Ericales: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Loveless (bincang | sumb.)
k bot Menambah: it:Ericales
SieBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: et:Kanarbikulaadsed
Baris 96: Baris 96:
[[en:Ericales]]
[[en:Ericales]]
[[es:Ericales]]
[[es:Ericales]]
[[et:Kanarbikulaadsed]]
[[fi:Ericales]]
[[fi:Ericales]]
[[fr:Ericales]]
[[fr:Ericales]]

Semakan pada 05:05, 12 Januari 2008

Ericales
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa: Dumort., 1829

Susunan
Magnoliopsida
Apiales
Asterales
Brassicales
Cucurbitales
Ericales
Fabales
Gentianales
Lamiales
Laurales
Magnoliales
Malpighiales
Malvales
Myrtales
Rosales
Sapindales
Solanales
Urticales

Ericales merupakan sebuah susunan dikotiledon yang besar dan berbeza-beza. Susunan ini merangkumi pelbagai jenis bentuk hidupan, termasuk pokok, pokok renek, pokok akar dan pokok herba. Bersama-sama dengan tumbuhan autofit yang biasa, Ericales merangkumi tumbuhan mikoheterotrofi kurang klorofil (umpamanya Sarcodes sanguinea) dan tumbuhan karnivor (umpamanya genus Sarracenia). Banyak spesies mempunyai lima kelopak bunga tergabung.

Mikoriza ialah suatu sifat yang menarik yang sering dikaitkan dengan Ericales. Simbiosis dengan kulat akar agak biasa di kalangan tumbuhan susunan ini, dan terdapat juga tiga jenis yang tersendiri dalam Ericales, iaitu mikoriza erikoid, arbutoid, dan montropoid. Tambahan pula, sebilangan famili dalam susunan ini terkenal untuk keupayaan yang luar biasa untuk mengumpulkan aluminium (Jansen et al., 2004).

Ericales merupakan susunan kosmopolitan. Kawasan taburan famili-familinya amat berbeza; ada yang hanya terhad kepada kawasan tropika, dan ada juga yang wujud terutamanya di kawasan artik dan kawasan iklim sederhana. Seluruh susunan inii mengandungi melebihi 8,000 spesies, dan 2,000-4,000 spesies daripada bilangan itu termasuk dalam famili Ericaceae.


Kepentingan ekonomi

Sudah tentu, tumbuhan yang paling penting dalam susunan Ericales ialah pokok teh (Camellia sinensis) daripada famili Theaceae. Susunan ini juga merangkumi sebilangan buah-buahan, termasuk:

Banyak spesies Ericales ditanam untuk bunga-bunganya yang amat menarik. Contoh-contoh yang terkenal termasuk:

Pengelasan

Famili-famili berikut adalah tipikal untuk pengelasan yang lebih baru:

Kesemua itu membentukkan kumpulan asas asterid. Di bawah sistem Cronquist yang lebih lama, Ericales merangkumi sekumpulan kecil tumbuhan-tumbuhan Dileniidae:

Rujukan

  • B. C. J. du Mortier (1829). Analyse des Familles de Plantes : avec l'indication des principaux genres qui s'y rattachent, 28. Imprimerie de J. Casterman, Tournay.
  • S. Jansen, T. Watanabe, P. Caris, K. Geuten, F. Lens, N. Pyck, E. Smets (2004). The Distribution and Phylogeny of Aluminium Accumulating Plants in the Ericales (Taburan dan Filogeni Tumbuhan-tumbuhan Ericales yang mengumpulkan aluminium). Plant Biology (Stuttgart) 6, 498-505. Thieme, Stuttgart. (Boleh didapati dalam talian: DOI | Abstrak)
  • W. S. Judd, C. S. Campbell, E. A. Kellogg, P. F. Stevens, M. J. Donoghue (2002). Plant Systematics: A Phylogenetic Approach (Sistematik Tumbuhan: Pendekatan Filogeni), edisi ke-2. m.s. 425-436 (Ericales). Sinauer Associates, Sunderland, Massachusetts. ISBN 0878934030.
  • E. Smets, N. Pyck (Feb 2003). Ericales (Rhododendron). Dalam: Nature Encyclopedia of Life Sciences (Ensiklopedia Alam Semula Jadi Sains Hayat). Nature Publishing Group, London. (Boleh didapati dalam talian: Tapak web ELS)