Florence Nightingale: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Baris 17: Baris 17:


== Rujukan ==
== Rujukan ==
=== Nota kaki ===
{{reflist}}
{{reflist}}



Semakan pada 02:07, 18 November 2018

Florence Nightingale

Florence Nightingale, OM (Tulisan Jawi: فلورنس نايتيڠڬيل ;12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910) yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita ialah perintis kejururawatan. Dia juga terkenal sebagai ahli statistik.

Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada tahun 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat ialah wanita miskin) dan wanita British daripada keturunan berada sepertinya dijangka menjadi isteri yang patuh.

Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor. Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Florence yang mempercayai teori penyakit Miasma[1][2][3] menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, justeru sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit menjadi lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

Di Barat, Florence Nightingale ditonjolkan sebagai orang yang pertama memberi penekanan kepada kebersihan di hospital, sedangkan konsep yang sama telah lama diamalkan di negara Islam. Sebagai contoh, pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam pemilihan tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Ini membuktikan bahawa konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.

Berbanding dengan hospital yang didirikan semasa pemerintahan Islam sekitar 705-715 AD, hospital barat di zaman Florence Nightingale adalah kotor dan terbiar. Ini menyebabkan ramai pesakit yang menemui ajal akibat jangkitan. Hospital tempat Florence Nightingale bekerja contohnya, walaupun telah dibersihkan, ia tiada sistem pengudaraan dan dibina di atas pembetung yang rosak.

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England.

Rujukan

Nota kaki

  1. ^ SEJARAH RINGKAS KETIKA ERA SALJI (1813-58)
  2. ^ Siapakah William Farr?
  3. ^ "Pembangunan Teori Kuman Penyakit" (PDF). Dicapai pada 2018-11-17. [pautan mati]