Stesen Abdullah Hukum: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Slainthayer (bincang | sumb.)
k Fix Citation
Slainthayer (bincang | sumb.)
k Besarkan tulisan jawi
Baris 2: Baris 2:
{{Infobox station
{{Infobox station
| name={{KLRT code|KJ|17}} {{KLRT code|KD|01}}
Abdullah Hukum
| name={{KLRT code|KJ|17}} {{KLRT code|KD|01}}
Abdullah Hukum
| other_name='''阿都拉胡坤''' ([[Tulisan Cina Ringkas|Cina]])
'''அப்துல்லாஹ் க்கும்''' ([[Bahasa Tamil|Tamil]])
'''عبدالله حكوم''' ([[Tulisan Jawi|Jawi]])
| other_name='''عبدالله حكوم''' ([[Tulisan Jawi|Jawi]])
'''阿都拉胡坤''' ([[Tulisan Cina Ringkas|Cina]])
'''அப்துல்லாஹ் க்கும்''' ([[Bahasa Tamil|Tamil]])
| type= Stesen [[LRT|Transit Aliran Ringan]]
| type= Stesen [[LRT|Transit Aliran Ringan]]
| image= Abdullah Hukum station (Kelana Jaya Line), Kuala Lumpur.jpg
| image= Abdullah Hukum station (Kelana Jaya Line), Kuala Lumpur.jpg

Semakan pada 13:28, 8 November 2018

KJ17   KD01
Abdullah Hukum
Stesen Transit Aliran Ringan
Permandangan stesen LRT Kerinchi.
Nama lainعبدالله حكوم (Jawi)
阿都拉胡坤 (Cina)
அப்துல்லாஹ் க்கும் (Tamil)
LokasiJalan Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum,59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°7′7″N 101°40′22″E / 3.11861°N 101.67278°E / 3.11861; 101.67278
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan2 Laluan Pelabuhan Klang
5 Laluan Kelana Jaya
Platform4 platform sisi
Trek2 3 landasan
5 2 landasan
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada.
Kemudahan basikalAda. 20 tempat letak basikal[1]
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ17   KD01
Sejarah
Dibuka KJ17  1 September 1998[2]
KD01  28 Oktober 2018[3]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
KTM Komuter
menghala ke Tanjung Malim atau KL Sentral
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Lokasi
Map

Stesen Abdullah Hukum ialah stesen LRT yang terletak di Kampung Haji Abdullah Hukum, Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[4] Laluan Pelabuhan Klang kemudian disambungkan pada 28 Oktober 2018 sebahagian daripada pelan pembangunan KL Eco City.

Lokasi

Stesen ini diberi nama sempena kampung Melayu yang terdekat iaitu Kampung Haji Abdullah Hukum, perkampungan bandar yang terletak diantara stesen LRT ini dan Sungai Klang. Tambahan dari itu, stesen ini dibina bagi menghubungkan kemudahan pengangkutan rel darat antara perkampungan di sebelah tenggara, stesen ini juga boleh diakses dari hujung barat daya Taman Bukit Pantai dari stesen barat laut. Landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang menuju ke Pelabuhan Klang turut berada selari sepanjang stesen ini dan bersambung dengan trek Aliran Kelana Jaya.

Stesen ini turut berhubung dengan Stesen LRT Bangsar, trek stesen Abdullah Hukum berada disepanjang Jalan Bangsar, menuju ke selatan, tetapi terletak hanya bersebelahan dengan susur keluar Pantai Baharu di Lebuhraya Pantai Baharu.

Stesen KTM Komuter

Dalam pelan pembangunan KL Eco City, sebuah stesen KTM Komuter akan dibina diantara KL Sentral dan Angkasapuri, dan akan diintegrasikan dengan Laluan Kelana Jaya. Pembinaan stesen baharu ini pada mulanya dijangka siap pada 2015, dan akan dinamakan stesen Eco City.[5] RM 30 juta telah dibelanjakan oleh RAC, badan berkanun Menteri Pengangkutan, bagi membiayai pembangunan stesen ini.[6]

Bahagian stesen Komuter ini dibuka pada 28 Oktober 2018, setelah beberapa tundaan, tetapi nama Eco City telah ditukarkan kepada Abdullah Hukum yang digunakan oleh Laluan Kelana Jaya.[6]

Penyambungan dengan Bandar Mid Valley

Walaupun secara relatifnya, jarak antara Bandar Mid Valley adalah agak hampir dengan stesen ini kira-kira 250 meter ke timur dan merupakan satu-satunya stesen LRT yang paling hampir dengan Bandar Mid Valley, namun sehingga kini masih tiada infrastruktur untuk menghubungkan stesen Abdullah Hukum dengan Bandar Mid Valley.

Telah banyak proposal dan cadangan dalam menambah baikkan hubungan antara stesen dan Bandar Mid Valley, antaranya adalah cadangan membina jambatan pejalan kaki antara stesen dan bangunan The Gardens (Kuala Lumpur) di sebelah barat. Walau bagaimanapun, cadangan ini masih lagi dibincangkan untuk memastikan pelan dan rancangan jangka panjang dapat diteliti dengan sedalam yang mungkin khususnya berkenaan dengan aspek keselamatan, sambutan dan persetujuan bersama. Pembinaan stesen rel integrasi ini mungkin kelak memerlukan lebih banyak penyertaan dari segi kewangan dan persetujuan bersama.[7] Terdapat juga rancangan untuk memusnahkan Kampung Abdullah Hukum bagi tujuan pembangunan mampan, serta menjadi sayap baru bagi Bandar Mid Valley kelak.[8]

Struktur Stesen

Templat:Susun Atur Platform Abdullah Hukum

Rujukan

1. ^ https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/bike-n-ride
2. ^ "Kuala Lumpur PUTRA LRT" (dalam bahasa Inggeris). 8 Nov 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
3. ^ "An Iconic Station - Abdullah Hukum Welcomes You" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). 26 Okt 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 26 Okt 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
4. ^ https://www.railway-technology.com/projects/kuala-lumpur-driverless-metro/
5. ^ Choong, Mek Zhin (5 Dec 2012). "Integrated rail transport hub for Eco City". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jan 2017. Dicapai pada 6 Nov 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
6. ^ a b Mohd Zaky Zainuddin (2 Nov 2018). "RM43.5 juta bina stesen di KL Eco City". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
7. ^ M., Bavani (2007-07-30). "Skybridge plan to mall lauded". The Star (Metro/Central section). Dicapai pada 2007-08-24. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
8. ^ Christina Low (2007-07-31). "Goodbye to another urban kampung". The Star (Metro/Central section). Dicapai pada 2007-08-24. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)