Terrapene carolina bauri: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amanhasler (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{subspeciesbox | image = Florida Box Turtle Digon3.jpg | image_caption = ''Terrapene carolina bauri'' | status = VU | status_system = IUCN3.1 | genus = Ter...'
 
(Tiada perbezaan)

Semakan semasa pada 10:58, 4 November 2018

Terrapene carolina bauri
Terrapene carolina bauri
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Emydidae
Genus: Terrapene
Spesies:
Subspesies:
T. c. bauri
Nama trinomial
Terrapene carolina bauri
Taylor, 1895
Sinonim[1]
  • Terrapene bauri
    Taylor, 1895
  • Pariemys bauri
    Cope, 1895
  • Cistudo bauri
    Ditmars, 1907
  • Terrapene innoxia
    Hay, 1916
  • Terrapene carolina bauri
    Carr, 1940
  • Terrapene carolina baurii
    Stubbs, 1989 (ex errore)

Terrapene carolina bauri juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Florida ialah subspesies kura-kura dari keluarga Emydidae.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama subspesies, bauri, diambil sempena nama herpetologis Georg Baur.[2][3]

Taburan habitat[sunting | sunting sumber]

T. c. bauri berasal dari Florida, Amerika Syarikat tenggara Georgia.

Habitat[sunting | sunting sumber]

T.c. bauri boleh dijumpai di kawasan-kawasan berair, seperti paya terbuka, tasik cetek, tetapi ia bukanlah haiwan perenang.[4]

Suhu[sunting | sunting sumber]

  • Suhu udara siang: 70 - 90 °F (21 - 32 °C)
  • Suhu berjemur: 85 - 95 °F (29 - 35 °C)
  • Kelembapan: 70 - 90%

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Sama seperti Kura-kura katup lain, kura-kura ini mempunyai cangkerang belakang (karapas) yang tinggi menonjol dan plastron berengsel, membolehkan ia memasukkan kesemua anggota badannya ke dalam cangkerang. Walaubagaimanapun, Kura-kura Katup Florida berbeza berbanding subspesies Terrapene carolina yang lain. Karapasnya mempunyai corak belang-belang kuning yang jelas. Warna pada plastronnya pelbagai dari kuning hinggalah hitam, dengan pelbagai variasi. Kura-kura ini mempunyai kuku dan paruh yang tajam untuk memecahkan cangkerang, mencengkam buah-buahan atau tulang mangsa yang dijadikan makanan.[5] Kura-kura jantan memiliki mata berwarna merah, manakala betina mempunyai mata berwarna kuning.[perlu rujukan]

Peliharaan[sunting | sunting sumber]

Kura-kura Katup Florida boleh dipelihara. Mereka bersifat maserba, menjadikan pelbagai hidupan dan tumbuh-tumbuhan sebagai makanan. Mereka lebih menyukai makanan seperti cacing tanah, cengkerik, belalang, siput, lintah kecil, serta anak tikus. Mereka juga menggemari tumbuh-tumbuhan seperti sawi dan kubis. Buah-buahan seperti tembikai, beri dan apel boleh diberikan dalam kuantiti yang dikawal (sekali atau dua kali seminggu).

Menurut undang-undang (sesetengah negeri) di Amerika Syarikat, hanya seekor kura-kura ini yang boleh dibela. Lebih daripada itu akan dikenakan tindakan undang-undang.[6] Subspesies ini hanya ditemui di Florida, juga dilindungi di pelbagai tempat. Kebanyakan kedai-kedai haiwan di sana menjual anak kura-kura ini.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 198. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Taylor WE (1895). "The Box Tortoises of North America". Proc. U.S. Nat. Mus. 17 (1019): 573-588. (Terrapene bauri, new species, pp. 576-577).
  3. ^ Beolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael (2011). The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Terrapene carolina bauri, p. 19).
  4. ^ "Florida box turtle". Animal-World. Dicapai pada 2009-02-27.
  5. ^ Dodd, Kenneth C. (2002). "Identification Key to Terrapene Species and Subspecies". North American Box Turtles: A Natural History. Norman, Oklahoma: University of Oklahoma Press. m/s. 170. ISBN 978-0-8061-3501-4.
  6. ^ http://www.calusaherp.org/business/laws.htm Legality of Box Turtles in Florida

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Powell R, Conant R, Collins JT (2016). Peterson Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America, Fourth Edition. Boston and New York: Houghton Mifflin Harcourt. xiv + 494 pp. ISBN 978-0-544-12997-9. (Terrapene bauri, pp. 220–221 + Plates 18, 21).
  • Smith, Hobart M.; Brodie, Edmund D., Jr. (1982). Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. New York: Golden Press. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3 (paperback); ISBN 0-307-47009-1 (hardcover). (Terrapene carolina bauri, pp. 46–47).