Bulla paus: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Bulla paus''' atau '''titah-perintah'''/'''warta''' paus''' (''papal bull'') merupakan suatu jenis [[paten surat]] tertentu (''[[:en:letters patent|letters patent]]'') atau piagam yang dikeluarkan oleh seorang [[Paus (Katolik)|Paus]] [[Gereja Katolik Rom]]. Istilah yang digunakan untuk dokumen ini berasal dari suatu [[cop mohor]] diperbuat daripada [[timah hitam]] (''bulla'') yang ditambahkan pada lipatan tertutup surat sebagai tanda pengesahan penulis atau pewartanya.
'''Bulla paus''' atau '''titah-perintah'''/'''warta paus''' (''papal bull'') merupakan suatu jenis [[paten surat]] tertentu (''[[:en:letters patent|letters patent]]'') atau piagam yang dikeluarkan oleh seorang [[Paus (Katolik)|Paus]] [[Gereja Katolik Rom]]. Istilah yang digunakan untuk dokumen ini berasal dari suatu [[cop mohor]] diperbuat daripada [[timah hitam]] (''bulla'') yang ditambahkan pada lipatan tertutup surat sebagai tanda pengesahan penulis atau pewartanya.


== Sejarah ==
== Sejarah ==

Semakan pada 03:07, 14 November 2018

Bulla paus atau titah-perintah/warta paus (papal bull) merupakan suatu jenis paten surat tertentu (letters patent) atau piagam yang dikeluarkan oleh seorang Paus Gereja Katolik Rom. Istilah yang digunakan untuk dokumen ini berasal dari suatu cop mohor diperbuat daripada timah hitam (bulla) yang ditambahkan pada lipatan tertutup surat sebagai tanda pengesahan penulis atau pewartanya.

Sejarah

Bulla kepausan telah digunakan setidaknya sejak abad ke-6, tetapi istilah ini belum digunakan sehingga sekitar akhir abad ke-13, dan kemudian baru digunakan secara dalaman untuk keperluan administratif yang tidak resmi. Pada abad ke-15, ia digunakan secara rasminya dalam salah satu perkhidmatan dari Pejabat Kepausan dinamakan "pencatatan bulla-bulla" (registrum bullarum).[1]

Format

Isi teks warta ini tiada bentuk yang khusus, malah ia boleh dikarang seringkasnya. Bahagian penutup ia terdiri daripada suatu "datum" pendek yang tertera tempat, tarikh dan tahun pemerintaha si Paus serta tandatangan Paus tersebut. Suatu cap mohor dikenakan bersebelahan datum ini.

Titah perintah ini adakalanya ditandatangani si Paus sendiri dengan format "Ego N. Catholicae Ecclesiae Episcopus" ("Saya, ______ , Uskup Gereja Katolik") bersama monogram peribadinya, tandatangan para sakis serta suatu cap mohor. Tugasan tersebut kini lebibh dilakukan sebuah anggota Kuria Rom bagi pihak beliau, biasanya oleh Setiausaha Negara Kardinal, maka sebarang monogram tidak dipakai.

Rujukan

Bacaan lanjut