang sitologi, disebabkan peningkatan had kuasa beza jelas mikroskop elektron.
  • Selepas tahun 1946, penggunaan mikroskop elektron dan teknik kajian dan penyediaan bahan spesimen semakin berkembang dan meluas penggunaannya, sehinggalah ke hari ini.

Sel umum

Sel eukariot (kiri) dan prokariot (kanan).

Sama ada sel prokariot atau sel eukariot, kesemua sel menunjukkan ciri asas seperti berikut:

  1. Semua sel diselaputi membran sel atau membran plasma.
  2. Semua sel memiliki bahan genetik atau genom sama ada ditempatkan di dalam nukleus atau di dalam sitoplasma. Struktur ini menyimpan maklumat genetik dan mengawal kesemua aktiviti sel.
  3. Semua sel mengandungi sitoplasma. Di dalam sitoplasma berlaku tindak balas biokimia yang menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan seperti enzim, protein dan lain-lain.

Rujukan

  • (Inggeris) Reece, J.B., L.A. Urry, M.L. Cain, S.A. Wasserman , P.V. Minorsky, and R.B. Jackson. (2010). Campbell Biology. 9th edition. San Francisco: Pearson Education Inc. ISBN 978-0321558237
  • (Inggeris) Solomon, E., B. Linda, and D.W. Martin. (2007). Biology. 8th edition. Belmont: Thomson Broooks/Cole Publication. ISBN 978-0495107057